You are on page 1of 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA,

KAMPUS SULTAN MIZAN, BESUT, TERENGGANU






LAPORAN REFLEKSI
BINA INSAN GURU
FASA VI
(SEMESTER 6 PISMP)



NAMA PELAJAR : MUHAMMAD SUYUTHI BIN ABDUL SAMAD
NO. K/P : 910505-07-5327
UNIT : PISMP PENGAJIAN ISLAM 1
AMBILAN : JANUARI 2011
PENSYARAH : UST. MOHD YUSRI BIN MUSTAFA

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU SEMESTER 6

DISEDIAKAN OLEH : MUHAMMAD SUYUTHI BIN ABDUL SAMAD
UNIT : PENGAJIAN ISLAM DAN AL-QURAN 1

Pada 8 Julai 2013, seramai 21 orang guru pelatih dari unit Pengajian Islam 1
semester 6 dan pensyarah pengiring, Ustaz Mohd Yusri bin Mustafa telah bersama-
sama melaksanakan program Bina Insan Guru Fasa 6 di Sekolah Kebangsaan
Banggol, Setiu, Terengganu. Program Bina Insan Guru pada kali ini adalah bertemakan
benchmarking iaitu lawatan penanda aras ke sebuah sekolah pilihan yang mempunyai
guru cemerlang mengikut opsyen unit masing-masing. Justeru, berdasarkan opsyen
kami, kami telah memilih Sekolah Kebangsaan Banggol kerana di sekplah tersebut
terdapat seorang guru cemerlang Pendidikan Islam iaitu Puan Hamizah.
Pada jam 7.30 pagi, kesemua peserta telah berkumpul di hadapan Dewan
Bendahara dan bertolak dengan menaiki bas. Perjalanan memakan masa hampir satu
jam. Jam 8.30 pagi, kami tiba di sekolah tersebut. Kami telah disambut baik oleh pihak
pentadbiran sekolah. Kami di bawa ke bilik mesyuarat untuk mendengar taklimat
daripada pihak sekolah mengenai sekolah ini Kami mendengar ucapan dan kata-kata
aluan daripada pengerusi majlis dan guru besar. Kemudian, kami mendengar
penerangan daripada guru cemerlang iaitu Puan Hamizah. Beliau menerangkan latar
belakang beliau, bagaimana beliau memperoleh anugerah guru cemerlang, peranan
guru cemerlang dan pengalaman beliau serta berkongsi serba sedikit apa yang beliau
dapat setelah bergelar guru cemerlang. Selepas itu, kami mengadakan sesi soal jawab
bersama beliau dan pihak pentadbiran sekolah.

Mendengar taklimat daripada pihak sekolah dan Puan Hamizah

Sepanjang lebih kurang dua jam lebih sesi interaksi bersama Puan Hamizah,
banyak maklumat dan pengetahuan baru yang telah saya perolehi. Beliau seorang yang
rajin, komited dengan kerja dan gigih berusaha. Beliau juga telah banyak memberikan
sumbangan untuk kecemerlangan murid dan juga sekolah.
Selepas sesi taklimat dan soal jawab, kami dijemput ke kantin untuk menjamu
selera. Kemudian, kami telah melawat sekitar sekolah dan melihat pelbagai bilik.
Antaranya bilik j- QAF dan kelas- kelas pembelajaran p&p berlaku. Hampir 30 minit
kami melawat sekitar sekolah, kami pun bertolak pulang ke IPG. Kami tiba di IPG pada
pukul 2.30 petang.
Seperti kata pepatah, kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha yang
gigih. Justeru, jika kita ingin berjaya, kita haruslah berusaha dengan bersungguh-
sungguh agar kejayaan mengiringi kita. Begitulah ciri guru cemerlang yang dapat saya
lihat yang ada pada Puan Hamizah. Beliau telah banyak berusaha dan berkorban
sehinggalah beliau dianugerahkan anugerah guru cemerlang. Bukan calang-calang
orang yang boleh mendapat anugerah guru cemerlang ini. Syarat dan kriteria untuk
memperoleh anugerah guru cemerlang agak tinggi. Justeru, hanya orang-orang yang
rajin dan gigih sahaja yang mampu mendapatkannya.
Selain itu, Puan Hamizah juga seorang yang berani. Beliau berani untuk keluar
dari takuk yang lama. Walaupun beliau seorang yang pemalu dan penakut pada
dahulunya, beliau cuba untuk bangkit dan melangkah dengan berani untuk lebih berjaya
dan maju dalam kehidupan. Beliau tidak mudah berputus asa dan sentiasa berusaha
untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukannya. Beliau telah mendapat
sokongan yang padu daripada pihak sekolah.
Secara keseluruhannya, semua pihak terutamanya pihak Sekolah Kebangsaan
Banggol telah memberikan sokongan dan kerjasama yang begitu baik kepada kami
dalam menjayakan program Bina Insan Guru ini. Sememangnya lawatan kami pada
semester ini tidak menghampakan dan ia juga telah banyak menambahkan ilmu
pengetahuan sedia ada kami dan ia boleh dijadikan panduan kepada kami apabila
mengajar di sekolah kelak.

Pihak sekolah menerima cenderahati daripadaIPG Kampus Sultan Mizan.

Sesi bergambar bersama pihak sekolah.

You might also like