You are on page 1of 4

1

SULIT 02/2

Nama: Tingkatan:


SULIT
02/2
Bahasa Melayu
Kertas 2
2000
1 jam

JABATAN PENDIDIKAN PAHANG

PENILAIAN BERSAMA PERCUBAAN TAHUN 2000
SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH PAHANG

TINGKATAN TIGA


BAHASA MELAYU
Kertas 2
Satu jam tiga puluh minit



JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU



1. Kertas soalan ini mengandungi tiga soalan

2. Jawab semua soalan























Kertas soalan ini mengandungi 4 halaman bercetak



2000 Hak Cipta Jabatan Pendidikan Pahang [Lihat Sebelah
SULIT

2
SULIT 02/2

Soalan I
(Masa dicadangkan : 45 minit)

Tuliskan sebuah karangan tentang satu daripada perkara di bawah. Panjang karangan itu
hendaklah kira-kira 180 patah perkataan.


a. Belajar secara berkumpulan dikatakan dapat meningkatkan prestasi akademik pelajar.

Tuliskan kebaikan-kebaikan belajar secara berkumpulan.


b. Anda telah menyertai satu kegiatan amal di Rumah Orang-Orang Tua Seri Kenangan anjuran unit
berpakaian seragam sekolah anda.

Tuliskan laporan tentang kegiatan tersebut.


c. Tempat tinggal anda telah dilanda banjir. Mangsa-mangsa banjir telah ditempatkan di pusat
pemindahan.

Gambarkan suasana di tempat tersebut.


d. Pertanian secara moden dapat meningkatkan pendapatan.

Tuliskan langkah-langkah untuk menggalakkan kegiatan tersebut.


e. Anda telah diundang untuk memberi ceramah dalam satu program anjuran Kelab Bimbingan dan
Kaunseling. Tajuk ceramah itu ialah Kepentingan Pendidikan Moral.

Tuliskan ceramah tersebut selengkapnya.













3
02/2 ILihat sebelah
SULIT
SULIT 02/2

Soalan 2
(Masa dicadangkan : 30 minit)

Kaji graf di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam graf,
huraikan faktor-faktor pertambahan bilangan pelancong ke Malaysia.
Huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.




BILANGAN PELANCONG KE MALAYSIA
1994 - 1999
TAHUN
30
25
20
15
10
1994 1995 1996 1997 1998 1999
10.51
12.56
14.64
21.77
23.46
28.29




(20 markah)








4
02/2 [Lihat sebelah
SULIT
SULIT 02/2

Soalan 3
(Masa dicadangkan: 15 minit)


Isikan setiap tempat kosong dalam petikan di bawah dengan satu perkataan
yang paling sesuai. Anda hanya dikehendaki menuliskan nombor tempat kosong
berkenaan berserta dengan jawapan anda.
PETIKAN TIDAK PERLU DISALIN SEMULA.



Kawasan hutan yang luas juga berfungsi sebagai kawasan tadahan air
hujan. Air ___(1)___ sumber alam yang penting kepada ____(2)____ yang hidup.
Jika kita tidak mempunyai kawasan tadahan ___(3)___ cukup, banjir besar
___(4)___ berlaku. Banjir kilat yang ___(5)___ melanda juga disebabkan oleh
kurangnya kawasan tadahan air. Selain itu hutan simpan juga dijadikan sumber
___(6)___ oleh ahli sains biologi. Flora dan fauna yang ___(7)___ di dalam hutan
merupakan khazanah, negara yang sering menjadi bahan kajian. Kajian ini amat
___(8)___ untuk kegunaan pada masa akan datang. ___(9)___ hutan yang indah
dengan habitat semula jadi menjadi daya ___(10)___ pelancong untuk berkunjung.



(10 markah)
























KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like