You are on page 1of 3

BAB 2 KESEDARAN KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA

1. (a) Berikan 6 sebab-sebab lain berlakunya perubahan bahasa. (6m)


i. Amalgamasi : melalui proses perkahwinan campur (orang melayu kahwin dengan orang
cina)
ii. Ekonomi : kumpulan etnik minoriti akan berubah ikut kumpulan majoriti bagi memudahkan
komunikasi dan berniaga
iii. Pendidikan : bahasa kumpulan etnik majoriti dijadikan mata pelajaran wajib dalam
pendidikan. Contoh Bahasa Malaysia
iv. Imigrasi : imigrasi penduduk dari luar bandar ke bandar mempengaruhi bahasa mereka
v. Memudahkan komunikasi harian dengan kumpulan etnik lain
vi. Adaptasi dengan persekitaran.

(b) Berikan 5 fungsi bahasa dalam masyarakat. (4m)
i. Sebagai alat untuk berhubung dan berkomunikasi
ii. Sebagai alat untuk menyampaikan maklumat
iii. Sebagai bahasa perpaduan
iv. Sebagai bahasa ilmu
v. Untuk meluahkan perasaan
vi. Untuk menyatakan pendapat



2. (a) Lima keutamaan mengapa sistem kepercayaan mesti dipertahankan?
i. Melibatkan iman/keyakinan
ii. Sebagai identiti sesuatu masyarakat, kaum, bangsa
iii. Keselamatan/kesan kesejahteraan kepada berkelompok
iv. Ikatan hubungan dalam kelompok
v. Kerjasama dalam komuniti

(b) Dua aktiviti boleh dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk mewujudkan hormat-menghormati
i. Adakan program kebudayaan
ii. Adakan Program Integrasi Untuk Perpaduan (RIMUP)
iii. Lawatan/pameran adat kepercayaan
iv. Melawat jiran
v. Amalkan perayaan Malaysia
vi. Perkhemahan bersepadu jombori budaya

3. Tiga proses perubahan bahasa beserta contoh yang sering berlaku dalam masyarakat
i. Perubahan bunyi. Cth: pinam kepada pinang
ii. Perubahan fonem {vuat} kepada {kuat}
iii. Perubahan morfem {nivunuh} kepada {dibunuh}
iv. Penggantian kata {warsa} kepada {tahun}
v. Perubahan makna {khalwat - Arab} beribadat - berdua-duaan
vi. Penyempitan makna {tuan} dahulu digunakan untuk lelaki dan wanita tetapi kini untuk lelaki
sahaja
vii. Kata slanga {tuang} kepada {ponteng}

4. Bahasa dikatakan bersifat dinamik kerana bersesuaian dengan kelompok masyarakat dan peredaran
masa.
(a) Senaraikan faktor-faktor yang menyebabkan perubahan kepada bahasa. (4m)
i. Penyesuaian yang berlaku dalam organisasi sosial dan pola-pola peranan sosial dalam
sesuatu masyarakat
ii. Pertembungan masyarakat dan budaya
iii. Penjajahan
iv. Peperangan
v. Perpindahan
vi. Perubahan populasi
vii. Kelas sosial
viii. Etnik
ix. Agama

(b) Huraikan langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru bagi mengatasi masalah komunikasi yang
wujud akibat kepelbagaian sosiobudaya di sekolah. (6m)
i. Menggunakan bahasa standard semasa mengajar
ii. Mengkaji latar belakang murid dari segi persepsi, tingkah laku dan kehendak murid
iii. Menganjurkan aktiviti yang membolehkan murid memahami budaya, bahasa serta
pemikiran rakannya daripada kaum lain seperti pertandingan pantun
iv. Mengaplikasi pelbagai pedagogi dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti
menggunakan bahasa dan budaya murid sendiri sebagai bahan pengajaran

5. Semua kelompok etnik masyarakat tradisional mempunyai kelas sosial mereka sendiri
(a) Senaraikan empat kelas sosial masyarakat Melayu tradisional (4m)
i. Sultan
ii. Kelas bangsawan
iii. Kelas pembesar
iv. Rakyat biasa

You might also like