You are on page 1of 2

11

CARA MELAHIRKAN PERASAAN EMPATI


Perasaan empati adalah kemampuan untuk merasai emosi yang sama dengan
orang lain, keinginan orang lain, mengetahui perasaan dan fikiran orang lain, sehingga
tercipta keinginan untuk menolong orang lain dan membantu orang lain mencari
penyelesaian atas masalah yang dihadapi. Perasaan ini penting bagi guru pembimbing
untuk memastikan pelajar berasa selesa dan dapat meluahkan perasaannya dengan
mudah.
Ketika sesi bimbingan, guru pembimbing perlu mempunyai kemahiran
mendengar untuk membantu menyelesaikan masalah pelajar. Mendengar secara aktif
adalah dimana guru pembimbing lebih banyak meluangkan masanya mendengar
daripada menyampuk percakapan pelajar. Tumpuan dan pemerhatian yang
sepenuhnya penting untuk memahami dengan tepat apa yang telah diperkatakan oleh
pelajar. Kaunselor dapat menyatakan semula dengan tepat idea-idea pelajar dan
mentafsirkan dengan tepat perasaan terpendam pelajar. Dalam hal ini, kaunselor dapat
membuktikan kepada pelajar bahawa beliau dapat menyelami jiwa pelajar daripada
aspek pengalaman, tingkah laku dan perasaan.
Selain mendengar, berusaha untuk memahami masalah pelajar sebelum cuba
menyelesaikannya merupakan salah satu cara untuk melahirkan perasaan empati
terhadap pelajar. Selepas berusaha untuk memahami masalah pelajar, kaunselor akan
mendapat gambaran yang lebih jelas dan jitu tentang kesulitan yang dihadapi oleh
pelajar. Soalan yang diajukan perlu secara beransur-ansur agar suatu senario masalah
pelajar dapat dikembangkan. Sifat bersopan santun dan beradab ketika melayan pelajar
merupakan kunci utama untuk menambat hati pelajar untuk menjalani sesi kaunseling.
Hal ini seterusnya memudahkan pembinaan hubungan dalam proses kaunseling.



12

Di samping itu, kaunselor yang memberikan perhatian dengan teliti akan dapat
memahami masalah pelajar dengan baik. Kedudukan tubuh badan, ekspresi muka,
tentangan mata, soalan terbuka dan dorongan minimum untuk bercakap yang
ditunjukkan oleh kaunselor dapat menimbulkan perasaan senang hati dalam kalangan
pelajar untuk meluahkan perasaan. Sesudah kaunselor memberikan respons empati,
pelajar akan mula meneroka situasi yang dihadapinya dengan lebih mendalam.

You might also like