You are on page 1of 4

4.

0 Prosedur penghasilan dan


penggunaan bahan teknologi
pendidikan yang sesuai dan
tatacara penyelenggaraannya dalam
pengajaran dan pembelajaran
Pengajian Sosial.

Dari segi teknologi pendidikan, apa
yang diguna untuk menyampaikan
pengajaran dan menjadi rangsangan
pelajaran digolongkan sebagai media
pendidikan.


Bahan bercetak

Bahan-bahan cetak merupakan media
pendidikan yang paling mudah
didapati dan disediakan. Penggunaan
bahan cetak sebagai bahan
pengajaran tidak terhad asalkan ia
menepati objektif. Contoh bahan
bercetak adalah seperti buku teks,
buku kerja, buku fiksyen, buku
rujukan, majalah, risalah, surat, berita,
surat khabar dan nota-nota bercetak.
Bahan bercetak seperti ini
mengandungi maklumat dalam bentuk
perkataan, lukisan atau gambar.

Pemilihan dan penghasilan bahan
bercetak sebagai sumber pengajaran
dan pembelajaran dalam Pengajian
Sosial perlu menitikberatkan aspek-
aspek yang berikut:

a. Anggaran kos
b. Kebolehgunaan
c. Mobiliti
d. Bahan mentah
e. Saiz dan warna
f. Tatahias dan kemasan
g. Simpanan dan penyelenggaraan


a. Anggaran kos
Bahan bercetak amat murah dan
mudah untuk didapati. Pencetakan
bahan yang banyak akan
mengurangkan kos jika dibandingkan
dengan bahan pandang-dengar yang
lain. Bahan-bahan bercetak, cetakan
tempatan atau cetakan sendiri
berharga murah dan boleh disediakan
dengan cepat.

b. Kebolehgunaan
Teknologi pendidikan ini memudahkan
guru untuk mengajar murid melalui
bahan bercetak yang maujud. Guru
boleh menggunakan bahan bercetak
sekerap mungkin sehingga murid
benar-benar dapat mengingati fakta
atau perkara yang ingin diperlajari.
Murid-murid boleh menggunakannya
mengikut kadar kecepatan mereka
sendiri. Bahan-bahan tercetak boleh
dibaca dengan cepat dan maklumat
penting boleh dipelajari tanpa
mengikut sesuatu masa pengajaran.

Bahan bercetak tidak mempunyai
masalah dari segi penggunaannya
kerana ia tidak memerlukan sumber
tenaga elektrik seperti komputer.
Walaubagaimanapun, ia perlu
digunakan di tempat yang terang atau
mempunyai cahaya kerana jika tidak
bahan yang dipaparkan tidak dapat
dilihat.

c. Mobiliti
Bahan bercetak ini boleh digunakan di
mana sahaja sama ada di dalam atau
di luar kelas. Jika bahan tersebut ingin
digunakan di kawasan yang luas
seperti dewan, bahan tersebut
hendaklah diperbanyakkan. Selain itu,
murid-murid juga boleh menggunakan
pada bila bila masa bahan bercetak
tersebut walaupun tanpa guru.

d. Bahan mentah
Hampir kesemua bahan bercetak
menggunakan kertas sebagai bahan
mentah. Penggunaan kertas sangat
popular kerana ia mudah didapati
selain kos mencetak yang rendah.

e. Saiz dan warna
Jika gambar atau poster digunakan
dalam pengajaran dan pembelajaran ,
guru mestilah memastikan saiznya
besar dan boleh dilihat oleh semua
murid. Perkara ini penting dalam
menyampaikan maklumat dan
mengekalkan perhatian serta minat
murid. Pemilihan warna juga perlu
diberi perhatian oleh guru. Warna
yang terlalu terang dan terlalu gelap
akan menjejaskan fokus murid
terhadap penyampaian guru.

f. Tatahias dan kemasan
Sekiranya guru menggunakan lukisan
sebagai bahan bantu mengajar, guru
perlu memastikan lukisan tersebut
mudah difahami oleh murid. Guru juga
perlu mengelakkan penggunaan
lukisan yang terlalu abstrak. Hal ini
akan menyukarkan murid memahami
isi pelajaran yang disampaikan oleh
guru. Jika guru mencetak bahan-
bahan yang mengandungi tulisan
tangan, pastikan tulisan tersebut
kemas dan mampu dibaca oleh murid.
Bahan bercetak yang terlalu banyak
gambar dan warna juga tidak
digalakkan untuk diguna sebagai
bahan bantu mengajar kerana boleh
mengganggu tumpuan murid
dalammencapai objektif pembelajaran
yang sebenar.

g. Simpanan dan penyelenggaraan
Bahan bercetak ini perlu disimpan
dengan kemas dan teliti kerana bahan
ini mudah koyak atau rosak, seperti
disimpan di dalam fail, folder, plastik
menyimpan kertas dan sebagainya.
Gambar-gambar seperti foto dan rajah
boleh dimasukkan dalam teks untuk
penerangan lebih lanjut mengenai
konsep, hujah-hujah dan juga untuk
menambahkan minat murid. Bahan-
bahan cetakan tambahan boleh
dimuatkan di dalam buku teks atau
buku latihan sebagai lampiran atau
bahan tambahan.

Penggunaan bahan dengan cermat
serta disimpan di tempat yang selamat
memudahkan pengesanan semula
dan menjamin ketahanan bahan
tersebut.



5.0 Prosedur penghasilan dan
penggunaan bahan teknologi
maklumat dan komunikasi yang
sesuai dan tatacara
penyelenggaraannya dalam
pengajaran dan pembelajaran
Pengajian Sosial.

Penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi secara terancang boleh
mengukuhkan proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah-sekolah serta
memberi peluang kepada setiap murid
untuk menguasai ilmu pengetahuan
dengan cara yang lebih menarik dan
berkesan sejajar dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan untuk
mengembangkan potensi setiap
individu secara menyeluruh dan
bersepadu.

Definisi teknologi maklumat boleh
diringkaskan sebagai satu proses
pengaliran, penyebaran, pemprosesan
dan penyimpanan maklumat
menggunakan perantaraan teknologi.
Seperti yang diketahui umum,
teknologi disifatkan sebagai satu
bentuk pemudah cara yang
membolehkan pengaliran maklumat
menjadi sangat pantas. Sebenarnya
teknologi maklumat tidak terhad kepda
internet dan komputer sahaja tetapi ia
melibatkan televisyen, telefon, telefon
mudah alih, fax, telegram, PDA dan
sistem satelit dalam menyampaikan
maklumat kepada penerima.

Terdapat 3 asas penting dalam
penggunaan teknologi maklumat.
Pertama teknologi maklumat adalah
untuk mengumpul maklumat. Ia
digunakan untuk suntingan dengan
menggunakan teknologi.
Contoh,dengan menggunakan
komputer ia boleh merekod bunyi,imej
dan sebagai pengesan gerakkan.
Kedua, adalah untuk memanipulasikan
maklumat dan proses semula imej.
Ketiga, digunakan untuk
berkomunikasi iaitu ia menjelaskan
bagaimana teknologi maklumat
digunakan untuk berkomunikasi bagi
mendapatkan maklumat daripada
sumber kepada penerima.


Penghasilan bahan teknologi
maklumat: Persembahan Elektronik
Multimedia

Terdapat beberapa perisian yang
boleh digunakan untuk menghasilkan
Persembahan Elektronik Multimedia,
sesuai digunakan dalam kelas. Antara
perisian yang biasa digunakan ialah
Microsoft Office Powerpoint.

Sebelum membina persembahan
elektronik multimedia Powerpoint, guru
perlu memastikan elemen grafik yang
digunakan menepati keperluan murid-
murid. Grafik ialah kombinasi gambar-
gambar, lambang-lambang, simbol-
simbol, huruf, angka,perkataan,
lukisan, lakaran yang dijadikan satu
media untuk memberi konsep dan idea
dari pengirim (guru) kepada
sasarannya (murid) dalam proses
menyampaikan maklumat. Grafik
penting untuk menyediakan bahan-
bahan pandangan (visual).

Selain aspek grafik, reka letak visual
juga mempengaruhi kualiti
persembahan elektronik multimedia
Powerpoint yang dihasilkan. Terdapat
beberapa perkara yang perlu
dikenalpasti oleh guru semasa
menghasilkan sebuah persembahan
elektronik multimedia Powerpoint iaitu:

a. Simplisiti
b. Dominan
c. Pola
d. Seimbang
e. Warna
f. Huruf


a. Simplisiti
Visual yang ditayangkan hendaklah
dihadkan kepada satu idea. Idea yang
banyak dalam satu visual akan
mengelirukan dan seterusnya akan
mengalih tumpuan murid keluar
daripada objektif pembelajaran.

b. Dominan
Dominan bererti pusat penumpuan
atau minat. Di dalam slaid
persembahan Powerpoint, guru perlu
mewujudkan sesuatu yang boleh
menarik minat murid-murid. Sebagai
contoh, jika guru ingin mengajar
tentang negeri Kedah, guru boleh
mempersembahkan gambar sawah
padi bagi menimbulkan inkuiri murid.
Dengan yang demikian, murid dapat
mengekalkan minat untuk mengikuti
pembelajaran yang seterusnya.

c. Pola
Pola merupakan susunan item-item
dalam sesuatu rekaan visual. Susunan
item perlulah mematuhi urutan yang
rasional bagi memudahkan
pemahaman murid. Sebagai contoh,
guru menggunakan gambar anak
panah bagi menunjukkan proses untuk
membuat kain batik yang menjadi
warisan tradisi di negeri Terengganu.

d. Seimbang
Guru perlu bijak untuk menggunakan
ruang di dalam slaid persembahan.
Keadaan kesamaan dari segi berat,
tarikan dan tumpuan perhatian yang
terdapat dalam suatu susunan slaid
akan menjadikan persembahan lebih
kemas dan teratur.

e. Warna
Warna merupakan satu elemen reka
letak visual yang penting. Pemilihan
warna yang tepat membantu
keberkesanan persembahan. Warna
mempunyai beberapa fungsi iaitu
pertama, warna membantu membuat
penegasan dan mewujudkan tumpuan.
Kedua, warna memudahkan sesuatu
item dilihat. Ketiga,warna mewujudkan
perasaan harmoni dan melahirkan
kesan tertentu seperti panas, sejuk,
bergetar, kesan psikologi dan
sebagainya kepada murid-murid.

f. Huruf
Pemilihan huruf juga penting dalam
menghasilkan persembahan elektronik
multimedia. Saiz dan jenis huruf
mempengaruhi penerimaan murid-
murid terhadapa apa yang
disampaikan oleh guru. Guru perlu
memilih jenis huruf yang senang
dibaca. Penggunaan huruf besar
hanya sesuai untuk tajuk yang pendek
manakala untuk tajuk yang panjang,
huruf bersaiz kecil digunakan
mengikut kesesuaian. Guru juga perlu
memastikan bahawa jarak di antara
dua perkataan ialah 1atau 1 lebar
huruf. Biarkan ruang di antara huruf
kelihatan sama walaupun jaraknya
berbeza. Hurufan terang yang
diletakkan di atas latar belakang gelap
di dapati lebih jelas daripada
sebaliknya.

g. Tatahias dan kemasan
Guru perlu memilih warna yang
mempunyai kontras antara latar
dengan imej atau teks. Selain itu, guru
juga perlu memilih warna yang lembut
dan selesa dipandang oleh penerima
iaitu murid. Bagi memastikan slaid
yang dihasilakn tersebut kemas dan
teratur, gunakan empat warna sahaja
dalam satu skrin/slaid. Tatahias warna
juga dapat menjelaskan konsep atau
menunjukkan penegasan. Contohnya
slaid berlatarbelakangkan warna
merah menunjukkan penegasan dan
perhatian.


Penyelenggaraan bahan teknologi
maklumat: Persembahan Elektronik
Multimedia.

Setiap bahan bantu mengajar perlu
diselenggara dengan baik termasuklah
persembahan elektronik multimedia.
Persembahan yang telah siap
dihasilkan perlu disimpan dalam
beberapa bentuk iaitu dalam bentuk
dokumentasi (hard copy) dan dalam
bentuk perisian (soft copy).

Persembahan elektronik yang dicetak
dan didokumenkan boleh dijadikan
rujukan pada bila-bila masa manakala
persembahan yang disimpan dalam
bentuk perisian mempunyai beberapa
kelebihan. Antaranya ialah, isi
kandungan di dalam persembahan
elektronik tersebut boleh disunting
pada bila-bila masa mengikut
keperluan murid dan keperluan
semasa. Selain itu, persembahan
elektronik yang disimpan dalam
bentuk perisian juga dapat disalin ke
dalam alat-alat teknologi maklumat
yang lain seperti cakera padat, thumb-
drive dan lain-lain.

You might also like