You are on page 1of 2

Swinburne Sarawak jalin kerjasama lima

organisasi
by Sandy Mark Luna. Posted on April 17, 2014, Thursday
J alin hubungan dengan industri bagi sedia peluang kepada pelajar, kakitangan terlibat
aktif dengan pihak industri
KUCHING: Swinburne University of Technology Kampus Sarawak (Swinburne Sarawak)
semalam menjalin kerjasama dengan lima organisasi bagi memantapkan lagi pembangunan
pelajar sekali demi melahirkan graduan berkualiti.
Ketua Eksekutif Swinburne Sarawak Profesor Anthony Cahalan berkata, universiti itu
menjalin hubungan rapat dengan industri sama ada dalam atau luar negara bagi menyediakan
peluang kepada pelajar dan kakitangan untuk melibatkan diri secara aktif dengan pihak
industri mengenai isu dunia sebenar.
Kami percaya universiti tidak perlu memfokuskan kepada pengajaran (dalam kelas) semata-
mata kerana universiti perlu menjadi sumber pengetahuan baharu dan pengetahuan baharu
diperolehi serta dicipta melalui penyelidikan.
Kemajuan yang terhasil daripada penyelidikan dapat memperkaya pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas, katanya ketika berucap pada Majlis Menandatangani MoU
Bersama Daitoku Sdn Bhd, Koperasi Pro Belia Inovatif Sarawak Berhad (KOBIS),
Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF), Heah Seok Yeong Realty Sdn
Bhd dan Persatuan Usahawan Sarawak (SEA), di sini.
Hadir sama, Pengarah Daitoku Sdn Bhd Alfred Ling, Pengerusi KOBIS Zaiwin Kassim,
Ketua Pegawai Eksekutif MIDF Azizi Mustafa, Pengarah Heah Seok Yeong Realty Sdn Bhd
Lim Sun Heng dan Pengerusi SEA Simon Wong.
Anthony berkata, universiti turut menyeru para pelajar untuk terlibat secara aktif dengan
industri profesional dan komuniti.
Beliau turut berbesar hati kerana ramai pelajar dan kakitangan penasihat terlibat dalam
pelbagai kelab dan aktiviti dijalankan universiti.
Pendedahan ini akan membantu para pelajar berkembang dalam bidang pengajian dipilih
dan menjadi individu yang bukan sahaja mahir dalam kerjaya malah akan membuat
sumbangan penting kepada masyarakat.
Kita percaya lima MoU yang termeterai hari ini (semalam) akan menawarkan para pelajar
dan graduan kita peluang untuk merealisasikan aspirasi mereka dan kami sebagai universiti
antarabangsa Australia di Malaysia, katanya.
Mengulas lebih lanjut mengenai usaha sama itu, beliau memberitahu bahawa Swinburne
Sarawak dan Daitoku akan bekerjasama dalam mencari kaedah lebih baik mengendalikan sisa
minyak sawit secara lestari, khasnya dalam membangunkan koktel mikrob semula jadi yang
cekap boleh mengurai sisa secara mesra alam.
Manakala KOBIS akan membantu memupuk minat berinovasi dalam pelbagai bidang serta
mengenal pasti kemahiran keusahawanan di kalangan generasi muda, katanya.
Melalui MoU antara Swinburne dan MIDF juga katanya, satu program kerjasama akan
diwujudkan bagi menyalurkan graduan Swinburne untuk mendaftar di Program Pengurusan
Bersekutu MIDF dengan tujuan mendapatkan pekerjaan berpotensi di MIDF.
Menurut beliau, Swinburne turut berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Heah Seok
Yeong Realty Sdn Bhd dalam membangunkan mekanisme lebih canggih dalam industri
kelapa sawit.
Syarikat itu sangat aktif dalam penggunaan teknologi bagi meningkatkan kecekapan dan
produktiviti di ladang-ladang.
SEA pula tambah Anthony lagi, akan bekerjasama dengan Swinburne dalam mempromosikan
peluang dan rangkaian perniagaan di kalangan syarikat-syarikat secara amnya.
Saya ingin menekankan bahawa ini merupakan pencapaian signifikan bagi Swinburne
Sarawak.
Kami mengalu-alukan lima rakan baharu kami dan tidak sabar untuk bekerjasama dengan
anda semua demi manfaat bersama, katanya.

Read more: http://www.theborneopost.com/2014/04/17/swinburne-sarawak-jalin-kerjasama-
lima-organisasi/#ixzz372fsJkgm

You might also like