PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2009 TINGKATAN EMPAT PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN (1 JAM) Penggubal soalan:
Disemak oleh: Disahkan oleh:
. (Cik Rozana binti Hashim) (Pn. Tay Chong Kiat) ( En. Wong Chee Kheon) K. Panitia Sivik dan Kewarganegaraan. Ketua Bidang Sains Sosial Pengetua Kertas soalan ini terdiri daripada
1 Pergaulan bebas biasanya berpunca daripada A kawalan ketat ibu bapa. B sifat semula jadi individu. C kurangnya bimbingan ibu bapa. D pegangan agama yang kuat.
2 Penderaan akan mengakibatkan mangsa dera terutamanya kanak-kanak A berusaha memperbaiki kelemhan dirinya. B wujud perasaan bangga dalam dirinya. C tiada keyakinan diri. D belajar untuk mempertahankan diri.
3 Antara yang berikut, manakah merupakan kesan daripada perbuatan vandalisme? A Merugikan kerajaan kerana terpaksa membelanjakan banyak wang untuk membaiki kerosakan. B Meningkatkan keselesaan hidup. C Membawa ketenangan kepada penduduk setempat. D Memudahkan interaksi masyarakat.
4 Apakah punca berlakunya gejala vandalisme? A Sudah menjadi budaya kita. B Kurangnya sikap bertanggungjawab. C Galakan daripada ibu bapa. D Tidak suka akan kemudahan awam.
5 Antara yang berikut, manakah boleh dijadikan benteng pertahanan daripada sebarang anasir tidak sihat? A Jati diri yang kukuh. B Jasmani yang cergas. C Sifat lemah lembut. D sifat yang agresif.
6 Sebagai anggota masyarakat, apakah peranan anda dalam menangani masalah pergaulan bebas? A Lepas tangan. B Bersimpati. C Tidak mahu ambil tahu. D Memberi kerjasama kepada pihak polis.
7 Mangsa penderaan akan berasa ________________setelah didera. A tertekan B puas C gembira D bangga.
8 Apakah peranan pihak media massa dalam membantu menangani masalah vandalisme? A Menghukum pesalah-pesalah vandalisme. B Memaparkan pemasalahan dan seterusnya mencari penyelesaian. C Menguatkuasakan undang-undang. D Memberi bimbingan kaunseling.
1/7
9 Sekiranya anda ternampak kejadian vandalisme, apakah tindakan anda? A Menjauhkan diri. B Memberi bimbingan. C Membelasah mereka yang membuat kerosakan. D Melaporkan kepada pihak berkuasa.
10 Apakah kesan tindakan membuli terhadap mangsa buli? A Disisih oleh keluarga. B Menjadi lebih berani. C Menghadapi trauma. D Menjadi lebih maju dalam pelajaran.
11 Masalah sosial berleluasa kerana A dipengaruhi oleh budaya kuning dari barat. B sering mendapat liputan meluas di media massa. C masalah sosial bukanlah masalah kronik. D masalah sosial merupakan suara hati golongan yang mahukan perubahan.
12 Apakah yang akan berlaku sekiranya tidak mematuhi norma komuniti. A Aman damai. B Kucar-kacir. C Sihat sejahtera. D Harmoni.
13 Peraturan di sekolah bertujuan untuk menjadikan individu A berdisiplin. B beramah mesra. C berbesar hati. D berkasih-kasihan.
14 Peraturan di rumah membentuk individu yang A berakhlak mulia. B bersimpati. C berinovatif. D bertimbang rasa.
15 Mengikut Akta Kanak-kanak 2001, individu yang berumur ____________ke bawah yang melanggar undang-undang dikenal sebagai juvenil. A 15 tahun. B 20 tahun. C 18 tahun. D 21 tahun.
16 Mahkamah yang menguruskan kes juvana ialah Mahkamah A Agung. B Rendah. C Juvana. D Persekutuan.
17 Mengapakah norma komuniti itu penting untuk diterima dan dipatuhi masyarakat? A Untuk mempengaruhi aspek kekeluargaan dan kekerabatan. B Untuk mewujudkan perpaduan dan keharmonian masyarakat. C Untuk menyekat fahaman agama yang berbeza. D Untuk membezakan amalan seharian daripada tradisi kaum.
2/7
18 Apakah peranan norma komuniti, peraturan dan undang-undang dalam masyarakat? A Mengenal pasti kehendak masyarakat. B Mengetahui sensitiviti individu dalam masyarakat. C Mengambil kira kepentingan masyarakat. D Mengawal kehidupan dan perilaku anggota masyarakat.
19 Apakah maksud undang-undang? A Peraturan yang digubal oleh Parlimen. B Tatacara semasa untuk menyempurnakan sesuatu kerja. C Kebiasaan yang dipatuhi oleh anggota masyarakat. D Amalan-amalan yang diterima dalam komuniti.
2/7 20 Antara berikut yang manakah merupakan kepentingan mengamalkan adab berjiran? A Dapat mengeratkan hubungan sesama jiran. B Dapat menimbulkan perbalahan antara jiran. C Dapat mewujudkan ketenangan dan keamanan jiwa. D Dapat mengawal kehidupan dan perilaku sesama jiran.
21 Apakah peranan warden trafik sekolah? A Memastikan pengguna jalan raya mematuhi undang-undang keselamatan jalan raya. B Menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di dalam dan di luar sekolah. C Mengurangkan kemalangan dalam kalangan penunggang dan pembonceng motosikal. D Membantu murid-murid melintas jalan dengan selamat semasa datang dan pulang dari sekolah.
22 Apakah persamaan yang menjadi prinsip pelbagai agama di negara ini? A Mewajibkan manusia mencari kekayaan. B Mendorong manusia mempertikaikan amalan agama masing-masing. C Mendidik manusia ke arah kebaikan. D Menafikan kewujudan Tuhan sebagai Pencipta segala-galanya.
23 Bagaimanakan cara kita dapat mengenal pasti sesuatu nilai yang diamalkan oleh seseorang? A Melalui kitab agamanya. B Melalui perayaan yang disambutnya. C Melalui peruntukan peraturan dan undang-undang. D Melalui perlakuan yang diamalkannya.
24 Nilai ini menekankan aspek sentiasa berjimat cermat dalam segala perlakuan kita, sama ada dari segi pemakanan, perlakuan, tutur kata, berpakaian ataupun berbelanja. Nilai tersebut ialah nilai A kerajinan. B kesederhanaan. C rasional. D kemampuan.
25 Antara berikut, tindakan manakah yang menunjukkan sikap toleransi rakyat Malaysia antara satu sama lain? A Mengadakan rumah terbuka sempena perayaan Tahun Baru Cina. B Perarakan sempena perayaan Hari Wesak. C Amalan balik kampung pada musim perayaan. D Membantu ketika bencana banjir. 3/7
26 Berbakti kepada ______________adalah amalan murni yang ditekankan oleh semua agama. A masyarakat B diri sendiri C warga asing D sekolah
27 Hormatilah diri sendiri dan orang lain akan menghormati anda. Kata-kata hikmat di atas menekankan nilai A toleransi. B saling menghormati. C bertanggungjawab. D kasih sayang pada diri.
28 Kebersihan ialah sebahagian daripada ________________ A emosi. B jasmani. C iman. D rohani.
29 Mengapakah kita dilarang menerima rasuah? A Salah dari segi undang-undang dan agama. B Boleh menjatuhkan maruah negara. C Mengakibatkan kemelesetan ekonomi. D Menghina agama masing-masing.
30 Mengapakah prinsip dan ajaran agama penting diamalkan? A Merupakan tanggungjawab setiap individu. B Merupakan warisan nenek moyang. C Untuk membentuk masyarakat yang berdaya maju. D Untuk menghalang daripada melakukan perkara yang tidak baik.
4/7
Bahagian B: Peraturan Sekolah ( 20%)
1 Nyatakan dengan terperinci peraturan pakaian waktu sekolah yang ditetapkan oleh sekolah ini?
2 Nyatakan dengan terperinci peraturan pakaian waktu pendidikan jasmani yang ditetapkan oleh sekolah ini? _______________________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________________ ( 6 markah)
5/7
3 Nyatakan dengan terperinci peraturan lencana sekolah, tag nama dan tali leher yang ditetapkan oleh sekolah ini?
4 Isu dan masalah sosial dalam masyarakat perlu diatasi bersama. Oleh itu, semua ahli masyarakat perlu peka terhadap masalah dan persoalan yang berlaku dalam masyarakat.
(a) Jelaskan dua peranan anda untuk menunjukkan anda seorang yang peka dengan isu-isu masyarakat.
_______________________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________________ ( 2 markah) (b) Dadah merupakan antara musuh utama negara. Keterlibatannya terdiri daripada golongan remaja. Nyatakan dua cara supaya anda tidak terlibat dengan gejala itu.
(c ) Pergaulan bebas merupakan punca jenayah seksual. Penerapan nilai-nilai murni dan keagamaan yang longgar merupakan antara faktor gejala ini. Nyatakan dua cara anda untuk menjadi seorang remaja yang bermoral.
( d) Penderaan, vandalisme dan gangsterisme merupakan gejala sosial masyarakat. Pelbagai pihak sentiasa prihatin untuk membendung masalah ini kerana ia mengancam kestabilan politik negara. Nyatakan dua peranan masyarakat untuk mengatasi masalah ini.
_______________________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ ( 2 markah) (e) Kita kaya dengan pelbagai alam dan ajaran agama. Jelaskan dua peranan kerajaan ke arah menyatupadukan mereka.
_______________________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________________ ( 2 markah) (f) Bagaimanakah anda menghormati cara-cara keagamaan yang sedang disambut oleh kaum lain? _______________________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________________ ( 2 markah) 7/7
SKEMA JAWAPAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 4 2009 PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN.
BAHAGIAN B: PERATURAN SEKOLAH -18 MARKAH Peraturan. 1- Pakaian seragam sekolah mesti dipakai pada waktu sekolah, untuk kelas tambahan lepas sekolah dan kelas tambahan yang diadakan secara rasmi pada waktu cuti sekolah. - Kemeja T yang dipakai di dalam hendaklah berwarna putih tanpa corak keseluruhannya. - Kemeja T- persatuan/kelab sekolah dipakai waktu aktiviti kokurikulum. (6 markah)
2- Semua murid dikehendaki memakai kemeja T sekolah atau kemeja T rumah sukan . - Hanya seluar sukan sekolah dibenarkan. - Murid tidak boleh membuka atau menanggalkan baju semasa aktiviti dijalankan di padang dan gelanggang permainan sekolah. ( 6 markah)
3- Lencana sekolah dan tag nama mesti dipakai di atas kocek baju kemeja sepanjang waktu di sekolah. - Tali leher mesti dipakai pada hari pertama sekolah setiap minggu. - Tag nama mesti dijahit sepenuhnya dan tag nama yang lama mesti diganti. ( 6 markah)
BAHAGIAN C: SOALAN STRUKTUR 4a) melaporkan kepada pihak berkuasa jika berlaku gejala pembuangan sisa toksik yang mencemarkan persekitaran -membuat rondaan untuk membanteras gejala sosial negatif dalam masyarakat.
b) tidak berkawan dengan remaja liar yang terlibat dengan dadah. - sentiasa menyedari bahawa dadah perlu dijauhi kerana bahayanya amat besar.
c) Taat kepada perintah agama dan takut kepada balasan selepas kematian. - Berfikir secara rasional untuk membangun antara yang baik dengan yang buruk.
d) Kempen anti gejala sosial negatif. - Ceramah motivasi kesedaran sivik dalam kehidupan.
e) menyambut bersama. - menjadikan cuti umum.
f) merayakan bersama. - memberi kerjasama/tolak ansur.