1.agama, Islam, Iman, Ihsan

You might also like

You are on page 1of 20

ABDUL AZIZ MAT ISA

UNITEN ISLAMIC CENTER


(UNIC)

PENDIDIKAN ISLAM
(AQIDAH)
AGAMA

Ialah suatu sistem kehidupan yang khusus menghubungkan
antara manusia dan Tuhan di mana terangkum di dalamnya
aspek-aspek kepercayaan, peribadatan dan tatacara
kehidupan.


Oleh yang demikian kita dapati perkataan Agama, al-Din dan
Religion sering difahami sebagai mempunyai erti dan makna
yang sama. Walau bagaimanapun apabila kita melihat dari
persepsi, konsep dan falsafah dalam ketiga-tiga perkataan ini
maka ternyata sebenarnya terdapat perbezaan yang amat
ketara sekali.
AGAMA
Bahasa : adalah berasal daripada bahasa Sanskrit yang terdiri
daripada dua suku kata A yang bermaksud : cara (way)
dan Gama yang bermaksud : Jalan.

Cantuman antara kedua suku kata ini memberi pengertian
agama sebagai cara-cara berjalan atau cara-cara untuk
sampai kepada keridhaan Tuhan.

Istilah : Agama ialah kepercayaan kepada ruh nenek moyang,
kuasa ghaib, dewa, tuhan dan sebagainya.

RELIGION
Religion pada bahasa : berasal daripada bahasa Latin yang
bererti menyatukan.
Istilah : ialah penerimaan terhadap tata cara yang ditentukan
oleh kuasa yang lebih tinggi daripada manusia.
AL-DEEN

Bahasa : al-Deen adalah nama terbitan (masdar) dari kata kerja -
Dana , Yadinu yang merangkumi beberapa pengertian berikut:
> Paksaan kepada mentaatinya dengan menggunakan
kekuasaan yang mutlak untuk menjadikan hamba yang patuh.
> Ketaatan, pengabdian, perkhidmatan dan menggunakan
seseorang supaya bekerja, patuh dan sentiasa mengikut
arahan serta sanggup memberikan ketundukkan dan kehinaan
di bawah perintahNya.
> Perundangan dan undang-undang, jalan, aliran. adat dan taklid.
> Balasan, ganjaran, perhintungan dan hukuman.

Istilah : al-Deen ialah suatu sistem kehidupan yang lengkap mesti dipatuhi
dan diikuti oleh setiap individu dalam sebarang urusan dan aspek kepada
satu kuasa Tertinggi samada kepada perundangan, dasar, suruhan dan
larangan dengan keyakinan bahawa hanya sistem ini sahaja yang mampu
untuk mempertingkatkan status dan kebahagiaan hidup manusia.
Dalam al-Quran kalimah al-Deen merujuk kepada suatu pengertian
yang sempurna dibentuk daripada empat ciri berikut :

1. Al-Hakimiyyah (kekuasaan) dan pemerintah yang tertinggi.

2. Ketaatan dan ketundukan kepada pemerintahan dan
kekuasaan yang mutlak.

3. Suatu sistem pemikiran dan praktikal yang terbentuk di bawah
kuasa kekuasaan pemerintah tersebut.

4. Balasan/ganjaran yang diberikan oleh pemerintah yang
tertinggi kerana patuh terhadap pemerintahan dan sistemnya.
SKOP AL-DEEN

Menurut Islam skop al-Deen atau agama adalah luas, syumul
meliputi seluruh aspek kehidupan yang merangkumkan aspek
perhubungan antara
manusia dengan Allah
hubungan manusia dengan manusia
hubungan manusia dengan alam sejagat

Oleh yang demikian Islam menolak fahaman sekular yang
menyatakan bahawa agama hanya menguruskan soal-soal
peribadatan dan kerohanian semata-mata. Agama tidak ada
kaitan dengan urusan kehidupan, pembangunan duniawi, sains
dan teknologi moden.
SEKULAR

Definisi :The New World Dictionary : ialah Roh keduniaan atau
halatuju duniawi di mana secara khususnya ia adalah suatu
sistem yang meliputi dasar dan praktikal yang menolak
campurtangan iman dan ibadah dalam apa jua bentuk sekalipun.

World Encyclopdia : ialah suatu bentuk aliran dalam menentukan
halatuju kehidupan berasaskan kepada prinsip bahawa agama
tidak ada kaitan dengan pemerintahan dan kenegaraan.

Ia adalah satu sistem sosial dalam akhlak bersandarkan kepada
nilai-nilai moral atau akhlak yang berasaskan kepada tanggapan
atau nilai kehidupan semasa dan masyarakat tanpa melihat dari
aspek agama.
Sekularisme lazimnya diertikan sebagai pemisahan antara urusan
agama dengan kehidupan duniawi. Menurut Kamus Dewan, sekularisme
membawa maksud berkaitan keduniaan, bersifat duniawi dan tidak
berkaitan keagamaan.

Dari segi filologinya, perkataan secular berasal daripada bahasa
Latin, saeculum yang membawa maksud dunia atau dalam lingkungan
masa kini. Jika ditelusuri perkembangan sejarahnya, fahaman sekularisme
dikembangkan dengan pemikiran rasionalisme zaman Greek, nilai madani
dan kemasyarakatan zaman Greco-Roman, zaman Reformasi,
Renaissance, Kalvinisme dan falsafah moral dan empirikal fahaman
Enlightenment.

Pada peringkat awalnya, konsep sekularisme banyak dipengaruhi
ahli falsafah Greek, khususnya Aristotle, yang mendakwa tuhan tidak
mengetahui hal ehwal dunia dan tidak mengawalnya. Will Durant
mengembangkan pemikiran ini dengan konsep tuhan yang tidak berupaya.


Sekularisme muncul dan diguna pakai dalam dunia Kristian,
sebahagiannya sebagai pemberontakan terhadap autokrasi atau teokrasi
kelompok paderi zaman Jahiliah Eropah (European Dark Ages).
Berkebetulan, pemikir Eropah mula terpengaruh dengan fahaman
rasionalisme. Antara pemikir handalan dalam golongan ini ialah Thomas
Paine dengan nukilannya yang berpengaruh, The Age of Reason.

Selepas berjaya menundukkan kelompok paderi dan gereja kristian,
fahaman sekularisme mengalami perubahan wajah. Pada abad ke-18, ia
didominasi oleh pemikir berfahaman ateis dan agnostic; kelompok pertama
menolak sama sekali sebarang fungsi agama dalam urusan kehidupan
kerana mereka menafikan konsep ketuhanan itu sendiri; manakala
golongan kedua semata-mata mementingkan pencapaian duniawi adalah
dalam kawalan manusia.



Pada abad ke-19 dan ke-20, pertembungan berlaku pula antara
versi liberal humanisme dengan sosialisme-komunisme. Dengan
berakhirnya blok sosialis pada akhir abad ke-20, fahaman liberal
humanisme kini unggul dengan dimanifestasikan menerusi dwitunjangnya:
kapitalisme pasaran bebas dan demokrasi liberal. Futuris Amerika, Francis
Fukuyama adalah antara pemikir yang mendahului fahaman ini.

Jelaslah, sekularisme dari awal kemunculannya sehingga variasi
yang mendominasi wacana intelektual kini, adalah binaan ideologi
(ideological construct) oleh Barat. Sejarah imperialisme Barat yang bukan
sedikit dibantu oleh orientalis yang sesetengahnya juga adalah mubaligh
Kristian, jelas menunjukkan sekularisme cukup berkesan sebagai senjata
untuk memecahbelahkan ummah.

Dr Yusuf Al-Qaradawi dalam bukunya Al-Hulul al-Mustawradah wa
Kayfa Jaat alaa Ummatina menyatakan: ..Penerimaan sekularisme
bermakna meninggalkan syariah, penafian petunjuk suci dan penolakan ajaran
Allah.


PENGERTIAN ISLAM

Menurut bahasa : Islam adalah bahasa Arab dari kata kerja
salima ditambah dengan alif menjadi aslama yang bererti; selamat,
patuh, tunduk dan menyerah.

Menurut istilah : ialah patuh, tunduk serta melaksanakan segala
yang disampaikan oleh Rasulullah saw.

Islam juga dapat ditarifkan sebagai menyerahkan diri kepada
Allah dengan perasaan tunduk dan mengaku kehinaan dan kehambaan
dengan jiwa serta mengerjakan segala perintah, meninggalkan segala
larangan dengan anggota lahir dan batin.


Falsafahnya :

Keselamatan dan kesejahteraan sangat penting bagi manusia. Untuk itu
setiap individu manusia mestilah berusaha menegakkan keselamatan dan
kesejahteraan untuk dirinya dan masyarakat lainnya.

Setiap muslim haruslah faham bahawa segala makluk yang dijadikan
Allah adalah tunduk dan patuh pada hukum-hukum yang ditetapkan oleh Allah
swt menurut tabiat-tabiat asal kejadiannya.

Oleh itu manusia dengan kelebihan akal dan ikhtiar haruslah tunduk pada
hukum-hukum Allah bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga segi rohaniah dan
akidah atau kepercayaannya.

Seseorang yang mengakui dirinya beragama Islam haruslah rela
menyerahkan segala jiwa raganya kepada Allah untuk mendapatkan
keredhaanNya di dunia dan di akhirat.



Penamaan Islam

Ad-Din yang disyariatkan kepada Nabi Muhammad saw dinamakan
dengan Islam adalah kerana ia memberikan satu pengertian yang sangat luas.
Iaitu segala puncak kesempurnaan yang tinggi dan lengkap.

Penamaan Islam ini tidaklah berdasarkan kepada pembawa atau yang
mengajarkannya, sebaliknya ia telah ditetapkan dan ditentukan oleh Allah. Oleh
itu Islam bukanlah dikenali dengan Muhammadanisme atau Muhammadan Law
seperti yang biasa ditulis oleh ahli-ahli orientalis barat.

Ringkasnya Islam bukanlah dicipta oleh Nabi Muhammad saw seperti
yang didakwakan oleh musuh-musuh Islam. Islam diturunkan oleh Allah untuk
seluruh manusia.

Nama yang diberikan oleh sebahagian musuh-musuh Islam dengan
Muhammadan Law atau Muhammadanisme kepada Islam adalah tidak tepat
lagi mengelirukan dan menyesatkan. Nama Islam adalah ditetapkan oleh Allah
swt seperti dinyatakan di dalam surah Ali Imran ayat 19 dan Al-Maidah 3.


Penggunaan Perkataan Islam dalam Al-Quran

Digunakan untuk makna am, meliputi semua agama yang
diturunkan oleh Allah kepada semua rasulnya seperti maksud ayat
Al-Quran dalam surah Ali Imran ayat 19.

Digunakan untuk makna khas. Dikhususukan kepada agama
yang diturunkan kepada rasulnya yang akhir Nabi Muhammad saw
seperti maksud ayat Al-Quran dalam surah AL-Maidah ayat 3.


Kaedah yang benar dalam mempelajari Islam

1. Hendaklah bersumberkan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah
saw.
2. Mempelajarinya secara menyeluruh.
3. Melalui kitab-kitab yang ditulis oleh para ulamak yang
muktabar, bukan melalui buku-buku yang ditulis oleh para
orientalis, musuh Islam dan orang yang jahil tentang Islam.
4. Dipelajari menerusi ajaran Islam bukan menerusi apa yang
berlaku di kalangan penganut dan masyarakatnya, kerana
tidak semestinya apa yang berlaku pada mereka
menggambarkan Islam yang sebenarnya.
5. Dipelajari bukan hanya sebagai ilmu pengetahuan tetapi
hendaklah dijadikan sebagai akidah dan syariat yang mesti
diamalkan.


Orientalis

Orientalis ialah para sarjana Barat yang mengkaji dan menyelidik ilmu-ilmu
ketimuran, iaitu segala yang berkaitan dengan bahasa, sejarah, budaya,
tamadun dan peradaban negara-negara Timur. Apabila yang dikaji mereka
adalah bersangkutan dengan agama Islam, gelaran orientalis disandarkan
kepada sarjana-sarjana bukan Islam Barat yang mengkaji dan menyelidik
agama Islam.

Di antara orientalis yang mendalami kajian berkaitan Hadis adalah;

Ignaz Goldziher (1921M),

Joseph Schacth (1969M) dan

G.H.A Juynboll


Faktor yang menghalang mempelajari Islam melalui buku orientalis barat

1. Orientalis bukan orang Islam. Kebanyakannya terdiri daripada
paderi-paderi Kristian dan Yahudi.
2. Orang yang tidak beriman adalah diragui keikhlasannya apabila
menerangkan perkara-perkara yang berhubung dengan agama.
3. Kedua golongan Yahudi dan Kristian sentiasa mencari jalan untuk
meracuni pemikiran orang Islam.
4. Mereka tidak mengetahui secara mendalam tentang struktur
masyarakat timur.
5. Mereka tidak pernah mengamalkan ajaran-ajaran Islam. apabila
mereka memandang, menganalisa dan memberi pendapat tentang
Islam kedudukan mereka adalah sebagai orang luar, pendapatnya bukan
pendapat Islam tetapi pendapat mereka sendiri.


CIRI-CIRI KEISTIMEWA DINUL ISLAM

Syariah (serumpun peraturan) yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi
Muhammad s.a.w. sebagai petunjuk dan pedoman hidup yang sebenar
dalam semua aspek kehidupan manusia. Ianya merangkumi ciri-ciri berikut;

1. Rabbani
2. al-Thabat wa al-Murunah
3. Syumul
4. Waqieyah
5. Tawazun
6. Alamiyyah
7. Wasatiyyah


STRUKTUR ISLAM DAN PECAHAN STRUKTUR ISLAM
ISLAM
Aqidah Syariah
Akhlak
[Iman] [Islam] [Ehsan]
Allah
Malaikat
Kitab
Rasul
Qiamat
Qada & Qadar


STRUKTUR ISLAM DAN PECAHAN STRUKTUR ISLAM
ISLAM
Aqidah Syariah
Akhlak
Muamalat Ibadah
Am
Khas Khas
Am
Jihad
Politik
Khilafah
Jenayah
Kenegaraan
Madiah
Munakahat
Peraturan
Tidak Tetap
Taharah
Solah
Zakat
Puasa
Haji

You might also like