You are on page 1of 2

PERNYATAAN PROFESIONAL INTERNSHIP 2014

Internship ialah satu program aktiviti lapangan yang bertujuan untuk


mengaitkan pengetahuan , kemahiran dan pengalaman yang sedia ada
dengan amalan sebenar guru permulaan. Guru pelatih dikehendaki untuk
merancang, melaksanakan dan menilai projek dan aktiviti yang berkaitan
dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah atau
aktiviti rutin yang telah menjadi amalan dan budaya sekolah. Guru pelatih
juga akan didedahkan dengan kepimpinan dan pengurusan pelbagai aktiviti di
sekolah dengan bimbingan daripada seorang mentor.

Sebelum menjalani internship di sekolah selama sebulan, satu taklimat
telah diadakan pada 2 Julai 2014 di Dewan Pulai 2. Taklimat ini telah
disampaikan oleh Puan Noor Haniza Binti Hashim. Sepanjang taklimat
diadakan saya telah didedahkan dengan apa itu internship dan projek yang
boleh dijalankan di sekolah. Saya boleh mendapat pelbagai input yang
berguna sepanjang taklimat dijalankan.

Melalui taklimat yang diberi oleh Unit Praktikum Institut Pendidikan
Guru Kampus Perlis, banyak perkara perlu dilakukan supaya program yang
dijalankan akan berjalan dengan lancar. Penyediaan portfolio adalah wajib
dalam menyimpan bahan-bahan bukti semasa menjalankan internship.
Sebelum internship dijalankan, saya bersama empat orang rakan telah
merancang projek yang akan dilaksanakan di sekolah kelak berdasarkan
pemerhatian yang telah dilakukan sepanjang menjalani praktikum fasa 3 di
SJK (C) Chung Hwa.

Selain itu, semasa di sekolah, saya juga perlu menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran seperti biasa. Namun, waktu pengajaran pada
kali ini adalah 2 waktu hingga 4 waktu. Waktu pengajaran yang kurang telah
memberi ruang dan masa yang cukup untuk merancang dan melaksanakan
projek. Penyediaan rancangan pengajaran pada kali ini juga adalah lebih
ringkas kerana saya hanya perlu menulis ringkasan rancangan mengajar
dalam bentuk bertulis. Tujuannya adalah untuk menjimatkan masa bagi
membolehkan saya dan rakan-rakan menjalankan projek dengan baik dan
lancar. Sepanjang menjalani Internship, saya juga telah bercadang untuk
mengumpul data bagi Kajian Tindakan sewaktu proses pengajaran dan
pembelajaran selama empat minggu di sekolah.

Melalui program internship ini, saya berharap agar dapat menimba
pengalaman yang sebanyak mungkin terutamanya dalam aspek pengurusan
sesuatu program atau aktiviti yang akan menjadi kebiasaan kepada saya
apabila menjadi bakal guru yang sebenar kelak. Saya juga berharap saya
dapat memperbaiki segala kelemahan yang ada sepanjang praktikum pada
semester lalu terutamanya dari aspek komunikasi antara saya dengan murid
serta guru-guru.
Akhirnya, saya berharap agar program Internship ini dapat memberi
peluang dan membuka ruang kepada saya dalam usaha untuk meningkatkan
tahap keyakinan diri, ketahanan mental dan fizikal dalam menghadapi
cabaran sebagai seorang bakal guru kelak, membentuk sifat kepemimpinan
serta akhlak yang baik serta dapat memupuk dan menerapkan nilai
profesionalisme keguruan dalam usaha melahirkan bakal guru yang produktif
serta efektif kepada bangsa dan negara.

You might also like