You are on page 1of 1

Cabaran Integrasi Antara

Kaum Di Malaysia:
Perspektif Sejarah, Keluarga
dan Pendidikan
Akses
-Semua kanak-kanak perlu diberi hak untuk belajar tanpa
mengira kaum seperti Melayu, Cina atau India. Malah, sekolah
yang dipilih juga tidak harus dipertikaikan seperti sekolah
kebangsaan ataupun sekolah jenis kebangsaan. Setiap insan
mempunyai hak untuk memilih jenis sekolah yang
dikehendaki berdasarkan kehendak sendiri.
Kualiti
-Setiap sekolah harus membekalkan kualiti
pembelajaraan yang baik dan bermutu tanpa
mengira sekolah kebangsaan atau sekolah jenis
kebangsaan. Sebagai contoh, kerajaan harus
mengelakkan kes seperti memberi subsidi sepenuh
dengan syarat sekolah cina bersetuju bertukar
menjadi sekolah kebangsaan. Sebaliknya, ia tidak
dapat subsidi dan sebagai sekolah peribadi.
Ekuiti
-Semua murid berhak belajar dalam keadaan yang baik
dengan pendidikan yang berkualiti tanpa mengira
sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan atau
sekolah swasta. Sehubungan dengan itu, hubungan
antara satu sama lain tidak akan mempunyai
perselisihan dan salah faham.
Perpaduan
--Shamsul Amri (2007), perpaduan bermaksud satu proses
menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota
masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama perasaan
cinta dan banggakan tanah air.
-Namun begitu, kita dapat melihat sifat perkauman yang jelas dengan
berkumpul secara kelompok bersama kaum yang sama. Malah, pemilihan
sekolah juga mengikuti etnik sendiri. Masyarakat juga mempunyai sikap
prejudis terhadap kaum lain. Sebagai contoh, orang Cina amat sensitif
tehadap sedikit perubahan dengan merasa ia membawa ancaman kepada
jati diti pembelajaran bahasa cina.
Kecekapan
-Kini, kerajaan memberi peruntukan untuk sekolah bagi
melengkapkan sekolah dengan kelengkapan, infrastruktur dan
bahan pembelajaran asas. Namun begitu, pemupukan
hubungan yang erat antara pelajar dari bangsa berbeza
masih tidak dapat dicapai dengan sebaik mungkin.

You might also like