You are on page 1of 26

PENGENALAN

Topik ini membincangkan penulisan laporan kajian. Kita membuat kajian,


mengutip data, menganalisis data dan menyediakan kertas laporan untuk
menerangkan dapatan kajian tersebut. Biasanya, format/gaya yang digunakan
Anda perlu berhati-hati sekiranya anda tidak tahu ke mana hendak anda
tujui kerana jika tersilap anda tidak mungkin sampai ke tempat yang
dituju.

Yogi Berra

Fikir Sejenak
Sekiranya seseorang itu ingin menulis dengan gaya yang jelas, lebih baik ia
mempunyai pemikiran yang jelas juga; dan sekiranya seseorang itu ingin
menulis dengan gaya yang terpuji, biarlah dirinya sendiri mempunyai
pemikiran yang terpuji.

Johann Wolfgang von Goethe
T
T
o
o
p
p
i
i
k
k Penulisan
Laporan Kajian

9
9

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan pelbagai langkah dalam penulisan laporan kajian;
2. Menulis satu laporan kajian; dan
3. Menggunakan sistem APA dalam penulisan laporan kajian.
TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN 179
untuk menulis laporan kajian dibuat mengikut sistem American Psychological
Association (APA) atau anda boleh menggunakan sistem Modern Language
Association (MLA). Anda boleh mendapat kedua-dua sistem ini di mana-mana
perpustakaan atau kedai buku. Panduan gaya ini mengandungi ratusan rumus
tentang nahu, sintaksis dan pelan lakarnya. Topik modul ini akan menyentuh
kebanyakan subjek yang dinyatakan dalam kedua-dua buku panduan tersebut.
GAYA PENULISAN LAPORAN KAJIAN 9.1
Bagi menjadi seorang penulis terulung bukanlah mudah, tetapi bagi seseorang
yang mahu menjadi masyhur mungkin boleh dicapai. Ada beberapa cadangan
yang boleh diikuti, sekiranya anda mahu menulis kertas yang mempunyai nilai
kesusasteraan atau intelek yang tinggi mutunya. Rajah 9.1 menunjukkan lapan
(8) gaya penulisan laporan.

(a) Ambil Berat tentang Struktur Ayat Anda
Menjadi suatu kebiasaan bagi kita mengandaikan bahawa sesuatu ayat
yang kompleks atau yang panjang itu merupakan sesuatu yang simbolik
atau tinggi mutunya. Sebenarnya, pendapat itu salah. Ia adalah kompleks
dan sukar difahami. Yang terbaik adalah sesuatu yang mudah dan yang
mempunyai subjek-verba-objek. Ayat jenis ini adalah yang paling mudah
dan baik. Namun, kita perlu mengubah cara penulisan kerana terlalu
pendek pun tidak sedap bunyinya. Justeru, kita perlu selang-selikan ayat
pendek dan mudah dengan yang panjang dan kompeks, supaya bunyinya
sedap dan lunak. Tetapi ingat, janganlah pula terlalu banyak jenis ayat
begini.

(b) Tumpukan kepada Kata Kerja Aktif dan Hidup
Jauhi penggunaan ayat pasif. Contohnya: Kucing tidak disukai oleh
banyak orang (Cats are disliked by many people) ditukar kepada Banyak
orang tidak suka kucing (Many people dislike cats). Dalam konteks
yang sama, kata kerja (made, jumped, went) adalah lebih baik daripada
kata kerja be (is, are, were). Secara amnya, kata kerja aktif/hidup dapat
membangkitkan keinginan pelajar untuk belajar.

(c) Gunakan Bahasa Inggeris Piawai
Penggunaan Bahasa Inggeris Pasar lazimnya tidak memberi gambaran
yang baik terhadap penulis, kecuali seseorang itu menulis cerita fiksyen.
Bahasa lucah dan bahasa yang kurang manis tidak boleh diterima dalam
penulisan kertas laporan.
TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN

180
(d) Kurangkan Ayat Berklausa Adjektif, Adverba atau Frasa
Jauhkan daripada menggunakan telalu banyak ayat yang mengandungi
klausa Adjektif, Adverba atau Frasa. Ayat pendek seperti dalam frasa In
the morning, we went, diikuti oleh koma, boleh diterima. Jauhkan juga
daripada penggunaan ayat yang diakhiri dengan however.

(e) Ambil Perhatian Panjang-pendek Perenggan
Perenggan yang melebihi satu muka surat dianggap terlalu panjang. Ia
mungkin mengandungi pernyataan taksa atau mengandungi lebih
daripada satu idea utama. Mengubahsuai perenggan demikian, gugurkan
teks yang tidak diperlukan untuk dimasukkan idea itu ke dalam perenggan
yang baru. Perenggan yang mempunyai satu ayat juga tidak digalakkan.
Anda perlu ingat bahawa setiap perenggan mesti mengandungi satu ayat
topik dan ayat-ayat lain yang menerangkan atau membangunkan topik
tersebut. Sebagai panduan, sekurang-kurangnya terdapat satu (1)
perenggan dalam satu muka surat, dan sebaiknya mempunyai tiga (3)
perenggan dalam satu (1) muka surat.

(f) Gunakan Transisi antara Perenggan
Konvensyen seperti On the other hand, Still, Also, Nevertheless,
Thus, However, atau As a result boleh membantu pembaca bergerak
dari satu tahap pemikiran kepada tahap pemikiran yang lain. Cara ini boleh
melicinkan proses pembacaan.

Rajah 9.1: Gaya penulisan laporan
TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN 181
(g) Jauhkan Clich
Jauhkan daripada menggunakan perkataan atau perkataan-perkataan
tertentu beberapa kali. Terlalu banyak penggunaannya boleh
membosankan pembaca.

(h) Terus kepada Isi yang Hendak Disampaikan
Jangan sekali-kali menulis berbelit-belit. Tulis dengan ringkas, tepat dan
jelas.

LATIHAN 9.1
Jelaskan maksud clich dan berikan satu contoh.
9.1.1 Bahasa Komunikasi Kajian
Walaupun kertas anda berhubung dengan subjek akademik, ini tidak bermakna
kertas tersebut perlu menggunakan bahasa jargona dan tidak boleh langsung
mengandungi bahasa halus. Bagaimanapun, kurangkan penggunaan jargona
profesional atau perkataan susah untuk mengambil hati pembaca. Penulisan
anda perlu jelas dan natural. Jauhkan penggunaan frasa seperti crushing defeat
dan sebagainya serta adjektif yang tidak mengandungi makna seperti great,
beautiful, dan lain-lain lagi. Menggunakan bahasa Inggeris yang jelas, baik dan
jangan menggunakan loghat. Gunakan kamus bagi menolong anda dalam ejaan,
tanda baca dan nahu. Di samping itu, gunakan juga buku panduan pelajar dalam
penulisan kertas tugasan dan buku-buku lain. Gunakan semua ini!

Susunkan perkataan atau struktur ayat berfungsi sebagai signal tersembunyi
untuk membantu memahami topik tertentu. Sekiranya anda menggunakan ayat
yang berbelit-belit, ini menunjukkan anda sendiri tidak memahami apa yang
anda tulis. Fikir dengan mendalam apa yang hendak disampaikan dan terangkan
dengan tepat apa maksud sesuatu ayat. Kertas kajian perlu memperjelaskan
maksud penulis dengan tepat, dan sepatutnya tidak menyusahkan pembaca.
Sebaik mungkin, gunakan bahasa Inggeris tahap universiti. Sekiranya anda
memetik penulisan secara langsung dan ia menggunakan slanga, anda dibenar
menggunakan slanga, pidgin atau bahasa basahan, contohnya don't bagi do
not atau isn't bagi is not, dan sebagainya. Kurangkan penggunaan
singkatan bagi perkataan-perkataan biasa.
TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN

182
9.1.2 Terminologi dan Nahu yang Sesuai
Guna bahasa Inggeris yang baik! Jauhi daripada melakukan kesilapan seperti di
bawah:
(a) Masukkan tanda apostrophe (tanda punya) bagi perkataan kepunyaan
(possessive) seperti the man's hat.
(b) Masukkan masa (tense) dalam laporan (past, present atau future)
(c) Kata nama dan kata kerja mesti serasi, contohnya: They go, bukan
they goes.
(d) Semak kamus jika kurang pasti ejaan (Masukkan tanda titik sebelah
perkataan setiap kali anda menyemak perkataan!)

Jauhi perenggan atau ayat yang panjang atau terlalu pendek. Dengan cara ini kita
dapat memuaskan hati pembaca. Seperti yang dinyatakan di atas, setiap
perenggan mesti melebihi dua ayat dan tidak pula melebihi satu muka surat.
Campur-adukan panjang pendek, gaya dan ayat yang berbeza untuk
mewujudkan kepelbagaian. Seterusnya, jika anda menggunakan perkataan asing,
gariskan perkataan tersebut (atau letakkan dalam italiks) bagi semua perkataan
asing, kecuali dalam bahasa Inggeris. Anda juga perlu menggaris nama-nama
saintifik seperti: Homo sapiens.
9.1.3 Struktur Ayat dan Perenggan
Kertas anda mesti bebas daripada kesilapan penulisan biasa. Sila ambil perhatian
tentang perkara berikut:

(a) Jauhi Ayat Berpecah-pecah (Berputus-putus)
Setiap ayat mesta mempunyai subjek dan kata kerja. Sebagai panduan,
setiap ayat mesti panjangnya satu atau dua baris.

(b) Semak Ejaan Anda
Perkataan yang salah ejaannya memberi gambaran bahawa anda seorang
yang cuai, kurang ilmu atau kedua-duanya sekali. Pastikan bahawa ayat
yang salah ejaannya atau tersalah taip dibetulkan. Kedua-dua kesalahan ini
tidak boleh diterima.

(c) Pastikan Kedua-dua Subjek dan Kata Kerja adalah Selari
Subjek dan kata kerja yang tidak secucuk apabila kedua-duanya dipisahkan
dengan beberapa perkataan lain.
TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN 183
(d) Berhati-hati Mengenai Fungsi Kata Kerja
Penulis yang lemah sering menggunakan kata kerja sekarang sahaja.
Gunakan fungsi kelmarin, masa depan dan fungsi-fungsi lain sekiranya
sesuai. Anda juga perlu konsisten apabila menggunakan kata kerja dalam
perenggan.
(e) Guna Kata Ganti nama dengan Bermakna
Salah guna kata gantinama adalah suatu perkara biasa. Kata gantinama
adalah kata yang menggantikan nama bagi orang yang sama menurut
jantina dan orang yang sama. Lebih baik anda tidak menggunakan kata
gantinama lebih daripada satu kali yang merujuk kepada orang yang sama.
Guna nama atau variasi nama sekiranya anda ingin ketepatan. Oleh sebab
topik yang dibincangkan ini ialah kata gantinama, tidak tepat sekiranya
kita menggunakan kata gantinama jantina-spesifik (he, she, him, her)
merujuk kepada objek yang tidak hidup. Sebagai contoh, untuk Malaysia
kita gunakan, i bukan she.
(f) Jangan Pisahkan Infinitif
Hanya di tempat tempat tertentu dan apabila sesuai sahaja kita untuk
mengelak kesilapan interpretasi, kita tidak boleh memisahkan to dengan
adverba.
(g) Elak Menggunakan Kata Ringkas
Perkataan seperti can't, won't, don't adalah terlalu informal dalam
penulisan laporan formal. Guna sahaja cannot, will not, do not.
(h) Berhati-hati dengan Kata Singkatan
Jangan mulakan ayat dengan kata singkatan atau yang menggunakan
angka (kecuali dieja). Untuk negara, elak daripada menggunakan singkatan
sebagai kata nama (kata nama: The U.S. did), tetapi dibenarkan kata
adjektif (The current U.S. policy on Iraq). Kali pertama anda memberi
nama kepada seseorang, berikan dengan lengkap nama seseorang dan
nyatakan jawatan jika perlu. Anda juga tidak digalak menggunakan
akronim, kecuali sesuatu perkataan itu telah menjadi perkara biasa,
walaupun tidak dieja sepenuhnya, seperti Pertubuhan Islam Sedunia (PIS),
the Organisation of Islamic Countries (OIC).
(i) Jangan Matikan Ayat dengan Kata Preposisi
Rumus ini tidak begitu ketat, tetapi jika anda sering menggunakan
preposisi dalam ayat, ini menandakan ayat tersebut kurang baik.
(j) Tahu Bila dan Mengapa Anda Menggunakan Tanda Berhenti yang Spesifik
Dinyatakan beberapa kali bahawa anda perlu menggunakan tanda baca
dengan baik seperti koma, koma bernoktah, tanda kandungan, kurungan,
dan lain-lain.
TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN

184
(k) Teliti Panjang-Pendek Perenggan
Di peringkat awal perbincangan mengenai perenggan, dinyatakan bahawa
perenggan yang terlampau pendek, terutama yang mempunyai satu baris
sahaja. Anda perlu ingat bahawa setiap perenggan mesti mempunyai ayat
utama dan ayat-ayat lain untuk menerang dan membangunkan topik
tersebut. Dinyatakan juga bahawa ayat transisi perlu wujud dalam setiap
perenggan supaya pembaca tidak terasa jemu dan bacaannya licin.
9.1.4 Petikan dan Rujukan
Semua petikan langsung PERLU dimasukkan ke dalam tanda petikan, termasuk
ayat serta frasa dan dan perenggan pendek. Apabila anda memetik lebih
daripada tiga (3), anda perlu inden teks lima (5) ruang pada kedua-kedua hujung
dengan langkau satu (single spacing). Apabila anda menyalin sesuatu peta, carta
atau gambar; anda perlu menyatakan dengan jelas dari mana anda memperoleh
bahan tersebut. Begitu juga, anda perlu pastikan setiap gambar atau carta
mempunyai topik yang jelas atau petikan (caption) yang dapat menjelaskan
gambar atau carta tersebut. Bagi rujukan, anda perlu senaraikan, pada halaman
terakhir, semua buku utama, artikel, rancangan TV, orang tertentu dan tempat,
bagi semua rujukan yang anda gunakan semasa menulis laporan. Senarai semua
sumber hendaklah dituliskan menurut abjad dengan memulakanya nama
keluarga/akhir penulis (bagi penulis Barat), tetapi sekiranya tidak ada nama
penulis, seperti dalam rancangan TV, gunakan nama pertama dalam topik.
Berikut adalah contoh bagaimana anda menulis rujukan.

(a) Bagi Hasil Bertulis Nyatakan:
Nama akhir penulis, nama pertama, topik artikel (dalam petikan),
bandaraya, penerbit, tahun halaman.

(b) Bagi Kertas Journal Nyatakan:
Nama penulis, tahun diterbitkan, topik kertas journal, topik journal,
nombor naskah journal, serta nombor depan dan nombor belakang halam
kertas journal.

(c) Bagi Buku Nyatakan:
Nama penulis, tahun diterbitkan, topik dan nombor edisi the title
sekiranya ada, nama penerbit di mana ia diterbitkan, dan muka surat yang
dirujuk.

(d) Bagi Rujukan daripada Internet Nyatakan:
Nama penulis bagi halaman web, tarikh halaman web, topik halaman web
dan URL yang lengkap.
TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN 185
Sebagai ingatan, setiap rujukan dalam teks mesti wujud dalam senarai rujukan,
dan setiap rujukan dalam senarai rujukan mesti disebut dalam teks anda.


LATIHAN 9.2
Berikan satu contoh rujukan bagi bahan yang diambil daripada
internet.
MENYEMAK KANDUNGAN CADANGAN
KAJIAN
9.2
Kertas cadangan kajian sebenarnya merupakan satu panduan bagi kita
menjalankan kajian sebenar. Bagaimanapun, oleh sebab terdapat beberapa
kekangan, anda mungkin tidak dapat menjalankan kajian seperti mana yang
telah dirancangkan. Namun begitu, bagi laporan kajian, anda perlu menyemak
semula isi kandungan kertas cadangan tersebut supaya ia selari dengan
perubahan yang anda telah lakukan dalam kajian sebenar. Isi kandungan yang
akan disemak termasuk: Bab 1: Masalah Kajian, Bab 2: Tinjauan Literatur, Bab 3:
Kaedah Kajian, Rujukan dan Instrumen Kajian (dalam Lampiran). Selain
membuat semakan ini, anda perlu menambah dua bab lagi, iaitu: Bab 4:
Keputusan Kajian, dan Bab 5: Perbincangan dan Implikasi.

Laporan kajian yang lengkap sepatutnya mengandungi isi kandungan seperti
dalam Rajah 9.2.
TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN

186

Halaman Topik
Isi Kandungan
Bab 1: Masalah Kajian
Pengenalan
Latar Belakang Kajian
Pernyataan Masalah
Tujuan Kajian
Kepentingan Kajian
Batasan Kajian
Definisi Istilah
Rumusan
Bab 2: Tinjauan Literatur
Pengenalan
Literatur Berkaitan
Kajian Berkaitan
Rumusan
Bab 3: Kaedah Kajian
Pengenalan
Reka Bentuk Kajian
Populasi dan Sampel Kajian
Alat Kajian
Tatacara Pengumpulan Data Kajian
Tatacara Penganalisisan Data Kajian
Rumusan
Bab 4: Hasil Kajian
Pengenalan
Profil Responden
Dapatan Kajian
Rumusan
Bab 5: Penutup
Pengenalan
Ringkasan Kajian
Perbincangan Dapatan Kajian
Kesimpulan Dapatan Kajian
Implikasi Dapatan Kajian
Cadangan Kajian Lanjutan
Rumusan
Rujukan
Lampiran
Rajah 9.2: Contoh isi kandungan laporan kajian.
TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN 187
9.2.1 Masalah Kajian


Pernyataan masalah kajian perlu ringkas dan dapat menunjukkan variabel
kajian

William Wiersma
Pernyataan masalah kajian menjadi tumpuan kajian. Oleh itu, anda perlu
menyatakan dengan tepat masalah-masalah kajian. Perhatikan semua
aspek/bahagian-bahagian tertentu supaya kesilapan tidak berlaku. Sudah pasti
anda sendiri mahu menghasilkan satu laporan yang bermutu tinggi, mudah
dibaca dan difahami. Tumpukan perhatian kepada persoalan kajian dan
bagaimana ia ditulis supaya mudah difahami pembaca. Mungkin anda perlu
mengubahsuai persoalan kajian, menggugur/menambah persoalan kajian
mengikut kajian sebenar yang dilakukan. Contoh pernyataan masalah ialah
seperti berikut:

Kajian ini cuba mengenalpasti masalah disiplin pelajar serta ketakutan dan
keresahan yang mereka timbulkan terhadap masyarakat di sekeliling mereka.

Walaupun pernyataan masalah ditulis dalam satu ayat sahaja, lazimnya ia diikuti
dengan beberapa perenggan yang menerangkan permasalahan tersebut dengan
lengkap. Anda perlu menyatakan dengan tegas mengapa masalah tersebut
penting untuk dikaji. Di samping itu, anda perlu masukkkan pendapat orang lain
(NGO, ahli politik, pemimpin masyarakat, pendidik, guru dan sebagainya). Anda
perlu terangkan bagaimana masalah tersebut dapat dikaitkan dengan
perniagaan, keselamatan awam dan sebagainya, melalui data yang boleh
menerangkan skop dan perincian masalah tersebut.
9.2.2 Tinjauan Literatur


Tinjauan literatur memberikan konteks permasalahan kajian yang boleh
menentukan kepentingan kajian dan seterusnya membayangkan bahawa
penulis mempunyai pengetahuan yang mencukupi dalam bidang ini.
Tinjauan literatur yang ditulis untuk cadangan kajian adalah agak ringkas,
justeru ia perlu ditulis semula supaya kandungannya menjadi lebih mendalam.
Selain itu, besar kemungkinan, disebabkan oleh beberapa kekangan, kajian
sebenar tidak dapat dilaksanakan seperti yang dicadangkan. Di sini ada dua
kemungkinan yang boleh berlaku, iaitu pertama, kita tidak dapat mengutip
TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN

188
selengkapnya data yang diperlukan, yang menyebabkan beberapa soalan kajian
tidak dapat dijawab. Kedua, kita mungkin berjaya mengutip data tambahan,
yang membenarkan kita menjawab beberapa soalan kajian baru. Perubahan-
perubahan ini mengarah kita meneliti semula kandungan tinjauan literatur, iaitu
mengurangkan sebahagian daripadanya dan menambah kandungan baru, yang
meliputi literatur berkaitan dan juga kajian berkaitan.

Begitu juga, sekiranya anda membuat petikan literatur secara ringkas dalam bab
pertama, maka ia perlu dikembangkan dalam bab kedua supaya kandungannya
menjadi lebih jelas kepada pembaca. Selain dua sebab di atas, tinjauan literatur
perlu ditulis semula dalam laporan akhir kajian, satu perkara lagi ialah
kemungkinan terdapat beberapa literatur baru/terkini yang boleh dijadikan
rujukan untuk kajian kita. Literatur-literatur ini perlu dimasukkan juga dalam
tinjaun literatur kita, supaya rujukan kita menjadi terkini. Perkara seterusnya,
yang memaksa kita menambah kandungan literatur adalah kaedah pengutipan
data. Contohnya, dalam cadangan kajian, kita akan menggunakan kaedah
kuantitatif untuk mengutip data, bagaimanapun, semasa kajian sebenar, kita
dapati kaedah kualitatif perlu digunakan untuk mendapatkan data yang lengkap
untuk kajian kita. Justeru, kita perlu menambah literatur tentang kaedah
kualitatif.

Kebanyakan tinjauan literatur mempunyai masalah dari segi persembahannya,
yang mana penulisan semula dapat mengatasi masalah ini. Antara masalah-
masalah ini ialah penulis:
(a) Kurang membuat organisasi dan penstrukturan maklumat yang
dipaparkan;
(b) Mengulang perkara yang sama beberapa kali dalam teks;
(c) Memetik fakta daripada sumber tertentu tanpa menulis rujukan;
(d) Memaparkan fakta/konsep/teori/model secara berasingan, tanpa
fokus/tema tertentu;
(e) Tidak dapat menghasilkan kerangka konsep/teori/model yang sesuai
untuk kajian;
(f) Tidak menilai secara kritis literatur dan kajian berkaitan yang dipaparkan;
dan
(g) Gagal merujuk kepada literatur penting dan terkini dalam bidang kajian.
TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN 189
9.2.3 Kaedah Kajian
Anda juga perlu melihat semula bahagian Kaedah Kajian dalam cadangan kajian
anda. Bahagian ini membincangkan tentang kaedah kajian yang digunakan
dalam kajian anda, yang meliputi rekabentuk kajian, populasi dan sampel kajian,
alat kajian yang digunakan, tatacara pengumpulan data kajian, dan tatacara
penganalisisan data kajian. Bahagian ini perlu disemak semula supaya
kandungannya menepati apa yang dilakukan dalam kajian sebenar. Seperti yang
dinyatakan lebih awal, kita mungkin menghadapi beberapa kekangan semasa
kita menjalankan kajian, yang menyebabkan kita terpaksa mengubah kajian kita
semasa melaksanakannya. Perubahan-perubahan ini memerlukan kita mengubah
kandungan Kaedah Kajian sebagaimana yang terdapat dalam cadangan kajian.

Sebagai contoh, anda mungkin ingin mengagihkan pelajar secara rawak kepada
kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan, seperti yang dinyatakan dalam
cadangan kajian. Bagaimanapun, apabila anda menjalankan kajian sebenar di
sekolah, anda tidak dapat berbuat demikian, disebabkan murid-murid tidak
dapat dipisahkan dikeluarkan daripada kelas mereka. Justeru, rawatan dalam
kajian eksperimen anda terpaksa dikenakan kepada murid-murid yang sedia ada
dalam sesuatu kelas, yang mengubah rekabentuk kajian daripada rekabentuk
eksperimen tulen kepada rekabentuk eksperimen kuasi. Perkara ini memerlukan
kita menulis semula rekabentuk kajian yang digunakan dalam kajian sebenar,
iaitu mengubah rekabentuk asal yang dijelaskan dalam cadangan kajian.
9.2.4 Rujukan dan Lampiran
Perubahan kandungan dalam Masalah Kajian dan Tinjauan Literatur akan turut
mengubah bahagian Rujukan, disebabkan ada petikan yang tidak sesuai dibuang
dan ada petikan baru yang kita tambah. Selain itu, apabila kita menulis bab
Penutup, kita perlu membuat perbincangan tentang dapatan kajian. Dalam
perbincangan ini, kita perlu merujuk kepada teori, model atau dapatan kajian
lepas. Seterusnya, kita juga ingin merujuk kepada penulisan yang terkini untuk
memantapkan lagi bidang kajian kita. Jadi, apabila rujukan-rujukan baru ini
dibuat, kita perlu meyenaraikan rujukan-rujukan ini dalam bahagian Rujukan.
Ini bermakna kita perlu menambah rujukan-rujukan baru, selain daripada
rujukan-rujukan yang terdapat dalam cadangan kajian.
TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN

190

Contoh rujukan buku:
Ember, Carol R. & Melvin Ember, (1990). What is Anthropology
Dlm: Anthropology, edisi ke- 6. Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice
Hall.

Contoh rujukan video:
NOVA: The People of the Forest, KHET_TV, Honolulu, Hawaii, 1-23-91, 7-
8:00 pm.
BAB 4: HASIL KAJIAN 9.3


Hasil kajian ialah hasil analisis data yang digunakan oleh pengkaji untuk
menyediakan profil responden dan menjawab soalan-soalan kajian.
Topik ini disifatkan sebagai membentangkan kes anda (present your case).
Hasil kajian dibahagikan kepada dua (2) bahagian, iaitu (a) profil responden; dan
(b) dapatan kajian. Penulisan dapatan kajian adalah amat kritikal, iaitu anda
perlu meyakinkan pembaca bahawa dapatan kajian anda adalah benar, iaitu ia
disokong dengan jelas oleh hasil analisis data, kaedah analisis data dan sampel
kajian yang digunakan. Sekiranya pembaca berasa keliru atau was-was dengan
dapatan kajian anda atau tidak dapat memahami interpretasi hasil analisis data,
mereka tidak akan menerima hasil kajian anda sebagai sesuatu yang benar.
Menulis dapatan kajian yang baik sukar sekali dibuat daripada apa yang kita
jangkakan. Sebelum anda mula menulis dapatan kajian, pastikan anda telah
meneliti semua hasil analisis data dan anda sendiri memahami hasil tersebut.
Sekiranya anda sendiri tidak memahaminya, jangan mengharapkan orang lain
akan memahaminya.

Hasil analisis data wujud dalam pelbagai bentuk, misalnya, dalam kajian
kuantitatif, ia boleh berbentuk kekerapan dan peratus, min dan sisihan piawai,
pekali korelasi dan regresi, hasil ujian t dan ANOVA dan sebagainya. Hasil
analisis data ini, selain boleh dibentangkan dalam bentuk nombor dan jadual, ia
juga boleh dibentangkan dalam bentuk grafik, seperti graf atau carta. Bagi kajian
kualitatif pula, ia boleh mengandungi rumusan pernyataan yang telah disintesis
daripada dokumen lain atau diambil daripada nota lapangan, data pemerhatian
atau data temuduga yang daripada responden kajian.
TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN 191

Penggunaan jadual adalah lebih berkesan untuk merumus hasil analisis
data kajian, tetapi kandungannya perlu dilabel dengan lengkap dan
organisasinya mestilah baik.
9.3.1 Pengenalan
Topik kecil Pengenalan merupakan penjelasan tentang perkara-perkara yang
akan dibentangkan bagi topik Hasil Kajian, yang ditulis sepanjang satu
perenggan sahaja. Sebagaimana yang kita sedia maklum, topik Hasil Kajian
akan membentangkan Profil Responden dan Dapatan Kajian. Justeru,
kandungan Pengenalan perlu meliputi pengenalan tentang profil responden
dan dapatan kajian. Contoh Pengenalan adalah seperti berikut:



4.1 Pengenalan

Bab ini menjelaskan profil responden kajian ini yang terdiri daripada 68
orang pelajar dari sebuah sekolah menengah luar bandar. Seterusnya, bab ini
turut membentangkan hasil analisis data dan dapatan kajian tentang: (a)
hubungan antara prestasi matematik dengan kaedah pengajaran, (b)
pengetahuan dan kemahiran asas matematik pelajar, (c) minat pelajar
terhadap matematik, (d) motivasi pembelajaran matematik pelajar, (e)
pandangan pelajar terhadap kaedah pengajaran yang digunakan, dan (f)
pencapaian matematik pelajar dalam ujian bulanan.

Jelaskan mengapakah anda perlu meneliti hasil analisis data sebelum
anda menulis dapatan kajian anda.
LATIHAN 9.3
9.3.2 Profil Responden
Topik kecil Profil Responden menjelaskan latar belakang responden kajian
kepada pembaca. Responden kajian adalah subjek-subjek yang terlibat secara
langsung dalam kajian, seperti mereka yang menjawab soal-selidik atau
ditemuduga, atau mereka yang diperhatikan oleh pengkaji, atau yang menjawab
soalan ujian dan sebagainya. Profil responden kajian bermaksud latar belakang
responden kajian, seperti jantina, umur, pendidikan, pencapaian, status sosio-
ekonomi. Dalam kajian, profil responden adalah penting kepada pembaca, iaitu
TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN

192
membenarkan mereka mentakbirkan/membuat infrens dapatan kajian kepada
popolasi kajian. Berasaskan maklumat tentang profil/latar belakang responden,
pembaca boleh menggunakan dapatan kajian untuk dilaksanakan/amalkan
kepada kumpulan pelajar lain yang mempunyai latar belakang yang sama. Profil
Responden boleh dibentangkan dengan menggunakan teks dan jadual seperti
contoh berikut:


4.2 Profil Responden

Kajian ini melibatkan seramai 68 orang pelajar Tingkatan 4 di sebuah sekolah
luar bandar.Taburan keseluruhan responden mengikut etnik ialah 40 orang
(70.6%) pelajar Melayu, 28 orang (29.4%) pelajar Cina. Mereka terdiri
daripada 22 orang (32.4%) pelajar lelaki dan 46 orang (67.6%) pelajar
perempuan. Taburan responden ini menunjukkan pelajar Melayu adalah
lebih ramai daripada pelajar Cina dan pelajar dan pelajar perempuan adalah
lebih ramai daripada pelajar lelaki. Taburan responden dalam kumpulan
eksperimen dan kumpulan kawalan, seperti yang ditunjukkan dalam Jadual
4.1, juga mempunyai taburan yang sama mengikut etnik dan jantina.
Jadual 4.1: Profil Responden Kajian
Kumpulan Latar Belakang Frekuensi Peratus
Experimen Etnik
Melayu
China
Jantina
Lelaki
Perempuan

26
8

11
23

76.5
23.5

32.4
67.7
Kawalan Etnik
Melayu
China
Jantina
Lelaki
Perempuan

22
12

11
23

64.7
35.3

32.4
67.7
Jumlah Etnik
Melayu
China
Jantina
Lelaki
Perempuan

48
20

22
46

70.6
29.4

32.4
67.6
TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN 193
9.3.3 Dapatan Kajian
Topik kecil Dapatan Kajian memberikan hasil analisis data dan dapatan-
dapatan kajian yang ditulis berdasarkan soalan kajian. Hasil kajian ini hendaklah
dilaporkan secara objektif, dengan menggunakan jadual dan/atau graf untuk
memudahkan pembaca memahami hasil analisis data dan dapatan kajian yang
diketengahkan oleh pengkaji. Contoh hasil analisis data dan dapatan kajian
tentang hubungan antara prestasi matematik pelajar dengan kaedah pengajaran
adalah seperti berikut:



Prestasi Pelajar Kaedah X Kaedah Y Kaedah Z
2

Baik (A) 20 13 12

Biasa (B) 40 65 50
Jumlah lajur 60 78 62
5.912
4.3 Dapatan Kajian

Soalan Kajian 1

Adakah terdapat hubungan antara prestasi matematik pelajar dengan
kaedah pengajaran?

Hipotesis Nol

H
0
: Tiada hubungan antara prestasi matematik pelajar dengan kaedah
pengajaran.

Jadual 4.2 menunjukkan taburan responden kajian mengikut prestasi
matematik pelajar (A, B) dan kaedah pengajaran (X, Y, Z). Ujian khai-kuasa-
dua pada aras keertian 0.05 telah dilaksanakan ke atas data ini. Hasil analisis
khai-kuasa-dua memberikan nilai = 5.912. Disebabkan nilai ini adalah
lebih kecil daripada nilai kritikal = 5.991, maka H
0
diterima pada aras
keertian 5%. Kesimpulan pengujian ini ialah data sampel mempunyai
maklumat yang cukup untuk menyokong bahawa tidak wujud hubungan
antara prestasi matematik pelajar dengan kaedah pengajaran.
2

2
2 ; 05 . 0

Jadual 4.2: Jadual Kontingensi dan Ujian Khi-kuasa-dua


TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN

194
9.3.4 Rumusan
Topik kecil Rumusan memberikan rumusan ringkas tentang apa yang telah
dibentangkan dalam bab ini dan menyatakan apa yang akan dibincangkan dalam
bab seterusnya. Contoh Rumusan adalah seperti berikut:


BAB 5: PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI
9.4
4.4 Rumusan

Bab ini telah menjelaskan profil responden kajian dan membentangkan
dapatan kajian tentang hubungan antara prestasi matematik dengan kaedah
pengajaran, pengetahuan dan kemahiran asas matematik, minat terhadap
matematik, motivasi pembelajaran matematik, pandangan terhadap kaedah
pengajaran dan pencapaian matematik.
Dalam Bab 4, anda telah memaparkan hasil analisis data dan dapatan-dapatan
kajian, setelah anda berjaya menjawab semua soalan kajian anda. Dalam Bab 5
akan membincangkan tentang dapatan-dapatan kajian anda sehingga kepada
cadangan kajian lanjutan, supaya pembaca lebih memahami bidang yang dikaji.
Bab 5 biasanya dibahagi kepada tujuh (7) bahagian, iaitu: (a) Pengenalan, (b)
Ringkasan Kajian, (c) Perbincangan Dapatan Kajian, (d) Kesimpulan Dapatan
Kajian, (e) Implikasi Dapatan Kajian, (f) Cadangan Kajian Lanjutan, dan (h)
Rumusan.
9.4.1 Pengenalan
Topik kecil Pengenalan seperti biasa, akan memaklumkan kepada pembaca
tentang kandungan bab secara keseluruhan. Contoh Pengenalan adalah seperti
berikut:


5.1 Pengenalan

Hasil analisis data dan dapatan-dapatan kajian telah dibentangkan dalam
bab keempat. Bab ini pula, sebagai penutup tirai, akan memberikan
ringkasan kajian, membincangkan dapatan-dapatan kajian, memberi
kesimpulan dapatan kajian, membincangkan implikasi dapatan-dapatan
kajian dan mencadangkan kajian lanjutan.
TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN 195
9.4.2 Ringkasan Kajian
Topik kecil Ringkasan Kajian akan mengimbas kembali kajian yang telah
dijalankan. Terdapat pembaca yang hanya ingin membaca bab terakhir laporan
kajian. Ringkasan kajian akan membantu pembaca untuk mendapat gambaran
menyeluruh tentang kajian yang telah dijalankan. Kandungan penting ringkasan
kajian ialah objektif kajian, rekabentuk kajian, sampel kajian, alat kajian,
pengutipan data, dan kaedah analisis data. Contoh Ringkasan Kajian adalah
seperti berikut:



5.2 Ringkasan Kajian

Kajian ini dilaksanakan untuk menentukan: (a) pengetahuan dan kemahiran
asas matematik, (b) minat terhadap matematik, (c) motivasi pembelajaran
matematik, (d) pandangan terhadap kaedah pengajaran, (e) prestasi
matematik, dan (f) hubungan antara prestasi matematik dengan kaedah
pengajaran. Pengkaji telah menggunakan rekabentuk eksperimen
menggunakan tiga (3) kaedah pengajaran ke atas tiga (3) kumpulan pelajar.
Alat ukuran yang digunakan dalam kajian ini ialah soal-selidik minat, sikap
dan pandangan; ujian pengetahuan dan kemahiran asas matematik; dan
ujian matematik. Sampel kajian terdiri daripada 200 orang pelajar Tingkatan
4 di sebuah sekolah menengah luar bandar. Data dikutip daripada pelajar
sebanyak dua (2) kali, iaitu kali pertama sebelum mereka mengikuti kaedah
pengajaran tertentu; dan kali kedua selepas mereka tamat mengikuti kaedah
pengajaran tersebut. Data dianalisis dengan menggunakan kekerapan dan
peratus, min dan sisihan piawai, serta analisis khai-kuasa-dua.

LATIHAN 9.4
Jelaskan mengapakah anda perlu menulis Ringkasan Kajian dalam
Bab 5 Perbincangan dan Implikasi.
9.4.3 Perbincangan Dapatan Kajian
Topik kecil Perbincangan Dapatan Kajian akan membentangkan bagaimana
dapatan kajian ini menyokong dapatan kajian lepas, teori atau model yang
berkaitan. Ia juga cuba menjelaskan dapatan kajian yang diperoleh dengan
menggunakan model, teori, dapatan kajian lepas, pengalaman atau rasional.
Selain membentangkan fakta-fakta yang menyokong dan menjelaskan dapatan
TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN

196
kajian, pengkaji perlu juga membentangkan teori dan dapatan kajian yang
bertentangan dengan dapatan kajian yang dijalankan. Perbincangan dapatan
kajian ini adalah penting kepada pembaca, iaitu untuk mereka memahami
dapatan kajian dan dapat menerimanya. Contoh Perbincangan Dapatan Kajian
adalah seperti berikut:


5.3 Perbincangan Dapatan Kajian

Bahagian ini membincangkan dapatan kajian dari segi sokongannya
terhadap dapatan kajian lepas dan juga menjelaskan dapatan kajian ini
dengan menggunakan model, teori, dapatan kajian lepas, pengalaman dan
rasional.

5.3.1 Hubungan antara Motivasi Pembelajaran dengan Pencapaian
Matematik

Kajian ini mendapati wujud hubungan positif antara motivasi pembelajaran
dengan pencapaian matematik. Ini bermakna seseorang pelajar yang
mempunyai motivasi pembelajaran tinggi akan mendapat pencapaian tinggi,
sebaliknya jika seseorang pelajar itu bermotivasi rendah, pencapaian
matematiknya juga akan rendah. Ini berlaku disebabkan pelajar yang
bermotivasi tinggi akan berusaha lebih gigih untuk berjaya dalam
matematik, dan sebaliknya. Menurut Habibah Elias (1993), dalam kajiannya
tentang perkaitan antara motivasi pencapaian dengan pencapaian akademik,
pelajar-pelajar yang diberi latihan motivasi pencapaian mempunyai sikap
dan kebiasaan belajar yang lebih positif serta markah yang lebih tinggi
daripada mereka yang tidak menerima latihan tersebut.
9.4.4 Kesimpulan Dapatan Kajian
Topik kecil Kesimpulan Dapatan Kajian akan menyenaraikan dapatan-dapatan
kajian dalam urutan yang sesuai, sebagai kesimpulan kepada hasil kajian yang
dijalankan. Kesimpulan ini penting sebab sesetengah pembaca hanya ingin
melihat kesimpulan dapatan kajian sahaja sebab mereka tidak perlu membaca
keseluruhan laporan kajian. Contoh Kesimpulan Dapatan Kajian adalah seperti
berikut:
TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN 197

5.4 Kesimpulan Dapatan Kajian

Bahagian ini menyenaraikan semua dapatan kajian sebagai kesimpulan
kepada hasil kajian ini. Kajian ini mendapati:
(a) Pengetahuan dan kemahiran asas matematik bagi sebahagian besar
pelajar adalah kurang memuaskan.
(b) Minat terhadap mata pelajaran Matematik sebahagian daripada pelajar
adalah rendah.
(c) Hubungan antara prestasi matematik dengan kaedah pengajaran tidak
wujud.
9.4.5 Implikasi Dapatan Kajian
Topik kecil Implikasi Dapatan Kajian akan membincangkan apakah implikasi
dapatan kajian terhadap amalan pendidikan, termasuk proses pengajaran dan
pembelajaran. Implikasi ini dibuat berasaskan kepada dapatan kajian yang
dilaksanakan sahaja. Implikasi bagi dapatan-dapatan kajian lain tidak boleh
dibuat. Implikasi dapatan kajian adalah penting untuk membantu pembaca
menggunakan dapatan kajian dalam amalan harian. Contoh Implikasi Dapatan
Kajian adalah seperti berikut:


5.5 Implikasi Dapatan Kajian

Kajian ini mendapati pengetahuan dan kemahiran asas matematik bagi
sebahagian besar pelajar adalah kurang memuaskan. Implikasi dapatan ini
ialah para guru perlu menguji pengetahuan dan kemahiran asas yang
diperlukan pelajar sebelum guru mula mengajar topik matematik baru.
Selepas itu, guru perlu membuat ulangkaji pengetahuan dan kemahiran asas
yang diperlukan sehingga pelajar menguasainya. Para pelajar perlu
menguasai pengetahuan dan kemahiran asas ini untuk memahami topik
baru.
9.4.6 Cadangan Kajian Lanjutan
Topik kecil Cadangan Kajian Lanjutan akan menyenaraikan cadangan
beberapa kajian lanjutan untuk memantapkan lagi dapatan kajian dalam bidang
yang dikaji. Bagi membantu pengkaji mencadangkan kajian lanjutan, pengkaji
boleh meneliti semula batasan-batasan kepada kajian yang dijalankan.
TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN

198
Contohnya, rekabentuk eksperimen kuasi telah digunakan dalam kajian, sebab
pelajar-pelajar tidak dapat dipisahkan. Justeru, pengkaji ingin mencadangkan
supaya kajian akan datang dibuat dengan menggunakan rekabentuk eksperimen
tulen, supaya dapatan kajian menjadi lebih mantap/sah. Menurut Wiersma
(2000:415), kajian pendidikan dapat dilihat sebagai suatu aktiviti yang berterusan
yang mana sesuatu projek kajian itu dapat menambah ilmu dalam sesuatu
bidang atau dapat mewujudkan penyelesaian baru bagi masalah pendidikan.
Contoh Cadangan Kajian Lanjutan adalah seperti berikut:


9.4.7 Rumusan
Topik kecil Rumusan memberikan rumusan ringkas tentang apa yang telah
dibentangkan dalam bab ini. Contoh Rumusan adalah seperti berikut:


5.7 Rumusan

Bab ini telah memberikan ringkasan kajian, membincangkan dapatan-
dapatan kajian, memberi kesimpulan dapatan kajian, membincangkan
implikasi dapatan-dapatan kajian dan mencadangkan beberapa kajian
lanjutan. Sebagai kata penutup, kajian ini hanya merupakan kajian awal
tentang kesan kaedah pengajaran terhadap pencapaian matematik. Kajian
yang lebih terperinci dan tepat perlu dilakukan untuk memantapkan lagi
dapatan kajian tentang kaedah pengajaran ini.
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan

Kajian ini telah dijalankan dengan beberapa batasan kajian. Berasaskan
kepada batasan-batasan ini, berikut dicadangkan beberapa kajian lanjutan:
(a) Kajian ini hanya melibatkan pelajar-pelajar sekolah menengah yang
berada di kawasan luar bandar. Kajian lanjutan dicadangkan supaya
melibatkan pelajar sekolah menengah yang berada di kawasan bandar
dan pinggir bandar dan juga pelajar-pelajar sekolah rendah.
(b) Kajian ini hanya menggunakan rekabentuk eksperimen kuasi dan
dilaksanakan selama 15 jam pengajaran. Kajian lanjutan dicadngkan
supaya menggunakan reka bentuk eksperimen tulen dan dilaksanakan
dalam masa yang lebih lama, misalnya 30 jam pengajaran.
TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN 199
MAKLUMAT BERKAITAN
Selain kandungan Bab 1 hingga Bab 5, laporan kajian perlu mengandungi
maklumat lain, seperti halaman topik, pengakuan, abstrak, penghargaan, jadual
kandungan, senarai jadual, senarai rajah, senarai singkatan, rujukan dan
lampiran. Perkara-perkara ini dijelaskan dalam bahagian berikut.

(a) Halaman Topik
Halaman pertama tesis mengandungi topik, nama pelajar, nama ijazah,
jabatan, fakulti, universiti, alamat universiti dan tahun tesis disiapkan.
Topik tesis perlu bersifat informatif, spesifik dan pendek (lazimnya, 13-
perkataan maksimum) dan hendaklah mencangkupi bidang kajian, variabel
kajian dan tempat kajian.

(b) Pengakuan
Halaman kedua tesis mengandungi pengakuan pelajar, iaitu kenyataan
bahawa tesis yang dihantar adalah hasil karya pelajar sendiri, kecuali
nukilan-nukilan dan rumusan-rumusan yang setiap satunya dijelaskan
sumbernya. Contoh Pengakuan adalah seperti berikut:



(c) Abstrak


Sesuatu abstrak merupakan rumusan yang mengandungi maklumat yang
relevan tentang laporan kajian menurut kategori yang spesifik

William Wiersma
PENGAKUAN
Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri, kecuali nukilan-
nukilan dan rumusan-rumusan yang tiap-tiap satunya dijelaskan
sumbernya.

Tarikh ___________ _____________________
(Tandatangan)

(Nama)
(No. Matrik)
9.5
TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN

200
Dalam semua tesis, bahagian abstrak sering disalin dan dibaca disebabkan
pembaca berminat untuk mengetahui ringkasan kajian yang dijalankan dan
juga dapatan-dapatannya. Abstrak lebih baik ditulis di akhir penulisan
laporan, iaitu setelah semua penulisan selesai dibuat. Oleh sebab ia
merupakan rumusan kajian, biasanya jumlah perkataan ialah lebih kurang
300 patah perkataan, yang termasuk objektif kajian, alat kajian, sampel
kajian, tatacara pengutipan data dan penganalisisan data serta dapatan-
dapatan utama kajian. Abstrak biasanya ditulis dalam dua bahasa, iaitu
dalam bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

(d) Penghargaan
Halaman Ini memaparkan penghargaan daripada pelajar kepada Tuhan
dan orang-orang yang berkenaan, seperti penyelia atau ahli-ahli
jawatankuasa siswazah, kedua-dua ibu bapa, isteri/anak, rakan-rakan, dan
juga kepada mereka yang membantu anda secara langsung atau tidak
langsung sebelum, semasa dan selepas kajian dijalankan.

(e) Jadual Kandungan
Sesuatu laporan kajian yang panjang memerlukan jadual kandungan.
Jadual ini menyatakan topik bab, topik besar dan topik kecil bersama mula
surat. Jadual ini bermula daripada Penghargaan hingga Lampiran.

(f) Senarai Jadual
Senarai Jadual memberikan senarai semua jadual yang terdapat dalam
laporan kajian bersama dengan muka surat bagi setiap jadual tersebut.
Senarai ini mengandungi nombor jadual, topik jadual dan muka surat.

(g) Senarai Rajah
Sama seperti Senarai Jadual, Senarai Rajah memberikan senarai semua rajah
yang terdapat dalam laporan bersama dengan muka surat bagi setiap rajah
tersebut. Senarai ini mengandungi nombor rajah, topik rajah dan muka
surat.

(h) Senarai Singkatan
Senarai Singkatan memberikan senarai perkataan yang kerap digunakan
oleh penulis. Ia dipendekkan/disingkatkan supaya tidak berlaku
kekaburan atau kesusahan kepada pembaca. Berikut adalah contoh
perkataan yang telah disingkatkan:
TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN 201

Anon Tidak ketahui penulis
Digunakan dengan cara tertentu
apabila penulisnya tidak diketahui
Ch., chs. Bab, bab-bab tertentu
Conf. Persidangan
e.g. Contoh
ed., eds. editor, beberapa editor
et., al Dan lain lain
ibid.
Dalam perkara yg sama
seperti disebut di atas

loc.cit
Dalam perkara yang
dinyatakan

n.d. Tiada tarikh Digunakan kerana tanpa tarikh
op.cit
Dalam perkara yang
dinyata cited (opera
citato)

p., pp. halaman,
rev. Disemak
suppl. tambahan
v.,vol.,vols.
naskah, beberapa
naskah


(i) Rujukan
Bahagian Rujukan memberikan senarai semua rujukan yang disebut di
dalam teks. Sumber-sumber yang tidak dirujuk di dalam teks tidak boleh
disenaraikan dalam bahagian Rujukan. Senarai rujukan ini ditulis
mengikut sistem tertentu, seperti APA.

(j) Lampiran
Bahagian Lampiran memaparkan bahan-bahan yang perlu dimasukkan
ke dalam tesis, tetapi ia mungkin mengganggu aliran bacaan jika ia
dimasukkan dalam Bab 1 hingga Bab 5. Jadi, bahan-bahan ini perlu
dimasukkan ke dalam lampiran. Bahan-bahan yang biasa dimasukkan ke
dalam Lampiran ialah seperti program komputer, hasil analisis data,
gambar atau rajah, surat kebenaran membuat kajian daripada EPRD dan
JPN, soal-selidik, soalan ujian, rancangan mengajar, dan sebagainya.
TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN

202

Senaraikan apakah yang perlu ditambah sebagai maklumat tambahan,
selain daripada kandungan lima (5) bab dalam tesis/laporan kajian.
LATIHAN 9.5

Topik ini memberi gambaran menyeluruh tentang penulisan laporan kajian
dan anda telah diperkenalkan dengan beberapa konsep baru.
Lima (5) klasifikasi sistem penulisan kajian telah diterangkan untuk memberi
sedikit variasi kepada penulisan laporan kajian, cara penulisan laporan
kajian, penyemakan kandungan cadangan kajian, hasil kajian, perbincangan
dan implikasi.
Akhirnya maklumat lain yang mempunyai hubungan dengan penulisan
laporan kajian.

Dapatan kajian
Hasil kajian
Perbincangan
Profil responden
Ringkasan kajian


1. Kita mengandaikan bahawa ayat yang kompleks atau panjang itu
merupakan sesuatu yang tinggi mutunya. Adakah andaian ini benar dalam
penulisan laporan kajian? Jelaskan.

2. Pengkaji perlu menyemak dan mengubah kandungan cadangan kajian
untuk dijadikan laporan akhir kajian. Jelaskan mengapa penulis perlu
berbuat demikian.

3. Jelaskan mengapa seseorang pengakaji, dalam laporan akhir kajian, perlu
mencadangkan kajian lanjutan.
TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN 203
4. Andaikan anda selaku seorang pengkaji yang telah menjalankan satu kajian
dan sedang menulis laporan akhir berkaitan topik kecil: Implikasi Dapatan
Kajian. Sebagai seorang pengkaji, jelas perkara-perkara berikut:
(a) Jelaskan apakah yang anda perlu tulis tentang implikasi dapatan
kajian?
(b) Berikan topik kajian anda dan senaraikan dapatan kajian yang anda
jangka bagi kajian ini.
(c) Tuliskan Implikasi Dapatan Kajian dengan mengandaikan dapatan-
dapatan kajian ini benar.

You might also like