You are on page 1of 4

KERTAS KERJA PROJEK INTERNSHIP 2014

1
1.0 PENGENALAN
Projek ini merupakan salah satu aktiviti guru pelatih IPG Kampus Tuanku Bainun.
Kertas kerja ini sedapat mungkin menggariskan pengisian program dengan
mengambil kira penglibatan semua warga sekolah bersama-sama dengan guru
pelatih yang menjalani program intership di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina)
Peng Bin. Pada masa yang sama semangat kecintaan terhadap sekolah dapat
dipupuk dengan meletakkannya sebagai matlamat yang utama di samping dapat
menceriakan persekitaran sekolah.

2.0 MATLAMAT
Menceriakan dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang cantik dan
menarik dalam kawasan sekolah.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Merancang dan melaksanakan projek yang dipersetujui oleh pihak sekolah.
3.2 Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akuntabiliti
dan integriti dalam melaksanakan tugas.
3.3 Menjadikan kawasan persekitaran sekolah sebagai kawasan yang cantik
dan indah.
3.4 Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan nilai profesionalisme
keguruan secara berterusan.

4.0 TEMPOH PELAKSANAAN
7 Julai 2014 hingga 8 Ogos 2014

KERTAS KERJA PROJEK INTERNSHIP 2014
2
5.0 TEMPAT
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Peng Bin,
Bukit Tengah, 14000 Bukit Mertajam.

6.0 JAWATANKUASA
Penasihat : En. xxx
Guru Besar SJK(C) Peng Bin
Mentor : Pn. xxx
AJK Pelaksana : (1) Liew Ying Hui
(2) Tan Cher Eing

7.0 PELAN TINDAKAN
Langkah Aktiviti
1 Mencari gambar yang bersesuaian melalui laman web dan bahan
bacaan.
Melakar dan melukis lukisan yang sesuai dengan tema mural
yang dikehendaki atas kertas sebelum melakarkan mural pada
dinding.
2 Menyediakan perkakasan untuk melukis lakaran pada dinding;
projektor, komputer riba, pensel dan kapur.
Menyediakan perkakasan untuk mengecat mural; cat pelaka dan
berus.
3 Mulakan lukisan mural dan mengecat secara berperingkat.
4 Menulis laporan dan refleksi hasil projek yang dijalankan.

KERTAS KERJA PROJEK INTERNSHIP 2014
3
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil. Perkara Unit Harga seunit (RM) Jumlah (RM)
1 Cat Pelaka
2 Berus

Jumlah Keseluruhan

10.0 PERALATAN LAIN YANG DIPERLUKAN
Bil. Item Unit
1 Projektor
2 Komputer Riba
3 Cat Pelaka
4 Berus
5 Pensel
6 Kapur
7 Surat Khabar


12.0 PENUTUP
Lukisan mural ini merupakan salah satu projek keceriaan yang perlu dilaksanakan
bagi guru pelatih semester 8 semasa menjalani internship di sekolah. Di samping
itu, lukisan mural yang dihasilkan dapat menceriakan kawasan dan suasana
sekolah. Oleh itu, kami berharap agar projek ini dapat diterima dan akan berjalan
seperti yang telah dirancang. Semoga projek ini dapat mendatangkan manfaat
kepada semua pihak.

KERTAS KERJA PROJEK INTERNSHIP 2014
4


Disediakan oleh:


...............................................
(Liew Ying Hui)
Setiausaha Projek,
IPG Kampus Tuanku Bainun.


Disemak dan disahkan oleh:


..........................................
(En. xxx)
Guru Besar,
SJK (C) Peng Bin





Ulasan :

You might also like