You are on page 1of 3

NKRA Menangani Kos Sara Hidup Rakyat

Kerajaan Barisan Nasional sentiasa prihatin dengan masalah kos sara hidup yang meningkat di peringkat
global, mahupun di negara kita sendiri.
Setelah dua tahun Program Transformasi Kerajaan (GTP) dilancarkan dengan enam Bidang Keberhasilan
Utama Negara (NKRA) pada 27 Julai 2009, NKRA Menangani Kos Sara Hidup telah diperkenalkan sebagai
cabang ketujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
NKRA Menangani Kos Sara Hidup ini digubal untuk mengawal fenomena kenaikan kos makanan dan
keperluan asas untuk mengurangkan impak kenaikan kos tersebut di kocek rakyat.
Antara punca utama kenaikan harga makanan dan sekaligus kos sara hidup di Malaysia, bergantung
kepada faktor-faktor global yang telah dikenalpasti:
hasil tanaman yang merosot dan peningkatan kos input;
perubahan cuaca global yang tidak menentu akibat perubahan iklim telah menjejaskan
pengeluaran hasil tanaman;
sesetengah negara pengeluar komoditi pula bertindak menyimpan stok, lantaran memburukkan
lagi bekalan makanan yang sudah sediakala terhad;
harga minyak yang tidak menentu di pasaran dunia memburukkan lagi keadaan.
Faktor-faktor di atasn telah menyebabkan harga barangan pengguna meningkat secara mendadak.
Kesan paling buruk dari peningkatan kos sara hidup akan ditanggung dengan lebih teruk di kalangan
negara miskin atau negara sedang membangun.
Kerajaan Barisan Nasional telah mengambil langkah yang lebih proaktif untuk menyelesaikan masalah
kos sara hidup rakyat melalui NKRA yang terbaru ini.
Matlamat NKRA ini adalah untuk menyediakan bantuan segera dan langsung kepada rakyat melalui
langkah-langkah drastik. Pada masa yang sama, kerajaan Barisan Nasional tetap menjalankan proses
rumusan strategi jangka panjang untuk menangani kos sara hidup rakyat yang sering mencanak naik
saban tahun.
Meskipun belum cukup setahun sejak NKRA Menangani Kos Sara Hidup Rakyat diperkenalkan, nyata
inisiatif ini sangat berkesan terutama untuk golongan berpendapatan sederhana dan rendah.
Malah, segmen masyarakat yang lain juga turut mendapat manfaat, termasuk semua pelajar sekolah
rendah dan menengah, serta pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) negara.
Antara inisiatif-inisiatif secara langsung yang membantu meringankan beban kewangan rakyat adalah
seperti berikut:
BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia)
Pada Disember 2011, kerajaan Barisan Nasional telah mengumumkan bantuan kewangan sekali bayar
sebanyak RM500, kepada semua isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah.
RM2.6 bilion telah diperuntukkan di bawah skim ini, dan lebih 5.2 juta isi rumah (75% daripada semua isi
rumah di negara ini) telah meraih manfaat yang sama.
Untuk meningkatkan lagi keberkesanan program ini, satu talian bebas tol telah diwujudkan bagi
menjawab pertanyaan dan memberikan penjelasan berhubung dengan bantuan wang tunai tersebut.
Bantuan kewangan RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah
Inisiatif ini diberikan kepada semua pelajar sekolah Tahun 1 hingga Tingkatan 5, dan telahpun berjaya
dilaksanakan sebelum akhir penggal persekolahan pertama 2011.
Lebih 5.3 juta pelajar meraih manfaat daripada bantuan kembali ke sekolah ini melalui peruntukkan
kerajaan Barisan Nasional sebanyak RM530 juta.
Insiaitif ini yang dimangkin pula dengan pemansuhan yuran sekolah, telah meringankan beban
sebahagian besar ibu bapa, terutamanya dari golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Bantuan Buku 1Malaysia (BB1M)
Di bawah peruntukkan BB1M, baucer buku sebanyak RM200 telah diberikan kepada pelajar-pelajar di
Malaysia. Dianggarkan lebih 1.3 juta pelajar di institusi pengajian tinggi tempatan (awam atau swasta),
matrikulasi dan pelajar Tingkatan 6 di seluruh negara telah meraih manfaat daripada inisiatif BB1M ini.
Peruntukkan bernilai RM260 juta ini telah menyaksikan baucer buku bernilai RM200, diagih-agihkan
kepada pelajar-pelajar untuk meringankan kos pengajian mereka.
Pengenalan Klinik 1Malaysia
Hanya RM1 dikenakan untuk mendapat rawatan kesihatan di Klinik 1Malaysia, manakala warga emas
terus dikecualikan daripada membuat apa-apa bayaran. Kini rakyat berupaya memperolehi rawatan
perubatan percuma dan mampu bayar tanpa menkompromikan kualiti rawatan yang diberi.
Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M)
Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) membolehkan rakyat membeli barangan keperluan harian dengan harga
antara 30-40% lebih murah daripada kedai runcit biasa.
Terdapat kira-kira 250 barangan keperluan rumah dijual dengan menggunakan jenama 1Malaysia
dengan pengurangan harga yang ketara di 27 kedai KR1M di seluruh negara.
Antara contoh yang diambil, pengguna boleh membeli 2 liter cecair pencuci lantai dengan harga RM5.90
di kedai KR1M, berbanding dengan RM9.50 untuk produk yang sama di kedai-kedai lain.
Sambutan rakyat terhadap kedai KR1M amat memberangsangkan dan stok barang jualan perlu
ditambah dengan cepat. Kedai-kedai KR1M juga menyediakan banyak peluang keusahawanan untuk
perusahaan kecil dan sederhana luar bandar, kerana sebahagian besar barang-barang yang dijual di
Kedai Rakyat 1Malaysia kedai diperoleh daripada para pembekal ini.
Produk-produk KR1M juga boleh didapati di 250 buah kedai FELDA DMart. Ini membolehkan keluarga
peneroka FELDA membeli barangan keperluan harian pada harga yang lebih rendah.
Memperkenalkan Program Menu Rakyat 1Malaysia
Pada masa yang sama, Menu Rakyat 1Malaysia turut diperkenalkan untuk meringankan beban rakyat.
Kini melalui makanan yang telah siap dipakej, rakyat boleh membeli menu sarapan pagi pada harga RM2
dan menu makan tengahhari pada harga RM4 sepakej.
Harga pakej makanan standard ini jelas berada dalam kemampuan kuasa beli kebanyakan rakyat
Malaysia. Menu Rakyat ini diperkenalkan untuk memberikan pilihan alternatif kepada orang ramai
dengan harga yang lebih berpatutan.
Walaupun dipakej pada harga murah, Menu Rakyat 1Malaysia tetap mengandungi hidangan lengkap dan
berkhasiat seperti nasi, daging, sayur-sayuran dan minuman. Menu ini telah diperkenalkan di restoran-
restoran terpilih di Lembah Klang dan mendapat sambutan yang menggalakkan oleh orang ramai.

You might also like