You are on page 1of 24

IKLIM KUALITI ORGANISASI : SATU KAJIAN

AMALAN KUALITI DI SEKOLAH KEBANGSAAN


BOTA KANAN DAERAH PERAK TENGAH, PERAK.
Oleh
Mohd Lot bin Mustafa
Tesis ini dlkemukakan bag1
memendu sebahagian daripada keperluan ijazah
Sqa na Sains Pembangunan Sumber Manusia
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
Julai 1997
PERAKUAN
Tiada bahagian daripada tesis ini telah dikemukakan untuk rnenyokong sesuatu
permohonan lain untuk mendapatkan kelayakan ljazah di universiti ini atau
institusi pengajian tinggr yang lain.
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lag Maha Penyayang. Segala puji-pujian
kepada Allah s.w.t, selawat dan salam kepada Rasulullah s.a.w dan para sahabat, amin.
Dengan taufik dan hdayat Allah s.w.t, maka membolehkan saya menyiapkan tesis ini.
Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Prof. Razali Arof selaku penyelia kajian dan
merangkap Dekan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia kerana
rnembimbing dan rnemberi tunjukajar yang membina cara-cara untuk menulis sebuah
tesis. Terima kasih juga diucapkan kepada Dr. Abitng Ahamad Ridzuan Abang Awet,
Dr.Gabriel Tonga Noweg dan Dr. Spenser Empading Sanggin kerana kesudian mereka
membantu saya menyiapkan laporan kajian ini.
Kepada isteri tercinta Wabsah Mohd Ghazali serta anak-anak Mior Fikn, Mior Ahmad
Kamil, Maizatul Asyihn, Mahrah Atiqah, Mariatul Fatin $an Mior h a d Zahirul serta
kedua ibu bapa diabadikan kenangan. Dengan berkat doa dan pengorbanan serta
perangsang mereka menambahkan sernangat saya untuk menyiapkan tesis ini. Tidak
Iupa juga rakaman jutaan terima kasih kepada semua rakan Kohort 1 L4B -UNIMAS,
Guru Besar dan kakitangan sekolah yang terlibat dalam kajian ini, sarna ada terlibat
secara langsung maupun tidak secara langsung kerana sudi berkerjasama dengan saya.
Semoga Allah s.w.t akan membalas segala jasa-jasa yang telah diberikan kepada saya.
Fakulti Sains Kognitif dan
Sumber Manusia,
Universiti Malaysia Sarawak.
Mohd Lot bin Mustafa
No. Metrik: 97-02-0096
KANDUNGAN
Penga kuan
Penghargaan
Kandungan
Senarai Jadual
Senarai Rajah
Abstrak
Abstract
1. BAB I PENGENALAN
1.0 Pendahuluan
1. I Latar Belakang Lokasi Kajian
1.2 Pernyataan Masalah
1.3 TujuanKajian
1.4 Persoalan Kaj ian
1.5 Kepentingan Kajian
1.6 Definisi Konsep
1.6.1 Kualiti
1.6.2 Pendidikan berkualiti
1.6.3 Organisasi
1.6.4 Pengurusan kualiti menyeluruh
1.6.5 Pelanggan
1.7 Batasan Kaj ian
2. BAB II SOROTAN LITERATUR
2.0 Pendahuluan
2.1 Konsep Pengumsan Kualiti Menyelunrh
2.2 Perlaksanaan TQM Dalam Organisasi
2.2.1 Amalan TQM dalam jabatan keraj aan
2.2.2 Arnalan TQM di sekolah
2.2.2.1 Penambahbaikan yang berterusan
2.2.2.2 Perubahan budaya
2.2.2.3 Organisasi bertimbal-balik
2.2.2.4 Pemasaran dalaman
2.2.2.5 Profesionalisme dan tumpuan pelanggan
2.3 Keberkesanan Organisasi
2.4 ModeI-Model Kualiti
2.4.1 Model Crosby
2.4.2 Model Deming
2.4.3 M~del Juran
2.4.4 Model Hunt
2.4.4.1 Kelebihan model Hunt
2.4.4.2 Kesesuaian model Hunt kepada kajian
2.5 Kerangka Kajian Model Hunt
2.5.1 Tumpuan strategi
2.5.2 Kepimpinan dan penbarusan 4 I
2.5.2.1 Konsep kepimpinan dalam organisasi 4 1
2.5.2.2 Stail kepimpinan dan hubungannya
dengan peke j a 43
a) Kepimpinan autokratik 43
b) Kepimpinan demokratjk 43
c) Kepimpinan instrumental 44
d) Kepimpinan ke arah kejayaan
Stail kepimpinan baru
i ) Kepimpinan mengarah
ii) Kepimpinan menyokong
iii) Kepimpinan beserta
iv) Kepimpinan berasaskan kejayaan
2.5.2.3 Pendekatan dalam kepimpinan
a) Model-model pendekatan situasi
i) Model Contigency
ii) Model Path-Goal
2.5.3 Tenaga kerja
2.5.4 Orentasi pelanggan
2.5.5 Komunikasi
3. BAB m METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pendahuluan
3.1 JenisKajian
3.2 Perlaksanaan Kajian
3.3 Tempoh Kajian
3.4 Tempat Kajian
3.5 Subjek Kajian
3.6 Instrumen Kajian
3.6.1 Kajian rintis
3 5. 2 Iklim kualiti organisasi
3.6.2.1 Tumpuan strategik
3 -6.2.2 Kepimpinan dan pengurusan
3.6.2.3 Tenaga ke rja
3.6.2.4 Orentasi pelanggan
3.6.2.5 Komunikasi
3.7 Pengumpulan Data
3.8 Kaedah Menganalisa Data
4. BAB N ANALISIS DAPATAN DAN PERBINCANGAN
4.0 Pendahuluan
4.1 Statistik Data Desknptif
4.1.1 Rlim kualiti
4.1.1.1 Turnpuan strategik
a) Kesedaran terhadap cabaran strategk
b) Wawasan masa hadapan
c) Inovasi dan kreativiti
d) Dasar kualiti organisasi
e) Sistem nilai dan etika
4.1.1.2 Kepirnpinan dan pengurusan
a) Pembabitan pengurusan pihak atasan
b) Kejelasan komitrnen terhadap matlamat
c) Peranan dalam proses penambahbaikan
kualiti
d) Perihatin terhadap peningkatan
penarnbahbaikan kualiti
e) Sistem pengstruk-turan untuk
penambahbaikan kuaii ti
4.1.1.3 Tenaga kerja
a) Kesedaran terhadap isu-isu kualiti
b) Sikap terhadap organisasi
c) Ke jasama dalam organisasi
d) Pembabitan cialam ke rja
e) Persepsi terhadap persekitaran ke rja 1 04
f) Interaksi sosial 105
g) Ciri-ciri tugasan 106
h) Ganjaran dan penghargaan 107
4.1 .1.4 Orentasi pelanggan 109
a) Mengetahui siapa pelanggan 110
b) Sikap kasih sayang terhadap pelanggan 1 1 1
4.1.1.5 Komunikasi 112
a) Saluran komunikasi berkesan antara
panitia 112
b) Kaedah mendapatkan maklumat 113
c) Peluang bertukar maklumat antara
pekerja dan penyelia 113
d) Maklumat yang tepat untuk
melaksanakan tugas 7 14
5. BAB V RUMUSAN DAN CADANGAN
5.0 Rumusan Kaj ian
5.1 lmplikasi Kaj ian
5.2 Cadangan Kajian Akan datang
BIBLlOGRAFJ
LAMPIRAN
A. Soalselidik
B. Borang temubual
C. Koding temubual
D. Data pengiraan statistik disknptif (soalselidik)
E. Data statistik temubual
F. Surat kebenaran daripada EPRD Kern. Pendidikan
G. Swat kebenaran daripada Jabatan Pendidikan Perak
H. Surat kebenaran danpada PPD Perak Tengah
SENARAI JADUAL
Jadual 1
Jadual2
Jadual3
Jadual4
jadual5
Jadual6
Jadua17
Jadual 8
Jadual9
Jadual 10
Bilangan Guru di Sekolah Yang di Kaji
Prosedur Ke rj a
Jadual Waktu Pengwnpulan Data
Skor Wn Iklirn Kualiti Organisasi
Skor Min Tumpuan Strateg
Skor Min Kepimpinan dan Pengurusan
Skor M n Tenaga Kerja
Skor m n Orentasi Pelanggan
Skor min Komunikasi
Skor Min Bag Semua Aspek Dalam IKO
Rajah 3
Rajah 2
Rajah 3
SENARAI RAJAH
Peranan Staf dan Peranan Sekolah
Ringkasan "Hypothesiszed relationshp"
dalam Path-Goal Model of leadershp
Model Kerangka Kajian.
ABSTRAK
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap amalan iklim kualiti
organisasi di sebuah sekolah rendah gred A luar bandar iaitu Sekolah Kebangsaan
Bota Kanan. Sekolah yang dikaji terletak di dalam Daerah Perak Tengah, Perak.
Prestasi akademik sekolah ini didapati menggalakan dan dengan itu perlu dilihat
sejauhrnana mereka mengamalkan iklim yang baik. Kajian ini menggunakan
soalselidik berdasarkan soalselidik Hunt (1992) yang mengandungi lima aspek iaitu
tumpuan strategi, kepimpinan dan pengurusan, tenaga kerja, orentasi pelanggan
dan komunikasi untuk mengenalpasti tahap amalan iklim kualiti organisasi.
Kelima-lima aspek tersebut mengandungi 68 item soalselidik yang dibina
bersesuaian dengan konteks kajian. Soalselidik diedarkan kepada responden yang
terdiri daripada guru-guru di sekolah rendah tersebut. Sekolah Kebangsaan Bota
Kanan mempunyai bilangan guru seramai 43 orang. Data kajian ini diproses dan
dianalisa dengan menggunakan perisian komputer SPSS-PCt. Skor min dibwnakan
bagi menentukan tahap amalan kualiti organisasi. Hasil dapatan kaj ian ini secara
keseluruhan menunjukkan bahawa semua aspek iklim kualiti organisasi iaitu
tumpuan strategi, kepimpinan dan pengurusan, tenaga kerja, orentasi pelanggan
dan komunikasi telah berjaya diamalkan oleh Sekolah Kebangsaan Bota Kanan
melebihi tahap kualiti piawai. Didapati juga aspek orentasi pelanggan di dalam
iklim kualiti organisasi merupakan aspek yang paling tingg diamalkan oleh
sekolah ini. Manakala aspek tenaga keqa merupakan aspek yang terendah sekali
diamalkan. Darjpada hasil dapatan kajian ini semoga menjadi panduan dan
dorongan kepada semua sekolah rendah yang berada di luar bandar untuk
mengamalkan iklim kualiti organisasi dengan lebih baik lagi. Oleh itu disarankan
supaya semua sekolah rendah sama ada di luar bandar ataupun di bandar perlu
lebih perihatin untuk mengamalkan konsep ini di dalam organisasi mereka.
ABSTRACT
Tlze purpose of this sf udy was to ident~fji tlze standard of orgai~i~satiorzal quality
clinzate of Sekolalz Kebangsaan Botu Karzaiz, a grade A rural prinzaiy sclzool in tlze
district of Perak Tengah. This school has produced high acudemic results und
therefore it is useful lo identrfi the extent the standard organisational quality IS
being practised. The study worked on the model devised by Hunt (1992). lr
consisted o f jive major aspects namely strategic factors, leadership and
management, work force, customer orientation and communication to measure the
quality of organisational clinzate. Tlze 68 itens in tlze questiortnnuire used were
appropriate for tlze purpose of tlzis study. Tlzis school consisted of 43 feuclzers. Tlze
datu was a~za(,vsed using tlze SPSS PC- tlzrougk mean score. Tlze J~ndings of ' tlte
study revealed that the school didpractice all five aspects of quality orgarzisationul
climate. Customer orientation however was tlze most highly praciiced while work
,force was the least practiced aspect Il is hoped that the finding of lhis stu$?i wzll
provide in~pacts to otlzer rurul prii7zary .sclzools to practice high orgun~satioizal
quality climate.
BAB 1
PENGENALAN
1.0 Pendahuluan
Dalam sistem pendidikan di Malaysia, sekolah menyediakan pendidikan yang
memberi bdr nat pendidikan, meliputi pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran,
pembentukan sahsiah dan penghayatan nilai-nilai yang memenuhi kehendak
masyarakat. Orientasi ini menyebabkan sistem pendidikan sentiasa mengalami
refomasi yang mengarah kepada memenuhi impian tersebut. Di antara refomasi
yang telah dilaksanakan ialah pada tahun 1957. Refomasi yang berlaku ialah
pendemokrasian pendidikan iaitu membuka peluang pendidikan kepada semua
lapisan rakyat. Pada tahun 1965, sistem pendidikan komprehensif iaitu kaedah naik
darjah secara automatik dilaksanakan pula kepada semua pelajar. Manakala pada
tahun 1983, satu refomasi kurikulurn pendidikan rendah telah dilaksanakan, ekoran
daripada syor Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar
Pelajaran 1979. Penukaran Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) kepada
Kurikulum Barn Sekolah Rendah (IU3SR) dilaksanakan. Kuri kulum baru ini
memberi penekanan terhadap penguasaan kemahran 3M iaitu membaca, menulis
dan mengira serta perkembangan individu secara secara menyeluruh iaitu dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Falsafah Pendidikan Negara (FPN) pula telah diperkenalkan pada tahun 1988. FPN
memberi halatuju dan panduan kepada segala usaha yang djikhtiarkan untuk
meningkatkan l ag mutu pendidikan. Semua refomasi yang dinyatakan seperti di
atas adalah bertujuan untuk membina warganegara yang bersatupadu, berdisiplin
dan terlatih (Wan Zahid, 1993). Arahtuju itu direalisasilian dengan penuh yakin
apabila YAB Perdana Menteri Malaysia membentangkan Wawasan 2020. Intipati
wawasan 2020 telah memetakan arah haluan negara kepada pembentukan
masyarakat Malaysia yang mempunyai keyahnan tinggi, nilai moral dan etika yang
kukuh, hidup dalam masvarakat yang demokrasi, liberal, bertolak ansur,
penyayang, dan adil. Kesemua hasrat yang dinyatakan dalam wawasan 2020,
dikenalpasti sebagai cabaran global dalam wawasan pendidikan negara Malaysia.
Untuk memendu kehendak wawasan 2020 yang bersifat fbturistik, negara
Malaysia meletakkan negara maju yang berteraskan perindustrian tinggi sebagai
matlamatnya. Justery hasrat ini secara langsung memberikan implikasi yang besar
kepada sektor pendidikan negara. Misi Kementerian Pendidikan 1993 terus
berubah dan menjurus ke arah mewujudkan satu sistem pendidikan yang terbaik
bag menghasilkan insan yang mempunyai ketahanan tinggi bag memenuhi
aspirasi wawasan yang dicita-citakan.
Ekoran daripada urawasan tersebut rnaka sjstem pendidikan negara menjurus
kepada meny ediakan pendidi kan yang berkuali ti. Pendidikan berkuali ti tersebut
boleh didefinisikan sebagai sistem pendidikan yang dapat memuaskan keperluan
dan harapan pengguna dan melalui proses penambahbaikan secara berterusan
(Abdul Wahab, 1995). Oleh itu, pendekatan kualiti (TQM) yang digunakan dalarn
pendidikan adalah satu pendekatan untuk mewujudkan sebuah sekolah efisyen atau
efektif bagi mencapai piawaian yang ditetapkan. Jika amalan pendidikan berkualiti,
kurang atau tidak diamalkan cb sekolah, maka kemunglanan matlarnat wawasan
pendidikan dan wawasan 2020 mungkin tidak tercapai.
Menurut Abdul Wahab (1995) sesuatu sistem pendidikan yang berkualiti akan cuba
memberi kepuasan kepada ketiga-tiga kumpulan pelanggan iaitu pelajar dan ibu
bapa mereka, majikan dan komuniti serta kerajaan dan negara. Sistem pendidikan
berkualiti ini juga, berusaha meningkatkan kepuasan pelanggan secara berterusan.
Oleh itu, kualiti menjadi agenda yang terpenting bagi sesebuah organisasi
pendidikan dan aktivitj penambahbaikan kualiti pula merupakan satu tugas yang
mencabar yang perlu dihadapi oleh semua pihak (Sallis, 1993).
Menjamin kualiti perkhidmatan dalam profesion pendidikan pada abad ke-21
merupakan satu cabaran (Wan Zahid ,1993). Stakeholders dan juga pelanggan
pendidikan pasti akan membuat tuntutan untuk mempertingkatkan prestasi
pendidikan. Sejauh mana organisasi dapat rnemberikan perkhidmatan yang
berkualiti untuk memenuhi kehendak stakeholders dan pelanggan, bergantung
kepada pengukuran kualiti organisasi tersebut. Oleh itu, arus pembangunan hari ini,
mendesak peningkatan kualiti dalam semua bidang perhdmatan sosial (Wan
Zahid, 1993). Fenomena ini sudah pasti akan meningkatkan lagi tuntutan sosial ke
arah satu tahap kualiti peradmatan yang cemerlang dalam bidang pendidikan.
Oleh itu, semua amalan yang berkaitan dengan pengurusan kualiti secara
menyeluruh (TQM), merupakan satu cabaran penting &lam bidang pendicfikan
masa kini dan masa hadapan khususnya di sekolah.
1 . Latar Belakang Lokasi Kajian
Sekolah Kebangsaan Bota Kanan merupakan sebuah sekolah yang terletak di
kawasan luar bandar di Daerah Perak Tengah, Perak, di dalam sebuah pekan kecil
iaitu Pekan Bota Kanan. Sekolah ini diketuai oleh seorang Guru Besar. Disarnping
itu pentadbirannya juga dibantu oleh seorang Gum Kanan 1, Guru Kanan HEM dan
Guru Kanan Kokurikulum. Bilangan guru Q sekolah ini seramai 43 orang iaitu 14
Ielaki dan 29 perempuan. Manakala bilangan staf sokongan seramai 8 orang.
Jumlah muridnya 756 orang dan terdiri daripada anak-anak kakitangan kerajaan
dan orang kampung. Sekolah ini di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah
Perak Tengah dan Jabatan Pendidikan Negeri Perak. Pencapaian di bidang
akademik (UPSR), kokurikulum dan iklim sekolah adalah baik berbanding dengan
sekolah-sekolah gred A luar bandar yang lain di daerah tersebut mengikut laporan
Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah (1997). Terdapat pelbagai program yang
dilaksanakan oleh sekolah ini yang mengarah kepada kecemerlangan ialah seperti
mengadakan kelas tambahan akademik, projek kelas elit, program jiran cemerlang,
projek kecerian sekolah, klinik sukan, kursus motivasi, kem ibadat dan sebagainya.
Guru Besar sekolah ini seorang yang berpengalaman luas. Beliau pernah menjawat
jawatan sebagai pengetua beberapa buah sekolah menengah sebelum dilantik
menjadi Guru Besar di sekolah ini. Oleh itu gaya kepimpinannya amat cemerlang.
Menurut Ubben dan Hughes (1987) pentadbir sekolah yang cemerlang
menunjukkan gaya kepimpinan yang mantap, tegas, berwibawa dan berkemampuan
mengawal suasana yang teratur serta penekanan kepada pencapaian prestasi yang
cemerlang. Disamping itu misi sekolah ini ialah "SKBK Cemerlang", misi ini
bertepatan dengan misi Jabatan Pendidikan Negeri Perak iaitu "Perak Nombor 1".
Misi sekolah ini jelas dan difahami oleh semua stahya. Kebanyakkan gurunya
sudah berpengalaman lebih daripada 5 tahun. Mereka menpunyai sikap yang
terbuka , mudah menerima sebarang perubahan.
Sekolah Kebangsaan Bota Kanan juga telah dianugerahi sebagai "Sekolah Harapan
Negara" pada tahun 1997 bagi kategori sekolah luar bandar pada peringkat
kebangsaan. Manakala pa& tahun sebelumnya iaitu 1995 dan 1996 sekolah ini
telah be rjaya memenang pertandingan "Kecenaan Sekolah" penngkat kebangsaan.
Manakala pada tahun 1996 juga sekolah ini telah memenangi pertandingan
"Landskap'"ringkat negeri Perak. Suasana pembelajaran di sekolah ini adalah
begitu memberangsangkan dengan pelbagai kemudahan yang tersedia. Kemudahan
tersebut ialah seperti bilik darJah yang cukup, padang permainan, pusat sumber,
bilik bengkel, makmal, peralatan sukan, komputer, bilik cetak dan sebagainya. Di
dalam kawasan sekolah ini juga terdapatnya sebuah Pusat Kegiatan Guru (PKG),
maka pelbagai kelengkapan dan kemudahan yang ada dalam PKG dapat digunakan
untuli mempertingkatkan prestasi sekolah, khususnya dl bidang akademik.
Persatuan Ibubapa dan Guru juga begitu berperanan di sekolah ini. Kewujudan
persatuan ini dapat membantu pihak sekolah bag melaksanakan pelbagai program
kecemerlangan. Pada kesimpulannya sekolah ini berjaya berfungsi sebagai sekolah
yang berkesan dan dapat memenuhi kehendak 'Budaya Sekolah Cemerlang' (Wan
Zahid, 1993).
1.2 Pernyataan Masalah
Aspirasi Wawasan Pendidikan dan Wawasan 2020 menuntut kepada keberkesanan
organisasi khususnya dalam pengurusan sesebuah sekolah. Golongan pendidik
perlu memainkan peranan yang penting dalam menentukan arah pendidikan yang
berkualiti untuk mencapai aspirasi tersebut (Wan Zahid, 1993). Menurut Abdul
Wahab ( 1995) pula, sekolah yang berorentasikan pelanggan iaitu memenuhi
kehendak pelajar dan ibu bapa, majikan dan komuniti serta negara diik-tiraf sebagai
sekolah yang efisyen dan berkesan. Memenuh kehendak kumpulan sasar yang
dinyatakan, boleh menguntungkan pihak sekolah. Sekolah menghasilkan pelajar-
pelajar yang cemerlang dalam kesemua aspek, timbal balasnya pula, sumbangan
material dan sokongan terus menerus diperolehi daripada masyarakat di luar
sekolah. Untuk tujuan itu, iklim kualiti organisasi (KO) dijadikan tumpuan bagi
meraih sokongan dan mencapai piawaian yang ditetapkan bag melayakkan
pencapaian anugerah sekolah efisyen dan berkesan. Ini bermakna faktor-fahqor
seperti guru yang rajin dan berdedikasi, keberkesanan dan kesesuaian program
pendidikan, Guru Besar yang menitik beratkan pencapaian akademik, kemudahan
dan peralatan sekolah yang mencukupi, budaya dan iklim kualiti sekolah yang
kondusif serta merangsangkan proses pembelajaran, kesemuanya mempunyai kesan
terhadap prestasi pelajar. Oleh itu pencapaian ciri ini membolehkan sesebuah
sekolah itu dilabelkan sebagai sekolah efektif (Purkey et. al, 1983). Manakala
sekolah ef ehf pula merupakan sekolah yang baik. Sekolah yang baik ini pula
adalah merupakan sekolah yang mengamalkan prinsipprinsip TQM (Hussein,
1992).
Sekolah Kebangsaan Bota Kanan telah menunjukkan pencapaian yang sangat baik
jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah lain sekategori di daerah ini seperti yang
telah dinyatakan di awal tadi, iaitu telah mencapai prestasi akademik yang baik dan
lain-lain lagi. Oleh itu wujud persoalan untuk mengetahui sejauhmanakah iklim
kualiti organisasi atau TQM diamalkan oleh sekolah tersebut. Ini kerana menurut
Edmond (1979) dalam kajiannya tentang 5 faktor mendapati bahawa sekolah yang
efektif atau berjaya perlu mempunyai kepimpinan yang baik, matlamat yang jelas,
iklim sekolah yang baik, piawai yang diiktiraf dan prestasi pelajar juga baik. Oleh
itu matlamat kajian ini ialah untuk melihat sejauhrnana amalan kualiti
dilaksanakan atau diprakhkan bag menyumbang kepada kejayaan Sekolah
Kebangsaan Bota Kanan.
1.3 Tujuan Kajian
Tujuan am kajian ini ialah untuk mengenalpasti tahap amalan iklim kualiti
organisasi mengikut persepsi pekerja di Sekolah Kebangsaan Bota Kanan dengan
mengenalpasti tahap pencapaian setiap aspek iklim kualiti organisasi iaitu tumpuan
strategi, kepimpinan dan pengurusan, tenaga kerja, orentasi pelanggan dan
komunikasi berdasarkan tahap kualiti piawai yang ditetapkan. Selain daripada itu
untuk mengenalpasti aspek iklim kualiti organisasi tertingg dan terendah yang
diamalkan oleh Sekolah Kebangsaan Bota Kanan.
1.4 Persoalan Kajian
Secara khususnya kajian ini cuba menjawab persoalan-persoalan berikut:
1. Adakah aspek tumpuan strateg dalam iklim kualiti organisasi mencapai
tahap kualiti piawai yang ditentukan.?
2. Adakah aspek kepimpinan dan pengurusan dalam iklim kualiti organisasi
mencapai tahap kualiti piawai yang ditentukan. ?
3. Adakah aspek tenaga kerja dalam iklim kualiti organisasi mencapai tahap
kualiti piawai yang ditentukan. ?
4. Adakah aspek orentasi pelanggan dalam iklim kualiti organisasi mencapai
tahap kualiti piawai yang ditentukan.?
5. Adakah aspek komunikasi dalam iklim kualiti organisasi mencapai tahap
kualiti piawai yang ditetapkan.?
6. Antara lima aspek iklim kualiti organisasi yang dikaji iaitu tumpuan
strategi, kepimpinan dan pengurusan, tenaga kerja, orientasi pelanggan dan
komunikasi,.aspek manakah pencapaiannya tertinggi dan terendah bagi
Sekolah Kebangsaan Bota Kanan.?
1.5 Kepentingan Kajian :
Kajian ini diharapkan dapat membantu pihak sekolah mengenalpasti aspek-aspek
iklim kualiti organisasi yang hams diberi penekanan supaya perlaksanaan TQM
dapat dilaksanakan secara menyeluruh. Maklumat kajian yang diperoleh, dapat
digunakan oleh pihak pengurusan sekolah untuk merancang dengan teliti dan
sistematik meialui gabungan sumber-sumber yang ada bag mewujudkan
pengurusan sekolah yang efisyen. Hasil kajian ini juga boleh dijadikan model
amalan iklim kualiti organisasi kepada sekolah-sekolah lain untuk
mempraktikkannya.
Di pihak pengumsan tertinggi iaitu Kementerjan Pendidikan Malaysia, hasil kajian
ini memberi maklumat yang berguna sebagai satu senarai semak untuk melihat
sejauhmanakah iMim kualiti organisasi sebagai elemen TQM yang penting, benar-
benar &fahami, dihayati dan dilaksanakan secara total. Sebagai tindakan susulan,
'post mortem' pembahan strategi dan pendekatan dapat dirancang serta dirangka
semula supaya perlaksanaamya mencapai objektif yang diharapkan.
1.6 Definasi Konsep
1.6.1 Kualiti
Dalam mernbina sebuah masyarakat yang sentiasa mementingkan kualiti, setiap
lapisan peke rja diminta mengamalkan nilai-nilai positif dan beke rj a secara
berpasukan. Menurut Ahmad Sarji (1990), kualiti hendakiah dikaitkan dengan
keluaran atau perhdmatan yang dapat memuaskan hati orang ramai yang rnenjadi
pelanggan kepada agensi-agensi kerajaan.
Secara ringkas Oakland (1995) mendefinisikan kualiti sebagai memenuhi
keperl uan. Kuali ti sering dikaitkan dengan kecemerlangan. Kualiti sesuai untuk
tujuan penggunaan. Ini bermakna keseluruhan sifat dan ciri sesuatu pengeluaran
atau perkhdmatan yang mempengamh keupayaan untuk memuaskan kehendak
pelanggan dapat dimanfaatkan (Juran, 1989)
Sementara menurut Aguayo (1991), makna kualiti bergantug kepada pengguna
sendiri. Salah satu definisi yang diberikan ialah sebarang produk yang bermutu
tinggi dari segi pandangan pelanggan itu sendiri yang memuaskan dirinya.
1.6.2 Pendidikan berkualiti
Sebarang perbdmatan pendidikan yang memuaskan keperluan dan harapan
pengguna. Sistem pendidikan nasional terdiri daripada 3 kumgulan berihut iaitu
pelajar dan ibubapa, rnajikan dan kumuniti serta kerajaan dan negara (Abdul
Wahab, 1995).
1.6.3 Organisasi
Organisasi yang dimaksudkan adalah sekolah di mana pengkaji membuat
kajiannya.

You might also like