You are on page 1of 2

Damsyik

- 33 darjah ke
Utara.
- Ia merupakan Ibu Negara Republik Syria.
- Damsyik dikenali sepanjang zaman sebagai salah sebuah bandar yang mempunyai banyak
sungai dan terusan.
- Pada peringkat awal pembangunan bandar Damsyik, ia muncul sebagai sebuah bandar
pertanian kecil-kecilan yang berada di dalam kawasan yang dikenali sebagai "Sungai Bardi",
walau bagaimanapun pasar banyak berkembang di sana disebabkan oleh kedudukannya yang
strategik sebagai sebuah pusat perdagangan.
- Bandar Damsyik telah wujud semenjak alaf ke tiga Sebelum Masihi lagi, sebagai sebuah
bandar yang maju dan berkembang malah sebagai pusat pemerintahan kerajaan Al-Aramiah, oleh
yang demikian ia dianggap sebagai salah sebuah bandar tertua yang didiami di atas muka bumi
ini.
- Kedudukan Damsyik yang strategik, berada di persimpangan jalan menuju ke Iraq dan
semenanjung tanah Arab banyak membantu menjadikannya sebagai sebuah pusat perdagangan
yang terpenting.
- Gerakan pembukaan kawasan Islam telah berjaya memasuki bandar Damsyik di bawah
pimpinan Khalid bin Al-Walid dan Abu Ubaidah bin Al-Jarrah r.a.
- Kemudian pada zaman pemerintahan Muawiyah bin Abu Sufian r.a, beliau telah menjadikan
bandar Damsyik sebagai Ibu negara Khilafah Umawiyyah sehinggalah gugurnya kerajaan
Umawiyyah manakala pada zaman pemerintahan kerajaan Abbasiah, ia dijadikan sebagai salah
satu dari wilayah kekuasaannya. Bandar Damsyik pernah di diami oleh Khalifah Al-Abbasi Al-
Mutawakkil untuk beberapa ketika.
- Di dalam sejarah perkembangannya, Damsyik pernah beberapa ketika melalui zaman
kegentingan sehinggalah ia dapat dikembalikan oleh pahlawan yang bernama Nuruddin Mahmud
pada tahun 549 Hijrah bersamaan 1154 Masihi di samping membuka zaman barunya yang penuh
dengan kegemilangan dan kekuatan.
- Damsyik telah mencapai kemuncak kegemilangannya pada zaman pemerintahan Salahuddin
Al-Ayubi.
- Selepas itu Damsyik telah kembali ke zaman kegemilangan yang pernah dilaluinya di mana ia
menjadi sebuah wilayah kerajaan Mamluki, kemudian menjadi sebuah wilayah Othmaniah yang
diberi perhatian penting oleh pemerintah Kerajaan Othmaniah kerana kedudukannya yang
istimewa di dalam lapangan keagamaan dan perdagangan.
- Damsyik juga telah dikenali sebagai sebuah bandar pusat pengajian kerana ia mempunyai
banyak sekolah agama pada zaman pemerintahan Islam yang pertama. Di mana pada zaman
pemerintahan Salahuddin Al-Ayubi sahaja bilangan pusat pengajian telah mencapai sebanyak 20
buah pusat pengajian yang terbesar seperti Sekolah Al-Aadiliyah, Sekolah Az-Zahiriyah, sekolah
Al-Jamqumiyah, Sekolah Ar-Rawaahiyyah, Sekolah As-Solaahiyyah, Sekolah As-Asadiyyah,
Sekolah Al-Asruuniyyah, Sekolah Al-Aziziyyah dan sebagainya.
- Selain dari itu terdapat beberapa buah perpustakaan yang terkenal di Damsyik seperti
perpustakaan sekolah Al-Aadiliyah.
- Suatu ketika dahulu bandar Damsyik juga terkenal dengan hospital Universiti dan sekolah
perubatan.
- Pada zaman pemerintahan Islam Damsyik terkenal dengan beberapa orang tokoh ulama seperti:
Al-Hafiz Abdul Aziz bin Ahmad At-Tamimi, Al-Hafiz Abu Zar'ah salah seorang ahli Hadis,
Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah, Ibnu Asakir, Abu Syamah, Ibnu Kathir, Ibnu Malik, Ibnu As-
Syatir, Ar-Rasid, Ibnu Al-Baitar dan Ibnu An-Nafis.
- Di antara masjid yang terkemuka pula ialah Masjid Al-Umawi dan ia merupakan mercu tanda
bandar Damsyik serta peninggalan sejarah yang utama ialah Kota Damsyik.

You might also like