You are on page 1of 13

MODEL HEWETT

Tingkah laku murid dipengaruhi oleh :



Keperluan dan kehendak untuk bertahan dalam persekitaran
yang kasar dan kurang mesra

Kepercayaan kepada sains atau keperluan untuk menyiasat,
menganalisis dan menjelaskan sesuatu yang tidak diketahui

Perkhidmatan atau keperluan membantu, membimbing,
mengawal dan mensejahterakan kehidupan mereka yang
kurang bernasib baik

MODEL MONTESSORI
Teori utama montessori ialah minda yang menyerap, jangka
masa peka dan proses normalisasi.

Menekankan aspek penggunaan deria seperti melihat,
menyentuh, mendengar, menghidu dan merasai sesuatu

PRINSIP-PRINSIP
Menghormati kanak-kanak dan hak mereka

Menguasai kemahiran dari mudah ke sukar

Kanak-kanak dididik secara bersepadu dan menyeluruh

Kanak-kanak melakukan aktiviti arahan kendiri

KAEDAH STESEN
DEFINISI

Merupakan bilik atau ruang lengkap dengan bahan-bahan
bantu mengajar khusus bagi satu mata pelajaran

Diguna pakai sebagai alternatif kepada kaedah sedia ada

Murid-murid dapat mengikuti keseluruhan kurikulum
berdasarkan keupayaan dan kebolehan sedia ada murid

Rasional
Menyediakan pendekatan pnp yang lebih fleksibel, menarik dan
berfokus
Disiplin murid senang dikawal

Matlamat
Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan dalam suasana
pembelajaran yang kondusif, aktif dan menyeronokkan

Objektif
Murid dapat menumpukan perhatian kepada proses pembelajaran
Murid lebih berminat untuk belajar
Murid belajar dalam suasana kondusif

BILANGAN STESEN
Empat belas buah stesen kemahiran pengajaran dan
pembelajaran disediakan berasaskan empat bidang dalam
Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran iaitu
Bidang Pengurusan Hidup. Bidang Akademik Berfungsi,
Bidang Kerohanian dan Nilai Murni dan Bidang Sosial,Riadah
dan Kerohanian.

KIOSK
Merupakan pendekatan di mana pelbagai bahagian sudut
dalam kelas yang berdasarkan teori multiple intelligent

Kecerdasan manusia merangkumi pelbagai kebolehan,
keupayaan, bakat atau kemahiran yang wujud dalam diri
manusia itu

Diasaskan oleh Howard Gardner

Beliau menyatakan bahawa tahap kecerdasan individu adalah berbeza dan
pembelajran adalah lebih mudah sekiranya dijelaskan dalam bentuk yang
seiring dengan tahap kecerdasan individu itu

Kecerdasan individu boleh dipertimbangkan menerusi pendidikan,
pengalaman dan persekitaran

Melalui pendekatan kiosk, proses pengajaran dan pembelajran adalah lebih
mudah apabila minda murid tersebut tercabar bukannya dalam keadaan
bosan atau rehat.


Dalam konteks pendidikan khas terutamanya, pendidikan khas
bermasalah pembelajaran, konsep kiosk amatlah sesuai dijalankan

Ini kerana murid pendidikan khas berpeluang merasa kepelbagaian
suasana pembelajaran

Pendekatan kiosk memberi peluang kepada guru untuk
mengapllikasi keperlbagaian kemahiran serta kreativiti mereka

Pendekatan kiosk sebenarnya berdasarkan kecerdasan pelbagai di
mana satu kelas boleh membina 8 kiosk.

HORSE - SHOE
Bentuk Horse-shoe mempunyai kelebihan yang sama seperti
menggunakan bentuk bulatan, sama ada disusun satu atau
lebih meja . Ia menyediakan ruang untuk guru bergerak
dengan mudah di kalangan pelajar dan memudahkan guru
menumpukan perhatian murid pada papan putih atau skrin
tanpa perlu menukar tempat duduk.

You might also like