You are on page 1of 12

Isl 1

pendekatan kuantitatif dan kualitatif.


KAJIAN KUANTITATIF, KUALITATIF DAN GABUNGAN
KAJIAN KUANTITATIF

Kajian kuantitatif adalah kajian yang menggunakan maklumat / data yang bersifat kuantitatif.
Data kuantitatif boleh diukur, melalui proses pengukuran dan memerlukan alat-alat
pengukuran seperti soal selidik dan ujian. Saiz sampel bagi kajian ini lebih besar berbanding
kajian kualitatif.

Jenis-jenis kajian kuantitatif:
i) Kajian Deskriptif
ii) Kajian Korelasi
iii) Causal Comparative
iv) Kajian Eksperimental

KAJIAN KUALITATIF

Kajian kualitatif adalah kajian yang menggunakan maklumat / data yang bersifat kualitatif.
Data kualitatif diperoleh dengan cara pemerhatian, temubual, analisis dokumen atau apa-apa
cara untuk mendapatkan data yang lengkap. Saiz sampel bagi kajian ini lebih kecilberbanding
kajian kualitatif.

Jenis-jenis kajian kualitatif:
i) Kajian Tindakan
ii) Kajian Kes
iii) Kajian Lapangan
iv) Analisis Dokumen


PERBEZAAN DI ANTARA KAJIAN KUANTITATIF DAN KAJIAN KUALITATIF

i) Bentuk Data

KAJIAN KUANTITATIF KAJIAN KUALITATIF
Data berbentuk angka yang boleh diukur. Data berbentuk perkataan atau ayat yang
dikumpul melalui temubual atau yang
direkod dalam bentuk gambar atau video.

ii) Instrumen Kajian

KAJIAN KUANTITATIF KAJIAN KUALITATIF
Penyelidik menggunakan instrument seperti
soal selidik dan ujian pencapaian bagi
memungut data. Instrumen berfungsi sebagai
alat pengukur dan menjadi alat perantaraan
antara penyelidik dan peserta kajian.
Penyelidik adalah instrumen utama
memungut data. Penyelidik perlu berada
dalam situasi yang dikaji, mendengar dan
memerhati sendiri fenomena yang ingin
dikaji.

iii) Reka bentuk Kajian

KAJIAN KUANTITATIF KAJIAN KUALITATIF
Reka bentuk ditetapkan sebelum data
dipungut.
Reka bentuk bersifat mudah lentur / fleksibel,
boleh diubahsuai mengikut keadaan dan
keperluan situasi.

iv) Peserta Kajian

KAJIAN KUANTITATIF KAJIAN KUALITATIF
Penyelidik bukan peserta kajian. Peserta
kajian adalah sampel yang dipilih dengan
menggunakan teknik persampelan tertentu.
Penyelidik adalah sebahagian daripada
peserta kajian. Maklumat kajian diperoleh
secara langsung daripada peserta kajian.

v) Metodologi Kajian

KAJIAN KUANTITATIF KAJIAN KUALITATIF
Penyelidik mengkaji populasi atau sampel
yang mewakili populasi. Saiz sampel besar
dan dipilih berasaskan kebarangkalian.
Saiz sampel kecil dan dipilih secara bertujuan
dan tidak berasaskan kebarangkalian.


KAJIAN GABUNGAN (MI XED-METHOD)

Kajian gabungan pula merupakan kajian yang menggabungkan kaedah kuantitatif dan
kualitatif. Data yang diperoleh juga menggunakan data kuantitatif dan data kualitatif.

RUJUKAN

Aini Hassan. 2007. Kualitatif Atau Kuantitatif ?: Memahami Andaian Asas Yang Mendasari
Penyelidikan Pendidikan. Masalah Pendidikan. 30 (1). Halaman 7-16. ISSN 0126-5024

Kajian Dalam Pendidikan. http://www.scribd.com/doc/18682201/Panduan-Kajian-
Kes [3/8/2010]


Nota Kursus Research Methodology Anjuran Kolej

ISL 2
jenisjenis penyelidikan pendidikan

Jenis-jenis Penyelidikan dalam Pendidikan

(1) Kajian Sejarah:- membina semula masa silam secara sistematik.
eg: Untuk menentukan Aishah benar-benar keturunan Mahsuri.
(2) Kajian Deskriptif:- memberi penerangan yg sistematik tentang fakta dan ciri2 sesuatu bidang
secara tepat dan berfakta.
eg: Satu tinjuan pendapat umum utk menilai sikap pengundi.

(3) Kajian Perkembangan:- menyiasat rentetan pertumbuhan fungsi masa.
eg: Kajian Trend - corak perubahan masa lepas untuk meramal corak @ keadaan di masa akan
datang.

(4) Kajian Kes/Lapangan:- mengenalpasti status masa kini yg melibatkan unit sosial (ind. institusi
@ komuniti)
eg: Kajian intensif tentang sebab-sebab penceraian di kalangan Orang Melayu.
(5) Kajian Kolerasi:- menyiasat setakat mana variasi dlm satu faktor seimbang dengan variasi dlm
satu faktor atau lebih faktor lain berasaskan pekali variasi.
eg: Kajian tentang hubungan antara konsep kendiri dengan pencapaian akademik

(6) Kajian Perbandingan Sebab-Akibat (komparatif):
-mengkaji perkaitan antara sebab dan akibat dgn memerhati beberapa kesan yg wujud serta
menyemak semula data sedia ada bagi mencari faktor2 sebab-akibat.
eg: Mengkaji faktor2 yg menjadi sebab utama berlaku kemalangan jalanraya dgn melihat rekod di
JPJ atau PDRM
(7) Kajian Eksperimental:- menyiasat hubungan sebab dan kesan dengan mendedahkan satu
kumpulan percubaan kepada satu rawatan dan membandingkan keputusan kepada satu kumpulan
yang tidak menerima rawatan
eg: Untuk menentukan keberkesanan modul motivasi terhadap peningkatan motivasi pencapaian
pelajar sekolah menengah.

(8) Kajian Tindakan:- membentuk kaedah baru dlm menyelesaikan masalah dgn aplikasi terus dlm
bilik darjah
eg: untuk membentuk kaedah baru bagi menarik lebih ramai pelajar bumiputera meminati bidang
sains dan teknologi.


ISL 3
prosedur penyelidikan
PROSEDUR PENYELIDIKAN TINDAKAN
Cohen dan Manion (1994) mengutarakan lapan prosedur dalam proses penyelidikan
tindakan seperti berikut:
1. Mengenal pasti masalah
2. Menyediakan draf tindakan berdasarkan kepada perbincangan dengan pihak-pihak
yang terlibat
3. Membuat tinjauan literatur mengenai masalah yang dikaji
4. Membuat penyataan masalah dan hipotesis kajian
5. Memilih metodologi serta langkah-langkah kajian
6. Memilih prosedur penilaian
7. Mengumpul data, membuat analisa serta memberi maklum balas
8. Menginterpretasi data, membuat implikasi dan menilai

Menurut Nunan (1992), tujuh langkah utama yang perlu diambil dalam Penyelidikan
Tindakan adalah seperti berikut:
1. Inisiasi
2. Melakukan tinjauan awal
3. Membina hipotesis
4. Melaksanakan intervensi/ mengambil tindakan
5. Membuat penilaian (di atas intervensi/tindakan yang diambil)
6. Melaporkan
7. Mengadakan tindakan susulan

Dalam proses di atas, langkah pertama bermula daripada inisiatif yang dibuat oleh
sekumpulan guru berdasarkan satu permasalahan sebenar yang muncul dalam
pengajaran atau pembelajaran bilik darjah.
Satu garis panduan bagi melaksanakan penyelidikan tindakan juga telah diketengahkan
oleh Richards and Lockhart (1994 yang diubah suai daripada Kember dan Kelly 1992)
seperti berikut:

1. Murid-murid dalam kelas saya nampaknya menghadapi kesulitan besar
apabila saya mengarahkan mereka membuat persembahan secara lisan.
2. Apabila murid-murid menulis karangan, mereka sedikit sekali
menggunakan strategi menyemak yang telah saya ajarkan.
3. Jawapan peperiksaan yang diberikan oleh murid-murid dalam kelas
sastera saya merupakan replika kepada nota-nota pengajaran saya-
menunjukkan bahawa mereka sedikit sekali membaca.

Untuk kebimbangan ini menjadi fokus kepada penyelidikan tindakan, anda
perlu menjadikan setiap satunya lebih konkrit agar ia lebih mudah dikaji.
Anda perlu memikirkan satu set tindakan yang spesifik yan boleh anda cuba
untuk melihat kesannya. Justeru, soalan-soalan yang lebih khusus perlu
dibuat ke atas kerisauan tadi, mungkin sebagai contohnya:
1. Apakah perubahan-perubahan yang boleh dibuat dalam kurikulum
bertutur bagi membolehkan para pelajar mempunyai kemahiran yang
diperlukan unuk membuat persembahan secara lisan?
2. Adalah teknik pengajaran lain yang mungkin lebih baik untuk
menyediakan pelajar menggunakan strategi menyemak semasa menulis
karangan?
3. Bagaimanakah soalan-soalan peperiksaan untuk kelas sastera diubah
supaya pelajar digalakkan untuk lebih banyak membaca?

Biasanya, suatu pemerhatian awal dan reflektif secara kritikal diperlukan bagi
menukarkan sesuatu kebimbangan kepada satu tema tindakan. Di samping itu,
dalam penyelidikan tindakan, anda sebenarnya sedang menggalakkan
perubahan. Oleh itu, untuk melaporkan perubahan anda perlu merekodkan
situasi tersebut sebelum dan selepas perubahan itu berlaku.






ISL 4 Perbezaan Penyelidikan Tindakan dengan Penyelidikan Tradisional



Lebih ramai guru akan menceburi diri dalam penyelidikan tindakan sekiranya mereka memahami sifat-sifat dan proses penyelidikan tindakan yang
biasanya mudah dijalankan. Salah satu sebab guru kurang berminat dan menghadapi kerajuan akan penyelidikan tindakan ialah sebab mereka
menyamakan penyelidikan tindakan dengan penyelidikan formal. Berikut merupakan perbezaan ringkas di antara penyelidikan tindakan dan penyelidikan
formal:
Topik Penyelidikan Tradisional Penyelidikan Tindakan
Latihan yang diperlukan oleh penyelidik Ekstensif, meluas Cara sendiri atau dengan rundingan
Matlamat penyelidikan Pengetahuan yang boleh digeneralisasikan
Pengetahuan yang diaplikasikan kepada keadaan
spesifik
Kaedah untuk mengenalpasti permasalahan Kajian penyelidikan yang lalu Permasalah atau matlamat yang sedang dihadapi
Prosedur untuk kajian literatur Ekstensif, menggunakan sumber primer Sepintas lalu, menggunakan sumber sekunder
Pendekatan persampelan Rambang atau persampelan perwakilan
Pelajar atau klien yang ada kaitan dengan kerja
pengkaji
Desain penyelidikan Kawalan ketat, jangka masa panjang
Prosedur longgar, boleh ubah semasa kajian,
jangka masa semasa, kawalan melalui triangulasi
Prosedur Pengkukuan Penilaian dan ukuran praujian Ukuran yang mudah atau ujian piawai
Analisis Data Ujian statistiks; teknik kualitatif & kuantitatif
Fokus pada kesignifikanan praktikal, bukan
statistiks; menyembahkan data mentah
Aplikasi hasil dapatan Penekanan kepada signifikan teori Penekanan kepada signifikan praktikal
Isl 5
KONSEP KAJIAN TINDAKAN
Kajian tindakan ialah satu proses yang dilakukan selepas pemerhatian ke atas sesuatu isu
atau masalah berdasarkan data dan maklumat yang diperolehi untuk dijadikan sebagai
panduan dalam proses penambahbaikan.Kajian dilakukan adalah untuk menambah
pengetahuan dan mengembangkan pengetahuan yang sedia ada berdasarkan penyelidikan
yang dilakukan. Kajian juga dapat guru-guru mengenalpasti masalah atau isu yang timbul di
samping dapat mambaiki kelemahan-kelemahan yang wujud dalam sesuatu masalah.
Selain itu, kajian tindakan juga dikenali sebagai penyelidikan gunaan. Masalah kajian
tindakan ini boleh wujud dalam konteks bilik darjah ataupun dalam konteks persekitaran
sekolah atau komuniti.
Carl & Kemmis (1986) berpendapat:
Action research is a form of self-reflective enquiry undertaken by participants (teachers,
students or principals, for example) in social (including educational) situations in order to
improve the rationality and justice of (a) their own social or educational practices, (b) their
understanding of these practices, and (c) the situations (and institution) in which these
practices are carried out.
Gay & Airasian (2000) berpendapat kajian tindakan sebagai:
a process in which individual or several teachers collect evidence and make decisions
about their own knowledge, performance, beliefs, and effects in order to understand
and improve them
Kajian tindakan bukan sahaja boleh dijalankan dalam konteks kelas tetapi juga dalam
komuniti pendidikan dan komuniti yang berhubungan dengan pendidikan dan sekolah.
Creswell (2005) membahagikan kajian tindakan kepada dua jenis, iaitu:
i. kajian tindakan amalan (practical action research)
ii. kajian tindakan penyertaan (participatory action research)
Kajian tindakan amalan melibatkan peninjauan amalan guru dalam konteks bilik darjah.
Manakala kajian tindakan penyertaan melibatkan kajian tentang isu-isu sosial yang
menganggu perkembangan pelajar.
Model 1: Model Kemmis dan McTaggart (1988) iaitu action research cycle merupakan
model yang biasanya digunakan dalam menjalankan kajian tindakan. Terdapat 4 elemen
utama dalam model ini iaitu:
Mereflek (reflect)
Merancang (plan)
Bertindak (action)
Memerhati (observe)

Gelung Kajian Tindakan (Kemmis & McTaggart, 1988)
Proses kajian tindakan bermula dengan guru menjalankan refleksi ke atas satu-satu isu
pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani. Kemudian guru itu menyediakan satu
pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Seterusnya guru
melaksanakan pelan yang dihasilkan dan dalam proses pelaksanaannya guru terpaksalah
memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu. Keseluruhan pelaksanaan itu disifatkan
sebagai Gelungan Pertama (Cycle 1) dan jika masalah itu tidak dapat diatasi, maka guru
bolehlah memulakan proses semula ke Gelungan Kedua (Cycle 2) sehinggalah masalah itu
diselesaikan. Pada Gelungan Kedua guru mesti mereflek dan membuat adaptasi terhadap
pelan tindakan beliau. Satu kritikan terhadap model ini ialah ia sentiasa berlanjutan dan
tiada mutakhirnya (finality). Oleh itu, seseorang guru yang menjalankan kajian tindakan
hendaklah pragmatik dan perlu memastikan bahawa pelan tindakan beliau selaras dengan
kurikulum yang hendak disampaikan.
Model 2: Model Kajian Tindakan Ebbut (1985)




Kajian tindakan merupakan satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif.
Ianya merupakan suatu pengkajian yang sistematik oleh sekumpulan pengamal terhadap
usaha-usaha untuk mengubah dan memperbaiki amalan pendidikan melalui tindakan praktis
mereka sendiori serta refleksi terhadap kesan atau akibat tindakan tersebut.
Model 4: Model Kajian Tindakan Elliot (1991)
Dalam model kajian tindakan Ellit (1991), Idea utama utamanya adalah penyelidik
membangunkan pemahaman peribadi ke atas sesuatu masalah dan pengertian abstrak itu
adalah penting dalam melaksanakan tindakan (Elliott , 1987:157). Bagi John Elliott, kajian
dalam pendidikan adalah satu usaha susila yang mencari dan memahami nilai-nilai dalam
pendidikan. Elliott (1985a) berpendapat kajian dalam pendidikan sepatutnya menjadi bentuk
kajian tindakan yang baru di mana para guru akan menjadi penyumbang utama.
isl 7- kaedah pengumpulan data seperti pemerhatian, dokumen, temu bual, soal selidik



isl 13 penulisan laporan dan artikel penyelidikan tindakan, penulisan sumber rujukan
menggunakan format APA
Sistem Dokumentasi APA
Sistem dokumentasi APA AMERICAN PSYCHOLOGICAL ASSOCIATION (APA) merupakan sistemyang bo
leh diaplikasikan dalam bidang seni visual sebagai menulisan kajian dan ilmiah.
Ia merupakan gabungan rujukan dalam teks (citations) dan senarai rujukan (bibliography) maklumat su
mberbahan yang digunakan di dalam sesuatu tugasan.
Elemen asas yang terdapat di dalam sesebuah bibliografi adalah:

Pengarang
Tahun penerbitan
Judul
Maklumat penerbitan (jilid, isu, edisi, muka surat, dll)
Maklumat tambahan (URL) (jika perlu)

Apa yang perlu didokumentasikan?

Dokumentasi merupakan satu kaedah penulisan akedemik yang lengkap dan sistematik dimana ianya b
ertujuanmemberi kemudahan kepada penulis dan pembaca untuk mengenalpasti sumber maklumat dan
merujuk semulasumber bahan yang asal.

Dokumentasi diperlukan sekiranya terdapat:

Petikan secara langsung (direct quotations)
Parafrasa dan ringkasan (paraphrase and summary)
Idea atau maklumat yang dirujuk ( statistik, graf, dll)


Format menulis Rujukan/Bibliografi menggunakan gaya APA

(i) Rujukan/Bibliografi perlu diletak selepas teks induk. Ianya menyenaraikan rujukan yang dibuat dalam kajian/projek dan
disebut dalam teks. Cara menulis tiap-tiap jenis rujukan hendaklah konsisten dan mengikut amalan-amalan
penulisan berikut:-

Entri dalam bibliografi adalah disusun secara "an underhug Single-spaced form" selang sebaris di antara item. Setiap entri
bermula di tepi marjin kiri dengan baris kedua di"kedalamkan" empat lajur. (Lihat contoh).
Entri hendaklah disusun ikut ajbad nama keluarga pengarang bagi nama-nama Barat, tetapi ikut nama penuh bagi nama
Melayu. Bagi pengarah korporat, entrinya disusun mengikut perkataan pertama (tidak termasuk artikel seperti
"The", "A" dan sebagainya).

Jika terdapat lebih dari dua karya oleh seorang pengarang, pengulangan namanya boleh dielakkan dengan
menggantikannya dengan garisan bersambung sepanjang 8 lajur (ruang) mulai tepi marjin kiri.
Jika pengarangnya tidak diketahui, sesuatu entri itu disusun mengikut abjad perkataan pertama tajuk makalah (tidak
termasuk artikel "The", "A" dan lain-lain).

(ii) Item-item dalam bibliografi hendaklah disenaraikan mengikut abjad nama pengarang mengikut kaedah American
Psychology Association (APA) (http://www.apa.org) Rujukan kepada item-item yang disenaraikan itu dibuat
dengan menyebut pengarang dan tahun.

Contoh:

Artikel dari Jurnal, seorang pengarang

Bekerian, D. A. (1993). In search of the typical eyewitness. American Psychologist, 48, 574-576.


Artikel dari jurnal, dua orang pengarang, dikeluarkan mengikut isu

Klimoski, R., & Palmer, S. (1993). The ADA and the hiring process in organizations. Consulting Pscychology Journal:
Practice and Research, 45 (2), 10-36.


Artikel jurnal, tiga hingga lima pengarang

Borman, W. C., Hanson, M. A., Oppler, S. H., Pulakos, E. D., & White, L. A. (1993). Role of early supervisory experience in
supervisor performance. Journal of Applied Psychology, 78, 443 -449.

Artikel dari makalah (megazine)

Posner, M. I. (1993, October 29). Seeing the mind. Science, 262, 673-674.

o Berikan tarikh yang terdapat pada terbitan - bulanan atau bulan dan tarikh.
o Berikan nombor jilid.

Artikel dari surat khabar harian, tiada pengarang

New drug appears to sharply cut risk of death from heart failure. (1993, July 15). New Straits Times, p. A12.

o Senaraikan penulisan tanpa pengarang mengikut perkataan pertama yang bererti daripada tajuk artikel.
o Dalam teks gunakan tajuk pendek dalam kurungan: ("New Drug," 1993).
o Dahului mukasurat surat khabar dengan "p." atau "pp."


Artikel dari surat khabar, berlainan mukasurat

Schwartz, J. (1993, September 30). Obesity affects economics, social status. The Washington Post, pp. A1, A4.

Ramlan Hamzah (2012, Jan 15). Gugup di dalam peperiksaan: Minda pelajar. Berita Harian, ms 15.

o Jika artikel bersambung-sambung di beberapa mukasurat, berikan kesemua mukasurat dengan dipisahkan oleh koma
(contoh., pp. B1, B3, B5-B7)

Artikel dari surat khabar bulanan, surat kepada pengarang

Markovitz, M. C. (1993, May). Inpatient vs. outpatient [Letter to the editor]. APA Monitor, p. 3.

Keseluruhan isu dalam sebuah jurnal

Barlow, D. H. (Ed.). (1991). Diagnoses, dimensions, and DSM-IV: The science of classification [Special issue]. Journal of
Abnormal Psychology, 100 (3).

Ramlan Hamzah (2011). Cybermode in counseling. Journal of Technologies, 153 (1).


Terbitan tahunan

Fiske, S. T. (1993). Social cognition and social perception. Annual Review of Psychology, 44, 155-194.

You might also like