You are on page 1of 22

GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

- 1 - NOMBOR MATRIK :

INTEGRITI

1.0 PENGENALAN

Dunia amnya telah akur dengan kenyataan bahawa Malaysia merupakan sebuah
negara yang sedang membangun yang amat disegani. Berupaya mencapai kejayaan
besar dalam pelbagai bidang, dan kini sedang gigih berusaha menjadi sebuah
negara maju menurut acuan sendiri menjelang tahun 2020, Malaysia seharusnya
bersedia dalam segala bidang dan perlu menangani masalah dengan memperkukuh
dan pempertingkatkan potensi sedia ada. Transformasi ke arah menjadi masyarakat
maju bukan sahaja diasaskan kepada kemajuan ekonomi, ia juga bersandarkan
kepada kemajuan dalam pembangunan sosial, budaya, intelek dan rohani
masyarakat setempat. Antara fokus terpenting untuk mencapai hasrat ini ialah
dengan peningkatan dan pemantapan etika dan integriti yang perlu menjadi budaya
masyarakat. Hanya dengan inilah barulah kejayaan yang disasarkan dapat dicapai
dan dilestarikan.

Apa itu integriti? Di mana-mana sahaja sering dibualkan tentang kurangnya integriti
di kalangan orang ramai, pekerja di sektor awam dan swasta, organisasi bahkan
mereka di kampung juga tidak terkecuali. Integriti adalah pengukur utama amanah,
kompetensi, profesionalisme dan keyakinan kepada individu dan organisasi. Masing-
masing sibuk bercakap tentang integriti. Jadi apakah maksud sebenar integriti ini.




GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

- 2 - NOMBOR MATRIK :

2.0 DEFINISI INTEGRITI .
Integriti, menurut Kamus Dewan Bahasa bermaksud kejujuran dan ketulusan,
kesempurnaan, dan keutuhan. Ia juga berkait rapat dengan keikhlasan, keterbukaan,
ketelusan, dan amanah. Integriti secara umumnya boleh didefinisikan sebagai
peribadi mulia yang terdapat pada individu meliputi nilai-nilai amanah, jujur , ikhlas,
sabar, tidak rasuah, berlapang dada, telus, bertanggungjawab dan ciri-ciri positif
yang lain. Oleh itu , seseorang yang dikatakan berintergriti mestilah berakhlak mulia
dan mengamalkan nilai-nilai murni di atasialah kualiti unggul yang wujud secara
keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Integriti berkait rapat dengan
etika. Ia adalah berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan sehari-
hari.
Menurut Sulaiman Mahbob, Presiden Institut Integriti Malaysia menyatakan bahawa
"integriti adalah kewibawaan dan boleh ditakrifkan sebagai keutuhan. Sebenarnya
integriti itu adalah keseluruhan pembawaan kita dari segi peribadi, tutur kata dan
sopan santun". Menurut beliau lagi, integriti berasal daripada Bahasa Inggeris yang
lebih kurang maknanya adalah berpegang teguh kepada prinsip kejujuran serta
mempunyai prinsip moral yang tinggi .
Secara ringkasnya, integriti boleh dibincangkan kepada dua bahagian iaitu, pertama
bersabit dengan individu, kedua integriti di peringkat organisasi. Namun begitu, pada
umumnya integriti merujuk kepada himpunan kualiti unggul yang wujud di kalangan
individu dan kualiti ini berteraskan kepada prinsip berpegang teguh kepada kejujuran
dan amalan bermoral tinggi..

GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

- 3 - NOMBOR MATRIK :

2.1 Integriti Individu
Di peringkat individu, integriti ialah keselarasan di antara tindakan dengan prinsip
moral, etika dan undang-undang, serta keselarasan di antara kepentingan diri
dengan kepentingan umum.
2.2 Integriti Organisasi
Sementara itu di peringkat organisasi tercermin dalam perumusan dan perlaksanaan
kod etika, piagam pelanggan atau sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada
amalan terbaik. Kod etika berkenaan ditegaskan, diulangi dan dihayati oleh anggota
organisasi berkenaan sehingga menjadi kebiasaan dan akhirnya menjadi budaya
organisasi (corporate culture).
2.2.1 Integriti Penjawat Awam
Melaksanakan amanah dan kuasa yang diberi untuk kepentingan umum. Tidak
menyalahguna guna kuasa untuk kepentingan diri. Beri keutamaan kepada
kepentingan awam bila berlaku konflik.
Secara idealnya integriti sama ada di peringkat individu ataupun organisasi
bermaksud 'code of behavior'. Jika semua orang melaksanakan kod ini dengan baik
mengikut lunas-lunas yang ditetapkan oleh agama dan masyarakat bertamadun,
nescaya sebuah masyarakat atau negara itu akan maju dan bertamadun. Soalnya,
mengapa integriti ini sukar dicapai. .
Terdapat banyak kes yang menjadi bukti mengapa integriti sukar dicapai malah
masalah tiada integriti masih menjadi masalah utama kepada negara. Kita sering
mendengar bagaimana seorang penjawat awam mahupun swasta menerima rasuah
untuk memudahkan sesuatu proses yang melibatkan kepentingan umum. Rasuah
GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

- 4 - NOMBOR MATRIK :

untuk mendapatkan tender, rasuah untuk memotong barisan, rasuah untuk mengelak
dari dikenakan hukuman dan macam-macam lagi. Pada satu tahap amalan tidak
berintegriti seperti memberi dan menerima rasuah ini, seakan-akan sudah menjadi
sebahagian dari budaya yang diamalkan oleh sebilangan ahli masyarakat.
Sebenarnya, kita tidak perlu melihat terlalu jauh atau besar tentang masalah
tiadanya integriti. Tidak perlu sangat untuk kita bincang bagaimana rasuah telah
menjadi barah kepada masyarakat kini. Sebelum kita membincangkan tentang
masalah integriti di kalangan orang lain, elok kita halusi diri kita sendiri. Secara
ringkasnya, integriti ini merujuk kepada cara kita bertingkah laku. Apakah tujuan kita
melakukan itu dan ini? Bagaimana dengan niatnya? dan lebih penting ialah cara atau
kaedah untuk mencapai tujuan dan niat itu mestilah dilakukan dengan betul. Maksud
betul ialah mengikut ajaran agama dan mematuhi undang-undang.
3.0 ETIKA DAN NILAI
Etika ialah himpunan norma serta piawai moral yang mendasari integriti. Berperanan
sebagai kod tingkah laku yang menjadi garis panduan bagi menentukan bagaimana
sesuatu konflik yang dihadapi individu dapat diselesaikan atau ditangani untuk
mengoptimumkan faedah atau manfaat bagi individu dan orang ramai dalam
kehidupan bersama. tanggungjawab dan akibat tingkahlaku seseorang atau
profesyen terhadap masyarakat. Seseorang anggota Perkhidmatan awam
berkewajipan memahami tanggungjwab terhadap peranan dan perilaku seseorang
pekerja dalam Kerajaan.
Nilai merupakan satu set pegangan yang menjadi asas bagi pembentukan sikap dan
kelakuan individu. Ia memberikan kriteria bagi menentukan yang baik dan buruk,
GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

- 5 - NOMBOR MATRIK :

yang diingini dan tidak diingini. Nilai seseorang atau sesuatu kelompok dipengaruhi
oleh budaya dan agama.
4.0 PELAN INTEGRITI NASIONAL (PIN).
Menyedari tentang pentingnya integriti di kalangan masyarakat, kerajaan telah
menyediakan dan melaksanakan Pelan Integriti Nasional (PIN). Pelan ini
dibangunkan dengan fokus utamanya untuk menanam dan memupuk budaya etika
dan integriti dikalangan semua lapisan masyarakat Malaysia. Pelan seumpama ini
membolehkan kerajaan merancang pelbagai program secara teratur dalam usaha
membudayakan etika dan integriti masyarakat. Sebelum ini telah terdapat pelbagai
usaha yang dilakukan, tetapi didapati usaha-usaha ini tidak konsisten dan tidak
menyeluruh, dan hasilnya sebilangan besar usaha-usaha ini menemui kegagalan
terutamanya dalam usaha mewujudkan kerjasama semua sektor. Skop dan konsep
yang dibawa oleh PIN kelihatannya lebih menyeluruh dalam memberi panduan
kepada setiap komponen masyarakat untuk membudayakan integriti.
PIN yang dilancarkan pada 23 April 2004, oleh bekas Perdana Menteri Malaysia
yang kelima, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi, adalah selaras untuk membentuk
sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya
mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi
pekerti yang luhur. PIN menetapkan lima sasaran keutamaan yang perlu dicapai
iaitu:-
i) Mengurangkan gejala rasuah, penyelewangan dan salah guna kuasa
secara berkesan.
ii) Meningkatkan kecekapan dalam system penyampaian perkhidmatan
awam dan mengatasi karenah birokrasi.
GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

- 6 - NOMBOR MATRIK :

iii) Meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan.
iv) Memantapkan institusi keluarga.
v) Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan mesyarakat.

5.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MENJEJASKAN INTEGRITI
Terdapat beberapa faktor yang boleh menjejaskan integriti. Faktor tersebut boleh
dibahagikan kepada lima kategori iaitu kepimpinan, system dan prosedur, struktur
dan institusi, budaya dan individu.
5.1 Kepimpinan
Kepimpinan sangat penting dalam mengekalkan budaya organisasi dan masyarakat
serta tahap intergriti . Kepimpinan pelbagai peringkat perlu mampunyai azam dan
iltizam yang teguh untuk mamberikan pedoman serta tunjuk ajar dan melakukan
perubahan untuk kebaikan. Iltizam yang lemah akan menyebabkan merosotnya
integriti . Begitu juga pemimpin yang tidak menunjukkan teladan yang baik.
Pemimpin juga perlu mematuhi undang-undang prosedur dan peraturan yang
ditetapkan. Sebarang tindakan pemimpin mengeluarkan arahan yang bercanggah
dengan undang-undang , prosedur dan peraturan yang ditetapkan akan menjejaskan
intergriti.
5.2 Sistem Dan Prosedur
Sistem dan prosedur merangkumi pelbagai perkara dan aspek. Penguatkuasaan
yang tidak berkesan dan ada kalanya dilakukan secara terpilih. Kurang ketelusan
dalam urusan yang melibatkan kepentingan awam, misalnya dalam urusan tender.
Kelemahan system, prosedur serta garis panduan bagi menjalankan tugas.
GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

- 7 - NOMBOR MATRIK :

Kelemahan ini boleh menyebabkan ketidak cekapan, kecelaruan dan perselisihan
pendapat dikalangan pekerja.
5.3 Struktur Dan Institusi
Institusi yang mempunyai matlamat atau kepentingan yang bertentangan antara satu
sama lain juga boleh menjejaskan intergriti. Ada institusi yang memupuk nilai murni
sedangkan ada institusi lain menyebarkan nilai-nilai yang sebaliknya. Pertentangan
kepentingan antara institusi yang berlaku secara berterusan boleh menyebabkan
kecelaruan dan krisis nilai. Skop , tugas dan tanggungjawab antara institusi perlu
diperincikan dan dikoordinasi dengan baik. Pertindihan dalam tugas boleh
mengakibatkan persaingan yang tidak sihat serta pengaibaian tanggungjawab.
5.4 Budaya
Persekitaran amat penting dalam mempengaruhi individu dari segi pembentukan nilai
dan tingkah laku. Budaya dipengaruhi oleh sejarah dan pekembangan semasa.
Budaya yang menjunjung tinggi intergriti akan memberi persekitaran yang sesuai
untuk individu tidak menyimpang dalam tingkah lakunya. Budaya yang sebaliknya
akan mempangaruhi merka untuk tidak ambil peduli, tidak bertanggungjawab dan
melepaskan tenggungjawab kepada orang lain.
5.5 Individu
Faktor utama yang menyebabkan kemerosotan intergriti ialah diri sendiri. Individu
yang lemah didikan agama dan penghayatan nilai-nilai murni , lemah disiplin diri dan
etika akan mengakibatkan diri dalam pelbagai salah bentuk tinglahlaku.
Kemerosotan intergriti juga boleh berlaku sekiranya individu itu hanya melihat
kelemahan orang lain. Tekanan hidup juga boleh menyebabkan individu terlibat
GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

- 8 - NOMBOR MATRIK :

dalam kegiatan rasuah , penyalahgunaan kuasa, penyelewangan dan gejala tidak
bermoral.
6.0 BAGAIMANA UNTUK MEMPERTINGKATKAN INTERGRITI
Bagi mempertingkatkan intergriti tumpuan harus diberi kepada peningkatan secara
menyeluruh iaitu bermula daripada peringkat akar umbi hingga ke peringkat atas.
Semua pihak serta sektor perlu mengambil bahagian iaitu institusi keluarga,
komuniti, masyarakat, sektor agama, sosiobudaya, ekonomi, politik dan pentadbiran.
Dengan penglibatan yang menyeluruh semua pihak dari semua lapisan dan sektor
masyarakat dalam usaha meningkatkan integriti maka ia mempunyai kekuatan dan
keampuhannya yang tersendiri. Tugas untuk mempertingkatkan intergriti merupakan
tanggungjawab semua rakyat Malaysia. Setiap individu dalam pelbagai peranan
yang berbeza perlu memastikan supaya nilai murni diterapkan dan diamalkan pada
diri sendiri, anggota keluarga serta masyarakat disekeliling.
6.1 Peningkatan Intergriti Dalam Institusi Keluarga
Keluarga adalah unit paling asas bagi pembentukan sikap dan nilai murni dalam diri.
Keluarga membimbing tingkah laku dan membentuk serta memantapkan intergriti.
Tumpuan pembentukan nilai-nilai murni harus bermula daripada kanak-kanak
manakala ibu bapa dan penjaga harus membimbing dan menjadi teladan yang baik.
Dengan demikian, dalam gerakan pemantapan intergriti, institusi keluarga
memainkan peranan utama.
6.2 Peningkatan Intergriti Dalam Komuniti
Komuniti terdiri daripada keluarga dan kelompok-kelompok kejiranan yang menjalin
rangkaian sehingga menjadi komuniti yang lebih luas. Dalam komuniti terdapat
GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

- 9 - NOMBOR MATRIK :

pelbagai institusi tradisional seperti ketua kampung, imam, penghulu, pemanca dan
ketua kaum yang sepatutnya menyemai nilai-nilai murni masyarakat kepada generasi
baru. Kewujudan institusi seperti ini membantu pembentukan identiti berlandaskan
nilai tradisi. Pertubuhan dan institusi ini perlu diperkukuhkan dan peranan mereka
dityimgkatkan untuk bersama-sama denganinstitusi keluarga dan lain-lain dalam
gerakan pemantapan intergriti ini akan menyumbang kepada usaha pembudayaan
intergriti dikalangan anggota masyarakat.
6.3 Peningkatan Intergriti Dalam Politik
Cabaran terbesar parti dan ahli politik terutamanya bagi perti yang memegang kuasa
ialah memantapkan intergriti dan menangani harapan rakyat yang kian meningkat.
Hasil kemajuan pendidikan dan pendedahan kepada dunia luar, rakyat senakin sedar
tantang hak mereka. Dengan itu mereka semakin tidak teragak-agak untuk
mengemukakan tuntutan bagi mendapatkan hak mereka itu. Rakyat juga mahu
gelanggang politik menjadi medan yang bersih dan landasan memajukan
masyarakat dan negara. Jsteru rakyat menuntut mereka yang menceburi politik atau
yang berkuasa supaya bersifat amanah, telus, bertanggugjawab, serta benar-benar
berkhidmat demi kepentingan rakyat dan negara. Wakil-wakil rakyat juga dikehendaki
berpegang pada etika dan prinsip bekerja bersama-sama ketua, bukan untuk ketua,
tetapi untuk rakyat dan negara.
6.4 Peningkatan Intergriti Dalam Institusi Agama
Institusi agama sangat penting dalam membina intergriti individu, masyarakat dan
negara. Pembinaan ini dilakukan dengan menyemai nilai-nilai moral dan etika di
dalam diri individu dan keluarga berlandaskan ajaran agama masig-masing. Ia juga
dilakukan dengan menerapkan nilai-nilai murni dalam pengurusan pelbagai institusi
GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

- 10 - NOMBOR MATRIK :

lain termasuk pendidikan, media, ekonomi, politik dan pentadbiran. Oleh yang
demikian, institusi agama perlu memainkan peranan sebaik mungkin. Sikap saling
menghormati antara penganut pelbagai agama perlu ditingkatkan. Niali-nilai murni
yang sejagat sifatnya daripada pelbagai agama perlu diketengahkan serta
dimanfaatkan untuk meningkatkan perpaduan dan saling kefahaman antara
penganut mereka.
6.5 Peningkatan Intergriti Dalam Institusi Ekonomi
Pemacu utama dalam bidang ekonomi ialah sektor swasta yang menjadi penjana
pertumbuhan ekonomi Negara. Kejayaan sektor swasta bergantung kepada
keupayaan menangani persaingan dan persekitaran yang mencabar. Dalam kontek
ini sungguhpun sektor swasta memainkan peranan penting sebagai pemacu
pertumbuhan ekonomi dan menyediakan pekerjaan untuk rakyat, ia juga terlibat
dalam gejala rasuah dan amalan tidak beretika yang lain. Pelbagai skandal
melibatkan syarikat besar di negara maju menunjukkan pentingnya isu integriti
menjadi agenda utama untuk dilaksanakan tanpa mengira negara maju ataupun
negara membangun seperti Malaysia. Keuntungan menjadi titik tolak dan juga
matlamat syarikat dan perniagaan. Apabila berdepan dengan cabaran yang
menjejaskan keuntungan, pihak majikan sering memindahkan beban cabaran itu
kepada pekerja. Justeru soal etika dan intergriti dalam perniagaan dan keseluruhan
ruang ekonomi sangat penting. Perkara di atas menegaskan satu hakikat pokok
bahawa peningkatan etika dan intergriti amat perlu diterapkan dalam bidang
ekonomi.


GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

- 11 - NOMBOR MATRIK :

6.6 Peningkatan Intergriti Dalam Institusi Sosiobudaya
Institusi sosiobudaya yang merangkumi pendidikan, kesihatan, rekreasi dan sukan,
media massa serta seni sastera dan warisan turut memainkan peranan membina dan
mengukuhkan intergriti masyarakat dan negara. Institusi ini menyumbang kepada
pembinaan modal sosial, meningkatkan kesihatan dan keceriaan, memupuk
perasaan kekitaan, menangani gejala sosial dan lain-lain. Institusi pendidikan
memainkan peranan yang amat penting dalam pembinaan insan yang beretika dan
beranggungjawab, selain berperanan menyediakan sumber manusia yang
berpengetahuan, berkemahiran, komited dan cekap. Dengan demikian institusi ini
mempunyai pengaruh yang amat besar terhadap pengukuhan intergriti keluarga,
komuniti den seterusnya mesyarakat dan negara. Komponen lain seperti media
massa, seni, sastera dan warisan membentuk sikap serta pandangan mengenai
dunia dan kehidupan masyarakat dan negara. Kesemua komponen tersebut turut
menyemai nilai-nilai bagi pembinaan insan dan pembentukan identiti. Justeru itu
komponen-komponen ini perlu digembeleng dalam usaha pemantapan intergriti.







GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

- 12 - NOMBOR MATRIK :

7.1 ULASAN KERATAN AKHBAR.
Berdasarkan keratan-keratan akhbar yang dilampirkan dapat kita lihat kekurangan
intergriti yang berlaku di mana-mana sahaja. Ianya merupakan masaalah sejagat
dan berlaku di semua negara di dunia ini termasuklah di negara-negara maju seperti
Amerika Syarikat.

Kebanyakan masaalah yang sering diperkatakan serta didedahkan didalam akhbar
adalah masaalah berkaitan intergriti seperti pecah amanah, ponteng kerja, masaalah
birokrasi, sindrom bangau oh bagau, mencuri serta berbagai-bagai kesalahan displin
dan yang paling ketara ialah masaalah rasuah.
Menurut bekas Ketua Setiausaha Negara itu adalah (Ahmad Sarji, 2005:111): Dalam
melaksanakan hasrat kerajaan untuk melahirkan pegawai perkhidmatan awam yang
berintegriti tinggi, pihak kerajaan sering berhadapan dengan pelbagai cabaran di
mana ia berkaitan dengan perbuatan tidak beretika pegawai awam. Di antara contoh
perbuatan yang dianggap tidak beretika ialah:
i) Rasuah, sogokan, pilih kasih dan menyalahgunakan pengaruh
ii) Bertindak secara yang bercanggah dengan kepentingan awam seperti
membuat urusniaga atas tujuan kepentingan diri atau melakukan kerja luar
semasa memegang jawatan
iii) Menyalahgunakan maklumat kerajaan
iv) Menyalahgunakan harta kerajaaan
v) Menggunakan tekanan dengan menggunakan kedudukan rasmi atau menjual
pengaruh; dan
GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

- 13 - NOMBOR MATRIK :

vi) Memberi pengecualian dalam menguatkuasakan undang-undang
Di Malaysia, rasuah bukanlah menjadi isu yang serius berbanding dengan negara-
negara membangun yang lain. Bagaimanapun, kerajaan memberi perhatian utama
mengenai gejala tersebut bagi membenteras amalan itu daripada terus berleluasa.
Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008 (SPRM 2008) diluluskan oleh
Parlimen dan dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2009. Matlamat utama akta SPRM
ialah untuk menggalakkan intergriti dan kebertanggungjawaban pentadbiran sektor
awam dan swasta dengan menubuhkan suatu badan pencegahan rasuah yang
bebas dan bertanggungjawab. Mendidik pihak berkuasa awam, pegawai awam dan
orang awam tentang rasuah dan kesan buruknya terhadap pentadbiran sektor awam
dan swasta serta komuniti.
Bagi menangani isu intergriti dan persepsi rasuah kerajaan telah melaksanakan
Pelan Intergriti Nasional (PIN) yang menyediakan rangka kerja dan panduan strategi
dan hala tuju kepentingan rakyat Malaysia, perkhidmatan awam, kerajaan, korporat
dan etika perniagaan. PIN juga bertujuan memantau dan menanda aras, menilai
prestasi tahunan mengikut piawai dan amalan yang selaras dengan ciri khusus
masyarakat dan negara Malaysia di samping amalan antarabangsa.
Serentak dengan pelancaran PIN, Kerajaan juga menubuhkan Institut Integriti
Malaysia (IIM). Kerajaan yakin sebagai mekanisme pelaksana dan pengkoordinasi
pelaksanaan PIN, Institut ini akan dapat menjalankan tugasnya dengan baik dan
berkesan.

Bagi menyelesaikan kemelut isu klip video satu Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk
menyiasat klip video berkaitan dakwaan campurtangan dalam perlantikan hakim. Ia
GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

- 14 - NOMBOR MATRIK :

secara tak langsung membuktikan kerajaan telus sekiranya terdapat sebarang kes
yang diragui. Ini bagi member gambaran sebenar serta mangembalikan intergriti
penjawat awam terutama jabatan yang terlibat iaitu pasukan Polis Diraja Malaysia.

Suruhanjaya Aduan Khas ditubuhkan kerajaan bagi menangani aduan berhubung
salah laku agensi penguatkuasa. Sejak pelaksanaan sistem ini lebih 2,000 penjawat
awam telah dihukum atas dakwaan rasuah. Ini akan membersihkan jabatan kerajaan
daripada anasir-anasir yang tidak sihat tersebut.

Ketelusan dan rasa tanggungjawab dalam sektor awam ditingkatkan menerusi
penggunaan sistem tender yang diperluaskan. Garis Panduan Pelaksanaan Sistem
Audit Nilai Dalam Perkhidmatan Awam juga dilaksanakan bagi tujuan meningkatkan
intergriti di kalangan kakaitangan awam.

Suhakam juga yang dibentuk di bawah Akta Parlimen berperanan untuk
memantapkan isu-isu intergriti. Ketelusan kerajaan dalam membenteras rasuah
diakui oleh Transparency International (TI) yang berpengkalan di Jerman. Mereka
menyifatkan usaha kerajaan memerangi rasuah sebagai usaha yang bersungguh-
sungguh dan komited. Mereka juga mengakui Malaysia, negara paling aktif
membenteras gejala ini. Kenyataan sebegini member tangapan yang baik untuk
kerajaan dan pelabur luar untuk melabur dalam Malaysia. Dalam kelembapan
ekonomi dunia hari ini, pelabur asing masih percaya Malaysia sebuah negara yang
selamat dan ekonominya stabil. Para pelabur asing terus mencatat pertambahan
kerana keyakinan ke atas ekonomi negara yang mampan.
GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

- 15 - NOMBOR MATRIK :

Kerajaan bersungguh-sungguh memerangi gejala intergriti di Malaysia. Kakitangan
awam diminta agar meningkatkan lagi integriti bagi menangkis tohmahan segelintir
pihak terhadap kerajaan yang cuba dikaitkan dengan rasuah, tidak adil dan berlaku
zalim terhadap rakyat. Kakitangan awam perlu sedar bahawa sejak kebelakangan ini
terutamanya selepas pilihan raya umum lalu, imej berkenaan cuba dilabelkan untuk
sedikit sebanyak mencemarkan nama baik kerajaan.

Masaalah rasuah kebanyakan berlaku akibat oleh individu itu sendiri. Seseorang itu
tahu bahawa rasuah dilarang oleh agama dan undang-undang, tetapi dilakukan juga
dengan seribu satu alasan peribadi. Hal ini termasuk dalam teori Technique of
Neutralization oleh Grisham Sykes dan David Matza. Mereka mengatakan,
Lakukan rasuah secara rahsia asalkan tiada siapa yang tahu. Sikap mahu hidup
mewah, riak, menunjuk-nunjuk, tamak, ingin cepat kaya dan sebagainya adalah
pendorong berlakunya rasuah bagi mereka yang lemah keperibadiannya.

Kepimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada pemantauan,
lembap menjalankan tugas dan terbuka kepada penyelewengan khususnya rasuah.
Masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk
wang dan benda, sempena menyambut hari-hari kebesaran hari perayaan, majlis
hari jadi, hari perkahwinan dan sebagainya. Hari yang baik ini memberi kesempatan
kepada perasuah dan penerima rasuah melakukan rasuah sama ada diminta,
disogok atau diumpan tanpa disedari. Pembangunan sosial ekonomi yang tidak
diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya
rasuah. Projek pembangunan bercambah seperti cendawan tumbuh. Pengaliran
GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

- 16 - NOMBOR MATRIK :

wang juga akan meningkat. Golongan yang terlibat juga mengambil kesempatan
untuk mengaut untung sebanyak-banyaknya.
Perlumbaan moden memperlihatkan para kontraktor berlumba-lumba mendapatkan
tender. Mereka juga akan berusaha untuk memenangi hati pegawai pengurusan atau
pembuat keputusan. Rasuah diberikan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan
tender, mempercepatkan bayaran, melepaskan hukuman atau tindakan jika gagal
atau lambat menyiapkan projek dan sebagainya.
Sesetengah ahli politik menggunakan kesempatan untuk berbakti kepada
masyarakat dengan menerima dan memberi rasuah untuk mendapatkan kuasa,
memenangi pemilihan jawatan politik, mengumpul kekayaan, menagih populariti dan
sebagainya.
Kebayakan gejala negatif adalah dikaitkan dengan penjawab serta sektor awam
yang menjadi penggerak utama segala usaha kerajaan. Malangnya, jika disebut
tentang sektor awam, tidak dapat tidak, pasti terpacul perihal karenah birokrasi.
Sinonimnya sektor awam dan karenah birokrasi menjadikan pelanggan sinis dan
mengelak daripada berurusan dengannya. Hal ini kerana kerenah birokrasi yang
wujud menjadikan sesuatu permohonan, kelulusan atau urusan menjadi susah dan
lambat.
Keadaan ini bukan sahaja akan melibatkan pembaziran masa, mendatangkan
kesulitan kepada pelanggan dan pembaziran terhadap kos tetapi juga melibatkan
integriti sesebuah agensi yang berkenaan. Jika keadaan ini terus-menerus
diamalkan, kelak pembangunan ekonomi negara akan turut terjejas.
GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

- 17 - NOMBOR MATRIK :

Tugas utamanya adalah untuk memelihara kepentingan rakyat dan berusaha
menambahkan kesejahteraan rakyat. Justeru itu, budaya mesra rakyat dan
mementingkan keperluan dan kehendak pelanggan perlu diutamakan dan diamalkan.
Terdapat aduan dari pelanggan yang tidak berpuashati dengan perkhidmatan yang
diberi.
Masalah asas yang ditimbulkan kebanyakannya ialah mengenai mutu perkhidmatan
kaunter di semua jabatan kerajaan serta budaya minum pagi dan petang di kalangan
kakitangan awam. Malah sering berlaku apabila orang ramai datang ke kaunter untuk
mendapatkan perkhidmatan tetapi pegawai berkenaan tidak ada di kaunter atau
pegawai yang ingin ditemui diberitahu sedang minum teh. Lebih malang, ada yang
mengambil kesempatan untuk minum pagi dan petang terlalu lama dan perbuatan ini
menyusahkan orang ramai yang ingin berurusan.
Sikap sambil lewa, melengah dan menangguhkan kerja yang sebati dengan
kakitangannya bukan sahaja menunjukkan kelemahan pentadbiran malahan
menjejaskan mutu perkhidmatan awam dan kerajaan secara keseluruhan. Kebiasaan
ini ditakuti akan turut memberi peluang kepada kakitangan melakukan rasuah,
penyelewengan dan salah guna kuasa.
Sebarang aduan, teguran dan cadangan daripada orang awam, pegawai dan
kakitangan dalam jabatan perlu dilihat sebagai proses memberi maklum balas
membina ke arah meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sektor awam sendiri.

Majoriti kakitangan awam berpendapatan rendah jika dibandingkan dengan
kakitangan swasta. Biarpun kerajaan telah melaksanakan penyelarasan jadual gaji
GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

- 18 - NOMBOR MATRIK :

yang baru pada September 2007, ketidaksamarataan antara pendapatan dua sektor
tersebut masih ketara, dan hakikatnya masih rendah jika dibandingkan dengan
negara-negara lain yang berdaya saing seperti Malaysia. Berdasarkan keperluan
ekonomi yang mendesak terutamanya bagi kakitangan awam yang berkerja di kota-
kota besar, keperluan sara diri dan keluarga serta kos pengangkutan kadangkala
amat membebankan.
Krisis makanan dan harga barangan keperluan yang terus meningkat telah
menyebabkan sebilangan kakitangan awam terdesak untuk mencari mata pencarian
kedua, dan ada juga yang mengambil jalan mudah dan salah iaitu dengan
mengunakan kuasa dan kedudukan sebagai kakitangan awam untuk melakukan
rasuah atau salahlaku yang lain.
Semua kakitangan awam, dengan sifat berkecuali, adalah tertakluk kepada Kerajaan
semasa yang memerintah. Untuk itu, cabaran kepada pengaruh politik sangat kuat
dalam polisi dan dasar, juga dalam pelaksanaan yang dilakukan oleh semua
kakitangan awam. Seringkali dilihat laporan-laporan akhbar akan campurtangan
dalam pelaksanaan jentera Kerajaan oleh ahli politik telah berlaku. Salahguna kuasa
oleh mana-mana individu berkepentingan adalah tidak wajar, sekalipun seseorang
mempunyai kedudukan tertentu atau mewakili mana-mana kementerian atau jabatan.
Hakikatnya, jawatan dalam politik serta sektor kakitangan awam perlulah dilihat
sebagai jambatan dan ruang untuk menjalankan amanah dan kesejahteran rakyat,
tanpa mengira bangsa dan agama dan apa-apa faktor sekalipun.
Pegawai yang mempunyai peribadi yang rapuh adalah individu yang goyang
penghayatan agamanya. Individu seperti ini, hakikatnya adalah golongan berisiko
untuk menyandang tugas sebagai kakitangan awam, dan mudah terdedah kepada
GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

- 19 - NOMBOR MATRIK :

salahlaku dan salahguna kuasa dalam peluang terbuka. Hakikatnya, agama Islam
serta apa-apa agama merupakan satu bimbingan integriti kepada individu, dan
agama kekal menjadi benteng rohani dalam semua situasi..
Dalam membina negara yang maju, ia mestilah ditunjangi dengan masyarakat yang
berakhlak mulia, yang dilihat melalui penerapan dan penghayatan nilai-nilai agama.

Dapat dirangkumkan bahawa cabaran yang dihadapi ialah keperluan untuk
memastikan setiap warga kakitangan awam mempunyai sikap nasionalisme untuk
membina negara yang utuh dan berdayasaing, semangat jati diri untuk memajukan
diri dan menjauhi unsur-unsur negatif, serta kecintaan yang tinggi kepada profesion
yang dijawat, yang sekaligus berupaya menzahirkan prestasi kerja yang tinggi serta
mengamalkan kepimpinan yang cemerlang yang boleh diteladani dan berupaya
untuk membawa perubahan yang positif. Semua ini adalah pra-syarat pembangunan
insan yang selaras dengan kehendak persekitaran dalaman dan luaran masa kini
dan masa hadapan.
Selain itu, budaya masyarakat yang sentiasa berlumba-lumba untuk mengejar
kemewahan adalah musuh utama yang harus ditangani. Cabaran untuk mengubah
persepsi negatif masyarakat terhadap perkhidmatan awam sendiri yang dikatakan
lembab juga perlu dipandang dengan serius. Sebagai tambahan, mendidik
masyarakat untuk mengamalkan budaya berintegriti juga merupakan cabaran sisi
lain kepada kerajaan, di mana masyarakat yang berintegriti tidak akan memberi
suapan dan menggalakkan salahlaku kakitangan awam berlaku dan berleluasa.

GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

- 20 - NOMBOR MATRIK :

8.0 KESIMPULAN
Kita perlu menangani masalah ini secara menyeluruh dan menyuburkan semula nilai-
nilai murni dalam segala tingkah laku dan tindakan kita. tidak ada gunanya jika
masyarakat malaysia kaya dari segi kebendaan, tetapi muflis dari segi nilai moral,
etika dan integriti. Kesemua ini membolehkan Malaysia menjadi teratur melahirkan
individu terutamanya kaitangan awam yang benitegriti tinggi, dan seterusnya akan
mencapai cita-cita menjadi sebuah negara maju menurut acuan sendiri, serta
membinanya menjadi sebuah negara yang gemilang dan terbilang.
Pemantapan integriti memerlukan perancangan, pelaksanaan, penyelarasan dan
pemantauan berkesan. Gerakan oleh semua sektor masyarakat diyakini dapat
mengkoordinasi segala tindakan ini secara lebih holistik dan menjurus ke arah
pencapaian matlamatnya. Sinergi bersama secara kolektif ini menjadikan
pemantapan integriti satu gagasan dan wadah yang sangat penting dan perlu
dilakukan dengan sistematik, komitmen yang tinggi dan sepenuh keikhlasan. Hanya
dengan kerjasama semua pihak sahaja cabaran melahirkan pegawai perkhidmatan
awam yang berintegriti tinggi dapat diatasi, dan seterusnya melahirkan pegawai yang
mempunyai integriti kelas pertama. Malaysia memerlukan generasi masa hadapan
yang mempunyai integriti yang tidak boleh dipersoalkan. Hanya mereka yang
berkebolehan, bertanggungjawab dan benar-benar jujur sahaja yang layak untuk
menjadi pemimpin. Mereka yang tidak efisyen, tidak kompeten, dan paling utama
korupsi, harus dipinggirkan terus. Gerakan pemantapan integriti memberi tumpuan
kepada peningkatan integriti daripada peringkat akar umbi hingga ke peringkat atas.
Kesemua komponen dan sektor berikut dilibatkan, iaitu keluarga, komuniti, dan
masyarakat sivil, membawa kepada sektor agama, sosiobudaya, ekonomi, politik dan
GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

- 21 - NOMBOR MATRIK :

pentadbiran. Dengan demikian, gerakan ini benar-benar bersifat menyeluruh dengan
meliputi semua lapisan dan sektor negara dan masyarakat. Oleh sebab pendekatan
ini melibatkan penjalinan kekuatan pelbagai 'institusi dari bawah' serta
penggemblengan keseluruhannya dengan 'pihak atas' untuk tujuan meningkatkan
integriti, maka ia mempunyai dinamisme dan keampuhannya yang tersendiri.
Selain daripada itu, penerapan budaya dan nilai-nilai murni secara berterusan dan
bersederhana dengan mengadakan kempen-kempen kesedaran. Justeru itu, adalah
bertepatan sekiranya nilai-nilai murni ini ditekankan secara berterusan, ia akan
menjadi tabiat dan budaya yang akan menjadi ikutan. Pemahaman, kesedaran dan
pengetahuan individu tentang nilai murni yang dipupuk melalui komunikasi dan
pendidikan yang berkesan akan menyumbang kepada melahirkan generasi yang
berintegiriti tinggi.
Penglibatan semua lapisan masyarakat perlu dipertingkatkan untuk memberi
sumbangan idea-idea baru dalam pembentukan dasar dan sistem penyampaian
kerajaan supaya aspek-aspek integriti dari kaca mata masyarakat dapat diberikan
perhatian secara langsung.








GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

- 22 - NOMBOR MATRIK :

RUJUKAN
Ahmad Sarji b. Abdul Hamid, The Civil Service of Malaysia : Towards Vision 2020,
Kuala Lumpur, Kerajaan Negara Malaysia, 1994
Pelan Intergriti Nasional (2005). In Institute Intergriti Malaysia ( Online)
.http://www.iim.com.my/v3/pin/bm/hubungi.htm (2010 Mei 18).
Rasuah gejala masyarakat yang perlu dibenteras. (2004) In Gejala Rasuah ( Online )
http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2004/ic38_2004.htm
Abdullah b. Abdul Rahman, Administratrative improvement in the Malaysian Civil
Service: Implementation of Clients Charter, EROPA Seminar on Comparative
Public Sector Reform, Canberra, 1994
Muhammad Uthman El-Muhammady, Peranan Ulama Dalam Pembangunan:
Cabaran Abad Ke-21, dalam Peranan Ulama Dalam Pembangunan Menjelang
Abad Ke-21. Suntingan Aidit Hj Ghazali dan Dzulfawati Hj Hassan. Kuala
Lumpur, 1997
Syed Othman Alhabshi, Integriti Cemerlang Negara Gemilang: Konvensyen
Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan, Melaka 2001

You might also like