You are on page 1of 20

3.

0 PENGENALAN
Konsep 5P merupakan asas dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dalam KBSR. Konsep ini merupakan aspek penting
dalam pengajaran dan pembelajaran kerana melalui proses ini pelajar
dapat menyesuaikan maklumat dalam ransangan serta menghasilkan
satu pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh serta mengelakkan
kebosanan dalam kalangan murid. Konsep 5P terdiri daripada proses
penggabungjalinan kemahiran, penyerapan pengetahuan, penerapan
nilai murni, pemulihan dan juga pengayaan.

3.1 PENGGABUNGJALINAN
Penggabungjalinan ialah proses pembelajaran beberapa
kemahiran dalam satu pelajaran atau beberapa pelajaran yang saling
berkaitan. Penggabungjalinan sangat penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran untuk menjadikan sesuatu pelajaran
lbih bermakna dan berkesan. Kemahiran boleh digabung jalin melalui
dua cara iaitu menggabung jalin beberapa kemahiran dalam satu
mata pelajaran dan menggabung jalin kemahiran beberapa mata
pelajaran dalam satu pelajaran.








KEMAHIRAN YANG BOLEH
DIGABUNG JALIN
Menggabung jalin
beberapa kemahiran
dalam satu mata
pelajaran
Menggabung jalin
kemahiran beberapa
mata pelajaran dalam
satu pelajaran


Melalui proses penggabungjalinan, beberapa kemahiran dapat
dikuasai serentak. Dengan bersandarkan kepada program bersepadu,
diharapkan murid- murid di sekolah rendah dapat menguasai
kemahiran asas melalui cantuman beberapa atau keseluruhan
bahagian kurikulum. Ini akan menjadikan proses pembelajaran satu
kesatuan yang bermakna melalui aktiviti yang menarik. KBSR
menekankan supaya sedaya mungkin kemahiran yang diajar
digabungjalinkan dan isi pengetahuan diserapkan ke dalam
kemahiran- kemahiran berkenaan.
Penggabungjalinan merupakan satu proses pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan untuk mencapai objektif yang berikut:
a) Membolehkan murid menguasai beberapa kemahiran serentak
dengan lebih bermakna.
b) Mengelakkan kebosanan dan menimbulkan suasana pembelajaran
yang lebih menarik.
c) Menghasilkan pembelajaran yang lebih bermakna.
d) Saling kukuh memperkukuhkan kemahiran dan pengetahuan yang
dipelajari.
e) Membantu perkembangan individu yang seimbang dan menyeluruh.
Penggabungjalinan beberapa kemahiran boleh dilaksanakan
setelah murid menguasai kemahiran asas. Sebagai contoh, murid perlu
terlebih dahulu mengusai kemahiran mendengar, bertutur, mengira,
membaca dan menulis secara mekanis. Tujuan mengusai kemahiran
asas ini ialah untuk menarik perhatian para guru supaya mereka sedar
bila mereka telah menggunakan prinsip gabung jalin. Para guru juga akan
lebih peka terhadap keperluan menggabungjalinkan satu kemahiran
dengan kemahiran yang lain secara spontan, untuk memberi kefahaman
dan penerangan yang lebih bermakna kepada murid. Walau
bagaimanapun, guru perlu memberi tumpuan yang lebih dari segi masa
dan aktiviti kepada kemahiran focus daripada kemahiran sampingan.






Terdapat tiga bentuk penggabungjalinan kemahiran iaitu
penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran,
penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain dan
penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum.
Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran
ialah apabila proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan
melibatkan pelbagai kemahiran seperti kemahiran lisan atau
pertuturan, membaca, menulis, mengira, melukis, mewarna dan lain-
lain.
Penggabungjalinan ini memerlukan sekurang-kurangnya dua
kemahiran yang digabungkan dalam sesuatu proses pengajaran dan
pembelajaran. Kemahiran-kemahiran ini boleh dibahagikan kepada
dua kategori iaitu kemahiran fokus dan kemahiran sampingan.
Kemahiran fokus merupakan kemahiran utama yang hendak
disampaikan sebagaimana yang terdapat dalam objektif pengajaran
dan pembelajaran manakala kemahiran sampingan pula ialah
kemahiran yang digabungkanjalinkan setelah dipilih berdasarkan
kaitannya dengan kemahiran yang di fokus.
Bentuk
penggabungjalinan
kemahiran
Penggabungjalinan
pelbagai
kemahiran dalam
satu mata
pelajaran
Penggabungjalinan
kemahiran
daripada mata
pelajaran lain
Penggabungjalinan
kemahiran
merentas kurikulum
Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil dalam
pelaksanaan pengajaran yang melibatkan proses penggabungjalinan
seperti membuat penelitian terhadap keperluan mata pelajaran untuk
mengenal pasti kemahiran yang di fokus dan kemahiran sampingan
yang akan terlibat ketika proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Penilitian ini sangat penting dalam menentukan
kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar agar
objektif pengajaran dapat dicapai. Di samping itu guru perlu
memastikan keutamaan kemahiran agar kemahiran fokus dapat
dikuasai oleh murid berbanding kemahiran sampingan.
Selain itu guru juga perlu menetapkan susunan atau tertib
kedudukan kemahiran-kemahiran tersebut dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Sebagai persediaan sebelum bermulanya proses
pengajaran guru boleh menyediakan keperluan bahan-bahan yang
diperlukan bagi tujuan pelaksanaan kemahiran-kemahiran tersebut
selaras dengan objektif mata pelajaran.
Bentuk penggabungjalinan yang seterusnya ialah
penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain.Proses ini
memerlukan penggabungan kemahiran-kemahiran yang terdapat di
dalam sesuatu mata pelajaran lain ke dalam mata pelajaran yang
diajar. Sebagai contoh yang jelas dapat dilihat penggabungjalinan
yang diaplikasikan ialah seperti penggabungan kemahiran dalam
mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dengan mata pelajaran Kajian
Tempatan iaitu melalui aktiviti seperti melukis Jalur Gemilang atau
pelan kedudukan sekolah. Penggabungjalinan ini perlu diwujudkan
antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran lain bagi
meningkatkan kemahiran dalam kalangan murid.
Penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum pula
melibatkan kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam kurikulum
seperti kemahiran belajar untuk proses pembelajaran murid,
kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dan kemahiran
menyelesaikan masalah. Setiap kemahiran ini mempunyai hubungan
dan berkait rapat dengan kehidupan seharian murid. Oleh itu
kemahiran-kemahiran ini perlu dititikberatkan oleh setiap guru semasa
proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Selain itu guru
yang juga perlu menitikberatkan soal kemahiran pelbagai kecerdasan
serta kemahiran generik kerana kemahiran ini melibatkan kecerdasan
murid dan penting untuk proses pertumbuhan dan perkembangan
murid.
Implikasi daripada proses penggabungjalinan kemahiran ini
objektif bagi setiap mata pelajaran dapat dicapai disamping
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan
bermakna. Proses ini juga merupakan suatu pengukuhan kepada
kemahiran yang telah diperoleh oleh murid daripada mata pelajaran
lain. Kemahiran sampingan yang terdapat dalam penggabungjalinan
dapat membantu penguasaan kemahiran fokus sebagaimana yang
dikehendaki dalam objektif pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu murid-murid juga berpeluang untuk menyepadukan
kemahiran-kemahiran yang perlu dalam kehidupan. Kemahiran-
kemahiran yang telah mereka perolehi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dapat diaplikasikan dalam aktiviti kehidupan seharian
seperti membaca, menulis, melukis dan mengira. Penggabungjalinan
juga berkeupayaan untuk menimbulkan suasana pembelajaran yang
menarik dan dapat mengelakkan kebosanan murid disamping
menggalakkan proses pertumbuhan dan perkembangan murid-murid
secara seimbang, harmonis dan bersepadu.

3.2 PENYERAPAN
Penyerapan pengetahuan melibatkan proses penyebatian dan
penyepaduan pengetahuan atau unsur isi pengetahuan daripada
suatu mata pelajaran lain ke dalam isi pelajaran bagi mata pelajaran
yang diajar. Hal ini adalah kerana setiap perkara yang dipelajari dalam
suatu mata pelajaran adalah saling berkaitan dan amat berguna bagi
mata pelajaran lain. Sebagai contohnya isi pengetahuan daripada
mata pelajaran Sains dan Matematik diserapkan seiring dengan
penguasaan kemahiran-kemahiran dalam mata pelajaran Pendidikan
Seni Visual.




Konsep ini sedikit berbeza dengan konsep penggabungjalinan
kerana proses penyerapan pengetahuan melibatkan unsur
pengetahuan dan bukannya kemahiran. Dalam proses ini murid akan
dapat melihat perkaitan antara suatu mata pelajaran dengan mata
pelajaran yang lain. Hasil daripada penyerapan ini maka wujudlah
beberapa kelebihan kepada proses pengajaran dan pembelajaran
antaranya seperti aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat menjadi
lebih menarik walaupun tajuk yang hendak dipelajari pada asalnya
bersifat sebaliknya.
Oleh itu secara tidak langsung aktiviti pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih produktif serta efektif. Penguasaan ilmu
yang lebih luas juga turut berlaku kerana pelbagai maklumat dapat
disampaikan disamping murid-murid menjadi lebih faham dengan
sesuatu yang telah dipelajarinya melalui penyerapan kerana semasa
proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung isi pengajaran
telah dihubungkaitkan dengan pengetahuan dari mata pelajaran lain.
Guru haruslah bijak memilih isi pengetahuan yang menarik daripada
mata pelajaran lain untuk meransang minat murid terhadap
pengajaran dan menjadi lebih ceria, aktif serta progresif.
Pengetahuan
atau isi
pelajaran
Nilai murni PENYERAPAN
Penyerapan nilai murni merupakan proses menerapkan nilai-
nilai dalam pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Nilai-
nilai murni ini melibatkan semangat kewarganegaraan masyarakat
Malaysia yang berlandaskan kepada kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Melalui proses pengajaran dan pembelajaran,
penyerapan nilai murni ini telah dilakukan secara sedar dan terancang
tetapi murid menyerap ilmu dan nilai tersebut secara semulajadi dan
sendirinya.
Walaubagaimanapun, secara terperincinya penyerapan nilai-
nilai murni ini telah berlangsung melalui dua pendekatan iaitu
pendekatan implisit dan juga pendekatan eksplisit. Pendekatan implisit
digunakan apabila guru-guru secara tidak langsung telah menerapkan
sesuatu nilai dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti
apabila guru bercakap benar, berpakaian kemas dan adil. Pendekatan
ini boleh berlangsung secara merentas kurikulum serta oleh semua
guru kerana nasihat, bimbingan, teguran, contoh dan teladan boleh
berlangsung pada bila-bila masa dan di mana-mana yang difikirkan
sesuai.
Pendekatan eksplisit pula boleh diaplikasikan dengan
mengadakan ssesuatu peraturan, arahan, pekeliling dan sebagainya
yang bertulis tentang sesuatu perkara yang diharapkan sepert arahan
untuk tidak membuang sampah di merata-rata serta menjaga
kebersihan persekitaran. Terdapat juga sesetengah pihak sekolah
yang mengadakan program atau aktiviti yang khusus untuk
menerapkan sesuatu nilai murni dalam kalangan murid seperti
program motivasi, khemah ibadat, sambutan Hari Kemerdekaan, Hari
Guru, kempen kebersihan dan pelbagai lagi aktiviti-aktiviti lain yang
bersesuaian. Penyerapan nilai murni melalui pendekatan eksplisit
adalah lebih terancang bersesuaian dengan matlamat dan kaedah
pelaksanaan serta penilaian yang jelas.
Terdapat 17 nilai murni yang perlu diserapkan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran iaitu:
NILAI CONTOH
Baik hati 1. Belas kasihan
2. Bertimbang rasa
3. Murah hati
4. Saling memahami
5. Sedia memaafkan
Berdikari

1. Bertanggungjawab
2. Tidak berharap atau bergantung
kepada bantuan orang lain
3. Jaya diri
4. Yakin kepada diri sendiri
Berhemah tinggi 1. Kesopanan
2. Mengaku kesalahan sendiri
3. Ramah mesra
Hormat-menghormati 1. Hormat kepada ibu bapa
2. Hormat kepada orang yang lebih tua
3. Taat kepada raja dan Negara
4. Hormat kepadda hak asasi
5. Hormat kepada undang-undang
6. Menghargai maruah diri
Kasih sayang

1. Sayang kepada nyawa
2. Sayang kepada alam sekeliling
3. Cinta kepada Negara
4. Cinta kepada keamanan dan
keharmonian
Keadilan 1. Bertindak adil
2. Sentiasa saksama
Kebebasan 1. Kebebasan di sisi undang-undang
2. Kebebasan dalam sistem demokrasi


Keberanian 1. Berani dengan tidak membuta tuli
2. Berani kerana benar
3. Berani mempertahankan kebenaran
4. Berani bertanggungjawab
Kebersihan fizikal dan mental 1. Kebersihan diri
2. Kebersihan persekitaran
3. Pertuturan dan kelakuan yang sopan
Kejujuran

1. Bersifat amanah
2. Bercakap benar
3. Sentiasa ikhlas
Kerajinan

1. Cekal
2. Daya usaha
3. Dedikasi
4. Gigih
5. Tekun
Kerjasama

1. Persaudaraan
2. Tanggungjawab bersama
3. Gotong-royong
4. Toleransi
5. Kebaikan bersama
6. Perpaduan
Kesederhanaan

1. Sederhana dalam meningkatkan
kepentingan diri dan orang lain
2. Tidak keterlaluan dalam pertuturan
dan tingkah laku
Kesyukuran 1. Berterima kasih

2. Mengenang budi
3. Menghargai
Rasional 1. Boleh membuat pertimbangan
2. Boleh membuat penaakulan
3. Berfikiran logik dan terbuka
Semangat bermasyarakat 1. Bermuafakat
2. Kejiranan
3. Peka kepada isu-isu sosial dan
masyarakat
Semangat kewarganegaraan 1. Berbangga menjadi rakyat Malaysia
2. Bersemangat patriotik
3. Berusaha ddan produktif
Apabila ilmu dan nilai dijadikan isi pelajaran, guru boleh
mengajarkannya secara langsung. Kadangkala isi pelajaran boleh
ditimbulkan mengikut konteks atau secara tersirat dalam pelajaran
tertentu. Bagi memastikan keberkesanan pembelajaran ini, guru
haruslah merancang agar pelaksanaan dan suasana belajar adalah
baik dan memuaskan. Antara perkara yang dipentingkan ialah
pemilihan kemahiran fokus yang sesuai, penyesuaian ilmu dengan
kemahiran, penyesuaian nilai dan ilmu pengetahuan dan kegunaan
peralatan dan bahan ransangan.


Perkara
memastikan
keberkesanan
pembelajaran
Pemilihan
kemahiran
fokus yang
sesuai
Penyesuaian
ilmu dengan
kemahiran
Penyesuaian
nilai dan ilmu
pengetahuan
Kegunaan
peralatan dan
bahan
rangsangan

Peranan guru yang utama adalah merancang dan
melaksanakan pengajaran yang berkesan. Kesesuaian ilmu dan nilai
dengan kemahiran yang diajar mestilah diberi perhatian.




3.3 PENILAIAN
Penilaian merupakan sebahagian daripada proses pengajaran
dan pembelajaran. Ini bermakna proses penilaian perlu dijalankan
secara berterusan dan pada bila- bila masa sama ada di peringkat
permulaan, semasa penyampaian atau penutup pelajaran.
Penilaian ialah satu proses menguji, mengukur dan membuat
pertimbangan tentang kebolehan atau kemahiran dan kefahaman
c) Melaksanakan penyerapan pada permulaan pelajaran secara terus dengan
memperkenalkan pengetahuan yang diserap kepada murid malalui soalan, petikan
atau bahan rangsangan yang lain
b) Mewujudkan disiplin yang baik di dalam kelas
a) Mewujudkan suasana yang terkawal agar pengetahuan dan nilai yang hendak
diserapkan berjaya diserapkan dengan berkesan
PERANAN YANG DIMAINKAN OLEH GURU:
murid berdasarkan objektif pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu,
penilaian bukan sahaja meliputi pencapaian dan kemajuan dalam
pelajaran tetapi juga merangkumi pentaksiran semua aspek
perkembangan mental dan fizikal, minat, sikap, bakat, emosi dan
sosial.
Penilaian bukan bertujuan untuk membandingkan pencapaian
di kalangan murid tetapi untuk mengukur kekuatan dan kelemahan
pembelajaran murid. Oleh itu, penilaian hendaklah dianggap sebagai
satu alat untuk mendapatkan maklumat dan data yang berguna untuk
mengatasi masalah pengajaran dan pembelajaran.
Penilaian harus dilaksanakan secara tidak formal dan formal
terhadap perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor. Penilaian
secara tidak formal dilakukan oleh guru tanpa memberitahu murid
terlebih dahulu. Ini boleh dijalankan melalui pemerhatian, lisan, soal
jawab, temu ramah, dialog dan kuiz. Penilaian secara formal
dijalankan oleh guru dengan memberitahu murid terlebih dahulu.
Penilaian ini dijalankan melalui pemerhatian dengan menggunakan
senarai semak, ujian bertulis dan juga dengan menggunakan pelbagai
jenis item ujian objektif dan subjektif. Ujian adalah sama dan
mempunyai arahan atau peraturan yang ditetapkan bagi semua murid
dalam sesuatu kelas atau kumpulan.
Sistem penilaian KBSR, Tahap 1 mengutamakan penilaian
kemahiran asas 3M manakala Tahap 2 pula menitikberatkan penilaian
tentang perkembangan murid secara menyeluruh, seimbang dan
bersepadu dalam aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Guru sentiasa menjalankan proses penilaian untuk
mendapatkan maklumat dan menentukan sama ada sesuatu
kemahiran dapat dikuasai dan objektif pengajaran tercapai.







Hasil daripada penilaian yang telah dilaksanakan, guru dapat :
a) Mengenal pasti aspek- aspek pengajaran yang baik yang boleh
diteruskan atau sebaliknya.
b) Merancang perubahan- perubahan yang perlu dijalankan.
c) Merangka langkah- langkah membimbing dan membantu murid yang
lambat.

Terdapat dua jenis penilaian dalam proses pengajaran dan
pembelajaran iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif.






Tujuan
Penilaian
meninjau setakat
mana objektif
pengajaran telah
tercapai dan
mengambil
tindakan untuk
memperbaiki
pengajaran
selanjutnya
menentukan
tahap
pencapaian
murid dalam
mata pelajran
dan memberi
markah serta
gred
menentukan
kekuatan dan
kelemahan
murid dalam
menerima
pembelajran
serta
merangsang
tindakan
susulan
mengetahui
keupayaan
murid dalam
menerima
pelajran untuk
menentukan
strategi
pengajaran dan
pembelajaran
seterusnya
merekod
keputusan
penilaian itu
dalam Rekod
Prestasi dan
Rekod Profil
untuk
makluman dan
rujukan pihak
yang berkenaan












Penilaian formatif ialah penaksiran yang sistematik yang dijalankan
sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran setelah guru dapat
mengesan tahap penguasaan sesuatu unit kemahiran pelajaran muridnya.
Maklumat yang diperoleh dapat digunakan serta merta dan terus- menerus
untuk membantu murid dan guru dalam mencapai matlamat pengajaran dan
pembelajaran itu.
Penilaian ini menggunakan pemerhatian, latihan dan senarai semak
untuk mengesan penguasaan murid dalam sesuatu kemahiran yang sedang
diajar dengan cepat. Penilaian formatif bukan bertujuan untuk mengukur atau
menggredkan pencapaian dan kebolehan murid, sebaliknya penilaian
formatif boleh menjadi alat rangsangan untuk pembelajaran. Murid yang
lambat seharusnya mendapat bimbingan, manakala murid yang maju, boleh
melakukan aktiviti pengayaan yang mencabar.

JENIS
PENILAIAN
PENILAIAN
FORMATIF
PENILAIAN
SUMATIF


Penilaian Sumatif mengukur pencapaian terhadap objektif yang
luas meliputi keseluruhan tajuk dan bidang yang diajarkan dalam satu
jangka waktu tertentu. Melalui penilaian ini, guru dapat menentukan
sejauh mana objektif pengajaran telah dicapai dan juga
membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid yang
lain.
Penilaian Sumatif dijalankan secara formal dengan
menggunakan ujian bertulis, kemahiran amali atau soal jawab secara
lisan. Selepas memeriksa jawapan murid, markah dan gred akan
diberi untuk direkodkan di dalam senarai semak dan rekod profil. Guru
boleh menggunakan maklumat penilaian sumatif untuk menentukan
siapa yang memerlukan pemulihan atau pengayaan atau
menempatkan semula murid dalam kumpulan yang lebih sesuai. Di
samping itu, maklumat yang diperoleh boleh membantu guru
mentaksir keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.




Langkah- langkah
apabila menjalankan
penilaian formatif
secara tidak formatif
i) Menentukan unit
atau topik
pembelajaran
Menentukan
peringkat atau tahap
pencapaian yang
dikehendaki
Menyusun perkara-
perkara yang akan
diuji dalam unit
Membina item- item
ujian
Mencadangkan
langkah- langkah
pemulihan,
pengukuhan dan
pengayaan untuk
kemahiran yang
berkenaan

3.4 PENGAYAAN
Cabang konsep yang terakhir ialah aktiviti pengayaan. Aktiviti
pengayaan melibatkan murid-murid yang berpencapaian melebihi
sederhana atau murid-murid pintar cerdas. Konsep ini mengambil kira
bahawa murid-murid yang pintar cerdas adalah cepat dalam
menyiapkan latihan, kerja atau aktiviti yang diberikan kepada mereka.
Konsep ini dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti tambahan kepada
aktiviti-aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan di dalam atau di luar
bilik darjah. Pada kebiasaannya aktiviti pengayaan dijalankan ke atas
kumpulan murid yang telah mencapai tahap yang memuaskan atau
telah menguasai kemahiran asas.
Aktiviti ini mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan
pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang
sedang dipelajari oleh murid. Aktiviti pengayaan juga dapat membuka
peluang kepada murid untuk mengembangkan minat, daya kreativiti,
sifat ingin tahu, bakat kepimpinan serta dapat melibatkan diri dalam
membuat keputusan untuk diri, kumpulan dan juga masyarakat.
Objektif bagi aktiviti pengayaan adalah untuk membolehkan
murid menjalani aktiviti yang lebih mencabar kebolehan mereka
disamping menambahkan minat dan pengalaman yang dapat
membantu mereka ke arah perkembangan diri dan bakat mereka.
Selain itu aktiviti ini juga dapat membuatkan murid berminat untuk
belajar sendiri dan mempunyai sifat berdikari bagi membolehkan
mereka meneruskan pembelajaran seumur hidup serta melahirkan
daya kreativiti menerusi pemikiran dan kebolehan untuk menilai kerja
mereka sendiri.
Guru harus meneliti beberapa perkara dalam usaha
menyediakan aktiviti pengayaan. Antaranya ialah memberi penekanan
kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan eksperimental, membuat kerja
sendiri dan hasilan kendiri, menggunakan daya usaha sendiri,
memberi peluang untuk mengembangkan sifat kepimpinan sosial,
menggunakan kaedah dan organisasi yang mudah ubah dan
melibatkan pembacaan luas
















Penilaian hasil aktiviti pengayaan murid sepatutnya dibuat
untuk membantu guru melihat keberkesanan program pengayaan.
Penilaian yang sesuai adalah seperti memberi soal selidik tentang
sikap, nilai dan pengalaman yang diperoleh oleh murid semasa aktiviti
pengayaan. Dengan ini guru juga dapat menilai sejauh mana aktiviti-
aktiviti yang diberi dapat memenuhi kehendak atau keperluan murid.
Selepas mendapat maklumat, guru hendaklah membuat laporan
tentang individu atau kumpulan untuk tindakan susulan.

AKTIVITI
PENGAYAAN
Bacaan
tambahan
Kerja projek
Permainan
dan rekreasi
Pembelajaran
akses kendiri
Penggunaan
komputer
3.5 PEMULIHAN
Konsep seterusnya ialah konsep pemulihan. Konsep ini telah
dibentuk dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang sesuai bagi
membantu murid yang mengalami masalah dalam kemahiran asas
3M. Pendidikan pemulihan adalah lebih terbatas dan lebih khusus
sifatnya kerana ia bertujuan membaiki kelemahan pembelajaran. Ia
melibatkan murid-murid yang lambat, iaitu mereka yang lemah
mencapai pembelajaran berbanding dengan kanak-kanak yang lain.
Pencapaian pembelajaran murid-murid ini biasanya di bawah tahap
pencapaian yang sepatutnya (Koh Boh Boon, 1982).
Rasionalnya pendidikan pemulihan adalah amat penting kerana
melalui pendidikan pemulihan murid-murid yang lemah dapat diasuh
dan diberikan tumpuan yang lebih berbanding murid lain. Hal ini
berlaku kerana murid adalah berbeza dari segi pengalaman, minat
dan juga kebolehan. Oleh itu murid yang lemah atau menghadapi
masalah tertentu perlulah diberi perhatian dan bimbingan. Objektif
pendidikan pemulihan diadakan adalah untuk membolehkan murid-
murid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu dengan mengikuti
aktiviti-aktiviti alternatif yang sesuai dengan murid.
Selain itu pendidikan pemulihan ini juga membolehkan murid-
murid mendapat layanan dan kemudahan belajar yang sesuai dengan
kemampuan dan perkembangan mental mereka di samping
membolehkan murid mengurangkan masalah yang dihadapi melalui
bantuan guru-guru dan juga pihak lain. Murid juga turut diberikan
peluang untuk mencuba mengembangkan potensi diri mereka dalam
pelajaran dan minat mereka untuk mencuba ke tahap yang lebih maju
serta sama-sama melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti-aktiviti
sosial sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.
Antara faktor yang membawa kepada masalah pembelajaran
ialah apabilawujudnya perasaan tidak yakin, rendah diri dan takut
dalam kalangan murid. Selain itu masalah pembelajaran juga berlaku
akibat daripada sikap negatif yang ada dalam diri murid tersebut
sendiri seperti tidak mahu mengikut kata, tingkah laku yang kurang
baik serta disiplin diri yang rendah. Faktor kecacatan sejak lahir dan
selepas lahir juga turut menyumbang kepada masalah pembelajaran.
Murid yang mengalami kecacatan ini akan ditempatkan disekolah
khas yang bersesuaian dengan keadaan mereka.
Aktiviti pemulihan boleh dilakukan melalui lima kaedah iaitu
pengajaran individu, pengajaran kumpulan kecil, pengajaran
kumpulan besar, pengajran bimbingan rakan sebaya dan juga
pengajaran kolaboratif. Bagi pengajaran individu guru akan
membimbing murid bagi mengatasi masalah yang dihadapi dengan
alat bantuan yang sesuai manakala bagi pengajaran kumpulan kecil
pula guru akan membimbing murid yang berada dalam kelompok
kumpulan yang sama dan mempunyai masalah yang sama tetapi
mendapat perhatian secara individu dari guru.
Beberapa langkah khas harus diambil kira ketika menjalankan
langkah-langkah pemulihan bagi memastikan objektif aktiviti
pemulihan tercapai seperti membuat perancangan dan memilih teknik
pengajaran yang sesuai, menentukan masalah yang sama tidak
berulang, mengikuti kemajuan murid dengan menggunakan senarai
semak dan juga membuat penentuan aktiviti penhukuhan yang sesuai
dan secocok bagi menyelesaikan masalah. Setelah selesai proses
pemulihan sebagaimana yang telah dijadualkan satu penilaian harus
dilakukan bagi menguji tahap penguasaan murid. Penilaian ini
bertujuan bagi memastikan sama ada objektif pengajaran pemulihan
terlah tercapai atau tidak dan tindakan susulan akan diambil ke atas
murid.
Secara keseluruhannya pelaksanaan konsep 5P ini dalam
KBSR adalah penting dan wajar demi meningkatkan kredibiliti anak
bangsa. Konsep integrasi dalam kurikulum dan pengajaran yang
diterapkan adalah ke arah pembangunan individu insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Di dalam KBSR konsep ini membawa maksud bahawa penguasaan
ilmu pengetahuan, kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nilai
murni secara bersepadu dan menyeluruh.

3.6 RUMUSAN

You might also like