You are on page 1of 17

1

JMS 314 SEJARAH CHINA MODEN


PEMBERONTAKAN TAIPING ( 1851 1864 )
PENGENALAN
Pemberontakan Taiping (1851 hingga 1864) merupakan merupakan suatu
daripada pergerakan revolusioner terbesar dalam sejarah negara China dan dunia.
Pemberontakan Taiping yang bermula secara rasmi pada 11 J anuari 1851 telah dipimpin
oleh Hung Hsiu-chuan dari keturunan Hakka yang lahir di Kwantung pada J anuari 1814,
apabila beliau mengasaskan Kerajaan Perdamaian Agung atau Taiping Tien-kuo.
11

Propaganda pergerakan ini ialah 'Keamanan, kemakmuran' yang bertujuan
menggulingkan Kerajaan Manchu dan menubuhkan satu susunan politik dan sosial yang
baru di negara China. Pada peringkat awalnya Hung Hsiu-chuan menubuhkan agama
Shang Ti-hui yang menjadi pelopor kepada pemberontakan. Menurut Hsiao I-shan,
seorang sejarawan negara China mengatakan bahawa pemberontakan ini merupakan
suatu gerakan reformasi atau pembaharuan nasional dan anti-Manchu.
Pergerakan Taiping telah mencapai kejayaan pada peringkat awal ekoran dari rasa
tidak puas hati rakyat China terhadap Dinasti Manchu akibat kegagalan China dalam
Perang Candu I dan II. Namun demikian, ia telah mulai merosot selepas tahun 1855 dan
akhirnya tertumpas sama sekali pada tahun 1864.





FAKTOR-FAKTOR KEBANGKITAN GERAKAN TAIPING
MAI / 1998 2002 / PPPJ J USM
2

2.2 Faktor Politik.
Pada pendapat saya faktor utama yang telah mencetuskan Pemberontakan Taiping
ialah faktor kelemahan pentadbiran Manchu dalam aspek politik. Kecekapan dalam aspek
pentadbiran politik menjadi nadi utama sesebuah kerajaan untuk menguasai keseluruhan
susunan politik, memperjuangkan aspek kehidupan sosial yang lebih baik serta
mengembangkan ekonomi. Kelemahan aspek politik telah mengaitkan faktor-faktor
dalaman dan luaran berkembang dengan perbagai alasan yang menepati rasa tidak puas
hati dari kalangan petani, cendiakawan malah keseluruhan orang-orang Cina tempatan.
Kelemahan pentadbiran yang ketara memudahkan penonjolan isu-isu sensitif seperti
sentimen anti-Manchu yang dianggap pemerintah asing oleh orang-orang Cina, korupsi
politik, diskriminasi, kesengsaraan sosial dan ekonomi serta yang akhirnya dianggap
sudah kehilangan mandat dari syurga.
Gabungan rencah sedemikian menggalakkan orang ramai tercari-cari tokoh dan
akan menyokong sebarang pergerakan anti Manchu. Ketika inilah munculnya
kepimpinan Hung Hsiu-chuan yang bertujuan menggulingkan Kerajaan Manchu dan
menubuhkan satu susunan politik dan sosial yang baru di negara China. Pergerakan
Taiping mendapat sokongan dari perasaan tidak puas hati yang membentuk gelombang
kebangkitan rakyat.
Saya amat bersetuju dengan pendapat Ssu-yu Teng, korupsi politik Kerajaan
Manchu merupakan sebab terpenting yang mencetuskan kebangkitan pemberontakan
Taiping.
2
Perasaan anti-Manchu yang sedia ada dengan mudah dibangkitkan apabila
sistem pentadbiran Kerajaan Manchu yang mulai merosot akibat korupsi dan sikap tamak
di kalangan pegawai-pengawai Manchu yang dibayar gaji rendah. Faktor pentadbiran
MAI / 1998 2002 / PPPJ J USM
3
yang tidak cekap dan curang telah menyebabkan Kerajaan Manchu gagal memberi
bantuan yang secukupnya kepada mangsa-mangsa bencana alam dan tidak mampu
memperbaiki kemiskinan dan taraf hidup petani. Sebaliknya berlaku penyelewengan
wang negara untuk membina istana serta turut melibatkan penyalahgunaan wang
peruntukan kerajaan oleh jabatan kerajaan seperti Yellow Rivers Conservansy dan Grand
Canal Administration yang ditugaskan mencegah berlakunya banjir. Kelemahan aspek
pentadbiran menyebabkan rancangan kerajaan tidak berkesan akibat dari pegawai-
pegawai tidak menekankan kebajikan rakyat dan mengabaikan tanggungjawab. Gejala
rasuah semakin berluasa apabila kuasa dan urusan ditentukan dengan nilai wang yang
akhirnya telah menjadi barah yang menghancurkan struktur sesebuah kerajaan. Misalnya
jawatan Majistret dapat dibeli dengan 3000 taels.
Kelemahan Dinasti Manchu dalam menangani dasar luar dengan pihak barat
terbukti dari kekalahan Kerajaan Manchu dalam Perang China-Inggeris Pertama (1839-
1842 ). Akibatnya Perjanjian Nanking ditandatangani di antara China dengan Inggeris
pada 29 Ogos 1842 yang telah merendahkan martabat China sebagai middle kingdom.
Punca kekalahan di dalam bidang ketenteraan adalah dari keenganan mereka menerima
pembaharuan sains dan teknologi. Apabila Inggeris bebas menjalankan perdangangan di
China maka bermulalah pengaruh barat di China. Kekalahan telah menjatuhkan imej
Kerajaan Manchu tentang ketidakupayaan mereka untuk mengalahkan orang asing dan
sebaliknya menyemarakkan kepercayaan umum anti Manchu bahawa Kerajaan Manchu
telah kehilangan kuasa atau mandat dari syurga untuk memerintah negara. Keadaan ini
menggalakkan rakyat China menyokong sebarang pergerakan anti-Manchu seperti
Heaven and Earth Sociey (Tienti-hui ) dan propaganda Kerajaan Kayangan Hung Hsiu-
chuan.
MAI / 1998 2002 / PPPJ J USM
4
Faktor anti-Manchu turut merujuk pemusuhan antara orang-orang Han terhadap
Manchu merangkumi dasar-dasar diskriminasi dan kekejaman Kerajaan Manchu
terhadap orang-orang Han telah menimbulkan kebencian dan membangkitkan semangat
kebangsaan menentang Manchu sebagai pemerintah asing di China. Pemerintah Manchu
yang berasal dari pendatang Manchuria telah tidak disukai oleh orang-orang Cina
tempatan terutamanya di daerah Kwangtung dan Kwangsi yang dominasi dan pegangan
Manchu lemah. Antara dasar diskriminasi yang mencabar dan menghina orang-orang
Han ialah tidak dibenarkan menjawat jawatan-jawatan yang penting dalam struktur
perjawatan dan tugas pentadbiran Kerajaan Manchu. Pegawai-pegawai tempatan iaitu
orang-orang Cina tulen tidak dibenarkan bertugas ditempat masing-masing Sebaliknya
ramai orang-orang Manchu dilantik memegang jawatan tertinggi yang menguasai
jabatan-jabatan yang penting dan diberi keistimewaan menikmati kehidupan yang
mewah. Keadaan ini menimbulkan rasa tidak puas hati orang-orang Cina tempatan yang
seolah-olah pemerintah Manchu mencurigai kejujuran mereka atau bimbang mereka
mengatur strategi bagi menggulingkan pemerintahan Manchu.
Pemerintah Manchu telah menjalankan dasar memaksa semua orang-orang Cina
lelaki mesti mencukur rambut di hadapan kepalanya dan bertocang iaitu toi chong
sebagai lambang kesetiaan kepada Kerajaan Manchu. Dasar ini telah ditentang hebat oleh
kumpulan Teratai Putih. Pendekatan keras dan kejam yang diambil oleh pemerintah
Manchu untuk menghapuskan gerakan anti Manchu ialah melaksanakan hukuman mati
ke atas golongan intelek yang disyaki menyebarkan ajaran-ajaran anti-Manchu melalui
syarahan atau tulisan. Keluarga dan saudara-mara mereka turut dibunuh jika bersubahat.
Penindasan dan dasar diskriminasi ini telah menyemarakkan semangat kebangsaan orang-
orang Cina untuk menggulingkan pemerintah Manchu.
MAI / 1998 2002 / PPPJ J USM
5
Menurut Wolfgang Franke, faktor semangat kebangsaan penting bagi
kebangkitan Pergerakan Taiping.
3
Semangat kebangsaan anti-Manchu memang tinggi di
kalangan penduduk wilayah selatan kerana semua pemimpin pemberontak seperti Feng
Yun-shan dan Hung Hsiu-chuan datang dari wilayah selatan. Perasaan anti-Manchu yang
telah wujud sejak 1641 telah dikembangkan lagi pada tahun 1844 oleh Feng Yun-shan
dengan menubuhkan Kesatuan Penyembah Tuhan berhampiran Tzu-Chn-shan dan pada
11 J anuari 1851, Hung Hsiu-chuan telah diisytiharkan sebagai raja Kerajaan Syurga yang
mendakwa mendapat wahyu untuk mengusir syaitan yang merosakkan manusia dan
sebaliknya mendirikan kerajaan yang diterima tuhan. Malah wilayah selatan yang
berhampiran dengan pelabuhan Canton telah terdedah dengan pengaruh barat akibat
Perang China Inggeris Pertama memudahkan lagi proses kebangkitan Pergerakan Taiping

2.2 Faktor Ekonomi
Faktor ekonomi merujuk kepada kemerosotan ekonomi China sebagai negara
pertanian pada abad ke 19 yang wujud akibat ketidakseimbangan pembahagian dan
perkembangan tanah pertanian dengan pertambahan pesat penduduk. Walaupun China
sebuah negara yang luas namun hanya 16 % sahaja tanah yang sesuai untuk pertanian.
Keadaan ini tidak mampu menampung keperluan pembahagian tanah untuk
perkembangan penduduk yang pesat. Misalnya pada tahun 1751, jumlah penduduk
China berjumlah 163 juta orang tetapi pada tahun 1851 telah meningkat kepada 432 juta
orang menyebabkan pembahagian milik tanah di kalangan rakyat semakin mengecil
kerana perkembangan tanah pertanian hanya 37 % sahaja. Penumpuan hak milik tanah
yang tidak adil telah mewujudkan jurang penguasaan ekonomi dan eksploitasi apabila
MAI / 1998 2002 / PPPJ J USM
6
hanya segelintir petani memiliki tanah yang luas sedangkan majoriti petani hanya mampu
memiliki tanah yang sempit atau menyewa dari tuan tuan tanah yang kaya.
Pengukuran tanah untuk pertanian menggunakan ukuran nilai mou
4
dengan
setiap purata pemilikan tanah individu kepada 3.86 mou, tetapi akibat pertambahan
penduduk pada abad ke 19 menjadikan kadar purata ukuran menjadi 2.19 mou.
4

Pengecilan milikan tanah perseorangan bereti kesengsaraan yang bertambah bagi petani
kerana hasil tidak ekonomik telah tidak dapat menampung hidup lalu menjualkan tanah
dan menjadi penyewa kepada tuan tanah. Peningkatan cukai tanah yang tinggi telah
menyebabkan ramai petani kehilangan tanah hingga menyebabkan bertambahnya kadar
kemiskinan dan taraf hidup yang merosot akibat dari pemerasan tuan-tuan tanah yang
tidak bertimbang rasa hingga menyukarkan mereka untuk mendapat kembali tanah-tanah
mereka. Petani yang menyewa tanah terpaksa membayar sebanyak 50 % dari hasil
pertanian dan membayar 30 % pula untuk cukai hingga mampu 20 % sahaja untuk sara
hidup. Adalah dianggarkan bahawa 60 - 90 % petani tidak mempunyai tanah sendiri pada
pertengahan abad ke 19.
45
Tekanan ekonomi petani bertambah terutamanya pada tahun 1840-an dan 1850-
an apabila berlakunya bencana alam yang merupakan masalah tradisi di China seperti
banjir, banjir dan gempa bumi yang memberi kesan kemerosotan hasil pertanian atau
tidak dapat diusahakan samasekali. Sedangkan pemerintah Manchu gagal memberi
bantuan kepada petani yang ditimpa bencana alam akibat pengabaian tugas oleh pegawai
dan korupsi seperti penyelewengan di Yellow River Conservansy dan Grand Canal
Administration. Kehidupan orang-orang Chian bertambah susah dan menderita apabila
banjir dan kemarau berlaku. Misalnya kemarau di Wilayah Honan pada tahun 1847 dan
banjir di sekitar Yangtze pada tahun 1849 melibatkan wilayah-wilayah Hupeh, Anhwei
MAI / 1998 2002 / PPPJ J USM
7
dan Kiangsu. Pada tahun 1852, suatu kawasan yang luas telah mengalami banjir dari
Sungai Kuning yang menukarkan haluannya. Akibatnya berjuta-juta rakyat menderita
apabila banjir merosakkan tanah-tanah pertanian, harta benda dan mengorbankan nyawa.
Hubungan antara faktor ekonomi dan sosial adalah saling berkait iaitu apabila berlaku
tekanan punca ekonomi yang terjejas menyebabkan ramai petani yang kehilangan sumber
pendapatan dan menganggur telah berhijrah ke kota-kota mencari pekerjaan baru seperti
buruh, pendayung sampan dan tidak lagi terlibat dengan aktiviti pertanian. Apabila
pelarian ekonomi ini gagal atau tiada pekerjaan maka mudah terlibat dalam
penyeludupan, rompakan dan jenayah dengan mudah dipengaruhi untuk memberontak.
Kesempatan inilah diambil oleh pemimpin pemberontak seperti Hung Hsui-chuan untuk
mencari pengaruh di kalangan petani-petani. Ini bertepatan dengan pendapat Wolfgang
Franke iaitu :
"Kesengsaraan sosial dan ekonomi petani-petani China merupakan
sebab asas bagi kebangkitan Taiping."
56

Kesengsaraan ekonomi dan taraf hidup petani bertambah buruk apabila berlaku
imbangan perdagangan yang merugikan dalam pengaliran keluar perak dari China.
Perubahan nisbah nilai perak dengan tembaga telah berubah dari 1: 2 kepada 1: 3 telah
merugikan kaum petani yang menerima pendapatan dengan tembaga tetapi terpaksa
membayar cukai-cukai dan sewa tanah dalam perak.
57

2.3 Faktor Sosial
Faktor sosial menjadi elemen penting kebangkitan Pergerakan Taiping apabila
kaitan kejatuhan ekonomi melibatkan sosial dan taraf hidup rakyat terjejas. Kesan
MAI / 1998 2002 / PPPJ J USM
8
buruknya berlakulah gejala sosial seperti rusuhan, rompakan dan kongsi gelap di selatan
China. rakyat tidak puas hati apabila keharmonian rakyat terjejas dan mereka terpaksa
bergelut untuk hidup akibat dari kehilangan sumber pendapatan dari pertanian.
Kesengsaraan dan kejadian bencana alam membenarkan anggapan feudal China bahawa
Manchu telah hilang mandat dari syurga.
Kegiatan kongsi-kongsi gelap berlaku apabila orang-orang Cina dan pengikut
Dinasti Ming menubuhkan kongsi-kongsi gelap dengan tujuan untuk menggulingkan
Dinasti Manchu dan memulihkan Dinasti Ming. Pada masa itu terdapat dua kongsi gelap
yang terbesar iaitu Pertubuhan Teratai Putih dan Pertubuhan Triad. Pakatan-pakatan
ini mengadakan rusuhan terutamanya di wilayah-wilayah selatan seperti Kwangtung,
Fukien dan Taiwan. Sungguhpun mereka tidak berjaya menggulingkan Kerajaan Manchu
tetapi mereka telah menyediakan asas sokongan bagi berlakunya pemberontakan yang
lebih besar. Kegiatan kongsi gelap membantu kebangkitan Pergerakan Taiping untuk
mengumpulkan sokongan dari pelbagai pihak anti-Manchu melalui gerakan bawah tanah
Sedangkan pentadbiran Manchu gagal menanganinya akibat dari gejala rasuah dan
kelemahan pentadbiran dengan sistem perundangan yang mudah dibeli dengan wang
seperti keputusan seseorang hakim boleh dibeli dengan 1000 tahil wang perak.
Kepentingan konsep mandate of heaven atau mandat dari syurga dalam
kepercayaan tradisi masyarakat China untuk menentukan keabsahan kedudukan politik
seseorang maharaja sebagai wakil syurga atau 'Anak Syurga' yang memberi kuasa
spritual yang tidak terhingga kepada sesorang maharaja. Konsep ini digunakan oleh
Hung Hsiu-chuan dengan mengisytiharkan dirinya Raja Kayangan yang mendapat
wahyu untuk mengusir syaitan-syaitan yang merosakkan manusia dan seterusnya
mendirikan kerajaan yang diterima tuhan. Mengikut ajaran Confucius pemberontakan
MAI / 1998 2002 / PPPJ J USM
9
dihalalkan untuk menggulingkan seseorang maharaja apabila pemerintahannya lemah dan
tidak mampu memberi kemakmuran dan keamanan kepada masyarakat dan negara.
Kegagalan Maharaja Manchu membela kehidupan rakyat hingga berlakunya
kebuluran akibat kemusnahan tanaman dalam bencana alam telah menghilangkan mandat
dari syurga. Keperluan rakyat untuk kemakmuran dan kestabilan menjadi faktor
kebangkitan Pergerakan Taiping. Usaha menggulingkan Kerajaan Manchu dianggap
perjuangan suci yang menepati ajaran Confucius dan konsep mandat. Kewujudan
Pergerakan Taiping ketika itu dengan ketokohan dan propaganda Hung Hsiu-chuan
sangat menepati masanya. Interprestasi Hung mengenai agama Kristian dalam asas
ideologi Pergerakan Taiping turut menepati pendapat Confucius yang mengatakan ;
'sesiapa yang berjaya mendapat mandat syurga akan berjaya menjadi
maharaja manakala sesiapa yang gagal akan dianggap sebagai
penjenayah'
8

Konsep mandat dari syurga merupakan elemen penting kebangkitan Pergerakan
Taiping mudah mendapat sokongan anti-Manchu dan kepercayaan rakyat sebagai
kerajaan altelnatif mengantikan Kerajaan Manchu. Kebangkitan Pergerakan Taiping
mendapat kelebihan apabila pada tahun 1850, Hsien-teng yang telah dilantik menjadi
Maharaja adalah seorang pentadbir yang tidak cekap dan lemah menerima tekanan dari
pihak barat selepas Perang Candu 1839-1842 serta tidak diterima oleh penduduk di
China Selatan. Malahan pembangunan oleh kerajaan Manchu adalah berbeza dengan
kemajuan dengan wilayah utara dengan selatan menyebabkan timbul ketidakseimbangan
ekonomi dan sosial di China.

MAI / 1998 2002 / PPPJ J USM
10
2.4 Faktor Kemasukan Pengaruh Asing
Kemasukan pengaruh asing seperti Inggeris, Amerika dan Perancis merupakan
faktor luaran yang membantu membangkitkan Pergerakan Taiping kerana isi kandungan
Perjanjian Nanking 1842 meninggalkan banyak kesan buruk terhadap kehidupan rakyat
China serta meleburkan aspek politik, ekonomi dan sosial yang selama ini dipertahankan
oleh China sebagai middle kingdom. Kekalahan dalam peperangan ini melibatkan
kepentingan politik China ke atas Hong Kong tergadai, terpaksa membayar ganti rugi
kepada Inggeris, hak monopoli untuk menetapkan cukai import dibatalkan, menjejaskan
perusahaan tempatan dan yang utama sekali membawa kesan buruk perdagangan candu
di China.
Kesan yang nyata dari kemasukan pengaruh asing ialah perluasan perdagangan
tanpa sekatan dengan pembukaan 5 buah pelabuhan iaitu Canton, Amoy, Foochow,
Ningpo dan Shanghai. Keadaan ini membawa kepada ketidak-seimbangan perdagangan
China tidak baik hingga menjejaskan beberapa perusahaan tempatan seperti menenun
kain, membuat paku dan jarum di Fatshan iatu bandar yang berhampiran dengan Canton.
9

Perluasan kepada banyak lagi pelabuhan seperti Shanghai pada tahun 1843 telah
menjejaskan beribu-ribu buruh termasuk pelarian ekonomi dari luar bandar yang sebelum
ini mengangkut barang-barang ekspot seperti teh dan sutera dari kawasan-kawasan
Yangtze ke Canton. Pengenalan sistem pengangkutan moden seperti kapal api dan
keretapi telah menjejaskan pendapatan orang-orang Cina yang bergantung kepada kereta
kuda dan tongkang hingga memberi kesan kepada meningkatnya kadar penggangguran.
Manakala kesan buruk perdagangan candu terhadap ekonomi China ialah apabila
berlaku tukaran wang perak yang tinggi kepada British untuk membeli candu yang
memberi kesan kepada imbangan ekonomi. Contohnya pada tahun 1848, kira-kira 10 juta
MAI / 1998 2002 / PPPJ J USM
11
tael wang perak telah mengalir keluar untuk membeli candu. Kadar tukaran kemudiannya
berubah apabila wang perak berkurangan. Ini menyebabkan nilai wang perak tinggi dan
menyusahkan rakyat apabila kemelesetan ekonomi China berlaku.
Masalah candu yang utama juga merujuk kepada kesan penagihan yang
menambah kerosakan kepada masyarakat Cina dari segi kesihatan dan akhlak melalui
penagihan candu. Kemasukan pengaruh barat menyebabkan perdagangan candu
mendapat permintaan yang tinggi, misalnya pada tahun 1837 candu mewakili 57 % dari
impot China. Ini menyebabkan penyeludupan candu turut berkembang. Contohnya pada
tahun 1820-1825 sebanyak 9 708 peti
10
setahun telah meningkat kepada 35 445 peti
setahun pada tahun 1830. Maruah China yang anti-candu telah dijinakkan oleh Inggeris
dengan terpaksa membayar semula harga candu yang dirampas oleh Pesuruhjaya Lin
sebanyak $ 6 juta.
Kemasukan pengaruh barat telah menyebabkan kenaikan cukai hingga
membebankan penduduk China, petani dan buruh miskin. Kerajaan Manchu menaikkan
kadar cukai untuk mengatasi kemelesetan ekonomi dan untuk membayar ganti-rugi
perang sebanyak $ 12 juta kepada Inggeris. Kesengsaraan ekonomi dan sosial petani dan
buruh iaitu golongan teramai di China hingga menyebabkan pengganguran akibat dari
faktor dalaman bencana alam dan pengaruh kedatangan barat telah menyebabkan
kebangkitan Pergerakan Taiping mendapat sokongan .

2.5 Faktor dan Kemasukan Agama Kristian dan Orang-orang Hakka
Faktor orang Hakka telah menimbulkan tension kepada orang-orng Cina
tempatan. Asal usul orang Hakka berasal kawasan China Tengah dengan bergerak ke
wilayah selatan pada zaman Dinasti Shung. Manakala orang yang berada di selatan
MAI / 1998 2002 / PPPJ J USM
12
adalah berbeza dari segi makanan, percakapan dan budaya iaitu terdiri dari orang-orang
Kantonis dan kelompok-kelompok yang lain. Percampuran dengan orang Cina tempatan
ini menimbulkan konflik di kawasan selatan antara kedua-dua pihak kerana orang-orang
Hakka beragama Kristian untuk membezakan mereka dengan orang-orang Cina
tempatan. Ini amat menjijikkan orang-orang Cina tempatan kepada orang orang Hakka.
Manakala kemasukan agama Kristian ke negeri China juga merupakan faktor
kebangkitan Pergerakan Taiping. Ini kerana agama Kristian Protestant telah memberi
ilham kepada Hung Hsiu-chuan untuk menubuhkan susunan politik, ekonomi dan sosial
yang baru di negeri China. Malah ideologi Pergerakan Taiping sendiri telah diresapi oleh
Kristian hingga pada peringkat awal telah mendapat sokongan secara senyap dan
berkecuali oleh Inggeris.


2.6 Faktor Kepimpinan Hung Hsui-chuan
Saya berpendapat faktor kepimpinan Hung Hsiu-chuan merupakan penjana utama
yang menghidupkan kebangkitan Pergerakan Taiping yang tepat pada masanya ketika
era pemerintahan Kerajaan Manchu lemah akibat dari faktor dalaman dan luaran. Faktor
Hung Hsiu-chuan sebagai Raja Kayangan atau Tien Wang menjadi pemerintah alternatif
anti-Manchu yang mudah menarik minat petani dan pekerja miskin. Ideologi Hung Hsiu-
chuan dapat menyesuaikan dirinya dengan keperluan mayarakat China pada masa itu
yang menganggap Kerajaan Manchu telah kehilangan mandat dari syurga.
Peribadi beliau yang lahir dari keluarga petani Hakka yang miskin dan merupakan
orang yang kecewa dalam peperiksaan awam sebanyak 5 kali dalam peperiksaan utama
di Canton bagi ijazah Sheng-yuan.
11
Semangat beliau untuk menjadi Maharaja
MAI / 1998 2002 / PPPJ J USM
13
berkembang pada tahun 1837 apabila ketika sakit dan koma, beliau mendakwa menerima
arahan untuk menyelamatkan manusia daripada syaitan dan menubuhkan
pemerintahan tuhan di bumi. Beliau yang terpengaruh dengan agama Kristian
kemudiannya telah mengambil kesempatan menjanjikan harapan kehidupan yang lebih
baik kepada golongan marhain yang sengsara ekonomi dan sosial dengan syarat
menyokong beliau menjatuhkan Kerajaan Manchu. Penonjolkan dirinya sebagai Raja
Kayangan yang padat dengan propaganda 'Keamanan dan Kemakmuran dicanangkan
sebagai mendapat mandat dari syurga dengan .
Faktor Hung Hsiu-chuan turut diakui oleh Vinent Y.C. Shih apabila mengatakan;
"Pergerakan Taiping tidak mungkin berlaku sebegitu rupa tanpa
kepimpinan Hung Hsiu-chuan dan Yang Hsiu-ching.
12


Malah kebijaksanaan strategi Hung Hsiu-chuan jelas terdapat di dalam ideologi
Pergerakan Taiping apabila mengandungi idea-idea progresif dan masyarakat egalitarian
telah menarik minat golongan majoriti anti-Manchu.
13
Sistem politik Pergerakan Taiping
bersifat teokrasi dengan Raja Kayangan sebagai pemerintah agama dan duniawi,
manakala sistem ekonomi membahagikan semula tanah mengikut gred mutunya yang
dibahagi mengikut bilangan ahli dalam keluarga. Idea-idea progresif merujuk kepada
persamaan seks, monogami dan pengharaman penghisapan candu, perjudian dan
pelacuran kearah keharmonian masyarakat.
Idea perjuangan Hung Hsiu-chuan telah dipengaruhi oleh unsur-unsur Kristian
dan kepercayaan Cina kuno dengan pengubahsuaian menjadi pergerakkan agama yang
fanatik melalui penubuhan agama penyembah tuhan atau Shang ti-hui. Namun kejayaan
kebangkitan Pergerakan Taiping yang mendirikan ibu negeri di Nanking itu harus dilihat
MAI / 1998 2002 / PPPJ J USM
14
dari kejayaan ideologinya untuk membentuk Negara Kayangan dengan susunan
ekonomi yang baru telah berjaya menyatukan pemberontak-pemberontak Taiping yang
anti-Manchu.

KESIMPULAN
Perbincangan mengenai turutan keutamaan faktor-faktor kebangkitan Pergerakan
Taiping seolah-olah tidak berkesudahan. Namun kesimpulan yang dapat diambil ialah
semua faktor yang diulas adalah saling melengkap akibat dari kelemahan Pemerintahan
Manchu yang disebabkan dari faktor dalaman dan luaran. Malah kegagalan Kerajaan
Manchu dilihat pula dari aspek hilangnya mandat dari syurga.
Secara ringkasnya, pola perkembangan Pergerakan Taiping yang bermula dari 11
J anuari 1851 telah memuncak pada tahun 1853 hingga pesat pada peringkat awalnya
sehinggalah tahun 1855 sebelum merosot dan tumpas pada tahun 1864. Pergerakan
Taiping berjaya dihancurkan apabila Kerajaan Manchu mendapat bantuan tentera dan
senjata dari British dan Perancis melalui Perjanjian Tientsin 1858 serta faktor
penyelewengan Hung Hsiu-chuan sendiri.
Namun sesuatu yang tersirat, Pergerakan Taiping adalah manifestasi penentangan
hebat orang-orang Cina terhadap pemerintahan Dinasti Manchu yang menjatuhkan
maruah dan melemahkan kuasanya.
Menurut Paul M.A. Linebarger ;
" It was a many resperts, the pilot which illuminated and lit the flames of
modern Chinese revolusion"
14
Kepentingannya ialah sebagai sumber inpirasi gerakan revolusioner yang baru seperti
Revolusi 1911 dan mencorakkan perkembangan politik, ekonomi dan sosial di China.
MAI / 1998 2002 / PPPJ J USM
15

**********







BIBLIOGRAFI

1. Abdullah Zakaria Ghazali (et.al), Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia
Timur. Fajar bakti, Shah Alam, 2000.
2. Gilbert Khoo dan Dorothy Loo, Asia Dalam Perubahan- Sejarah Tenggara, Selatan
dan Timur Asia, Heinemann Education Books (Asia) Singapura, 1981.
3. Hsu,Immanuel C.Y, The Rise of Modern China
4. Linebarger, Paul M.A, (et.al) Far Eastern Governments and Politics, D. Van
Nostrand Co. Princeton, 1967..
5. Shih, Vincent, Y.C The Taiping Ideology, University of Washington Press,
Seattle, 1967.
6. MacAleavy, Henry. The Modern History of China, Weidenfeld and Nicholson,
London,1977.
7. Michael, Franz, The Taiping Rebellion History and Documents, Seattle and London,
University of Washington, 1966
MAI / 1998 2002 / PPPJ J USM
16
8. Shih, Vincent, Y.C The Taiping Ideology, University of Washington Press,
Seattle, 1967.
9. Teng, Ssu-yu, New Light on the History of the Taiping Rebellion, Russell
New York. 1966.
10. Wolgang, Franke, A Century of Chinese Revolution 1851- 1949,
University of South Carolina Press, Colombia. 1980.



NOTA BELAKANG


1
Michael, Franz, The Taiping Rebellion History and Documents, Seattle and London,
University of Washington, 1966. hlm. 42

2
Teng, Ssu-yu, New Light on the History of the Taiping Rebellion, Russell. New
York. 1966 hlm. 37

3
Wolfgang Franke, A Century of Chinese Revolution 1851-1949, University of South
Carolina Press, Colombia. 1980. hlm. 26

4
Unit pengukuran tanah pertanian di China; 1 mou =1/6 ekar

5
Teng, Ssu-yu, op.cit., hlm 42.

6
Wolfgang Franke, op. cit., hlm 26

7
Michael, Franz, op, cit., hlm 16

8
Abdullah Zakaria Ghazali et.al ] . Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia
Timur 1800 - 1963. Sejarah Fajar Bakti Sdn Bhd, Shah Alam, 2000. hlm. 17-18.

9
McAleavy, Henry, The Modern History of China, Eeidenfeld and Nicolson, London,
1967. hlm 58.

10
1 peti mewakili 65 kg.

MAI / 1998 2002 / PPPJ J USM
17

11
Michael, Franz. op.cit,. hlm. 22

12
Y.C.Shih, Vincent, The Taiping Ideology, University of Washington Press, Seattle,
1967 hlm. xviii

13
Teng, Ssu-yu . op.cit,. hlm. 62-63.

14
Linebarger, Paul M.A, (et. al), Far Eastern Governments and Politics, D. Van
Nostrand Co. Princeton, 1967. hlm. 103.
MAI / 1998 2002 / PPPJ J USM

You might also like