You are on page 1of 2

CADANGAN PROJE K INOVASI BERASASKAN ICT/ MULTIMEDIA DALAM

MATA PELAJARAN SAINS SEKOLAH RENDAH




SUBJEK: SAINS
TAHUN: 5

TAJUK:
RANTAI MAKANAN DAN SIRATAN MAKANAN
TOPIK 1:
MEMAHAMI RANTAIAN MAKANAN


TUJUAN INSTRUKSIONAL:
Tujuan instruksional ialah
i. Murid akan dapat mengenal pasti criteria seperti ciri-ciri, sifat, kualiti dan unsure suatu
konsep atau objek.
ii. Murid mampu menggunakan kemahiran berfikir untuk mengasingkan dan
mengumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing berdasarkan
kriteria tertentu
iii. Murid juga dapat menggunakan kemahiran berfikir untuk menyusun objek atau
maklumat berdasarkan kepentingan dan kesegeraan.

OBJEKTIF:
Murid akan dapat memahami rantai makanan. Pada akhir pembelajaran murid akan dapat:-
i. Mengenal pasti haiwan dan makanannya.
ii. Mengelaskan haiwan kepada karnivor, herbivore dan omnivore.
iii. Menbina rantai makanan.
iv. Mengenal pasti pengeluar.
v. Mengenal pasti pengguna.

KUMPULAN SASARAN:
Murid-murid seramai tahun 5, SK Rukom, Pitas.

PILIHAN SEDIA ADA:
Bahan bantu mengajar dalam bentuk CD yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan.

FORMAT:
i. pengajaran akan menggunakan persembahan slaid powerpoint, tayangan video dan
model-model haiwan dan tumbuhan.
ii. Murid akan melakukan aktiviti dalam kumpulan untuk membuat model-model haiwan
dan tumbuhan.
iii. Murid akan membina rantaian makanan berdasarkan model yang mereka bina.

BAJET:
Belum ditentukan.

JANGKA MASA:
1 jam 25 minit. ( 2 masa)

You might also like