You are on page 1of 12

1

Soalan 1
1.0 Pengenalan
Perkembangan teknologi maklumat serta penggunaan komputer membawa implikasi yang besar
ke atas kehidupan manusia termasuklah dalam bidang pendidikan. Ianya dapat membantu guru-
guru dan pelajar-pelajar dalam proses pengajaran pembelajaran dengan lebih menarik dan
interaktif. Selain dari bahan bantu mengajar, komputer juga boleh digunakan untuk
mempercepatkan proses pengurusan dan penilaian di sekolah. Menurut Heinich, Molenda and
Russell (1993) banyak perisian komputer yang boleh dimanfaatkan dalam setiap aspek
pendidikan.
Terdapat enam jenis perisian kursus Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) yang utama
iaitu tutorial, latih-tubi, permainan, tunjuk cara, simulasi, dan ujian.. Setiap jenis PPBK
mempunyai kelebihan masing-masing dan sesuai digunakan dalam mata pelajaran peringkat
rendah, menengah dan tinggi.
2.0 Penilaian Perisian PPBK
Bagi tugasan ini, saya telah memilih perisian kursus bagi Mata Pelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan Tahun Empat yang diterbitkan oleh Unik Smart Educ-Tech Sdn. Bhd (2005).
2.1 Jenis Kategori Perisian Kursus
Perisian kursus Pendidikan Sivik dan Kewargangeraan ini mengandungi hanya satu jenis
kategori iaitu tutorial. Ia boleh dilihat apabila perisian memperkenalkan bahan-bahan
pembelajaran yang disampaikan secara berperingkat-peringkat dan diikuti dengan soalan-soalan.
Seterusnya komputer akan menyemak jawapan dan memberikan maklum balas. Ianya sesuai
digunakan untuk memperkenalkan isi kandungan baru, mengulangkaji dan pemulihan kepada
pelajar yang berpencapaian rendah atau pengayaan kepada pelajar yang berpencapaian tinggi.
2.2 Tujuan Perisian Kursus
Tujuan perisian kursus ini diterbitkan adalah untuk membantu menyampaikan isi pelajaran bagi
Mata Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun Empat. Perisian ini mengandungi
2

dua tema yang terdapat dalam sukatan pelajaran iaitu tema ketiga; Hidup Bersama di Sekolah
dan Masyarakat dan tema keempat; Kenali Budaya Malaysia. Justeru, perisian ini amat sesuai
untuk membantu saya menyampaikan isi pelajaran bagi tema Kenali Budaya Malaysia kerana ia
selaras dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun Empat.
2.3 Fungsi dan Kegunaan Perisian
Pada peringkat pertama, perisian ini akan memperkenalkan tajuk-tajuk yang terdapat dalam tema
Hidup Bersama di Sekolah dan Masyarakat dan Kenali Budaya Malaysia. Terdapat 15 tajuk yang
boleh disampaikan dengan menggunakan perisian ini. Isi pelajaran disampaikan dalam bentuk
tutorial dengan menggunakan elemen animasi. Ia kemudian diikuti dengan latihan interaktif yang
boleh dilakukan terus di dalam halaman yang dipaparkan atau guru boleh mencetak lembaran
latihan agar boleh dijawab oleh semua pelajar. Perisian ini juga menyediakan lembaran kerja
untuk aktiviti 2 yang sesuai untuk pengayaan.

Perisian yang merangkumi semua tajuk
3


Perisian dilengkapi dengan aktiviti latihan

2.4 Kekuatan dan Kelemahan Perisian Kursus
2.4.1 Isi Kandungan
Isi kandungan perisian kursus ini bertepatan dengan kehendak sukatan pelajaran Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan Tahun Empat. Ini dapat dilihat apabila sesi tutorialnya menerangkan
dengan terperinci jenis-jenis pakaian tradisional pelbagai kaum yang terdapat di Malaysia.
Bahasa yang digunakan juga tepat dari segi tatabahasanya selain menggunakan bahasa yang
mudah difahami oleh pelajar tahun empat. Walaupun ia disampaikan dalam bentuk lakonan
animasi namun ia dapat menerangkan dengan jelas isi pelajaran yang hendak disampaikan. Skop
isi pelajaran yang kecil membolehkan pelajar tahun empat menerima isi pelajaran dengan mudah
dan tidak bercelaru. Latihan yang disediakan juga sesuai dengan isi pelajaran yang telah
disampaikan selain arasnya yang sederhana. Bagi pelajar yang telah dapat menyiapkan latihan,
aktiviti pengayaan yang menguji daya kreativiti pelajar amat sesuai untuk menjana kemahiran
berfikir mereka.
4


Aktiviti Latihan 1

Aktiviti Latihan Tambahan
5


Lembaran Aktiviti 2 (Pengayaan)
Salah satu kelemahan perisian kursus ini ialah penyampaian isi pelajaran secara tutorial
menggunakan teknik lakonan animasi mungkin agak sukar bagi pelajar yang lemah. Sekiranya ia
disampaikan secara kelas, maka pelajar yang lemah sukar untuk mencatat isi-isi pelajaran dengan
pantas di samping kebolehan mengingat fakta yang agak kurang. Akibatnya, pelajar lemah tidak
dapat menjawab semua soalan latihan dengan tepat. Justeru, objektif pelajaran mungkin tidak
tercapai melainkan guru mengulang semula persembahan perisian dan menekankan isi-isi
penting yang perlu diberi perhatian oleh pelajar.
2.4.2 Aspek Teknikal
Dari aspek teknikal, perisian ini mempunyai navigasi yang sempurna. Maklumat tajuk-tajuk
dapat dicari dengan mudah dan cepat. Penggunaan menu, ikon dan arahannya sangat intuitif.
Guru atau pelajar mempunyai pilihan untuk mengawal perjalanan perisian samada mengulang
semula, berhenti seketika atau keluar daripada aktiviti. Kualiti audio juga amat jelas dan mudah
difahami serta boleh dikawal tinggi atau rendah suara. Suara dan muzik yang digunakan masih
berkaitan dengan visual yang dipaparkan. Di samping itu, isi kandungan perisian ini disampaikan
dengan cara yang dapat merangsang pemikiran pelajar. Penggunaan lakonan animasi yang
pelbagai warna mampu menarik perhatian pelajar kerana ia bersesuaian dengan tahap umur
6

mereka yang sangat menggemari animasi. Aktiviti pengayaan yang terkandung dalam perisian
ini dapat menggalakkan penyelesaian masalah secara kreatif oleh pelajar. Maklumbalas bagi
setiap aktiviti mampu meransang murid untuk meneruskan aktiviti selanjutnya serta tidak
melemahkan semangat mereka untuk terus mencuba. Setiap paparan perisian ini disusun atur
dengan baik dan berperingkat-peringkat serta dilengkapi dengan penerangan yang jelas untuk
setiap aktiviti. Selain itu, pemilihan teks dalam perisian ini mudah dibaca kerana saiz dan bentuk
huruf yang sesuai dengan pelajar tahun empat.

Navigasi, Persembahan dan Kualiti Visual dalam Perisian

7


Maklumbalas ransangan yang membina
Satu-satunya kelemahan dari aspek teknikal perisian ini ialah ia tidak dilengkapi dengan
semua ciri-ciri penyimpanan rekod. Perisian ini hanya membenarkan cetakan lembaran aktiviti
sahaja. Manakala ciri menyimpan maklumat tentang kedudukan semasa dalam suatu perisian
serta rekod penggunaan perisian pelajar tidak disertakan. Demikian juga dengan kemudahan
untuk mengambil dan menyimpan nota apabila perlu yang tidak terdapat dalam perisian ini.
2.4.3 Aspek Dokumentasi
CD-ROM perisian PPBK ini mengandungi penerangan tentang keperluan peralatan dan sistem
operasi komputer yang dicetak pada permukaan CD. Bagi guru yang biasa menggunakan
perisian dalam bentuk CD-ROM, mungkin agak mudah untuk mereka melakukan proses instalasi
perisian ke dalam komputer. Ini kerana ia hanya mengandungi arahan ringkas yang dipaparkan
semasa proses instalasi. Apabila proses instalasi selesai, maka agak mudah untuk pengguna
memainkan perisian ini. Namun tidak ada sebarang rujukan seperti nombor telefon pengeluar
sekiranya terdapat sebarang masalah semasa proses pengoperasian perisian.
Panduan pengguna yang mengandungi maklumat tentang kumpulan sasaran dan
ringkasan kandungan perisian hanya boleh diketahui setelah pengguna memasang perisian ini.
8

Perisian ini juga tidak dilengkapi dengan sebarang buku atau risalah panduan pengguna.
Demikian juga dengan objektif pembelajaran, cadangan cara penggunaan dalam kelas, rancangan
mengajar dan aktiviti tidak disertakan bersama CD.
3.0 Kesimpulan
Walaupun tidak memenuhi semua kriteria pemilihan perisian kursus, namun perisian ini masih
sesuai digunakan dalam pengajaran berbantukan komputer. Ini kerana ia telah memenuhi hampir
semua kriteria yang telah ditetapkan dalam proses pemilihan. Sebarang kelemahan atau
kekurangan yang terdapat pada perisian ini boleh diatasi dengan inisiatif dan kreativiti guru
seperti menyelitkan aktiviti dan bahan pengajaran tambahan yang lain agar objektif
pembelajaran dapat dicapai oleh pelajar. Penggunaan perisian PPBK seperti ini sangat membantu
dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia menarik minat pelajar, memudahkan
pencapaian objektif pembelajaran di samping memudahkan tugas guru.














9


Soalan 2
Rancangan Pengajaran Harian
Mata Pelajaran : Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Tahun : Empat Amanah
Masa : 1 jam
Tema : Kenali Budaya Malaysia
Tajuk : Kunikan Pakaian Yang Kita Warisi
Kemahiran : 4(a) Kenali dan aprisiasi kekakayaan pelbagai warisan budaya
Malaysia.
i. Pakaian
Pengetahuan sedia ada : Murid telah mengetahui jenis pakaian tradisional kaum masing-masing.
Objektif pengajaran: Di akhir aktiviti pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :-
i) Pengetahuan : Menyatakan nama-nama pakaian tradisional bagi setiap kaum
yang terdapat di Malaysia.
ii)Kemahiran : Menjelaskan keistimewaan dan kesesuaian pakaian tradisional
kaum masing-masing.
iii)Nilai : Berbangga kerana mempunyai kepelbagaian warisan budaya dan
berusaha untuk mengekalkannya.
Alatan : CD-ROM, komputer riba, LCD, pembesar suara lembaran
aktiviti latihan tambahan dan pengayaan.





10


Langkah / Masa Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran Catatan / Alatan
Set Induksi
(5 minit)
Guru menyoal murid secara lisan :-
1. Tahukah kamu nama pakaian tradisional kaum
kamu?
2. Apakah nama pakaian tradisional bagi kaum
..?
(Guru menyebut nama beberapa orang murid
mengikut kaum mereka).
3. Bilakah kamu akan memakai pakaian
tradisional kamu itu?

Langkah 1
(15 minit)

Murid diminta memberi perhatian terhadap
paparan LCD dan mencatat isi-isi penting
terutama tentang nama-nama pakaian tradisional
setiap kaum.
Guru memaparkan perisian CD-ROM bertajuk
Keunikan Pakaian Yang Kita Warisi.
Murid menonton perisian CD-ROM yang
dipaparkan sambil mencatat isi-isi penting.
Guru menyoal murid untuk memastikan mereka
dapat mengingat atau mencatat isi-isi penting
yang terdapat dalam cerita. Sekiranya masih
terdapat murid yang tidak dapat mengingat atau
mencatat isi pelajaran, guru akan mengulang
semula paparan LCD atau mengulang pada
bahagian-bahagian yang penting.

CD-ROM, LCD,
komputer riba dan
pembesar suara
Langkah 2
(20 minit)
Guru memaparkan aktiviti 1 yang terdapat dalam
perisian.
Beberapa orang murid dipanggil ke hadapan
untuk mencuba menjawab latihan interaktif
secara bergilir-gilir.

CD-ROM, LCD,
Komputer riba,
pembesar suara.

11

Murid diberi peluang mencuba sebanyak dua kali
sekiranya jawapan yang diberi tidak tepat.
Guru mengedarkan lembaran aktiviti latihan
tambahan yang juga dicetak daripada perisian
kepada setiap murid.
Murid menjawab lembaran aktiviti latihan
tersebut.
Murid diajak menyemak bersama-sama hasil
tugasan mereka dengan meminta beberapa orang
murid menjawab latihan interaktif dihadapan
kelas.
Murid menghantar lembaran aktiviti untuk tujuan
rekod oleh guru.


Lembaran aktiviti
tambahan
Langkah 3
(15 minit)

Guru mengedarkan lembaran aktiviti 2
(pengayaan) yang dicetak daripada perisian
kepada setiap murid.
Murid melukis pakaian tradisional mengikut
kaum masing-masing dan menyatakan
keistimewaan serta kesesuaian pakaian yang
dilukis.
Murid menghantar tugasan untuk disemak oleh
guru.

Lembaran aktiviti 2
(pengayaan)
Penutup
(5 minit)
Guru menutup aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dengan mengajukan beberapa
soalan kepada murid:-
1. Adakah kamu suka memakai pakaian
tradisional kaum masing-masing?
2. Apakah yang kamu dapat rasakan apabila
memakai pakaian tersebut?
3. Apakah cara yang patut kita lakukan supaya
warisan budaya tidak pupus?

Refleksi :
12

BIBLIOGRAFI

Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan Tahun Empat. Pusat
Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Norhashim Abu Samah, Maznah Youp, & Rose Alinda Alias. (1996). Pengajaran Bantuan
Komputer. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Omar Zakaria, ShaifolBahary Sulaiman, Hassan Ahmad & Azman Abdullah. (2009). HBEF
Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan. Open University.

Poh Swee Hiang, Mokhtar Affandi Amran, Tajuddin Hassan. (1996). Sumber Teknologi:
Pengurusan Sumber Pengajaran Pembelajaran 2. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala
Lumpur.

Rashidi Azizan, & Abdul Razak Habib. (1996). Pengajaran Dalam Bilik Darjah: Kaedah Dan
Strategi. Masa Enterprise. Kajang, Selangor D. E.

You might also like