You are on page 1of 11

1

1.0 ISI KANDUNGAN




















Nombor Kandungan Muka surat
1. Isi kandungan 1
2. Penghargaan 2
3. Pengenalan Tamadun Jepun 3- 4
4. Institusi Pendidikan Dalam Tamadun
Jepun
5-6
5. Iktibar terhadap perkembangan dan
kemajuan pendidikan di Malaysia
7-8
6. Kesimpulan 9
7. Refleksi 10
8. Rujukan 11
2


2.0 PENGHARGAAN

Pertama sekali syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada Allah S.W.T
kerana tanpa izin Nya kami tidak mungkin dapat menyiapkan tugasan yang telah
diberikan ini. Dengan nikmat yang dianugerahkan kami dengan jayanya berjaya
menyiapkan tugasan ini pada masa yang telah ditetapkan.

Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah, Dr
Rosdi bin Mahamud kerana dengan tunjuk ajar daripada beliau, kami dapat
melaksanakan tugasan ini walaupun terdapat banyak kekangan dan halangan.
Tanpa bimbingan beliau, semestinya kami pasti akan mengalami banyak kesukaran
bagi menyiapkan tigasan ini.

Tidak lupa juga kepada rakan rakan sekelas yang juga telah sedikit sebanyak
menberi bantuan dari segi semangat serta berkongsi maklumat yang ada serta
bersama-sama bertungkus lumus bagi menyiapkan kerja kursus ini.

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa kami yang telah
bayak memberikan sokongan dan semangat bagi kami menyiapkan segala tugasan
yang diberikan.













3

3.0 PENGENALAN TAMADUN JEPUN

Jepun disebut Nippon atau Nihon dalam Bahasa Jepun membawa maksud
"negara matahari terbit". Nama ini disebut dalam wakil Maharaja Jepun ke Kerajaan
Sui di China, dan merujuk kepada kedudukan Jepun yang terletak di sebelah timur
tanah besar China.

Orang-orang Jepun sebahagian besarnya berketurunan Mongoloid dan dengan
itu mereka mempunyai pertalian rapat dengan orang-orang Cina, Korea, Thai, Burma
dan lain-lain. Mereka berbadan sederhana dengan potongan muka yang berbentuk
bujur serta rambut dan mata yang berwarna hitam. Orang-orang Jepun berketurunan
Mongoloid ini telah sampai ke Kyushu melalui negara China dan kemudian berhijrah
ke Honshu, Shikoku, dan Hokkaido. Orang-orang Jepun juga telah bercampur aduk
dengan kumpulan-kumpulan bangsa lain.
Orang-orang Ainu merupakan salah satu penduduk yang paling awal mendiami
Jepun. Pada asasnya mereka merupakan masyarakat primitif yang hidup memburu
dan memungut makanan. Kemungkinan juga mereka telah menduduki beberapa ribu
tahun yang lalu. Mereka juga telah memiliki kebudayaan yang meyerupai masyarakat
pada zaman neolitik. Orang-orang neolitik ini telah menggunakan alat-alat harian
yang telah diperbuat daripada serpihan batu yang telah digilapkan, tulang ikan dan
tanah liat.
Sejarah awal kebudayaan Jepun dikenali sebagai Jomon. Perkataan Jomon ini
berasal daripada barang-barang yang telah direka oleh orang-orang Jepun dari
tanah liat jenis Jomon. Pertukangan tembikar Jomon telah dijumpai di Jepun telah
menunjukkan kehalusan seni dan corak-corak yang luar biasa. Ini menunjukkan
bahawa penduduk asli Jepun telah mencapai taraf seni kebudayaan yang agak tinggi
menjelang tahun 5000 SM.
Menjelang tahun 5000 SM dipercayai suku kaum ini telah mengikut aliran hidup
yang kolektif dan tetap tanpa jurang perbezaan antara miskin dan kaya. Mereka juga
mempercayai suatu jenis kuasa ghaib. Ini boleh disimpulkan dari rupa-rupa patung
patung dewi yang diperbuat daripada tanah liat dan gada-gada batu besar yang
dipercayai mempunyai kaitan dengan ilmu sihir.
4

Pada hampir tahun 200 SM, pengaruh kebudayan dari negara China mula
mengalir masuk ke Jepun. Dinasti Han di negara China (206SM-24SM) mula
menekankan pengaruhnya ke atas penduduk awal Jepun.
Akibatnya masyarakat Jepun mula mengalami banyak perubahan. Seni berkebun
dan membuat perkakas-perkakas tembaga dan besi serta jenis periuk-belanga
tembikar yang telah direka pada waktu itu iaitu dari zaman-prasejarah Jepun
sehingga hampir abad ke14 M.

Sejarah Jepun berselang-seli antara tempoh-tempoh keterasingan dengan
pengaruh-pengaruh radikal yang kadang-kadang bersifat revolusi dari dunia luar.















Rajah 1.0: Zaman-zaman dalam Tamadun Jepun

Zaman/Era Tahun
Jomon 800 - 399 SM
Yayoi 300SM - 300M
Yamato 300 - 593
Asuka 593 - 710
Nara 710 - 784
Heian 784 - 1185
Kamakura 1185 - 1573
Ashikaga 1338 - 1573
Segoku Jidai 1460 - 1573
Memoyama 1573 - 1603
Edo (Tokugawa) 1603 - 1867
Meiji (Moden) 1868 - 1912
Taisho 1912 - 1926
Showa 1926 - 1989
Heisei 1989 - kini
5

4.0 INSTITUSI PENDIDIKAN DALAM TAMADUN JEPUN

Kegemilangan sistem pendidikan di Jepun boleh dilihat dari tamadun awalnya
iaitu pada Zaman Nara Dan Heain ( 710- 1185 Masihi ) apabila pelbagai kemahiran
dalam ketukangan mula ditonjolkan oleh orang Jepun yang rata-ratanya migran dari
Korea dan China. Zaman Heian boleh dianggap sebagai suatu zaman yang penuh
dengan tradisi Jepun dan amat memberi perhatian kepada hidup berperaturan,
beradab dan dilafazkan dengan indah dalam kehidupan serta kesenian.
Usaha dalam memajukan pendidikan dimulakan dengan membina sebuah
perpustakaan pada abad ke 13 yang diberi nama Kazawa Bunko. Menjelang kurun
ke 14 sebuah sekolah yang ditadbir oleh tentera telah dibina dengan nama Ashikaga
Gakko. Pada Zaman Kamakura sekita kurun ke 15, sami-sami buddha berperanan
dalam bidang pendidikan dengan menjadikan kuil sebagai tempat belajar.
Pemerintahan Jepun juga memainkan peranan dengan membina sekolah-sekolah
baru kerana kesedaran mereka tehadap ilmu pengetahuan.
Sistem pendidikan ketika di Zaman Edo (1603 hingga 1867) terbahagi kepada
dua iaitu Hanko dan Terakoya.Hanko adalah sekolah untuk anak-anak samurai serta
anak-anak pembesar manakala Terakoya adalah sekolah untuk anak-anak petani,
peladang, pedagang, peniaga dan tukang kayu dan golongan kebanyakan.
Walaupun terbahagi kepada dua, kedua-dua sekolah itu menggunakan sistem yang
sama iaitu sistem satu dengan satu. Sistem satu dengan satu ialah sistem dimana
seorang guru akan mengajar hanya seorang murid sahaja dan mengikut kemampuan
murid tersebut. Murid yang bijak akan melompat ke peringkat yang lebih tinggi
manakala murid yang lemah akan diberi tunjuk ajar sehingga dia boleh bergerak ke
peringkat yang seterusnya.




6

Zaman permodenan Jepun iaitu Zaman Meiji pada tahun 1868 merupakan suatu
peristiwa yang penting dalam sejarah Jepun. Pendidikan dan ilmu pengetahuan telah
menjadi agenda penting untuk menandingi kuasa-kuasa Barat. Pemimpin Meiji sedar
bahawa pelajaran penting untuk menjadi kuasa ekonomi dan militari termoden. Hal
ini dilakukan dengan penyerapan teknologi pengetahuan dari negara-negara
tersebut. Beratus-ratus penuntut dihantar ke luar negeri untuk mempelajari sains,
pentadbiran dan teknik perindustrian Barat. Pada ketika ini, pakar-pakar teknologi
Barat telah digaji untuk mengajar pelbagai jenis kemahiran.
Pada tahun 1871, Kementerian Pelajaran di Jepun telah ditubuhkan manakala
setahun kemudian, negara Jepun telah dibahagikan kepada lapan daerah pelajaran.
Setiap daerah mempunyai sebuah universiti, 32 buah sekolah menengah dan 210
buah sekolah rendah. Kanak-kanak yang berusia enam tahun ke atas wajib
menerima pelajaran sehingga 16 bulan. Menjelang tahun 1880, terdapat lebih 28000
buah sekolah rendah dengan hampir dua juta orang murid. Walaupun Jepun telah
bergelar negara yang membangun, namun Jepun tetap memberi tumpuan dan
penekanan dalam bidang pendidikan. Ia merupakan salah satu daripada perkara
penting selepas perlembagaan baharu dibentuk.
Pendidikan moden di Jepun wujud selepas Pembaharuan Meiji dan tradisi
pendidikan wajib serta pendidikan tinggi dibentuk pada tahun-tahun seterusnya.
Walaubagaimanapun, sistem ini telah diubah selepas Perang Dunia Kedua, iaitu
mengikut sistem pendidikan Amerika Syarikat.
Jepun diiktiraf sebagai negara kedua selepas Amerika Syarikat yang mempunyai
institusi pendidikan tinggi terbanyak dengan 600 kolej junior, 450 kolej dan universiti
dan 250 sekolah graduan dimana 155 daripadanya adalah sekolah perubatan
menjelang tahun1980.
Walaupun Jepun sudah bergelar sebagai sebuah negara maju, namun Jepun
tetap memberi penekanan dan tumpuan dalam bidang pendidikan. Hal ini merupakan
salah satu daripada perkara penting selepas perlembagaan baru dibentuk.



7

5.0 IKTIBAR TERHADAP PERKEMBANGAN DAN KEMAJUAN PENDIDIKAN DI
MALAYSIA

Kejayaan sistem pendidikan Jepun dibuktikan melalui hasil kajian yang telah
dijalankan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menunjukkan kadar
celik huruf di Jepun ialah 99%. Pada tahun 2003, OECD telah mengeluarkan satu
laporan yang bertajuk OECD PISA 2003 report yang mengukur tahap kecerdasan
kemahiran membaca dan subjek sains pada kanak-kanak diseluruh dunia. Dalam
subjek sains, kanak-kanak Jepun telah menduduki tempat ke dua dibelakang Finland
dengan mata sebanyak 548. Dalam kemahiran membaca pula, kanak-kanak Jepun
menduduki tempat ke-13. Laporan ini membuktikan bahawa sistem pendidikan
Jepun amat berkesan dan merupakan faktor kepada kemajuan tamadun Jepun.
Dalam usaha merealisasikan Wawasan 2020 Malaysia, negara Jepun boleh
dijadikan sebagai model Malaysia dan Asia dalam aspek pembangunan dan
kecemerlangan walaupun bukan keseluruhan. Dasar Pandang Ke Timur. Itulah
yang diperkenalkan oleh Timbalan Perdana Menteri kita iaitu Tun Dr Mahathir Bin
Mohamad. Kemajuan yang dinikmati oleh tamadun Jepun merupakan satu usaha
berterusan yang dimulakan sejak ribuan tahun yang dahulu. Oleh hal yang demikian,
jika tamadun Malaysia mahu merealisasikan Wawasan 2020, masyarakatnya perlu
mengubah sikap dan melakukan anjakan paradigma agar proses transformasi ke
arah merealisasikan Wawasan 2020 dengan berkiblatkan Jepun akan berjaya.
Masyarakat tamadun Malaysia seharusnya menguasai sains dan teknologi
sebagaimana yang dilakukan oleh masyarakat Jepun kerana penyelidikan dan
pembangunan (R&D) merupakan tunjang kekuatan yang membolehkan Jepun
memonopoli pasaran produk-produk berteknologi tinggi dunia. Mengikut rekod PBB,
Jepun merupakan pengeksport ke-4 terbesar dunia dan merupakan pengimport ke-6
dunia. Pemonopolian pasaran produk berteknologi yang tinggi menyebabkan ramai
rakyatnya dapat hidup dalam keadaan mewah dan berjaya.


Jika mampu, guru-guru Malaysia dihantar ke Jepun untuk menambahkan
pengetahuan berbahasa. Melalui kegiatan ini, ia sebenarnya menambahkan intelek
8

Melayu yang akhirnya dapat digunakan untuk mencetuskan semangat dan
kesedaran nasionalisme dalam diri anak-anak muda negara kita.

Masyarakat tamadun Malaysia juga perlu menanamkan sikap cintakan ilmu
seperti mana yang dilakukan oleh masyarakat tamadun Jepun. Sikap cintakan ilmu
akan membawa kepada semangat ingin tahu, pendidikan sepanjang hayat dan
kecemerlangan yang berterusan
Jika dilihat dalam masyarat Malaysia hari ini terutamanya Melayu dari segi
pengurusan masa dan ketepatan masa amatlah menyedihkan. Masyarakat Jepun
pula sememangnya dikenali sebagai satu bangsa yang amat menepati masa dan
tidak suka masyarakatnya membazir masa. Sikap inilah yang menjadikan
masyarakat Jepun sebagai satu masyarakat yang maju dan disegani pada hari ini.
Di Malaysia, keghairahan luar biasa terhadap Negara Matahari Terbit ini dan
kejayaan ekonomi dan teknologi Jepun cuba ditiru melalui dasar Pandang ke Timur
sejak 1981. Suatu kesilapan besar ialah kita tidak pernah mengkaji bagaimana
Jepun berupaya melakukan peniruan atau pengaplikasian teknologi luar. Di Jepun,
peminjaman dari luar dibuat dengan mengambil kira latar belakang budaya dan
sejarah negara yang menjadi model mereka. Semua ini diadun dengan unsur
dalaman lalu menghasilkan sesuatu yang bersifat Jepun.
(Abu Talib Ahmad, Universiti Sains Malaysia)
Seperti apa yang diperkatakan di atas, sungguhpun kita meneladani sejarah
serta pemikiran tamadun Jepun, namun sekiranya kita tidak dapat mengekalkan
integriti bangsa sendiri, maka hasilnya adalah satu bangsa maju yang bakal
kehilangan jati dirinya. Sebagai contoh negara Malaysia kini semakin pesat
membangun namun kebudayaan bangsa Melayu itu sendiri makin terhakis kerana
terpengaruh dengan budaya luar.




9

6.0 KESIMPULAN
Sememangnya ia merupakan satu langkah drastik yang telah diambil oleh pihak
pentadbiran dengan mengambil konsep pemikiran dan perusahaan daripada negara
Jepun untuk dijadikan teladan. Sistem pendidikan tamadun Jepun juga dapat
memberi kesan positif kepada perkembangan dan kemajuan pendidikan di Malaysia.
Tamadun Jepun yang menitikberatkan soal pendidikan sejak dari Zaman Meiji
lagi telah menunujukkan satu perubahan dalam sistem pembelajaran di mana
mereka berazam untuk setanding dengan kuasa-kuasa besar lain seperti kuasa
Barat. Di samping itu, negara matahari terbit ini juga memberi peluang daripada
zaman dahulu lagi kepada setiap lapisan penduduknya untuk menimba ilmu
meskipun bagi keluarga yang serba kekurangan agar dapat lahirnya ilmuan
mahupun professional yang mahir dalam bidang tertentu.
Di Malaysia, pada dahulunya hanya golongan yang berkemampuan sahaja dapat
menimba ilmu pengetahuan dan mereka yang tidak berkemampuan akan tercicir
begitu sahaja. Namun dengan kesedaran yang ada kini, setiap kanak-kanak
diwajibkan untuk menimba ilmu pengetahuan di sekolah sehingga di peringkat tahun
6 agar mereka sekurang-kurang tahu membaca dan menulis serta asas matematik
untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Sikap mencintai ilmu pengetahuan dan menepati masa yang telah diterapkan
dalam masyarakat Jepun sememanganya dapat menaikkan mutu pendidikan di
Malaysia sekiranya diamalkan secara berterusan. Sistem pembelajaran yang
menumpukan murid penting dalam sesi pengajaran dan pembelajaran supaya murid-
murid tidak keciciran dalam proses pembelajaran yang berlangsung.
Justeru, sesungguhnya institusi pendidikan dalam Tamadun Jepun telah sedikit
sebanyak memperkembang serta memajukan sistem pendidikan di Malaysia.
Peratusan buat huruf di negara ini pun semakin tahun semakin berkurangan atas
dasar kesedaran yang telah dibuat. Dalam masa yang sama kita juga harus
menyiapkan diri, keluarga, masyarakat, institusi sekolah dan juga sistem
pemerintahan agar dapat seiiring bekerjasama mengadaptasi konsep pendidikan
tamadun Jepun dalam sistem pendidikan di Malaysia

10

7.0 REFLEKSI
Institusi pendidikan dalam tamadun jepun , iktibar terhadap perkembangan
dan kemajuan pendidikan di Malaysia.
Melalu kerja kursus ini, kami telah berjaya melakukan penyelidikan menerusi
beberapa sumber rujukan dan apa yang telah kami temui menyedarkan kami betapa
ceteknya ilmu kami.Hal ini kerana, seperti sedia maklum, pembelajaran mata
pelajaran sejarah di sekolah dahulu hanya menerangkan serba sedikit mengenai
negara Jepun.
Melalu kajian kami, beberapa fakta yang menakjubkan telah berjaya kami
temui. Siapa sangka tamadunJepun juga merupakan salah satu penyumbang
kepada perkembangan dan kemajuan pendidikan di Malaysia. Sebelum ini, kami
mengangga jepun tidak lebih dari sebuah negara yang maju dan pernah menjajah
negara kita. Tanpa disedari, sedikit sebanyak dari kemajuan itu telah digunapakai
untuk sistem pendidikan.
Ilmu yang telah kami temui ini akan cuba kami terapkan semasa kami menjadi
seorang guru yang sah di masa hadapan.
Melalui kerja kursus ini juga telah membantu saya untuk tidak hanya
memandang negatif penjajah di negara kita. Selain dari kesengsaraan penduduk,
terdapat juga beberapa perkara yang boleh ditimbang guna bagi memajukan selain
menambah baikkan negara sendiri.
Selain itu, kerja kursus ini telah membakar semangat kami untuk menjadi
rakyat Malaysia yang berdaya saing dan berusaha untuk menyumbang kepada
negara sendiri setelah kami melakukan sedikit bacaan mengenai sikap-sikap dan
budaya rakyat negara Jepun.





11

8.0 RUJUKAN

Dr Mohd Rosdi Mahmud. (2011). Tamadun Islam dan Asia (TITAS). Penerbitan
Pustaka Darussalam. Kedah Darul Aman.
Abu Talib Ahmad. (2005). Tamadun J epun, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2005,
Maswari Bin Rosdi. (2005). Nota Lengkap STPM, Sejarah China Dan J epun.
Penerbit Fajar Bakti. Selangor.
Ziham Zawawi Bin Mazlan. (Disember 2009). Pembinaan Tamadun Jepun Sehingga
Melahirkan Tamadun Jepun Yang Maju. Muat turun Februari, 20, 2011 dari
http://misifakta.blogspot.com/2009/12/pembinaan-tamadun-jepun-sehingga.html
(Julai 2005). Tamadun Jepun. Muat turun Februari, 22, 2011 dari
http://s6.zetaboards.com/DRAGONIZER/topic/760029/1/

You might also like