You are on page 1of 2

Nama : Ho Chun Ming

LATIHAN (PISMP BC 2)
Soalan Latihan ISL untuk Gantian Kuliah 2.4.2014
1. Jelaskan tentang cabaran-cabaran yang terpaksa dihadapi oleh guru dalam memastikan
penghayatan nilai murni diamalkan dengan sepenuhnya oleh para pelajar?

2. Huraikan langkah-langkah yang sepatutnya diambil oleh pihak kerajaan untuk membanteras
jenayah penderaan kanak-kanak daripada berleluasan?
Antara langkah untuk mengatasi masalah ini ialah peranan kerajaan. Pihak kerajaan
haruslah mengenakan tindakan undang-undang kepada ibu bapa yang mendera anak-anaknya.
Hukuman yang akan dikenakan mestilah setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Selain itu,
peranan media massa juga penting bagi mengatasi masalah ini. Media massa seperti televisyen
boleh mengiklankan kesan-kesan penderaan kanak-kanak kepada masyarakat supaya dapat
memberi kesedaran kepada ibu bapa dan masyarakat di sekeliling.


1.Bincangkan faktor- faktor yang menyebabkan berlakunya keciciran dalam kalangan murid
sekolah.
Faktor yang menyebabkan berlakunya keciciran dalam kalangan murid sekolah ialah 40%
atau 200,000 orang kanak-kanak yang memasuki alam persekolahan tidak mendapat pendidikan
prasekolah. 92% sahaja pelajar yang berjaya menamatkan persekolahan rendah dari tahun 1
tahun 6. Kemiskinan dan petempatan yang jauh terpencil serta sikap ibu bapa menjadi punca
utama masalah ini. Dana Lembaga Amanah Kementerian Pelajaran sebanyak RM200 juta
diluluskan Kabinet untuk membantu murid miskin di sekolah rendah.

Sejauh mana guru dapat berperanan mengatasi masalah tersebut.
Antara usaha menangani masalah keciciran dalam kalangan pelajar ialah kerajaan perlu
mewajibkan pendidikan sekolah rendah kepada semua kanak-kanak. Pihak kerajaan dan NGO
mesti menyalurkan bantuan kewangan dan prasarana kepada golongan miskin. Kerajaan perlu
memastikan setiap orang diberi hak yang sama untuk mendapatkan pendidikan
(pendemokrasian pendidikan) Kerajaan perlu menambahkan peruntukan dalam sektor
pendidikan. Kempen kesedaran peripentingnya ilmu hendaklah dipergiat dan mesti berterusan
terutama golongan masyarakat di luar bandar. Anggota masyarakat perlu menyalurkan
maklumat tentang golongan yang memerlukan bantuan dan golongan ibu bapa yang tidak
mengambil berat tentang pendidikan anak mereka. Mewujudkan asrama dan kemudahan lain
kepada golongan yang memerlukan. Menaik taraf kemudahan di sekolah. Mengenakan denda
yang berat terhadap ibu bapa yang tidak menyekolahkan anak mereka. Mengadakan skim
bantuan seperti pemberian biasiswa kepada bukan sahaja pelajar yang pintar tetapi juga kepada
Nama : Ho Chun Ming
pelajar yang miskin. Kerajaan mestilah membantu pelajar yang tercicir ini dengan memberikan
latihan kemahiran yang bersesuaian dengan menubuhkan sekolah vokasional.

2.Mungkin terdapat halangan- halangan yang berlaku dalam usaha menerapkan nilai- nilai murni
dalam kalangan masyarakat berbilangan kaum di Malaysia.
Bincangkan.

You might also like