You are on page 1of 3

TAJUK : PENCEMARAN UDARA

Pencemaran udara boleh mendatangkan kesan yang buruk


kepada manusia. Pencemaran udara berlaku apabila terdapat gas-
gas yang berbahaya di dalam udara. Gas-gas tersebut adalah
seperti gas sulfur monoksida dan gas karbon monoksida.
Antara aktiviti yang menyebabkan pencemaran udara
termasuklah pelepasan asap hitam oleh kenderaan dan kilang.
Asap hitam yang dilepaskan ke udara boleh menjejaskan
penglihatan dan mendatangkan rasa pedih pada mata.
Penglihatan yang kabur boleh menyebabkan berlakunya
kemalangan.
Selain itu, pembakaran terbuka di tempat pelupusan dan
pembakaran sampah juga menyebabkan pencemaran udara.
Pembakaran terbuka menghasilkan habuk yang halus ke
udara.Habuk-habuk tersebut akan masuk ke dalam tubuh manusia
melalui pernafasan dan menyekatkan pengaliran oksigen ke dalam
salur darah. Hal ini boleh mendatangkan pelbagai penyakit seperti
batuk, barah, asma dan anemia.
Oleh sebab itu, pelbagai langkah harus diambil untuk
mencegah pencemaran udara. Antaranya termasuklah
melaksanakan pendidikan alam sekitar yang merentas kurikulum.
Penggubalan dan penguatkuasaan undang-undang alam sekitar
juga mesti ditekankan bagi mengekalkan keseimbangan ekosistem.

Jawab soalan berikut.
1. Apakah gas-gas yang berbahaya yang boleh menyebabkan
pencemaran udara?
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
2. Nyatakan aktiviti-aktiviti yang menyebabkan pencemaran udara?
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
3. Apakah penyakit yang boleh dihadapi akibat daripada pencemaran
udara?
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
4. Apakah kesan daripada aktiviti pembakaran terbuka?
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

5. Nyatakan langkah yang boleh dilakukan untuk mencegah pencemaran
udara berdasarkan petikan?
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

Berdasarkan pernyataan di bawah ini, tandakan (/) pada alasan yang logik
atau alasan yang tidak logik.
TAJUK : PEMBAKARAN TERBUKA
Bil. Kemungkinan Alasan Logik Tidak logik
1
Kesihatan
penduduk
sekitar terjejas
Udara yang tercemar
mengandungi bahan
toksik yang berbahaya

2
Kemalangan
jalan raya
Pandangan pemandu
terjejas akibat asap
yang tebal

3
Kehadiran murid
ke sekolah
terjejas
Bimbang terhidu bau
asap

4
Industri
pelancongan
merosot
Pelancong kurang
berminat untuk
melancong ke negara
ini

5
Hasil pertanian
merosot
Hujan turun tidak
menentu
menyebabkan api
lambat padam

You might also like