You are on page 1of 10

KERTAS KONSEP

SELANGKAH KE PROGRAM INKUSIF BERKESAN : PERANAN


GURU, IBUBAPA, SEKOLAH DAN PIHAK LUAR.
ABSTRAK
Program inklusif merupakan program di mana pelajar pendidikan khas dimasukkan ke dalam
pendidikan aliran perdana. Mereka dimasukkan ke dalam aliran perdana dimana mereka
memasuki kelas aliran perdana, mengikuti silibus pendidikan pelajar aliran perdana dan
mengikuti pembelajaran dan pengajaran aliran perdana. Pelaksanaan program inklusif di sekolah
bukanlah sesuatu yang mudah. a memerlukan penglibatan semua pihak samaada yang terlibat
se!ara langsung dan tidak langsung."alaupun banyak isu berbangkit namun implikasi
pendidikan inklusif banyak memberi faedah kepada murid berkeperluan khas. #bjektif kertas
kerja ini adalah ingin merungkai setiap satu masalah berkaitan dengan perlaksanaan program
inklusif yang berkesan. Permasalahan ini banyak berkaitan dengan kekeliruan peranan yang
dihadapi oleh setiap pihak dalam pendidikan inklusif. Setiap indi$idu di sekolah perlu
memainkan peranan penting bagi menjamin keberkesanan program inklusif yang
dilaksanakan.%amun kekeliruan dan kekurangan maklumat tentang bidang tugas dan peranan
setiap pihak menyebabkan banyak isu yang dibangkitkan. Antara isu yang sering diutarakan ialah
burn&out dikalangan guru aliran perdana mengajar pendidikan khas. #leh itu kertas kerja ini
diharap dapat mengupas isu apakah peranan&peranan yang perlu dimainkan oleh guru, ibu bapa,
sekolah dan pihak luar dalam menjayakan program inklusif yang berkesan di sekolah.
PENGENALAN
'efinisi pendidikan inklusif ialah keadaan dimana murid berkeperluan khas duduk dan belajar
bersama murid aliran perdana di dalam kelas aliran perdana. Memasukkan murid pendidikan
khas ini ke dalam kelas aliran perdana tidaklah mudah jika dilihat sekadar luaran sahaja. (alan
menuju ke arah inklusif bukanlah mudah. Menurut (ohn )harema *+,-,. ianya melibatkan
perubahan sikap, perubahan nilai, perubahan program latihan perguruan dan perubahan sistem di
sekolah. Apabila perubaha ini melibatkan beberapa aspek dalam kehidupan, tidak semua orang
sanggup dan selesa untuk berhadapan dengannya.
%amun permintaan terhadap pendidikan inklusif semakin meningkat *(ohn ), +,-,.. ni
adalah kerana masyarakat terutama sekali mula mengetahui tentang kepentingan program
inklusif bagi murid berkeperluan khas. Kepentingan program inklusif ini boleh dinilai dari aspek
akademik, sosial dan emosi murid pendidikan khas apabila mereka mula diinklusifkan.Menurut
(ennifer Kat/ 0 Pat Mirenda *+,,+. menyatakan dalam kajian mereka baha1a faedah
pendidikan inklusif bukan sahaja kepada murid pendidikan khas namun turut juga
mempengaruhi murid aliran perdana seperti pen!apaian dalam akademik dan kemahiran bukan
akademik seperti kemahiran asas kehidupan *seperti !ontoh komunikasi, kemahiran motor dan
kemahiran kefungsian hidup.
#leh itu adalah penting bagi guru, ibubapa, sekolah dan pihak luar memainkan peranan
mereka masing& masing dengan se1ajarnya bagi menjamin keberkesanan program pendidikan
inklusif di sekolah. Setiap pihak yang bertanggungja1ab dalam menjayakan program pendidikan
inklusif perlu sedar dan memahami peranan mereka amsing& masing bagi mengerakkan
pendidikan inkusif ini ke arah kebaikan semua pihak.
PERANAN GURU
Peranan guru sebenarnya telah berubah se!ara dramati! sejak beberapa dekad ini, iaitu berubah
daripada indi$idu yang menyampaikkan ilmu dengan pengajaran se!ara terus kepada fasilitator
dan konsultan *%an!y '2isa Turner, +,,3.. ni adalah benar kerana sekarang guru bukan sahaja
sebagai penyampai maklumat namun melangkaui perhubungan yang lebih rumit dan mendalam.
4uru menjadi bahan rujukan kepada beberapa aspek dalam kehidupan tidak kira dalam aspek
pendidikan mahupun rohani.
Selepas keluarga, guru merupakan salah satu pihak yang paling berpengaruh dalam
pendidikan murid pendidikkan khas. Mereka berperanan sebagai sumber sokongan yang
berterusan kepada ibubapa* 5itan, Ra!hel 0 6ohar +,,7.. ni adalah kerana sokongan dan
perhatian yang guru berikan kepada murid pendidikan khas ini membuka mata ibubapa tentang
kepentingan pendidikan inklusif dan memberi sokongan moral kepada mereka.
'alam melaksanakan pendidikan inklusif yang berkesan guru pendidikan khas
memainkan peranan penting kerana mereka perlu mempunyai pengetahuan unik sebagai amalan
yang terbaik bagi membantu mereka di dalam sesi pengajaran dan konsultasi bersama guru aliran
perdana *8im Kilano1ski et.al +,-,.. Pengetahuan dan pengalaman mereka berinteraksi dan
berhubung dengan murid pendidikan khas memberikan mereka kelebihan dalam menjalinkan
hubungan dengan guru aliran perdana. Mereka perlu selalu berbin!ang dan mendapatkan idea
bagi men!ari jalan penyelesaian tentang beberapa konflik pendidikan inklusif di dalam kelas
aliran perdana.
Pembelajaran kooperatif merupakan kaedah pembelajaran yang sinonim dengan
pendidikan ink9usif. ni disokong dengan dapatan yang dikaji oleh 8im Kilano1ski et.al +,-,
yang menyatakan pembelajaran kooperatif merupakan model bagi amalan dalam inklusif yang
paling berguna. 'alam pembelajaran kooperatif guru pendidikan khas dan guru aliran perdana
akan berkerjasama di dalam pengajaran dan pembelajaran namun mengikut gaya masing& masing
dalam menyampaikan isi kandungan pembelajaran.
Menurut :rederi!kson et. al +,,; mendapati adalah satu kebiasaan dalam memaparkan
definisi kejayaan inklusif di kalangan guru melibatkan proses inkusif. 4uru mula beberapa
bentuk sokongan dan program peningkatan kemahiran bagi masyarakat. ni adalah penting bagi
memastikan semua pihak yang berkenaan memndapat latihan dan pendedahan yang berterusan
mengenai program inklusif yang berkesan. 4uru juga memainkan peranan yang sangat penting
dalam kejayaan program inklusif *Burra!k, Root et.al -77<. yang turut menyatakan ianya ada
perkaitan program latihan perguruan yang mereka hadiri sebelum mula mengajar. Komitmen
guru dan sekolah dalam menjayakan program inklusif adalah salah satu perkara yang paling
penting dalam merealisasikannya. ni disokong oleh A$ramidis et.al +,,, yang menyatakan guru
dengan sikap positif adalah disebabkan ilmu pendidikan inklusif dan pendidikan khas yang
mereka perolehi semasa program latihan penguruan.
Selain itu para guru juga perlu dibina se!ara professional dan bersedia se!ara psikologi,
so!ial dan sikap supaya dapat menghadapi situasi yang memerlukan mereka menyokong
pendidikan inklusif dengan apa !ara sekalipun *Mittler, +,,,. ni adalah penting kerana banyak
karenah dalam pendidikan inklusif yang perlu mereka hadapi sepanjang karier mereka sebagai
guru inklusif. Karenah birokrasi sekolah, karenah rakan sekerja, karenah murid aliran perdana,
karenah murid masalah pembelajaran dan karenah ibubapa adalah perkara yang sering terjadi
dalam karier sebagai guru.
PERANAN IBUBAPA
Mengikut )ross, Traub, Shelton et.al +,,; dalam melaksanakan program inklusif yang berkesan,
ibubapa perlu =
Sentiasa berfikiran positif
Menjalin hubungan yang erat dengan guru
Mengenalpasti program inter$ensi yang bersesuaian
Menjalin hubungan sesame ibubapa murid khas yang lain
Berkolaborasi bersama guru khas, guru aliran perdana, pentadbir sekolah dan pihak luar.
Menghadiri kursus dan latihan keibubapaan
mendapatkan khidmat sokongan
bubapa perlu menjalinkan hubungan yang mantap dengan guru untuk melaksanakan inter$ensi
yang berkesan bagi mengenalpasti keperluan pelajar dan pengubahsuaian yang berkesan.*)ross,
Tranb 0 Shelton et.al +,,;. Sebagai pihak yang paling rapat dengan murid pendidikan khas,
ibubapa adalah sumber maklumat yang paling penting bagi guru bagi melaksanakan sesuatu
program yang berkesan bagi murid inklusif
Menurut >ito 8 0 >alerie >alenti +,-, sebagai salah satu pihak yang bertanggungja1ab
dengan pendidikan anak mereka, ibubapa juga perlu diinklusifkan di mana mereka perlu terlibat
dengan latihan pembangunan staff. ni adalah rele$an kerana sesuatu program inklusif sukar
untuk berjaya kerana kekurangan sokongan dan penglibatan dari ibubapa. (ika ibubapa turut
terlibat se!ara tidak langsung dengan program inklusif, maka pelajar dengan sendirinya dapat
menyesuaikan diri dengan persekitaran inklusif.
Sesetengah sokongan dan latihan bukan sahaja menyediakan ibubapa dengan peralatan
yang boleh digunakan dalam situasi mereka, tetapi juga memahami baha1a mereka juga tidak
keseorangan. *Amanda A.A 0 5laine :rankell +,-,.. Seperti yang diketahui ibubapa yang
mempunyai anak berkeperluan khas mengalami tekanan dalam membesarkan anak mereka.
bubapa ini selalunya mempunyai pengharapan yang tinggi terhadap anak mereka. Maka
sokongan daripada guru khususnya memberikan mereka satu suntikan semangat baha1a anak
mereka juga masih mempunyai peluang untuk menerima pendidikan sama seperti pelajar aliran
perdana yang lain.
Memberi pendidikan kepada ibubapa tentang pendidikan khas boleh meningkatkan
kesedaran dan menguatkan lagi kemahiran mereka semasa berhadapan dengan anak khas mereka
*Amanda A A 0 5laine :rankel +,-,.. ni adalah bertepatan dengan konsep pendidikan itu
sendiri di mana memberi ilmu yang berguna untuk diaplikasikan. )ontohnya ibubapa yang
mempunyai anak disleksia boleh mengetahui !ara untuk mengatasi masalah anak mereka dengan
mengenalpasti permasalahan anak mereka terlebih dahulu.
PERANAN PIHAK SEKOLAH
Sekolah boleh diumpamakan seperti tempat murid istime1a ini mendapatkan bekalan
ilmu yang berguna untuk meneruskan kehidupan mereka. Sekolah membentuk program yang
telah dikenalpasti bersesuaian dengan setiap indi$idu murid berdasarkan penilaian oleh pihak
yang terlatih dengan kerjasama ibubapa. *5itan, Ra!hel 0 6ohar +,,7.. Kolaborasi ini penting
kerana dengan adanya !ampur tangan ibubapa, guru dan sekolah dalam penilaian pendidikan
maka masalah ke!i!iran pelajar, tersalah penilaian dan penempatan dan lain&lain dapat diatasi.
Menurut (ohn ). +,-,, pihak sekolah seharusnya menyediakan pelbagai bentuk latihan
dan sokongan kepada guru yang terlibat dalam program inklusif bagi memantapkan lagi
kemahiran guru dan seterusnya mengubah pandangan dan sikap guru terhadap program inklusif
yang dijalankan di sekolah. ni adalah kerana ada segelintir guru yang mengajar murid inklusif
ini langsung tidak mempunyai latihan dan pengetahuan tentang program inklusif ini dan pelajar&
pelajar pendidikan khas. ni menyukarkan mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berjalan dengan lan!ar. 'engan adanya bantuan dari pihak sekolah ini maka kebajikan murid
berkeperluan khas ini lebih terjamin.
Pendidikan inklusif memerlukan satu penstrukturan semula sekolah se!ara asas. 'engan
meletakkan kepentingan me1ujudkan persekitaran untuk pembelajaran inklusif dan
menyediakan peluang memgembangkan pendidikan se!ara professional yang mampan melalui
1arga pendidik yang professional. *Stainban!k 0 Stainban!k -77,.. Sekolah se!ara asasnya
akan berubah se!ara drastik apabila pendidikan inklusif di1ujudkan se!ara berperingkat. 4uru
pendidikan khas dan guru aliran perdana khasnya akan merasakan perubahan di mana sistem
pembelajaran yang boleh dimodifikasi akan digunakan semasa pembelajaran dan pengajaran
kepada murid inklusif.
Pihak sekolah seharusnya memastikan murid pendidikan inklusif benar&benar terlibat
se!ara menyeluruh dalam pengajaran dan pembelajaran. Mereka juga seharusnya diberi peluang
berinteraksi se!ara bermakna dengan guru dan rakan& rakan kelas yang lain serta murid khas itu
sendiri mendapat faedah daripadanya.*(ohn )harema, +,-,. ni adalah kerana kepentingan
program itu sendiri adalah memberi peluang murid pendidikan inklusif ini untuk bersosialisasi
dan berintegrasi dengan murid aliran perdana agar memberikan impak yang berfaedah kepada
mereka. Menurut kajian oleh menyatakan murid berkeperluan khas yang berinteraksi se!ara
bermakna dengan murid aliran perdana didapati menjadi lebih bersemangat dan !eria semasa
proses pembelajaran dan pengajaran.*(ennifer Kat/ 0 Pat Mirenda +,,+.
Pada asasnya pihak sekolah dan kerajaan seharusnya berkerjasama ke arah
mengimplementasikan dan memperkasakan falsafah, nilai dan prinsip dalam pendidikan inklusif
seperti mana yang telah ditetapkan oleh ?%5S)# -77;. Kerjasama ini adalah berguna dalam
menyediakan prasarana dan bantuan dari aspek tenaga pengajar dan kelas yang bersesuaian
dengan murid berkeperluan khas.
PERANAN PIHAK LUAR
Peranan pihak luar ini melibatkan banyak indi$idu, sukarela1an, badan berkanun dan
badan tidak berkanun, pihak s1asta, pakar terapi dan pihak berkepentingan. Penglibatan pihak
luar ini memba1a banyak faedah bagi melan!arkan lagi perjalanan pendidikan inklusif di
sekolah. Sokongan sukarela1an di dapati menjadi mekanisme sokongan kedua paling biasa di
dalam kelas inklusif *8isa Kilano1ski et. al +,-,.. Peranan sukarela1an ini penting kerana
mereka memudahkan dan membantu guru dalam pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas
dan di luar kelas.
Selain itu peranan staff sokongan seperti penolong pembantu murid merupakan sumber
utama menyokong pelajar pendidikan khas di dalam kelas aliran perdana *:arrell, -77@. Staff
sokongan terutama penolong pembantu murid memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya
di dalam pembelajaran murid khas di dalam kelas aliran perdana. ni terutama pelajar yang
mempunyai masalah fi/ikal dan tingkahlaku. 'engan adanya penolong pembantu murid, ini
membantu guru aliran perdana menyesuaikan diri se!ara beransur& ansur dan kepelbagaian
ke!a!atan murid berkeperluan khas ini.
nstitusi pendidikan tinggi juga berperanan untuk mengkaji semula kursus kepada bakal
pendidik serta kurikulum mereka agar berfaedah kepada pelajar khas *>ito 8 0 >alerie +,-,..
Bakal pendidik ini perlu dibekalkan dengan ilmu pendidikan khas yang men!ukupi bagi
memberikan persediaan kepada mereka dari aspek pembelajaran dan pengajaran. Selain itu pihak
berkuasa yang berkaitan pendidikan merasakan perlunya pengukuran bagi penempatan murid
berkeperluan khas untuk mengelakkan pelajar yang diinklusifkan di kelas aliran perdana gagal
*5mma M Maddington 0 Phil Reed +,,A..
CADANGAN
Balangan&halangan di dalam menginklusifkan pelajar pendidikan khas merupakan satu masalah
yang ada jalan penyelesaian. Antara !adangan& !adangan yang boleh digunakan dalam
pendidikan inklusif yang boleh digunakan dan dijadikan iktibar adalah =
a. Penglibatan adalah berguna untuk keperluan manusia untuk menikmati dan menjayakan
hak& hak manusia dalam program inklusif.
b. Perbe/aan manusia adalah normal
!. Perbe/aan pembelajaran mesti diadaptasi mengikut keperluan kanak& kanak pendidikan
khas.
d. Sekolah biasa mesti mengenalpasti dan memberi respon terhadap kepelbagaian
keperluan pelajar mereka.
e. Sekolah biasa dengan orientasi inklusif merupakan satu !abaran besar dalam mela1an
sikap mendiskriminasi, membentuk komuniti yang mengalu& alukan pendidikan inklusif,
membina masyarakat inklusif dan me!apai tahap pendidikan untuk semua
f. Bila sekolah aliran perdana menyediakan pendidikan yang efektif kepada majoriti kanak&
kanak khas, mereka juga meningkatkan ke!ekapan dan dan keefektifan bagi keseluruhan
sistem pendidikan..
g. Kerajaann perlu mengadaptasikan undang& undang dan prinsip polisi bagi kemasukan
pelajar pendidikan inklusif dalam sekolah biasa.
IMPLIKASI
mplikasi kertas kerja ini diharap dapat memberi idea kepada setiap pihak yang terlibat dalam
menjayakan program inklusif. 'alam kertas kerja ini diterangkan beberapa peranan setiap pihak
yang berkenaan dalam program inklusif. Setiap peranan yang dihuraikan diambil daripada
dapatan kajian yang terdahulu samaada membuat tinjauan mahupun daripada pemba!aan. Setiap
peranan yang diberikan diharap dapat membantu setiap pihak membuat perhitungan yang positif
sebelum membuat keputusan di dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan inklusif.
RUMUSAN
?ntuk menjana suasana pembelajaran yang kondusif, hubungan positif antara guru dan
murid adalah penting. Sebagaimana dinyatakan sebelum ini, murid berkeperluan khas
mempunyai konsep kendiri yang rendah hasil interaksi yang negatif dan pengalaman yang tidak
konstruktif. ?ntuk mengubah konsep kendiri murid berkeperluan khas, usaha orang de1asa yang
berterusan serta gigih dan dan mengambil masa yang lebih panjang. Bagi murid berkeperluan
khas, perubahan adalah perkara yang tidak digemari ke!uali ke arah perkaraCtugasan yang sangat
diminatinya.
Kolaborasi antara semua pihak yang terlibat amat diperlukan seperti kolaborasi antara
pihak profesional dengan ibu bapa. Kolaborasi yang berkesan dapat di1ujudkan jika semua
pihak yang terlibat mengamalkan pemikiran yang terbuka dan mempunyai matlamat yang sama,
iaitu memaksimumkan potensi dan meminimumkan ketidakupayaan kanak&kanak khas.
Tambahan pula, Dpendidikan untuk semua22 yang telah diperkenalkanperlu sentiasa diingati
dalam usaha penyediaan perkhidmatan kepada kanakkanakberkeperluan khas. ni adalah supaya
hak untuk mendapat peluang pendidikan atau perkhidmatan yang sama rata terjamin,
terutamanya dalam persekitaran semula jadi.
RU1UKAN
1 1ohn Charema (2010) : Inclusive Education In Developing Countries In The Sub
Saharan Africa : From Theory To Practice; http://
www . internationaljournalofspecialeducation .
2 Maria Del Carmen Tejeda- Delgado (2009) : Teacher Efficacy, Tolerance, Gender
and Years Of Experience And Special Education Referrals http://
www . internationaljournalofspecialeducation
3 Eitan Eldar, Rachel Talmor and Zohar Dayan Romem(2009) : An Integrative Model
For Including Children With Autistic Spectrum Disorder In General Education
Settings- A Practical Lesson In Israel : http://
www . internationaljournalofspecialeducation
4 Vito Loiacono and Valerie Valenti(2010) ; General Education Teachers Need To Be
Prepared To Co-teach The Increasing Number Of Children With Autism In
Inclusive Settings : http:// www . internationaljournalofspecialeducation
5 Amanda Ajodhia- Andrews & Elaine Frankel (2010) ; Inclusive Education In
Guyana : A Call For Change : http:// www . internationaljournalofspecialeducation
6 1ennifer Katz & Pat Mirenda, 2002 ; Including Students With Developmental
Disabilities In General Education Classrooms : Social Benefit : http://
www . internationaljournalofspecialeducation
7 Angela Valeo 2003; Inclusive Education Support Systems : Teacher and
Administrator Views : http:// www . internationaljournalofspecialeducation
8 Emma M Waddington & Phil Reed 2006; Parents and Local Education Authority
Officers` Perceptions Of The Factors Affecting The Success of Inclusion of Pupils
With Autistic Spectrum Disorder:
http://www. internationaljournalofspecialeducation
9 Effrosini Kalyva, Dina Gojkovic & Vlastaris Tsakiris 2005; Serbian Teachers`
Attitudes Towards Inclusion : http:// www . internationaljournalofspecialeducation
10 Nancy D`Isa Turner 2008 ; Preparing Preservice For Inclusion In Secondary
Classroom. http:// www . internationaljournalofspecialeducation

You might also like