You are on page 1of 6

PLBS di sekolah

Labels: PLBS di sekolah Posted by norbani hamid Monday, 4 March 2013



Pendahuluan

PLBS ialah proses pentaksiran lisan yang dilaksanakan semasa pengajaran dan
pembelajaran didalam atau pun di luar bilik darjah. Mata pelajaran yang terlibat
dalam PLBS ialah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Tahun 1 hingga Tahun 6
bagi sekolah rendah dan Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 bagi sekolah menengah.

PLBS bermatlamat untuk melahirkan murid yang terampil bertutur dalam
pelbagai situasi serta mempunyai kemahiran dan keyakinan diri untuk berkomunikasi
dengan berkesan.Apabila guru melaksanakan PLBS, guru dapat mengetahui tahap
pencapaian lisan murid yang sebenar. Perlaksanaan PLBS ini juga akan
menghasilkan kesahan dan kebolehpercayaan pentaksiran yang tinggi manakala
nilai dan kualiti lisan dapat dipertingkatkan selaras dengan hasrat dan objektif
pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah. Pentaksiran ini membolehkan
penambahbaikan dan pemulihan dilakukan secara berterusan untuk meningkatkan
penguasaan pelajar dalam bertutur.

3.0 Pelaksanaan PLBS di sekolah

Aspek yang akan ditaksir dalam PLBS di sekolah berdasarkan empat konstruk,
seperti kosa kata dan tatabahasa, sebutan, intonasi dan nada, fasih dan bermakna
serta bertatasusila. Guru-guru menjalankan pentaksiran lisan semasa pengajaran
dan pembelajaran dengan merujuk kepada pakej aktiviti yang dicadangkan dan
model pentaksiran dalam manual PLBS. Pakej aktiviti ini ialah senarai aktiviti yang
disusun berdasarkan sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran.
Terdapat 5 Model Pentaksiran PLBS iaitu, model individu, model individu -
pendengar, model individu penggalak, model kumpulan (berpasangan), dan model
kumpulan.Pakej aktiviti yang dicadangkan selari dengan sukatan pelajaran dan
huraian sukatan pelajaran. Walaubagaimanapun, guru boleh membuat
pengubahsuaian semasa pengajaran dan pembelajaran.

Pentaksiran akan dijalankan secara berterusan semasa pengajaran dan
pembelajaran sehingga murid mencapai tahap kemahiran yang memuaskan. PLBS
juga boleh dijalankan diluar untuk pengajaran dan pembelajaran, contohnya semasa
perhimpunan sekolah serta aktiviti kokurikulum.

Penyataan pencapaian murid dalam PLBS akan dilaporkan dalam buku
rekod atau kad pencapaian murid berdasarkan kriteria penskoran yang ditetapkan.
PLBS tidak akan menambah beban tugas guru kerana PLBS bukan suatu ujian.
Perlaksanaan PLBS akan membolehkan berlakunya proses penambahbaikan
pembelajaran dan bahan pentaksiran telah disediakan. Tambahan pula, maklum
balas daripada penilaian akan membantu guru mengambil tindakan susulan untuk
mengatasi kelemahan pelajar serta meningkatkan proses pengajaran dan
pembelajaran. PLBS tidak menekankan perbandingan antara pelajar. Penilaian
ini dapat mengesan perkembangan dan pencapaian setiap pelajar dan tidak
membuat perbandingan dengan pencapaian pelajar-pelajar lain.

PLBS juga tidak menekankan konsep lulus atau gagal. Ia lebih
menekankan pembelajaran penguasaan di mana walaupun kadar pembelajaran
pelajar berbeza, semua pelajar akan mencapai matlamat pada masa akhirnya.
Setiap pelajar akan menguasai pembelajaran mengikut tempoh masa masing-
masing.

Kaedah-kaedah penilaian yang dijalankan oleh guru adalah secara
pemerhatian. Pemerhatian merupakan satu cara yang membolehkan guru
mengesan pencapaian, perlakuan, amalan, sikap dan minat pelajar. Ia boleh
dilakukan di dalam atau di luar bilik darjah. Pemerhatian dilakukan oleh guru
terhadap pelajar secara individu atau kumpulan dalam pelaksanan aktiviti
pengajaran pembelajaran serta aktiviti ko-kurikulum.
Penilaian secara lisan salah satu penilaian yang memerlukan guru
berinteraksi dengan pelajar. Contoh-contoh interaksi lisan adalah soal jawab,
temubual dengan pelajar mengenai pengetahuan, kemahiran, perlakuan, amalan
dan sikap mereka.
Kemahiran lisan mengandungi dua komponen iaitu kemahiran mendengar dan
kemahiran bertutur. Kedua-dua komponen ini sama pentingnya dan seharusnya
diberi penekanan yang sama juga dalam pengajaran dan penilaian. Akan tetapi,
secara praktis di bilik darjah, aspek kemahiran mendengar kurang atau tidak
diberikan tumpuan yang sewajarnya berbanding dengan kemahiran bertutur.Para
guru bahasa nampaknya lebih menekankan kemahiran bertutur sahaja. Sepatutnya,
kemahiran mendengar diberikan tumpuan yang sama penting dengan kemahiran
bertutur kerana ketika menerima masej melalui lisan kita memerlukan kemahiran
mendengar.

Kemahiran mendengar boleh dinilai oleh guru secara individu atau
kumpulan. Berikut tugasan yang bakal dilaksanakan oleh guru termasuk memberi
pilihan daripada majalah, cerita, akhbar, syarahan dan sebagainya.Pilihan tidak
diedarkan kepada murid disebabkan aktiviti ini bukan kemahiran membaca.Murid
hanya dikehendaki mendengar petikan yang dibaca oleh guru dan kemudiannya
menjawab soalan yang ditanyakan. Teknik yang lain ialah ujian mendengar
paragraf dan ujian imlak. Paragraf yang dimaksudkan dalam teknik ini ialah
perenggan kecil. Dalam teknik ini paragraf pendek yang diperdengarkan, iaitu
dibacakan dengan nyaring oleh guru berasingan dari segi cerita, tema atau isinya
dan tidak berkaitan antara satu dengan yang lain. Ujian imlak pula, murid
dikehendaki mendengar dengan teliti, memahami apa yang didengar. Teknik ini
dianggap sesuai bagi peringkat sekolah rendah dan menengah.Pemeriksaan dan
pemarkahannya adalah secara objektif, ketekalan pengukuran antara pemeriksa
adalah sangat tinggi.

Komponen kemahiran lisan yang kedua ialah bertutur.Beberapa teknik
yang biasa digunakan oleh guru-guru bagi mengukur kemahiran bercakap atau
bertutur dalam kalangan murid-murid.Antaranya ialah berbual beradasarkan tajuk,
dan berucap menurut tajuk atau tema. Ujian perbualan boleh dijalankan dalam
sebuah bilik berasingan yang bebas daripada sebarang gangguan bunyi bising.
Perbualan adalah berdasarkan tajuk yang difikirkan sesuai dengan peringkat umur
murid. Tujuan guru memberikan sesuatu tajuk adalah untuk merangsang minda
murid supaya boleh berfikir dan boleh bercakap atau berbual dalam Bahasa Melayu
dengan fasihdan lancar. Teknik yang mungkin sesuai dengan murid tahap dua iaitu
teknik berucap mengikut topik atau tema. Seorang murid akan memilih satu topik
daripada pilihan yang diberikan dan diberikan masa selama satu atau dua hari bagi
menyediakan ucapan pendeknya berkaitn dengan topik yang dipilih. Teknik ini
mempunyai risiko atau kemungkinan kurang baik kerana seorang murid itu mungkin
akan menghafal keseluruhan ucapannya.

Setiap penilaian, aspek yang ditaksikan seperti penggunaan kosa kata dan
tatabahasa dengan tepat dan betul mengikut konfeksi, sebutan, intonasi dan nada,
kefasihan dan bermakna serta bertatasusila.

3.1 Rekod dan Pelaporan

Semua maklumat daripada penilaian bilik darjah direkodkan untuk membantu guru
merancang pengajaran pembelajaran membuat tindakan susulan dan pelaporan.
Catatan dibuat secara berterusan dalam buku rekod mengajar, catatan guru, buku
latihan, lembaran kerja, senarai semak, laporan kemajuan murid, fail pelajar dan
boring-borang lain. Pelaporan mengenai prestasi pelajar dibuat kepada ibu bapa,
pelajar dan guru. Pelaporan mengenai prestasi meliputi pencapaian pelajar dari segi
pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap. Pelaporan juga meliputi kekuatan dan
kelemahan pelajar ketika pelaksanaan pentaksiran lisan cadangan mengatasi
kelemahan pelajar dan mempertingkatkan lagi pembelajaran juga dimasukkan dalam
pelaporan. Pelaporan dibuat secara lisan dan bertulis dalam bentuk penyataan dan
gred.Perbandingan pencapaian dan kedudukan di antara pelajar tidak diperlukan.
Pelaporan secara umumnya memberi gambaran menyeluruh tentang perkembangan
pelajar dalam

penguasaan, pencapaian, pengetahuan dan kemahiran, sikap dan amalan.

3.2 Tindakan Susulan

Tindakan susulan dijalankan berdasarkan segala maklumat yang diperolehi daripada
penilaian. Tindakan susulan harus dalam bentuk pengukuhan , pemulihan dan
pengayaan. Antara langkah-langkah yang dilaksanakan dalam tindakan susulan
ialah guru perlu mengubahsuai objektif pengajaran dan pembelajaran mengikut
tahap kebolehan pelajar. Untuk memperoleh maklumat tentang pencapaian pelajar,
guru-guru harus menilai semua peringkat hasil pembelajaran iaitu pengetahuan,
kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Pelbagai alat penilaian akan
membolehkan satu gambaran umum tentang pencapaian pelajar.

Seterusnya, guru-guru boleh mempelbagaikan teknik pengajaran supaya
selaras dengan kebolehan pelajar. Guru-guru juga boleh menggunakan sumber
pengajaran pembelajaran yang sesuai dan menarik dan mengikut kebolehan dan
minat pelajar. Selain itu, guru perlu memberi bimbingan kepada pelajar secara
individu dan kumpulan. Melalui analisis prestasi pelajar dan maklum balas kepada
pelajar, guru harus mengambil tindakan yang sesuai untuk menambahbaik proses
pengajaran dan pembelajaran seperti yang ditunjukkan dalam pencapaian hasil
pembelajaran. Tindakan selanjutnya ialah guru harus membuat pengubahsuaian
setelah kelemahan yang dikesan. Antara pengubahsuaian yang perlu diambil
perhatian termasuklah strategi-strategi pengajaran, pengajaran yang sesuai untuk
menangani kekuatan dan kelemahan mengenai pengetahuan dan kelemahan
pelajar. Guru perlu menganalisis dan menggunakan data pencapaian
untuk merancang pelajaran supaya memenuhi keperluan pengajaran individu atau
kumpulan pelajar.

Guru harus memilih dan mengubahsuai penilaian agar selari dengan hasil
pembelajaran. Guru-guru seharusnya memberi secara jelas dan tepat kriteria-
kriteria
penilaian terperinci dan standard prestasi yang diharapkan kepada pelajar. Dengan
itu, pelajar akan lebih sedar tentang hasil pembelajaran dan standard yang
diharapkan
daripada mereka. Sebagai guru kita harus membuat modifikasi terhadap pengajaran,
strategi dan rancangan penilaian supaya dapat menambahbaik dan membawa
perubahan kepada pencapaian keseluruhan pelajar.

Penutup

Langkah-langkah pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat dan berkesan
dijalankan oleh guru dalam bilik darjah merupakan dasar penting bagi pencapaian
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Jesteru, kecekapan guru dalam
membangunkan instrument pengujian dan penilaian amat penting malah sama
pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran hasil daripada aktiviti pentaksiran, pengujian dan penilaian yang baik
juga bukan sahaja memberikan satu kejayaan kepada guru malah kepada murid-
murid yang diajar. Oleh yang demikian, guru-guru perlulah mengaplikasikan atau
mempraktikkan konsep-konsep ini dengan sebaiknya.di sekolah.

You might also like