You are on page 1of 5

PENANAMAN HALIA

Pengenalan:
Halia adalah sejenis pokok herba berumbisi atau
berubi dan ia dikatakan berasalkan dari Malaysia.
Nama saintifik halia ialah Zingiber officinale dari
famili tumbuhan Zingiberaceae. Ia sebenarnya
adalah sejenis tumbuhan liar dan ubi atau
rizomnya boleh menjalar di dalam tanah di
kawasan yang lembap, gembur dan kaya dengan
bahan organik. Umbisinya yang membesar
berwarna kuning dan rasanya agak pedas dan
beraroma. Bentuk daunnya pula bujur panjang,
runcing dan tirus di hujung.
Tahukah anda bahawa halia sebenarnya banyak
digunakan sebagai ramuan penyedap rasa bagi
pelbagai masakan bukan sahaja masakan
tempatan tetepi juga masakan negara lain di
seluruh dunia. Namun, ramai tidak menanamnya
sendiri tetapi sebaliknya hanya membelinya dari
pasar basah, pasar raya dan sebagainya.
Sebenarnya pokok ini senang ditanam dan dijaga
serta ia tidak memerlukan penjagaan yang rapi.
Ia juga tidak memerlukan ruang yang luas untuk
tumbuh subur bagi mendapatkan hasil yang
memuaskan. Oleh itu, tunggu apa lagi jom kita
menanamnya sendiri di rumah.



CARA MENANAM HALIA
Ia mudah ditanam menggunakan kaedah
penanaman ubi atau umbisinya. Ikuti kaedahnya
seperti berikut:
1) Potong ubinya kepada beberapa keratan.
Sebaiknya gunakan ubi yang telah mula tumbuh
beberapa tunas anak pokoknya. (foto 2)
2) Tanam keratan ubinya tadi dalam medium
tanamannya, timbus dan padatkan
disekelilingnya agar anak pokok dapat tumbuh
subur menegak. (foto 3 dan 4)
3) Siram dan letakkan di tempat teduh. Jangan
biarkan medium tanamannya kering kerana ini
boleh membantutkan pertumbuhan anak
pokoknya.


CARA PENJAGAAN
Ia mampu hidup tanpa penjagaan yang rapi
tetapi pastikan keperluannya seperti berikut
dipenuhi untuk mendapatkan pertumbuhan
pokok yang lebih subur.
1) Medium tanamannya perlulah gembur dan
kaya dengan bahan organik serta sentiasa
lembap untuk pertumbuhan yang lebih subur.
Oleh itu perbanyakkan siraman air terutama
pada hari panas atau musim kemarau.
2) Ia sesuai didedahkan kepada cahaya yang
banyak dan juga separuh teduh.
3) Gunakan baja organik seperti baja tahi ayam
untuk membajanya.
Ia sangat sesuai untuk ditanam ditanah yang
lembap di kawasan yang agak luas kerana ia
begitu cepat membiak. Ia juga boleh ditanam di
dalam pasu atau bekas tanaman berbentuk
cantik untuk dipamerkan di laman atau taman.

PERUBATAN/ KESIHATAN
Selain sebagai ramuan perasa dalam masakan,
halia juga dikatakan mempunyai banyak khasiat
perubatan. Antaranya membuang angin dalam
badan dan dapat mengawal kandungan kolestrol
dalam darah. Kaedahnya mudah sahaja iaitu
dengan hanya meminum air rebusan umbisinya.
Era teknologi kini, halia diproses untuk dijadikan
minuman, jeruk, krim langsing, krim kecantikan
dan sebagainya yang mudah didapati untuk
dibeli di kedai, farmasi atau pasar raya.

You might also like