You are on page 1of 8

1.

Nama Sekolah

Sekolah Kebangsaan Kampung Tunku, Petaling Jaya Selangor

2. Penyelidik

Rafidah Binti Shapei
Ketua Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

3. Tajuk Kajian

Teknik Pembelajaran Aktif Dapat Menarik Minat Murid 5 Dahlia dalam Proses
Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

4. Refleksi Pengajaran & Pembelajaran lalu


Mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan merupakan mata pelajaran
bukan teras dalam sistem persekolahan sekolah rendah di negara ini.
Walaubagaimanapun, mata pelajaran ini memberi peluang yang besar kepada murid
untuk memperkembangkan potensi diri murid dalam suasana bilik darjah, berbeza
dengan mata pelajaran lain yang lebih menekankan kepada perkembangan pencapaian
akademik sahaja. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bukan sahaja bertujuan
melahirkan murid yang mengetahui prinsip serta latar belakang Negara namun, dalam
konteks bersepadu, mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan juga
membolehkan murid menyedari, memahami dan menghayati keperluan menjadi
individu yang seimbang dari segala aspek.
Sepanjang berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Kampung Tunku, penyelidik telah
diamanahkan untuk melaksanakan tugas mengajar mata pelajaran Pendidikan Sivik
dan Kewarganegaraan di kelas murid-murid Tahun 5 dan 6. Mengajar mata pelajaran
bukan teras memberi satu cabaran yang berat kepada penyelidik. Hal ini kerana
murid-murid telah mempunyai persepsi negatif mereka sendiri tentang mata pelajaran
bukan teras. Murid-murid beranggapan bahawa mata pelajaran bukan teras tidak perlu
diambil perhatian, lantas mereka mengambil sikap sambil lewa apabila mengikuti
kelas Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Sedangkan mata pelajaran Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan ini merupakan medium yang dapat melatih murid
menjadi modal insan yang tegar dalam menghadapi cabaran perkembangan sosial
masa kini.
Pengalaman berinteraksi dengan murid-murid selama 2 tahun di sekolah sudah pasti
memberi penyelidik ruang untuk mengenalpasti setiap kelemahan dan kekuatan yang
berlaku sepanjang sesi pembelajaran dan pengajaran. Melalui pemerhatian dan
pengamatan yang dijalankan secara kritikal, penyelidik mendapati bahawa murid-
murid kurang terlibat secara aktif dalam proses pembelajaran dan pengajaran mata
pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Berdasarkan pengalaman yang
lepas, penyelidik mendapati bahawa terdapat sebilangan murid yang tidak
menitikberatkan pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan kerana mata pelajaran ini tidak disenaraikan dalam peperiksaan
awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Malahan, setiap kali mata
pelajaran ini dijalankan, murid hanya diberi peluang untuk mendengar pengajaran
guru berpandukan buku teks, dan seterusnya menyiapkan latihan yang diberikan guru.
Oleh hal yang sedemikian, ianya telah menghadkan perkembangan potensi murid
yang sepatutnya diasah semasa proses pembelajaran dan pengajaran sedang berjalan.
Corak pembelajaran yang lebih berpusatkan guru menyebabkan murid merasa bosan
untuk mengikuti pembelajaran dan pengajaran sekaligus menyebabkan mereka hanya
memberikan respon bukan lisan seperti senyum, mengangguk dan menggeleng kepala
sahaja tanpa mahu terlibat secara lebih aktif seperti berinteraksi dengan guru dan
rakan-rakan. Malah, sebenarnya murid-murid ini tidak melibatkan diri kerana mereka
telah terbiasa berdiam diri kerana tidak diberi peluang untuk memberikan respon
secara verbal semasa kelas sedang berjalan.
Justeru, daripada masalah yang dikenalpasti, penyelidik bertindak mencari inisiatif
lain bagi meningkatkan lagi martabat Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dalam
kalangan murid-murid sekolah rendah. Oleh itu, penyelidik telah memilih satu kaedah
pembelajaran, iaitu kaedah pembelajaran aktif untuk meransang penglibatan murid
dalam proses pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.
Dengan adanya kaedah pembelajaran aktif ini, secara tidak langsung akan
membuatkan murid teruja untuk memberikan respon dalam pembelajaran dan
mewujudkan keseronokan.
5. Isu/ Keprihatinan (Fokus Kajian)

Fokus kajian saya ialah lebih kepada kaedah Pembelajaran Aktif. Saya akan
menyesuaikan setiap tajuk pengajaran dengan tahap murid saya. Walaupun murid-murid
saya menghadapi masalah untuk menyumbangkan idea dan jawapan bagi soalan-soalan
secara akademik, namun mereka dapat turut serta dalam proses pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dalam kelas. Murid-murid kelas ini
sering dilabel sebagai :
- Tidak suka belajar
- Tidak suka membuat kerja sekolah
- Suka bersembang
Dengan mengambil kira aspek-aspek ini, saya yakin kaedah Pembelajaran Aktif saya
dapat menyekat perlabelan ini sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan dan seterusnya dapat membantu mereka lulus di dalam peperiksaan.
6. Objektif Kajian
6.1 Objektif Umum
(i) Merangsang penglibatan murid-murid terhadap Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan dengan menggunakan kaedah pembelajaran aktif.
(ii) Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan kaedah pembelajaran aktif dalam
merangsang penglibatan murid dalam proses pembelajaran dan pengajaran
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.
(iii) Membuat cadangan penambahbaikan terhadap kelemahan penggunaan
kaedah pembelajaran aktif dalam pembelajaran dan pengajaran Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan.
6.2 Objektif Khusus
(i) Membantu murid dalam menguasai pelbagai kemahiran belajar
(ii) Meningkatkan minat murid dalam matapelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan
(iii) Meningkatkan peratus murid lulus bagi matapelajaran Pendidikan Sivik
dan Kewarganegaraan dalam setiap ujian dan peperiksaan dalaman.
7. Kumpulan Sasaran & Lokasi Kajian
Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Kampung Tunku. Kajian ini hanya
bertumpu kepada murid tahun 5 Dahlia seramai 30 orang murid. Kumpulan sasaran ini dipilih
kerana penyelidik mendapati masih terlalu ramai murid-murid dalam kelas ini yang kurang
terlibat dalam interaksi semasa sesi pembelajaran dan pengajaran sedang berjalan.
Kebanyakan murid-murid dalam kelas ini memberikan respon yang positif seperti senyum,
mengangguk, menumpukan perhatian ataupun menggeleng kepala apabila guru mengajar,
tetapi mereka kurang terlibat dan kurang keyakinan untuk berinteraksi dengan guru dan
rakan-rakan. Hal ini menjadikan penglibatan mereka kelihatan terhad walaupun mereka
berminat dengan pengajaran guru tersebut.
8. Tindakan yang dicadangkan
Dalam bidang penyelidikan tindakan, terdapat beberapa model yang boleh digunakan untuk
melaksanakan penyelidikan. Dalam kajian ini, pengkaji memilih untuk menggunakan model
Kurt Lewin bagi merancang dan melaksanakan tindakan. Mengikut Kurt Lewin (1952, seperti
yang dinyatakan dalam Mok, 2010) terdapat 4 langkah utama bagi setiap tahap yang
berbentuk lingkaran berdasarkan model ini. Lingkaran tersebut bermula dengan perancangan
diikuti dengan tindakan, pemerhatian dan refleksi. Mengikut Lewin, masalah yang dikaji
dalam Pusingan Pertama boleh disambung dan diteruskan di dalam Pusingan Kedua,
Pusingan Ketiga dan seterusnya hingga masalah yang berbangkit atau berkaitan telah
diselesaikan secara optimum.
Dalam model ini, empat proses akan dilakukan iaitu proses pertama melibatkan proses
perancangan, kemudiannya diikuti dengan proses perlaksanaan. Proses ini disusuli pula
dengan pemerhatian dan diakhiri dengan proses membuat refleksi. Kajian ini akan
menggunakan beberapa proses kitaran dalam usaha mencapai objektif kajian. Di sini,
pengkaji hanya menggunakan 2 pusingan dalam kajian ini. Pelaksanaan adalah berasaskan
Rajah 1 yang dinyatakan di bawah ini.
Rajah 1: Lingkaran penyelesaian masalah dalam penyelidikan tindakan



9. Bahan kajian yang dicadangkan
(i) Borang pemerhatian
(ii) Borang soal selidik







Tinjauan pemasalahan yang
berlaku semasa proses
pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan
Sivik dan
Kewarganegaraan.
Perancangan berdasarkan
permasalah yang berlaku dan
usaha meransang penglibatan
murid.
Pelaksanaan menggunakan
kaedah pembelajaran aktif.
Pemerhatian terhadap
maklumbalas serta tingkah
laku peserta semasa kaedah
pembelajaran aktif
digunakan.
Refleksi daripada
pemerhatian dan borang soal
selidik
10. Jadual Pelaksanaan Kajian
Bil. Tarikh Aktiviti Catatan
1. Mac I. Menerima penerangan maklumat secara
khusus tentang kertas cadangan
penyelidikan.
II. Membuat tinjauan awal.
III. Mengenalpasti masalah kajian
IV. Mengenalpasti kumpulan sasaran.

2. April I. Menganalisis tinjauan awal.
II. Melaporkan dapatan pemerhatian

3. Mei I. Menyiapkan borang borang untuk
mengumpulkan data.
II. Menyiapkan proposal kajian tindakan.
III. Menghantar proposal kepada pentadbir
sekolah.

4. Jun I. Pelaksanaan kajian bagi kelas 5 Dahlia
5. Julai I. Pelaksanaan kajian
II. Mengumpul data

6. Ogos I. Menganalisis data
II. Membuat kesimpulan bagi kajian tindakan.




11. Kos kajian

Bil Perkara Jumlah unit Kos seunit Jumlah
1 Pencetakan
a) Ink hitam dan berwarna
b) Kertas


1 set
1 rim

RM 50
RM 10

RM 50
RM 10
2 Penjilidan 3 RM 20 RM 60
Jumlah RM 120


12. Penutup
Penyelidik berharap kajian ini dapat dijalankan dengan baik dan sempurna. Penyelidik juga
berharap dengan wujudnya kajian ini, penyelidik dapat membantu meningkatkan
pengetahuan dan kefahaman murid mengenai matapelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan.

You might also like