You are on page 1of 3

KEPENDINGAN ASPEK PENDIDIKAN

KAEDAH PENDIDIKAN YANG DIAPLIKASI OLEH RASULULLAH


KESAN KAEDAH PENDIDIKAN

Matlamat pendidikan Islam : melahirkan insan yang tunduk dan patuh kepada
perintah Allah s.w.t dan menajuhi larangan melalui bimbingan
agama,akhlak,akal,emosi dan kemahiran
Nabi Muhammad sebagai Rasul : 610M wahyu pertama surah Al-Alaq ayat 1-5 yang
bermaksud membaca jadi asas pendidikan Islam
Rasulullah s.a.w merupakan mahaguru yang menyampaikan pendidikan Islam
bermula di Mekah dan diteruskan di Madinah
Latar belakang Mekah danMadinah : Mekah-terletak di Lembah yang kering kontang
dan kedudukanMekah strategik iaitu persinggahan jalan perdagangan Syam dengan
Yaman. Diasaskan oleh Nabi Allah Ibrahim bersama anaknya Ismail dan ibunya Siti
Hajar. Di situ mereka mendirikan rumah ibadat pertama iaitu Kaabah iaitu 100 tahun
sebelum Muhammad dilahirkan. Datuknya, Qusay bin Kulab, kabilah Quraisy telah
menguasai pentadbiran Mekah.
Madinah kawasan oasis yang subur untuk pertanian. Kedudukan strategik iaitu jalan
perdagangan antara Mekah dengan Syam. Setiap tahun penduduknya mengunjungi
Mekah untuk mengerjakan ibadat haji yang disyariatkan dalam agama Hanif Nabi
Allah Ibrahim a.s.
http://syofyanhadi.blogspot.com/2008/06/konsep-pendidikan-menurut-islam.html

Isi :
Kurikulum :
Akidah : rukun iman mengesakan Allah dan melarang mensyirikkannya dengan
berhala dan sebagainya. Beriman kepada rasul-rasul teramsuk Nabi Muhammad s.a.w.
Beriman kepada kitab-kitab termasuk Al-Quran wahyu daripada Allah s.w.t. Beriman
kepada hari akhirat,manusia akan dihidupkan semula untuk mendapat pembalasan
baik atau sebaliknya
Syariah : Bersolat : hanya Allah sahaja yang disembah. Konsep wajib, sunat ,halal,
haram, harus dalam melaksanakan tanggungawab
Akhlak : Konsep amar maaruf spt hormat-menghormati, tolong menolong,
jujur,amanah, berkata benar. Konsep nahi mungkar iaitu larangan berzina,berdusta
dan membunuh anak perempuan
Pelaksanaan pendidikan di Mekah :
Secara senyap atau rahsia atau sirriyah : kepada kaum keluarga dan sahabat
terdekat seperti isterinya Khadijah,Ali bin Abi Talib dan Abu Bakar as Siddiq yang
berpusat di rumah Arqam bin Abi Arqam berlangsung selama 3 tahun.
Secara terang-terangan : Diperintah oleh Allah s.w.t selama 10 tahun. Ditujukan
kpd kaum kerabat spt keluarga Abdul Mutalib dengan berceramah di rumah Ali bin
AbiTalib. Ada keluarga yangmenerima dan ada yang menentang terutamanya Abu
Lahab bapa saudara baginda.
Dakwah terbuka kepada orang ramai : - Di Bukit Safa dihadiri olehsemua
ketua-ketua pentadbir Mekah spt ketua Bani Abdul Mutalib, Bani Zahrah, Bani
Tamin, Bani Makhzum dan Bani Asad. Abu Lahab mengganggu dakwah Nabi
Muhammad s.a.w .
Cara nabi mendidik : menunjukkan contoh teladan dan akhlak yang baik. Nabi
sendiri tidak pernah berdusta. Menyampaikan dengan hikmah berbincang lemah
lembut, sabar dan doa. Menanamkan keimanan
Kurikulum dan pelaksanaan pendidikan di Madinah :
Peluasan ajaran Islam : Aqidah diteruskan menanam keimanan. Akhlak akhlak
manusia diteruskan dengan kemasyarakatan seperti muamalah, kejiranan,
Kenegaraan 1 bulan kewajipan mendirikan solat Jumaat, mengerjakan puasa, haji,
zakat, kekeluargaan di tambah dengan ibadat sunat Solat jumaat mula diwajibkan. Solat
sunat hari raya aidilfitri dan aidil adhadidirikan. Diberi peringatan supaya menjaga waktu solat fardu.
Pendidikan berpuasa bermula pada tahun 2 hijra
Institusi pengajian : Masjid Nabawi Fungsi masjid menurut istilah islam adalah sebagai
markas bagi segala aktiviti agama dan masyarakat, khususnya dalam hal-hal yang yang berhubung
dengan ibadat dan pendidikan. RasulullahSAW menjadikan masjid Nabawi sebagai tempat belajar
mengenai urusan dunia dan agama disamping beribadat.Situasi di masjid menjadikannya lebih bebas
dan sesuai sebagai tempat belajar daripada di rumah kerana di masjid,seseorang itu tidak perlu meminta
kebenaran untuk memasukinya jika dibandingkan dengan rumah.pusat pendidikan Islam serambi
bersambung dengan masjid disebut al Suffan sebagai tempat
Mempelajari bahasa asing : Rasulullah s.a.w menghantar para sahabat belajar
bahasa asing untuk sebarkan /pendidikan Islam cth: Muaz bin Jabal ke Yaman,
Abdullah bin Mas-ud ke Kufah, Abu Musa Al-Asyaari ke Basrah.
Pendidikan untuk semua : Rasulullah memberi peluang dan membuka ruang kepada
semua orang untuk belajar sejajar dengan tuntutan dalam hadis yang bermaksud
menuntut ilmu wajib bagi semua umat Islam. Terdapat satu hari khas untuk mengajar
kaum wanita. Saidatina Aishah menjadi rujukan para muslimat.
Pendidikan membaca dan menulis : Individu yang boleh membaca dan menulis
diarahkan mencatat wahyu. Rasulullah mengarahkan orang yang boleh membaca dan
menulis supaya mengajar orang lain. Contoh: Tawanan perang Badar yang tahu
membaca dan menulis dikehendaki mengajar kanak-kanak Islam sehingga pandai
untuk membebaskan diri mereka. Pendidikan wanita tidak juga diabaikan.pendidikan yang
disampaikan bukan sahaja tentang agama malahankeduniaan.
Pendidikan fizikal : Rasulullah menggalakkan menunggang kuda, memanah,
berenang. otak yang cergas terletak di badan yang sihat
Menulis surat kepada Negara lain : Rasulullah telah mengarahkan sahabat menyeru
Islam kpd Raja Habsyah, Raja Mesir dan Iraq. Raja Habsyah menerimanya dengan
baik tetapi yang lain memberi layanan yang buruk kepada utusan.
Kesimpulan :
Kurikulum yang didedahkan oleh Rasulullah sama ada di Mekah atau pun Madinah bertujuan
melahirkan insan yang sempurna dari segi fizikal dan spiritual agar memperolehi kebahagian
di dunia dan akhirat. Kurikulum yang digariskan oleh Rasulullah s.a.w. ini kemudiannya
diwarisi oleh para sahabat termasuk pengumpulan dan pembukuan al-Quran dan Hadis yang
membawa kepada pengenalan ilmu tafsir, usuludin, fiqah, dan ilmu-ilmu lain.

You might also like