You are on page 1of 3

PSIKOLOGI PENDIDIKAN

DEFINISI PSIKOLOGI

Psikologi berasal dari perkataan tamaddun Greek purba psyche dan logos.
Psyche bermaksud jiwa/minda.
Logos bermaksud kajian mengenai sesuatu (kajian mengenai pemikiran/jiwa yg dapat
mempengaruhi sikap dan pelakuan organisme).
Psikologi merupakan satu kajian mengenai sesuatu yg memberi kesan kpd jiwa
seseorang.

Kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dengan perlakuan
manusia dan haiwan; pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu kumpulan
tertentu; dan kebijaksanaan memahami sifat manusia.

The scientific study of the way the human mind works and how it influences behaviour
or the influence of a particular persons character on their behaviour.
(Penelitian ilmiah dari jalan fikiran manusia bekerja dan bagaimana hal itu
mempengaruhi perilaku atau pengaruh karakter orang tertentu tentang perilaku mereka ".
(Cambridge International Dictionary of English, p.383).

Psychology may be defined as the systematic study of behaviour and mental life.
(Henry L. Roediger dan rakan,1984).

Psikologi ialah kajian sistematik tentang tingkah laku manusia dan pengalaman.
(Kalat,1999).

Psikologi sebagai satu cabang penyiasatan saintifik untuk tingkah laku dan aktiviti.
(Williams, 1960).

Psikologi ialah sains tingkah laku--kajian mengenai jiwa atau aspek rohani manusia
secara saintifik.(Wittaker,1970 dlm buku Introduction To Psychology).

Psikologi sebagai satu cabang penyiasatan saintifik ke atas mental dan tingkah laku
manusia dan haiwan.

Psikologi merupakan satu disiplin ilmu yang mengkaji secara saintifik mengenai
tingkahlaku manusia dan haiwan secara nyata dan selindung.

Tingkah laku meliputi semua perkara yang dilakukan oleh manusia atau haiwan yang
boleh diperhati dan diukur secara langsung atau tidak langsung. Tingkah laku termasuk
perasaan, sikap dan pemikiran.

Definisi Psikologi Pendidikan

Sains yang mengkaji tingkahlaku pelajar dalam suasana pembelajaran di dalam bilik
darjah.(Atan Long, 1976)

Kajian saintifik ttg tingkah laku individu dalam pendidikan serta mengandungi prinsip-
prinsip dan kaedah p & p untuk menyelesaikan masalah-masalah pendidikan. (Smith,
1978)

Rumusan : Kajian ttg perlakuan manusia dalam proses p&p spt perkembangan manusia,
pembelajaran, ingatan, motivasi,pgurusan bd dan pengujian dan penilaian.

Psikologi ialah ilmu yg mengkaji tingkah laku manusia.

Pendidikan adalah profesion yg mengkaji dan membina metodologi atau pendekatan
pengajaran pembelajaran utk digunakan di sekolah.

Psikologi pendidikan ialah kajian tentang perlakuan atau tingkah laku manusia dlm
proses pengajaran dan pembelajaran dlm bilik darjah.

Borich dan Tambori(1997),
Psikologi pendidikan ialah satu disiplin yg memfokuskan kajiannya kpd pengetahuan
teoretikal dan pengetahuan empirikal mengenai pengajaran dan pembelajaran dlm bilik
darjah.

Clifford,1984 (dlm Henson dan Eller, 1999),
Psikologi pendidikan ialah applying the methods of psychology to studying the process
of education.

Grinder(1981),
Psikologi pendidikan ialah mengaplikasi pengetahuan psikologi ke dlm situasi bilik
darjah.

Tugas ahli psikologi pendidikan ialah mengaplikasi prinsip psikologi kpd pendidikan dan
di sepanjang kerjayanya, mengkaji pelajar, proses belajar dan strategi pengajaran utk
meningkatkan pembelajaran.

Kesimpulannya:
Psikologi pendidikan amat berguna bagi guru utk tujuan memahami tingkah laku pelajar
dan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.

TUJUAN PENDIDIKAN PSIKOLOGI

Memahami(memerihal dan menerangkan) tingkah laku pelajar dlm proses pengajaran dan
pembelajaran.

Meramalkan tingkah laku gantian yg mungkin berlaku dan mengawal tingkah laku
tersebut.

Menurut Abd. Majid Mohd. Isa dan Rahil Mahyuddin(1997), matlamat ahli psikologi
tertumpu kpd empat bidang iaitu:
Memerihalkan(describe),
Menerangkan(explain),
Mengawal(control) dan
Meramalkan(predict) sesuatu perlakuan.

KEPENTINGAN PENDIDIKAN PSIKOLOGI KEPADA GURU

Membolehkan guru memahami mengapa pelajar bertingkah laku sedemikian,
- membantu pelajar memahami diri mereka,
- membantu guru merancang objektif dan matlamat pembelajaran yg sesuai dgn pelajar
- merumuskan langkah supaya pelajar dapat mencapai matlamat dan objektif pembelaran
yg telah ditetapkan.

Membantu guru memahami ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak serta
menghubungkaitkan dgn proses p&p dalam bilik darjah. Guru dapat meranca ng strategi
p&p yang sesuai dan berkesan untuk kumpulan kanak-kanak yang berlainan. Guru boleh
menggunakan teknik-teknik p&p yang sejajar dgn kognitif kanak-kanak.

Membolehkan guru meramal tingkah laku dan kegemaran pelajar pada peringkat umur
tertentu, serta
- merancang peneguhan yg sesuai dlm usaha mengawal tingkah laku dan memotivasikan
mereka.

Membolehkan guru mengetahui tahap perkembangan pelajar dari segi fizikal, kognitif,
sosial dan emosi,
- merancang pengajaran dan pembelajaran yg sesuai dgn tahap perkembangan mereka.
- Membolehkan guru mereka cipta soal selidik utk mengenal pasti tahap perkembangan
pelajar dan menyediakan program yg sesuai utk meningkatkan prestasi.

.Memahami tingkahlaku murid melalui pemahaman teori dan prinsip psikologi
pendidikan.Guru dapat meramal, menelah dan mengawal tingkah laku murid.

.Memotivasi murid-murid dalam proses pembelajaran.

.Memahami perbezaan individu murid dari segi kognitif, bakat, minat dan keperluan.

.Menyelesaikan masalah murid yang menunjukkan tingkah laku yang bermasalah di
dalam bilik darjah.

- Data dan maklumat yg diperolehi dari penyelidikan berkaitan isu dlm pendidikan
membolehkan guru membantu pelajar menyelesaikan masalah dan meningkatkan kualiti
pengajaran dan pembelajaran.

- Membolehkan guru memahami personaliti dan konsep kendiri pelajar dan membantu
mereka membentuk konsep kendiri yg positif.

You might also like