You are on page 1of 39

PENGAWETAN SPESIMEN

BIOLOGI I
SHAARI OMAR; JAB SAINS; IPG KOTA
BHARU
SHAARI OMAR; JAB SAINS; IPG KOTA
BHARU
Pengawetan Kering Tumbuhan

Tumbuhan berkayu boleh di awet terutama daun dan
bunganya untuk dijadikan spesimen herbarium.
Tumbuhan atau bahagian tumbuhan tertentu yang
dikeringkan dan dikelaskan secara sistematik dipanggil
spesimen herbarium. Herbarium ialah bahan
tumbuhan yang dikeringkan dan ditekankan kemudian
dipanjangkan pada kertas tebal. Penyediaan spesimen
ini melibatkan proses mengumpul, menekan,
mengering, melekatkan spesimen, mengenal pasti,
mengelas, melabel dan menyimpan.

SHAARI OMAR; JAB SAINS; IPG KOTA
BHARU
Alat penekan (plant press)

Diperbuat daripada kayu berukuran setiap
1cm x 3 cm x 48 cm panjang. Kayu-kayu ini
kemudian dipaku dengan teguh untuk
membentuk pengapit. Anda perlu menyedikan
dua belah alat ini.
SHAARI OMAR; JAB SAINS; IPG KOTA
BHARU
Tali pengikat

Tali ini adalah untuk mengikat alat pengapit.
Boleh diperbuat daripada nylon ataupun
jerami dan secukup panjang untuk diikat
dikeliling alat pengapit
SHAARI OMAR; JAB SAINS; IPG KOTA
BHARU
Kadboard (corrigated boards)

Sediakan beberapa keping berukuran 33 cm x
50 cm. Kadbod ini digunakan untuk mengapit
spesimen yang telah disusun di antara helaian
kertas sebelum dikapit dengan pengapit
SHAARI OMAR; JAB SAINS; IPG KOTA
BHARU
Lapisan kertas

Kertas ini adalah untuk menyusun dan
mengapit spesimen. Anda boleh gunakan
kertas surat khabar untuk tujuan ini.

SHAARI OMAR; JAB SAINS; IPG KOTA
BHARU
Kertas herbarium

Kertas ini tebal, berukuran 30cm x 40cm dan
berwarna putih.

SHAARI OMAR; JAB SAINS; IPG KOTA
BHARU
Langkah-Langkah Penyediaan
Spesimen Herbarium

SHAARI OMAR; JAB SAINS; IPG KOTA
BHARU
Pengumpulan


Spesimen tumbuhan yang dikumpul dari kawasan
tertentu seboleh-bolehnya terdiri daripada
ranting, daun, bunga, buah, batang atau struktur
yang istimewa. Bagi tumbuhan herba, seluruh
pokok itu boleh digunakan dan akarnya perlu
dibasuh di bawah air pili yang mengalir untuk
membersihkan tanah dan kotoran. Keratan
spesimen yang diambil haruslah segar dan sihat.

SHAARI OMAR; JAB SAINS; IPG KOTA
BHARU
Penekanan

Spesimen perlu disusun mendatar di antara
kertas akhbar lama. Pastikan bahagian-
bahagiannya seperti daun dan bunga
terbuka/terkembang untuk mudah dilihat.
Bahagian daun pula perlu diselang-selikan antara
bahagian yang terlentang dan tertiarap.
Letakkan papan lapis di bahagian atas dan bawah
susunan spesimen-spesimen itu.
Untuk menambah tekanan, ketatkan ikatan
susunan papan lapis atau tindih dengan
pemberat.

SHAARI OMAR; JAB SAINS; IPG KOTA
BHARU
PENYUSUNAN
Seterusnya diapit antara dua kadboard (33 cm
x 50 cm) dan ditekan dalam penindas
herbarium.
Proses Penindasan ini juga boleh dibuat
dengan meletakkan spesimen-spesimen itu
berlapik-lapik di tempat yang rata, ditutup
dengan sekeping papan serta ditekan dengan
pemberat

SHAARI OMAR; JAB SAINS; IPG KOTA
BHARU
SHAARI OMAR; JAB SAINS; IPG KOTA
BHARU
Pengeringan


Spesimen tumbuhan yang diikat pada penindas
herbarium boleh dikering dalam ketuhar pada
suhu 45
o
C 60
o
C selama 3 - 6 hari. Bagi
spesimen-spesimen yang dikeringkan dalam
udara atau di bawah cahaya matahari, kertas-
kertas suratkhbar perlu ditukar setiap selang
sehari dan berat pemberat semakin bertambah
sehingga spesimen menjadi kering (kira-kira 2
minggu)

SHAARI OMAR; JAB SAINS; IPG KOTA
BHARU
Pemanjangan (mounting)


Spesimen yang kering disusun pada kertas putih
yang tebal bersaiz 30cm x 40cm. Spesimen itu
boleh diikat dengan benang atau dilekatkan
dengan gam ekposi.
Sebagai satu langkah pengawetan tambahan,
spesimen itu boleh disapu dengan 1% merkuri
klorida sebelum dipanjang.
Spesimen itu juga boleh dibalut dalam kertas
plastik yang kedap udara.


SHAARI OMAR; JAB SAINS; IPG KOTA
BHARU
Pengelasan


Tiap-tiap spesimen mesti dikenal pasti nama
saintifik dan nama tempatannya. Oleh itu,
pengumpul perlu merujuk kepada buku atau
pakar dalam bidang ini untuk mengelaskan
spesimen itu.
Contohnya, Insitut Penyelidikan Perhutanan
Malaysia, Kepong, Kuala Lumpur, pakar botani di
Institut Pengajian Tinggi Tempatan dan luar
negara.
SHAARI OMAR; JAB SAINS; IPG KOTA
BHARU
Pelabelan


Tiap-tiap satu herbarium mesti disertai dengan label
yang lengkap dengan butir-butir seperti nama famili,
nama saintifik, nama am atau nama tempatan, habitat,
tempat spesimen dikumpul, tarikh dikumpul, nama
pengumpul dan ciri-ciri istimewa tumbuhan tersebut
semasa diambil di lapangan.
Antara ciri-ciri yang boleh dicatatkan ialah warna asal
dan bentuk bunga, jenis pook sama ada renek, herba,
memanjat atau sayuran, tarikh berbuah atau berbunga,
jenis tanah tempat spesimen tumbuh.

SHAARI OMAR; JAB SAINS; IPG KOTA
BHARU
LABEL
Label biasanya diletak di bawah sudut sebelah kiri atau kanan kertas
herbarium.
SHAARI OMAR; JAB SAINS; IPG KOTA
BHARU
HERBARIUM
SHAARI OMAR; JAB SAINS; IPG KOTA
BHARU
Penyimpanan Herbarium


Herbarium akan kekal lama jika sentiasa
disimpan dalam bilik gelap, kering, sejuk dan
bebas daripada perosak seperti serangga dan
tikus.
Spesimen herbarium ini disimpan disusun di
dalam rak-rak kabinet untuk memudahkan
penyusunan dan pengurusannya.

SHAARI OMAR; JAB SAINS; IPG KOTA
BHARU
PENYIMPANAN
SHAARI OMAR; JAB SAINS; IPG KOTA
BHARU
Pengawetan Kering Haiwan


Matikan haiwan yang hendaklah diawetkan terlebih dahulu
menggunakan klorofom.

Bahagian tubuh yang mudah rosak seperti sistem pencernaan
dikeluarkan dan digantikan dengan bahan kering lain seperti sabut
atau kapas.

Tempat pembedahan dijahit dengan baik dan kemas supaya kesan-
kesan pembedahan dapat diminimumkan.

Bahagian-bahagian lembut lain yang sukar dikeluarkan atau tisu yang
tebal boleh diawet secara suntikan formalin 3%.

Bahagian mata boleh diganti dengan mata palsu

Spesimen haiwan dikeringkan di dalam oven pada suhu 50
o
C 70
o
C

SHAARI OMAR; JAB SAINS; IPG KOTA
BHARU
Mengumpul Serangga


Serangga yang terdapat di persekitaran perlu
terlebih dahulu dikumpul sebelum diawetkan.
Cara yang biasa digunakan dalam mengutip
serangga ialah dengan menggunakan jaring
(sweep net). Jaring ini digunakan pada
permukaan-permukaan tumbuhan seperti
rimbunan daun-daun, pokok-pokok renik, semak-
semak, rumput-rumput dan lain-lain lagi.
SHAARI OMAR; JAB SAINS; IPG KOTA
BHARU
Membunuh Serangga


Bahan kimia bagi membunuh serangga yang
sesuai ialah ethyl acetate. Ianya boleh diletakkan
pada kapas atau bahan-bahan jerap (absorbent
materials) di dalam sebuah botol (killing bottle).
Walaupun ia terbakar tetapi ianya tidaklah
sebahaya menggunakan sianid (syanide).
Spesimen akan menjadi lebih lembut (relex) dan
tidak tegang) walaupun ditinggalkan beberapa
hari di dalam botol yang mengandungi ethyl
acetate.

SHAARI OMAR; JAB SAINS; IPG KOTA
BHARU
PEMBUNUHAN SERANGGA
SHAARI OMAR; JAB SAINS; IPG KOTA
BHARU
AWETAN SERANGGA
Serangga-serangga yang berkulit keras
biasanya dipin atau disemat. Serangga
berbadan lembut seperti afid dan anai-anai
boleh dibunuh dan disimpan dalam alkohol
70%. Alkohol isopropyl boleh digunakan jika
ethyl alkohol tidak dapat diperolehi.

SHAARI OMAR; JAB SAINS; IPG KOTA
BHARU
Larutan Hoods


Ethyl alkohol 1485 ml
air suling 330 ml
asid glacial acetik 83 ml
benzol 83 ml


SHAARI OMAR; JAB SAINS; IPG KOTA
BHARU
Larutan KAAD

Larva kupu-kupu atau rama-rama perlu disimpan
dalam larutan KAAD sehingga ianya kembang
sepenuhnya ( 30 minit hingga beberapa jam) dan
kemudian barulah disimpan dalam alkohol 95%.

Kerosene 1 bahagian
Alkohol ethyl 95% 10 bahagian
asid asetik glacial 2 bahagian
diaxane 1 bahagian



SHAARI OMAR; JAB SAINS; IPG KOTA
BHARU
Menyemat (Pinning) Serangga-
Serangga

Serangga yang berkulit keras ( yang besar) boleh disemat dengan
pin dari atas menembusi badannya. Jenis Coleoptera ( kumbang)
disemat menerusi kepak kanannya
Lebah, rama-rama/kupu-kupu biasa ianya disemat menerusi thorax
dan pangkal kepaknya.
Semua spesimen mesti disemat pada paras tinggi yang sama iaitu
1 inci dari atas hujung pin. Ini dapat ditentukan dengan
menggunakan blok-blok penyemat (pinning block) .
Kupu-kupu dan rama-rama biasanya diletakkan di atas papan
(spreading boads yang dibuat daripada kayu ataupun polystyrene)
di mana kepak-kepak perlu diatur dan dikembangkan hingga ianya
kering dan dalam kedudukannya yang diperlukan.

SHAARI OMAR; JAB SAINS; IPG KOTA
BHARU
MENYEMAT SERANGGA KECIL
Serangga-serangga kecil boleh ditenggekkan
(mount) ke atas kertas tebal (cardbord points)
dengan menggunakan gam.
Serangga tersebut mestilah diletakkan dalam
kedudukan di mana kepalanya berhadapan ke
hadapan dan point hujung tiga segi cardboard
tersebut berada di sebelah kiri pin.



SHAARI OMAR; JAB SAINS; IPG KOTA
BHARU
SHAARI OMAR; JAB SAINS; IPG KOTA
BHARU
Mengering Serangga

Serangga yang telah disemat perlu dikeringkan
sebelum boleh disimpan di dalam kotak-kotak
serangga.
Susun serangga-serangga tersebut di atas keratan
polystrene dan masukkan ke dalam ketuhar pada
suhu 45
o
C, keringkan sehingga beberapa hari.
Serangga boleh juga dikeringkan di bawah
matahari jika tidak terdapat ketuhar, tetapi
mestilah diawasi dari dimakan oleh semut-semut
perosak dan lainnya.

SHAARI OMAR; JAB SAINS; IPG KOTA
BHARU
Melabel

Tiap-tiap spesimen mestilah dilabel dengan nama
tempat dari mana ianya dikutip berserta dengan
tarikh kutipan dan juga nama pengutip, label-
label mestilah kecil dan diletakkan lebih kurang
5/8 inci pada pin serta dilekatkan selari dengan
spesimen.
Nota-nota tambahan seperti jenis, tumbuhan di
mana ianya dikutip juga adalah perlu dan ini
boleh ditulis pada lebel yang lain dan dilekatkan
lebih kurang 1/2 inci pada pin di bawah label
yang terdahulu tadi.
SHAARI OMAR; JAB SAINS; IPG KOTA
BHARU
SHAARI OMAR; JAB SAINS; IPG KOTA
BHARU
Menyimpan Serangga

Spesimen yang telah dikeringkan dan dilabel
perlu disimpan dalam kotak-kotak serangga yang
khusus. Kotak-kotak itu selalunya dilapis gabus
dan ditutup dengan kertas putih. Ianya seeloknya
mesti kedap udara dan dapat menghalang
perosak-perosak seperti semut, lipas atau gegat
memasukinya.
Ubat gegat (Naptelene) perlu dilekatkan dalam
gulungan kain nipis di bahagian bawah di sebelah
tepi kotak. Ini perlu diperiksa dan ditambah dari
masa ke semasa.
SHAARI OMAR; JAB SAINS; IPG KOTA
BHARU
LARUTAN RAWATAN KOTAK
Bahan kuantiti
1. Serbuk Napthelene 3 lb (1360 g)
2. Kloroform 1 lb
3. Beechwood Creosolte 1 ib
4. Minyak petrol 4 1/2 pts.
Ianya disapukan di permukaan dalam kotak dan
dijemur sehingga kering.
SHAARI OMAR; JAB SAINS; IPG KOTA
BHARU
Cara menyediakan

Campurkan kloroform dengan 1 1/2 lb serbuk
nepthlene, kacau hingga sekata dan tambahkan
lagi 1 1/2 lb serbuk nepthlene dan diikuti dengan
beechwood Cresote.
Kacau untuk melarutkan dan kemudian
tambahkan petrol.
Selepas disapukan pada kotak, keringkan kotak
sehingga yang tinggal cuma selapis serbuk halus
napthlene.
SHAARI OMAR; JAB SAINS; IPG KOTA
BHARU
SHAARI OMAR; JAB SAINS; IPG KOTA
BHARU
Melembutkan (relex) Serangga
(dewasa)

Spesimen yang kering mestilah dilembutkan sebelum ianya
disemat atau ditenggek. Serangga-serangga yang kering
boleh diletakkan dalam bekas yang tidak masuk angin (air-
tight) di atas sekeping kertas tebal ataupun kertas jerap
yang diletakkan di atas pasir basah.
Bubuh sedikit (beberapa titik) asid karbolik pada pasir ini
bagi mengelakkan kulat dari tumbuh. Spesimen-specimen
akan menjadi lembut selepas 24 jam hingga 48 jam.
Walau bagaimanapun adalah lebih elok sekiranya
spesimen-spesimen disemat samasa ianya baru ditangkap
dari ditunggu hingga ke saat-saat akhir dimana ianya perlu
dilembutkan.

SHAARI OMAR; JAB SAINS; IPG KOTA
BHARU

You might also like