You are on page 1of 21

OUMH1103

1



OUMH1103
LEARNING SKILLS FOR OPEN AND DISTANCE LEARNERS

ASSIGNMENT TITLE
You are required to find information on the problems faced by students in higher
education in Malaysia in mastering the English language and its impact on
employability.

Name
ZULFIKA BIN KALBI

Matric number
860503495237001
NRIC
860503495237

Telephone number
0135499319
E-mail address
NAZIM0412082@YAHOO.COM

Tutors name:
SHANMUGA NATHAN A/L RAMASAMY

Learning Centre:
OUM KENINGAU

SEMESTER JANUARY 2013


OUMH1103
2

SENARAI ISI KANDUNGAN TUGASAN



BIL KANDUNGAN HALAMAN


01 PENGENALAN 03


02 KEMAHIRAN YANG PERLU ADA PADA GRADUAN 04


03 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN
INSANIAH (SOFT SKILLS) DALAM KALANGAN GRADUAN 11


04 PENGUASAAN BAHASA INGGERIS DALAM KEHIDUPAN HARIAN 13


05 IMPAK GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN 15


06 KEPENTINGAN MENGUASAI BAHASA INGGERIS 17


07 KESIMPULAN 20


08 RUJUKAN 21














OUMH1103
3


1.0 PENGENALAN
Dalam era globalisasi sekarang, dunia menjadi semakin kecil. Maklumat berada di
hujung jari, sempadan geo-politik sesebuah negara hanya wujud di atas kertas dan di
dalam minda. Individu bergerak bebas dari sebuah kawasan jajahan ke sebuah kawasan
jajahan lain tanpa sebarang sekatan, selagi memenuhi syarat undang-undang imigrasi
sebuah negara berdaulat. Perkara yang sama turut berlaku di dalam sektor pembekalan
tenaga kerja. Seseorang pekerja berpeluang untuk menabur bakti di mana sahaja tempat
di dunia ini, selagi tenaga atau kepakarannya diperlukan dan diiktiraf oleh majikan.
Di Malaysia, kita masih lagi tercari-cari kaedah terbaik untuk mengatasi masalah
graduan menganggur. Jika kita perhatikan, institusi-institusi pengajian yang ada di
Malaysia, sama ada instutusi pengajian tinggi, baik IPTA mahupun IPTS, semuanya
boleh dikategorikan sebagai pembekal tenaga kerja, sama ada dikategorikan sebagai
tenaga mahir, pakar, mahupun separa profesional. Institusi-institusi ini akan
mengeluarkan tenaga kerja yang diperlukan oleh pelbagai sektor, sebagai contoh,
perindustrian, komputer, perkhidmatan dan pelayanan, yang kita kategorikan sebagai
sektor awam dan sektor swasta. Di dalam dunia global, persoalan lebihan atau
lambakan tenaga kerja tidak lagi relevan, atau mungkin tidak sepatutnya wujud. Ini
kerana, sepatutnya tenaga kerja atau individu pencari kerja boleh menawarkan khidmat
mereka di mana sahaja di dunia ini. Ada pendapat yang mengatakan bahawa semakin
tinggi atau luas pendidikan yang diterima oleh rakyat sesebuah negara, kadar
pengangguran akibat memilih kerja akan semakin meningkat.
Keadaan ini berlaku akibat keterdesakan pihak institusi pengajian untuk
membekalkan mereka dengan kemahiran teknikal (technical skills) semata-mata sehingga
mengabaikan kemahiran-kemahiran yang lain seperti kemahiran bersosial atau
kemanusiaan (social atau soft skills) dan juga kemahiran keilmuan (knowledge skills).
Banyak pendapat yang mengatakan bahawa faktor yang akan menentukan kejayaan
seseorang dalam pekerjaan sangat dipengaruhi oleh faktor non-teknikal, iaitu kemahiran
keilmuan dan kemahiran kemanusiaan itu tadi.


OUMH1103
4

1.1 Kemahiran Yang Perlu Dimiliki Oleh Graduan Dalam Sektor Pekerjaan.
Menurut ahli panel yang menyediakan report untuk Jawatankuasa Sains dan
Teknologi mendefinisikan kemahiran sebagai kebolehan untuk mendapatkan
pengetahuan dalam peringkat menyempurnakan tugas (Expert Panel on Skills 2000).
Gallagher (1999), pula merumuskan kemahiran sebagai set kemahiran yang merangkumi
asas, teknikal, pengurusan dan kemimpinan. Keperluan set ini adalah paling kritikal
untuk membangunkan pengetahuan. Kajian oleh MTEN pada tahun 2005 (Marlina Ali &
Shaharom Noordin 2006) mendapati terdapat beberapa faktor yang menyebabkan
siswazah gagal mendapat pekerjaan. Satu daripada tiga kriteria teratas yang disenaraikan
oleh pihak majikan ialah kemahiran komunikasi yang baik manakala pencapaian
akademik pula berada di tempat yang kelapan. Sebenarnya kemahiran komunikasi
mempunyai kaitan yang rapat dengan kemahiran berfikiran kritis (Pusat Perkembangan
Kurikulum 2001).
Komunikasi yang baik datangnya dari kuasa bahasa, manakala kuasa bahasa
datangnya dari pemikiran yang kritis semasa melakukan pemikiran dan meneliti
maklumat-maklumat terhadap sesuatu perkara yang ingin disampaikan (Abd Rahim Abd
Rashid 1999). Kajian yang telah dijalankan terdahulu mengesahkan bahawa PNGK yang
tinggi bukan merupakan kriteria keutamaan.Secara ringkasnya, kemahiran yang perlu
dimiliki oleh seorang graduan yang dikehendaki oleh seorang majikan dalam sektor
pekerjaan ialah kemahiran insaniah atau soft skills. Menurut Hussey (dalam Haslinda,
Muhammad Nubli dan Zarina, 2005) soft skills dianggap kemahiran yang sangat
diperlukan dalam bidang industri, maka program-program latihan amat dititikberatkan
oleh pihak majikan. Oleh itu industri amat mengharapkan agar peranan dan
tanggungjawab memberi pendedahan asas ini diambil alih oleh institusi pendidikan.
Kemahiran insaniah merangkumi aspek-aspek kemahiran generik yang
melibatkan elemen kognitif yang berkaitan dengan kemahiran bukan akademik seperti
nilai posifif, kepemimpinan, kerjasama berpasukan, komunikasi dan pembelajaran
berterusan. Kemahiran insaniah adalah antara elemen yang dikenal pasti amat kritikal
dalam dunia pekerjaan yang bersifat global serta pesat dengan perubahan teknologi.

OUMH1103
5
Berikut adalah 5 elemen atau kemahiran yang terkandung dalam kemahiran insaniah
yang perlu dimiliki oleh graduan sebelum menceburi bidang pekerjaan:

1.1.1 Kemahiran Berkomunikasi
Kemahiran berkomunikasi merupakan elemen yang penting dalam proses
kehidupan manusia terutama dalam bidang pekerjaan. Menurut Abdul Aziz Yusof (2003),
komunikasi melibatkan penyampaian idea dan perasaan kepada pihak lain. Tanpa
berkomunikasi, maklumat tidak dapat disampaikan daripada satu pihak kepada pihak
yang lain. Para majikan pada masa kini pula telah meletakkan kemahiran berkomunikasi
sebagi salah satu kemahiran bukan teknikal yang perlu dikuasai oleh para pekerja.
Terdapat beberapa elemen yang terkandung dalam aspek kemahiran berkomunikasi.
Salah satu daripada elemen tersebut ialah kemahiran berkomunikasi melibatkan
komunikasi yang berkesan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam konteks
yang berlainan dan dengan peserta komunikasi yang berlainan.
Dapatan yang diperoleh daripada Kajian Masalah Pengangguran di Kalangan
Siswazah (Morshidi et al., 2004a) yang berfokus kepada siswazah daripada bidang Sains
Kemasyarakatan dan Kemanusiaan mempunyai kaitan dengan tempat kerja (workplace).
Hampir semua majikan yang ditemu bual menyatakan bahawa mereka memerlukan
kakitangan yang mahir berbahasa Inggeris. Kemahiran bahasa Inggeris yang diperlukan
tertumpu kepada kemahiran menulis dan bertutur. Kelemahan ini dapat dikesan dalam
penulisan siswazah sewaktu mereka memohon pekerjaan secara bertulis. Hampir semua
majikan dalam kajian yang lepas menimbulkan keupayaan berbahasa Inggeris sebagai
keperluan dalam pekerjaan. Bahasa Inggeris mempunyai kelebihan kerana banyak bahan
rujukan dan maklumat terkini ditulis dalam bahasa ini berbanding dengan yang terdapat
dalam bahasa Malaysia. Dalam era globalisasi, banyak maklumat terkini dan dinamik
disalurkan melalui bahasa Inggeris.
Kajian Pencapaian Akademik dan Kebolehgunaan Tenaga Siswazah di Institusi
Pengajian Tinggi (Morshidi et al., 2004b) mendapati kemahiran berbahasa Inggeris
mempunyai kesan yang signifikan terhadap kebarangkalian bekerja. Oleh hal yang
demikian, penguasaan bahasa Inggeris amat penting bagi seseorang siswazah untuk
membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan, terutama di sektor swasta.
OUMH1103
6
Berkeyakinan dan berkeupayaan untuk bergaul merupakan ciri peribadi siswazah yang
diutamakan, di samping sikap dan minat mereka terhadap kerjaya. Peningkatan
kemahiran berbahasa tentunya boleh meningkatkan keyakinan diri dan seterusnya
melahirkan sikap-sikap yang baik terhadap kerja. Kemahiran berbahasa secara langsung
dan tidak langsung mempengaruhi kemahiran berkomunikasi. Sekiranya perlu
disimpulkan satu kemahiran yang perlu ada pada seseorang lepasan universiti yang dapat
menjadi landasan untuk peningkatan dirinya dalam alam pekerjaan, kemahiran tersebut
ialah kemahiran berbahasa dan berkomunikasi (Quek, 2005).

1.1.2 Kemahiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah
Kemahiran pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah merupakan
kemahiran yang sangat penting dalam semua profesion. Malaysia sebagai sebuah negara
yang membangun perlu bersaing dalam era global untuk mencapai tahap negara maju
menjelang Wawasan 2020. Pekerja berpengetahuan menjadi keutamaan dalam kalangan
majikan untuk menggerakkan perniagaan seiring dengan pertumbuhan ekonomi (Mohd.
Yusof dan Ramlee, 2009). Pekerja yang diperlukan untuk memenuhi kehendak majikan
dan sektor perindustrian bukan sahaja berkelayakan akademik dan teknikal tetapi
merangkumi penguasaan kemahiran-kemahiran lain seperti kemahiran menyelesaikan
masalah, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, penggunaan teknologi dan
kemahiran komunikasi. Ini turut disokong oleh kajian yang dilakukan oleh AC Nielsen
(AC Nielsen Report on Employer Satisfaction with Graduate Skills, 2000) mendapati
majikan lebih mengutamakan kemahiran kreativiti, kebolehan semula jadi, komunikasi,
penyelesaian masalah dan kerjasama berkumpulan dalam mencari calon pekerja (Mohd.
Yusof dan Ramlee, 2009).
Perkembangan teknologi yang canggih serta cabaran dunia yang semakin hebat
memerlukan modal insan yang mempunyai daya fikir yang kritis, berkemahiran dalam
menyelesaikan masalah dan berintegriti. Dalam alam pekerjaan, kualiti dan kuantiti kerja
sangat dikehendaki oleh mana-mana majikan. Kemampuan dan kebolehan dalam
melakukan pelbagai kerja, berfikir dan bertindak sangat diperlukan serta tugasan yang
dikehendaki perlu diselesaikan dalam masa yang singkat. Para geraduan tidak boleh lagi
menganggap bahawa kemahiran berfikir merupakan satu kelebihan, sebaliknya keperluan
OUMH1103
7
yang mesti ada terutamanya dalam mencari pekerjaan. Kelulusan akademik dan
pengetahuan teknikal sahaja tidak mencukupi kerana kemahiran dalam membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah, menilai sesuatu tindakan, menjana idea-idea baru
dan lain-lain lagi sangat menjadi kepentingan. Satu kajian kemahiran pemikiran
mendapati bahawa antara kriteria yang diperlukan oleh majikan ialah:
i. Membaca dan menganalisis laporan.
ii. Mempersembahkan idea-idea kepada pekerja-pekerja lain.
iii. Menyelesaikan masalah dengan sendiri atau dalam kumpulan.

1.1.3 Kemahiran Kerja Berpasukan
Kemahiran kerja berpasukan merupakan salah satu kemahiran yang perlu ada
pada seseorang graduan yang dicari oleh majikan dalam sektor pekerjaan. Kerja
berpasukan kini menjadi satu cara bekerja yang popular dalam kebanyakan organisasi.
Perubahan struktur, budaya dan proses kerja dalam organisasi yang pantas berubah
semakin mendesak organisasi supaya mementingkan kerja berpasukan. Lebih-lebih lagi
terdapat banyak faktor luaran yang boleh menjejaskan prestasi organisasi (Owen, 1996).
Pasukan terdiri daripada daripada sekumpulan orang, sekurang-kurangnya dua orang ahli,
yang komited untuk mencapai matlamat yang sama dan bekerja bersama untuk
menghasilkan kerja yang berkualiti (Francis dan Young, 1992).
Kerja berpasukan telah menjadi satu budaya kerja yang diamalkan dalam hampir
semua organisasi pada hari ini. Rees (1994) menegaskan bahawa kebanyakan pengurus
adalah sukar untuk membuat perancangan dan keputusan yang efektif dan efisyen tanpa
penglibatan pekerja-pekerja lain. Pengaruh kerja berpasukan terhadap kejayaan
organisasi terbukti melalui kecemerlangan yang dicapai oleh beberapa syarikat
terkemuka di dunia yang mempraktikkannya. General Electrics Plant, North Carolina
berjaya meningkatkan produktiviti sehingga 250%. Syarikat Hotel Ritz-Carlton (RCHC)
berjaya mengurangkan kadar pusing ganti pekerja dalam organisasi (Cheryl, 1995),
manakala Motorolas Land Mobile Products Sector ILO2 Facility pula meraih pelbagai
anugerah hasil daripada kerja berpasukan.

OUMH1103
8
Di Malaysia program kerja berpasukan telah mula diberi perhatian oleh kebanyakan
organisasi bagi mewujudkan semangat kerjasama dalam kalangan pekerja, terutama
dalam menangani tekanan kerja. Ini diperakukan oleh kajian Hisyam (1998) yang
mendapati sebahagian besar organisasi di Malaysia memperuntukkan kos yang banyak
untuk melaksanakan program kerja berpasukan kerana yakin dapat meningkatkan prestasi
dan memperbaiki sikap pekerja terhadap pekerjaan. Di samping itu, menurut Hisyam
(1998) lagi kaedah kerja berpasukan boleh membantu organisasi menyelesaikan pelbagai
masalah. Kemahiran kerja berpasukan digalakkan supaya sesuatu kerja yang berat akan
menjadi ringan. Terdapat beberapa elemen di dalam kemahiran kerja berpasukan iaitu
komunikasi dalam kumpulan, membuat keputusan beramai-ramai, mengendalikan
konflik, membina kreativiti, kepimpinan, memotivasikan, membuat penilaian, memberi
ganjaran, dan sebagainya.

1.1.4 Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
Seseorang majikan juga memerlukan seorang bakal pekerja yang mengamalkan
budaya pembelajaran berterusan dan memiliki kemahiran dalam pengurusan maklumat.
Kepentingan pekerja berilmu (k-workers) semakin bertambah akibat globalisasi pasaran,
kemajuan teknologi dan perubahan kerja dalam organisasi. Untuk terus kekal dalam
pasaran tempatan dan global, firma perlu menyaring dan mengambil pekerja berilmu
yang bersesuaian. Bersandarkan teori modal manusia (Becker 1994) individu yang
memiliki pendidikan dan latihan lebih produktif berbanding tenaga kerja yang tidak
berpendidikan dan menerima latihan. Justeru itu, dengan pendidikan dan latihan
kompetensi tenaga kerja boleh ditingkatkan.
Pembelajaran berterusan merupakan amalan yang diharapkan oleh majikan
kepada para pekerjanya kerana ini bukan sahaja untuk menyesuaikan diri dengan tugas
yang lebih spesifik dalam organisasi malah akan sentiasa dapat mengikuti perkembangan
dasar, proses dan keluaran organisasi. Pembelajaran di tempat kerja sama ada
pembelajaran kendiri atau belajar daripada pihak lain juga menjadi amalan dan polisi
setiap syarikat. Majikan juga menghendaki para pekerja memiliki kemahiran belajar yang
dapat menyumbang kepada pembaikan dan peningkatan diri serta operasi syarikat secara
berterusan termasuklah penggunaan teknologi baru. Perubahan teknologi terutama yang
OUMH1103
9
diimport daripada luar negara menuntut para pekerja untuk mengamalkan pembelajaran
berterusan terutama dalam sektor pembuatan.
Pengurusan maklumat boleh didefinisikan sebagai proses mengenalpasti,
mengklasifikasi, pemeliharaan, dan pemansuhan maklumat. Definisi bagi maklumat
adalah data, bahan dan pengetahuan di mana maklumat tersebut mestilah relevan, boleh
dipercayai, boleh difahami dan membantu mengurangkan ketidakpastian. Seseorang
graduan yang bakal menceburi bidang pekerjaan perlu memiliki kemahiran mengurus
maklumat. Seseorang yang celik maklumat atau mempunyai kemahiran mengurus
maklumat adalah individu yang tahu bagaimana pengetahuan dicari, disusun dan
digunakan agar sesuatu masalah dapat diselesaikan, dan orang lain di sekelilingnya dapat
memahaminya.
Pengurusan maklumat merupakan satu proses membangun, memanfaat dan
menggunakan pengetahuan. Proses ini dapat meningkatkan daya saing sesebuah
organisasi kerana pengetahuan yang dikongsi akan dapat menjana idea yang kreatif. Ini
kerana sesuatu pengetahuan itu hanya akan bertambah nilai apabila dikongsi bersama
individu lain. Dalam konteks organisasi, pekerja yang memiliki kemahiran pegurusan
maklumat akan dapat membantu ahli mencari, memilih dan menyebarkan pengetahuan
untuk menyelesaikan sesuatu masalah selain dapat mengawal penciptaan, penyebaran dan
penyuntingan pengetahuan.

1.1.5 Kemahiran Kepimpinan
Kemahiran kepimpinan ialah kunci pengurusan, dan ini merupakan salah satu
daripada kemahiran yang dicari oleh majikan dalam diri graduan. Kepimpinan adalah
suatu proses menggerakkan sekumpulan manusia menuju kepada sesuatu yang telah
ditetapkan melalui dorongan yang tidak memaksa. Kepimpinan melibatkan kebolehan
mempengaruhi dan meyakinkan manusia di dalam dan luar organisasi untuk bekerja dan
membantu ke arah pencapaian matlamat. Ciri-ciri kepimpinan yang baik ialah pantas
bertindak, cergas dan proaktif. Pemimpin yang mempunyai kemahiran kepimpinan juga
sentiasa berfikiran untuk mendidik, mendorong, sedia membantu dan bertimbang rasa.

OUMH1103
10
Secara ringkasnya, kemahiran kepimpinan merupakan satu kemahiran yang perlu untuk
menjayakan sesebuah organisasi mengikut matlamat yang telah dirancang dengan
mengambil kira faktor-faktor yang berkaitan. Kecemerlangan sesebuah organisasi adalah
terletak kepada keberkesanan kemahiran kepimpinan. Organisasi yang cemerlang di
seluruh dunia mempunyai pekerja yang komited, kreatif, bekerja kuat, fokus dan
sedia menerima tanggungjawab. Pemimpin yang memberi tunjuk ajar kepada yang lain
adalah mereka yang sanggup memberi kuasa (empower), mengajar di samping memberi
tauladan yang baik. Mereka memahami bahawa kepimpinan itu bukan sekadar pangkat
tetapi tanggungjawab.
Pada peringkat Jabatan misalnya, pemimpin mewujudkan satu suasana yang
boleh menerima idea baru, mendengar dan menyambutnya dengan wajar. Di samping
memberitahu kakitangannya mengenai objektif, dasar dan strategi organisasi, mereka
juga menjadi saluran untuk memaklumkan kepada pihak atasan apa yang berlaku di
peringkat bawahan. Seorang pemimpin pada zaman moden ini, tidak lagi boleh
mengutamakan pangkat atau protokol. Perubahan yang berlaku di sekeliling mereka dan
suasana yang bergerak cepat membuatkan mereka mudah ketinggalan oleh masa. Oleh
yang demikian, pemimpin patut sentiasa cergas, tahu mengubah suai diri dan sentiasa
ingin tahu atau belajar perkara baru.













OUMH1103
11
2.0 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN
INSANIAH (SOFT SKILLS) DALAM KALANGAN GRADUAN
Dalam usaha memastikan semua graduan mendapat kerja sama ada makan gaji
atau menjadi usahawan, pelbagai faktor diperlukan dan perlu disediakan oleh graduan
terbabit.
Kementerian Pengajian Tinggi melihat perkara ini sebagai aspek yang perlu diberi
perhatian dan pihak kementerian mengambil berat soal kebolehpasaran dan
kebolehdapatan kerja untuk graduan. Pembangunan dunia globalisasi menuntut supaya
institusi pengajian tinggi tempatan mengeluarkan pelajar yang benar-benar berkualiti,
mempunyai kemahiran, kepakaran dan menguasai ilmu kerana ia adalah kunci kepada
persaingan untuk mendapatkan pekerjaan pada zaman yang semakin mencabar ini.
Bagi melahirkan graduan berkualiti yang memenuhi kehendak pasaran dan
membantu graduan mendapat pekerjaan, pelbagai usaha perlu dilakukan oleh
Kementerian Pengajian Tinggi. Antaranya ialah membangunkan Modul Pembangunan
Kemahiran Insaniah dan Modul Asas Pembudayaan Keusahawanan yang diajar di semua
IPTA. Kementerian Pengajian Tinggi sentiasa berusaha untuk meningkatkan
kebolehdapatan perkerjaan graduan yang dikeluarkan oleh Institusi Pengajian Tinggi
awam tempatan. Graduan sekarang bukan sahaja dikehendaki mempunyai pengetahuan
akademik (graduate skills) tetapi perlu juga mempunyai kemahiran insaniah (soft skills)
dan enterprise atau business skills bagi meningkatakan kopetensi mereka. Kesemua
ini merupakan asset bagi kebolehpasaran untuk seseorang graduan.
Kementerian Pengajian Tinggi perlu memberi penekanan kepada beberapa
langkah bagi meningkatkan lagi kebolehpasaran graduan dengan memperhebatkan lagi
program-program seperti Latihan Industri, Apprenticeship, Finishing School dan
Latihan Keusahawanan. Program-program ini adalah bertujuan bagi melengkapkan
siswazah dengan nilai tambah agar lebih marketable dan employable di dalam pasaran
tempatan mahupun antarabangsa, sekaligus mengurangkan masalah pengangguran dalam
kalangan graduan lepasan universiti. Hubungan Industri (Perkongsian Pintar) iaitu
hubungan dua hala yang menguntungkan kedua-dua pihak iaitu institusi pengajian tinggi
dan industri perlu diwujudkan. Pihak industri bertindak menyediakan peluang dan ruang
kepada pelajar menjalani latihan industri untuk menyediakan kemahiran insaniah dan
OUMH1103
12
kepada pensyarah untuk memperbaharui pengetahuan dan perkembangan teknologi
semasa disamping mendapatkan kompetensi bagi bidang yang diajar dari industri.
Manakala, pihak institusi pengajian tinggi pula boleh mendapatkan pengalaman dan
penyebaran teknolgi terkini dan semasa melalui penglibatan personal dari industri sebagai
pensyarah sambilan bagi kursus-kursus kritikal dan yang memerlukan input terkini dari
pengalaman industri.
Program seperti finishing school' perlu diwujudkan dengan bertujuan memupuk
nilai insaniah dan kerohanian, menyediakan skil keusahawanan dan daya kepemimpinan
kepada graduan. Pihak industri yang mempunyai kelayakan persijilan profesional
hendaklah membuka peluang dengan menawarkan graduan mengikuti program finishing
school untuk memperolehi sijil yang diiktiraf badan-badan profesional. Graduan yang
memiliki sijil professional mempunyai nilai tambah untuk kebolehpasaran. Program itu
perlu dilakukan secara berterusan untuk memastikan universiti mampu menjadi ejen
pengeluar graduan yang hebat, lengkap, seimbang, berilmu, berkeperibadian kukuh dan
berketerampilan dalam pelbagai bidang.
Program Keusahawanan perlu diwujudkan untuk menerapkan nilai keusahawanan
kepada pelajar supaya tidak terlalu terikat dengan kerja makan gaji. Pihak industri boleh
terlibat dalam program keusahawanan dengan menyediakan platfom khidmat rundingcara
dan nasihat untuk membantu pelajar memulakan projek keusahawanan. Melalui
pengalaman industri, pelajar boleh diberikan panduan dalam proses-proses memulakan
aktiviti keusahawanan seperti menulis kertas kerja cadangan, membuat kajian pasaran,
menguruskan permohonan pinjaman dari institusi perbankan atau dari agensi-agensi
kerajaan dan sebagainya. Proses ini dapat menyediakan pelajar kemahiran keusahawan
dan pilihan untuk memulakan perniagaan sendiri setelah menamatkan pengajian.







OUMH1103
13
3.0 PENGUASAAN BAHASA INGGERIS AMAT PENTING DALAM
KEHIDUPAN
Sering kali kita terdengar masalah pengangguran graduan tempat meniti dari
mulut ke mulut masyarakat. Walaupun telah beberapa puluh syarikat didatangi Melayu
yang menghadapi masalah tersebut kerana mereka sering tersisih apabila bersaing dengan
pelajar bukan Melayu yang lebih fasih berbahasa Inggeris. Lebih parah lagi apabila
kawasan tertentu orang Melayu begitu fanatik terhdap agama, sehingga menolak segala
unsur yang berbaur asing. Tegasnya, kepentingan bahasa Inggeris perlu disedari oleh
semua rakyat supaya negara kita tidak ketinggalan dan dipadang enteng oleh kuasa luar.
Dasawarsa ini, Amerika Syarikat merupakan kuasa besar di dunia. Ekonomi dunia
juga boleh dikatakan telah dikuasai oleh negara tersebut. Selain itu, Amerika Syarikat
diterjemahkan dalam bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris juga merupakan bahasa
antarabangsa memandangkan negara asal bahasa tersebut mendominasi dunia dari segi
ekonomi dan kemajuan teknologi. Justeru, bahasa Inggeris diterima sebagai bahasa utama
dunia dan menjadi wahana komunikasi antara wakil ataupun pedagang asing dalam
sebarang urusan. Sebab itulah, penguasaan bahsa Inggeris amat penting untuk kemajuan
kendiri dan ekonomi negara.
Di samping itu, sektor swasta yang kalian meluas di negara kita menambahkan
kepentingan bahasa Inggeris. Seperti yang kita maklum, sektor swasta kebanyakannya
dikuasai oleh orang Barat, jadi sudah tentu kemahiran bahasa Inggeris dengan lancar
menjadi kritera utama dalam menggaji pekerja. Senario ini bercanggah dengan polisi
sektor kerajaan yang mementingkan bahasa Melayu dalam urusan surat-menyurat dan
berkomunikasi. Jadi, kebanyakan orang Melayu hanya dapat bekerja di sektor kerajaan
berbanding dengan orang bukan Melayu yang dapat memegang jawatan tinggi di sektor
swasta. Fenomena ini bukan soal diskriminas, sebaliknya sebabkan kemampuan orang
bukan Melayu berkomunikasi sekurang-kurangnya dwibahasa. Sekiranya, fenomena ini
berterusan, sudah tentu negara kita tidak akan berkembang maju dan dipercayai lam-
kelamaan akan ditelan oleh kuasa asing.
Selain itu, Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr.
Mahathir Mohammad ingin menjadikan negara kita sebuah negara perindustrian
menuntut rakyat negara ini gigih berusaha untuk menghala ke arah tersebut. Koridor raya
OUMH1103
14
multimedia (MSC) yang menampilkan penggunaan teknologi maklumat dalam
pengurusan dan pengendalian maklumat serta pekhidmatan, tidak mengetepikan bahasa
Inggeris. Sudah tentu pelabur asing akan berlumba-lumba datang ke negara kita untuk
membina kilang, industri dan menjadi rakan kongsi. Pada masa itu, bahasa dan negara.
Kepentingan bahasa Inggeris bukan sahaja dirasai oleh masyarakat negara kita yang
sedang pesat membangun, tetapi juga oleh masyarakat Jepun dewasa ini. Walau
bagaimanapun, bahasa antarabangsa ini masih asing bagi negara Jepun berbanding negara
kita. Jadi, kita perlu menguasai bahasa Inggeris dengan secepat mungkin untuk
merancakkan pembangunan negara kita.
Satu lagi fenomena yang ketara ialah semua tokoh politik negara kita mahir
berbahasa Inggeris. Meraka yang menceburi politik dan tidak dapat bertutur dalam
bahasa Inggeris dengan fasih tidak berpeluang untuk naik ke peringkat menteri kabinet.
Sama juga dalam pemilihan pemimpin negara. Sudah tentu kita tidak mahu seorang
pemimpin yang tidak mampu berbahasa Inggeris memimpin negara kita dan dipandang
enteng oleh negara asing. Tokoh-tokoh negara di petingkat antarabangsa seperti
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) akan menyuarakan pendapat mereka dalam
bahasa Inggeris. Kalau sudah fasih berbahasa Inggeris, kita tidak memerlukan
penterjemeh. Pada masa itu, nescaya negara kita akan dihormati oleh negara lain.
Kesimpulannya, dunia ini didominasi oleh Bahasa Inggeris. Suka atau tidak. Kita
terpaksa akur dengan senario ini. Kita perlu mengambil tindakn segara untuk meluaskan
penguasaan bahasa Inggeris terutamanya dalam kalangan orang Melayu supaya tidak
ketinggalan dalam semua aspek. Dalam proses pencapaian Wawasan 2020, kebolehan
penguasaan bahasa dunia juga merupakan satu daripada kriteria.








OUMH1103
15
4.0 IMPAK GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN
Pada abad ke 21, perkembangan mendadak dalam teknologi maklumat telah
menjadi pemangkin utama kepada proses Globalisasi dunia. Globalisasi merujuk kepada
satu cara hidup dunia tanpa sempadan dan saling berkaitan antara satu sama lain.
Walaupun secara umumnya globalisasi itu lebih memberi kesan kepada ekonomi dunia,
namun bidang lain seperti pendidikan tidak terkecuali. Hal ini kerana kesan globalisasi
juga akan meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Hal ini berlaku kerana para
pelajar mudah mendapat maklumat melalui internet. Maklumat yang disebarkan melalui
internet sebahagian besarnya dalam bahasa Inggeris. Selain itu, cawangan universiti luar
akan terus menjadikan bahasa Inggeris sebagai wahana dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Pada masa ini juga, sudah banyak IPTS yang telah menjadikan bahasa Inggeris
sebagai bahasa pengantar. Hal sebegini akan meminggirkan bahasa Melayu sebagai
bahasa ilmu walaupun sudah terbukti bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa
ilmu dalam semua bidang. Jika hal ini berlaku, bahasa Melayu akan menjadi bahasa
kedua dalam kehidupan masyarakat Malaysia dan usaha ke arah pembinaan bangsa
Malaysia berdasarkan bahasa Melayu akan terbantut. Kesan seterusnya yang akan timbul
apabila masyarakat membuat tanggapan negatif yang sering kita dengar tentang PTV
yang sama ia merupakan sejenis pendidikan yang sesuai untuk pelajar yang lembab iaitu
pelajar yang tidak dapat meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Anggapan
ini bukan sahaja salah dari keadaan sebenarnya malahan ia akan memberi kesan terhadap
minat pelajar untuk mengikuti PTV.
Pendidikan telah menaikkan taraf sekolah vokasional kepada sekolah teknik dan
vokasional. Dimana pelajar-pelajar yang layak memohon perlu sekurang-kurangnya
mempunyai kelulusan dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR). Pelajar-pelajar lepasan
sekolah teknik dan vokasional ini seterusnya diberi peluang menyambung pelajaran
mereka ke politeknik atau IPT. Menuju kearah negara perindustrian, di mana banyak
kilang dan sektor pembinaan memerlukan tenaga mahir. Oleh itu, mereka yang
OUMH1103
16
mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam sesuatu bidang amatlah cerah.
(Sufean Hussein (1996).
Menurut Hussain Mohamed (1998) Globalisasi menyebabkan pendidikan negara
lebih terbuka kepada dunia luar samada untuk belajar mahupun menubuhkan cawangan
universiti mereka di negara kita. Hal ini selaras dengan keinginan menjadikan Malaysia
sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Dunia. Penubuhan cawangan oleh universiti
luar di negara kita merupakan satu persaingan yang sihat, namun Institusi Pengajian
Tinggi (IPT) tempatan masih belum bersedia untuk menghadapi situasi ini. Para pelajar
sudah tentu akan memilih universiti luar yang terkemuka demi pasaran kerja mereka. Hal
inilah yang berlaku dalam realiti sebenar apabila graduan IPT diluar negara menjadi
graduan kelas kedua.
Contoh yang ada sekarang jelas menunjukkan kemahiran yang ada pada mereka
digunakan untuk tujuan negatif seperti pecah amanah, memindahkan duit orang lain ke
dalam akaun sendiri dan berbagai-bagai lagi. Malah anjakan paradigma juga dapat dilihat
dalam konteks pendidikan dan latihan teknik dan vokasional melalui perubahan dan
perkembangan yang berlaku dari masa ke semasa. Penganjakan paradigma ini berlaku
dengan tujuan untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan itu sendiri. Sebagai
contoh, di dalam petikan rencana Pendidikan Sebagai Satu Industri dalam
Dewan Masyarakat ada mengatakan bahawa, Selepas kemerdekaan sistem pendidikan
negara telah melalui banyak perubahan. Bermula dengan dasar untuk menyediakan
peluang belajar kepada setiap rakyat, dunia pendidikan kita berkembang pesat dan
kompleks. Matlamatnya juga sudah melewati dimensi baru dan lebih daripada sekadar
memberi ilmu kepada masyarakat.
Secara ringkasnya, semua pihak harus menyedari kesan globalisasi ini dan
bersedia dengan langkah yang komprehensif. Kita tidak boleh mengelak daripada
menghadapi globalisasi kerana tanpanya kita akan terus ketinggalan. Oleh itu, kita perlu
bersedia untuk mengatasi sebarang cabaran yang wujud daripada fenomena globalisasi
ini. Bagi sains, teknologi dan kejuruteraan sebenarnya mempunyai perbezaan tetapi
saling berkaitan dan tidak boleh dipisahkan.
OUMH1103
17
5.0 KEPENTINGAN MENGUASAI BAHASA INGGERIS
Sebelum ini, mutu pencapaian bahasa Inggeris di negara kita menampakkan
kemerosotan yang ketara. Sejak pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsan yang
menghapuskan aliran bahasa Inggeris, penguasaan para pelajar sama ada peringkat
Sekolah ataupun IPTA dan IPTS dalam bahasa Inggeris amat rendah. Dalam pada itu,
ada pihak yang mengangguk kepala bahawa bahasa Inggeris banyak mempunyai
kelebihan tetapi ada pihak yang menggeleng kepala bahawa bahasa Inggeris ialah bahasa
penjajah. Walau bagaimanapun, bahasa Inggeris haruslah dijadikan sebagai bahasa kedua
penting tidak kira sama ada di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah demi
kebaikan semua. Jadi, bahasa Inggeris memainkan peranan yang penting dalam
kehidupan rakyat jelata.
Antara kepentingan bahasa Inggeris termasuklah bahasa Inggeris merupakan
bahasa utama dalam komunikasi antarabangsa. Hal ini dapat dibuktikan apabila jumlah
penutur bahasa Inggeris di seantero dunia mengatasi jumlah penutur bahasa utama lain
seperti bahasa Perancis, Sepanyol, Arab, dan Rusia. Tidak dapat dinafikan bahawa
bahasa utama yang digunakan semasa seseorang berkomunikasi dengan bangsa negara
lain ialah bahasa Inggeris. Penguasaan bahasa Inggeris bukan sahaja memudahkan kita
berhubung dengan dunia luar malah bahasa ini menjamin kelancaran urusan yang
melibatkan bangsa negara lain. Misalnya, urusan seseorang dengan bangsa lain akan
berjalan dengan lancar sekiranya seseorang itu menguasai bahasa Inggeris dengan
sepenuhnya. Sebaliknya, urusan seseorang akan menempuh pelbagai dugaan sekiranya
seseorang itu tidak petah dalam bahasa Inggeris.
Hal ini jelas menampilkan kepentingan bahasa Inggeris. Selain itu, bahasa
Inggeris juga merupakan bahasa utama dalam bidang perniagaan. Walaupun bahasa rasmi
negara ialah bahasa Malaysia namun dalam bidang perniagaan bahasa yang kerap
digunakan ialah bahasa Inggeris. Contohnya, bahasa Inggeris digunakan semasa sesuatu
perniagaan sedang dijalankan. Menurut kajian, bahasa Malaysia jarang-jarang digunakan
semasa urusan perniagaan dijalankan. Hal ini berlaku demikian kerana bahasa Malaysia
kekurangan istilah yang tepat untuk mengungkapkan maksud dalam perniagaan.
Penguasaan bahasa Inggeris bukan sahaja penting untuk menjamin peluang kejayaan
kerjaya malah juga penting untuk menjamin hubungan yang mantap dalam bidang
OUMH1103
18
perniagaan. Jikalau bahasa Inggeris tidak dikuasai, maka perniagaan individu, syarikat,
dan negara akan terbatas.
Apabila peluang perniagaan terbatas, hal ini bukan sahaja menjejaskan ekonomi negara
malah juga menjejaskan hubungan diplomatik dan nama baik negara. Oleh itu, bahasa
Inggeris amat penting dalam bidang perniagaan. Di samping itu, kepentingan bahasa
Inggeris yang lain ialah bahasa Inggeris merupakan bahasa ilmu pengetahuan. Hal ini
dikatakan demikian kerana dalam era globalisasi dan modenisasi ini, bahasa Inggeris
merupakan bahasa sumber yang penting. Misalnya, kebanyakan buku ensiklopedia, buku
rujukan, maklumat, penyelidikan dan khazanah ilmu yang lain terungkap dalam bahasa
Inggeris.
Hal ini tidak menjadi masalah bagi golongan yang dapat menguasai bahasa
Inggeris untuk memahami isi-isi yang tercatat dalam bahan bacaan tersebut.
Persoalannya, adakah anda faham akan isi-isi yang ingin disampaikan sedangkan tahap
penguasaan bahasa Ingeris berada pada paras yang menyedihkan? Jawapannya
semestinya tidak. Hal ini dikatakan demikian kerana ilmu yang terdapat dalam bahan
bacaan itu memerlukan tahap penguasaan bahasa Inggeris yang optimum. Dengan ini,
tampaklah bahawa penguasaan bahasa Inggeris amat penting dalam menimba ilmu yang
tidak terhingga. Bukan itu sahaja, bahasa Inggeris penting kerana bahasa ini merupakan
bahasa telekomunikasi ataupun bahasa internet.
Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat dapat memperoleh maklumat-
maklumat yang terkini supaya masyarakat tidak menjadi katak di bawah tempurung
dengan syarat masyarakat dapat menguasai bahasa Inggeris. Malahan, mereka juga dapat
memahami isi-isi tersurat yang dipaparkan dalam maklumat antarabangsa yang
disalurkan melalui satelit ataupun media massa seperti radio, televisyen, dan surat khabar.
Lebih-lebih lagi pada zaman teknologi maklumat ini, banyak alat teknologi yang canggih
telah dicipta untuk memudahkan perhubungan masyarakat dengan dunia luar seperti
internet tambahan pula, bahasa Inggerislah yang terungkap dalam laman web. Jadi,
bahasa Inggeris haruslah dipandang berat kerana bahasa ini ialah bahasa telekomunikasi
ataupun bahasa internet.
Kesimpulannya, bahasa Inggeris ialah bahasa antarabnagsa yang sangat mustahak
untuk berhubung dengan bangsa lain, baik dengan masyarakat tempatan mahupun dengan
OUMH1103
19
masyarakat dunia luar. Walaupun bahasa Malaysia ialah bahasa rasmi dan bahasa
kebangsaan negara namun bahasa Inggeris amat penting untuk kemajuan negara.
Penggunaan bahasa Inggeris membolehkan masyarakat dan negara mempunyai hubungan
yang lebih luas dan mudah menerima maklumat antarabangsa. Hal ini secara tidak
langsungnya mempercepat pembangunan negara. Di samping itu, kemajuan hanya
dicapai dengan lebih cepat sekiranya komunikasi dalam bahasa Inggeris berjalan dengan
lancar dengan negara-negara maju. Dengan ini, kecemerlangan seseorang individu
bergantung pada tahap penguasaan bahasa Inggeris. Oleh itu, bahasa Inggeris merupakan
bahasa yang amat penting dalam menimba ilmu pengetahuan, komunikasi antarabangsa,
bidang teknologi, dan bidang perniagaan





















OUMH1103
20
6.0 KESIMPULAN

Dalam situasi ekonomi yang mencabar pada hari ini, adalah tidak mencukupi bagi
graduan yang berjaya menamatkan pengajian hanya mempunyai pengetahuan di dalam
perkara akademik semata-mata. Perubahan lanskap dan struktur ekonomi mungkin
menjadi faktor penyebab kepada pengangguran graduan. Sejak beberapa tahun lalu sektor
pembuatan yang merupakan sektor terbesar negara telah beransur-ansur digantikan oleh
sector perkhidmatan. Sektor perkhidmatan memerlukan mereka yang tidak hanya
memiliki pengetahuan teknikal yang sesuai tetapi juga mereka yang memiliki kemahiran
insaniah yang kuat seperti kemahiran interpersonal, komunikasi, pintar, matang dan
berorientasikan bisnes.
Penglibatan pihak industri amat penting bagi memastikan kejayaan strategi dan
program yang diatur untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan. Pihak industri
seharusnya memainkan peranan lebih aktif dalam menunaikan tanggungjawab sosial
melatih graduan memperolehi kemahiran insaniah (soft skills) dan kemahiran akademik
(academic skills) yang sesuai untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan. Dengan
peranan yang dimainkan bersama oleh pihak industri dan institusi pengajian tinggi,
masalah kebolehpasaran graduan yang dihadapi pada masa kini boleh dikurangkan dan
strategi untuk menyediakan modal insan kelas pertama bagi mencapai Wawasan 2020.
Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh pelbagai pihak, dikatakan kejayaan
seseorang itu bergantung hanya sebanyak 25% kepada kemahiran teknikal yang dipelajari
semasa di intitusi pengajian, manakala 75% kejayaan seseorang itu sangat bergantung
kepada kemahiran soft skills yang dimiliki oleh pegawai tersebut. Dapatlah dikatakan
bahawa, seseorang graduan yang akan memasuki pasaran kerja perlu mempersiapkan diri
dengan pelbagai kemahiran seperti bahasa, komunikasi, adaptasi, sosial, insaniah dan
cakna budaya agar mendapat tempat dalam pasaran kerja yang kian sengit ini. Sebagai
kesimpulannya, semua pihak haruslah mengemblengkan tenaga, idea dan tindakan,
terutamanya pihak-pihak yang terbabit dengan penghasilan graduan ini supaya berlapang
hati dan jernih fikiran untuk membina satu generasi graduan yang sempurna ilmunya.

( 2800 patah perkataan )
OUMH1103
21
RUJUKAN

Ab Aziz Yusuf. (2003). Komunikasi Untuk Pengurus. Kuala Lumpur: Utusan
Publication & Distributor Sdn. Bhd.
Abd Rahim Abd Rashid. (1999). Kemahiran Berfikir Kritis Merentasi Kurikulum:
Pendekatan Pedagogi dan Wawasan Pendidikan Bestari. Shah Alam: Penerbit
Fajar Bakti.
Haslinda @ Robita Hashim, Muhammad Nubli Abdul Wahab dan Zarina Mohd Ali
(2005). Pembangunan Sahsiah Mahasiswa Bersepadu: Konsep Dan
Pelaksanaannya Di Kolej Universiti Kejuruteraan. Kertas kerja yang dibentang di
Seminar Kebangsaan Kursus Sokongan Kejuruteraan, Di Hotel Aseania, Langkawi 17-
18 Disember 2005.
Hisyam Che Mat. (1998). Participants Evaluation of the effectiveness of Team building
Programs. Malaysia: Universiti Putra Malaysia.
Marlina Ali & Shaharom Noordin. (2006). Tahap Penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis
Di Kalangan Pelajar Pendidikan Fizik Merentas Jantina. Buletin Persatuan
Pendidikan Sains & Matematik Johor. Jilid 15 bil.1
Mohd Yusof bin Husain dan Ramlee Mustapha. (2009). Penilaian Kemahiran
Employability Dalam Kalangan Pelajar Kejuruteraan Politeknik Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia. Seminar Kebangsaan Pembangunan Keusahawan
2009.
Morshidi Sirat, Rosni Bakar, Lim Hock Eam dan Mohamed Nasser Katib. (2004b).
Kajian Pencapaian Akademik dan Kebolehgunaan Tenaga Siswazah di Institusi
Pengajian Tinggi. Universiti Sains Malaysia: Institusi Penyelidikan Pendidikan
Tinggi Negara.

You might also like