You are on page 1of 4

Zailani. Komponen Persediaan Mengajar ,[Web log post].

Dilayari Ogos 16 ,2013 ,dari


http://cikguzailani.blogspot.com/2013/05/persediaan-pengajaran-penting-dalam.html
Komponen Persediaan Mengajar
Mengapa guru perlu menyediakan persediaan mengajar? Sebab-sebabnya adalah seperti
berikut:
1. Persediaan mengajar yang baik memberikan keyakinan kepada guru.

2. Membantu guru memikirkan dengan mendalam tentang perkara yang akan diajar
sebelum mengajar.
Kesukaran atau masalah yang dihadapi akan dapat dijangka dan keputusan
dapat dibuat untuk mengatasinya.
Perancangan spesifik juga boleh dibuat untuk mengatasi masalah yang
berkaitan dengan kawalan bilik darjah dan memotivasikan pelajar.

3. Membantu guru merancang media pengajaran yang digunakan dalam pengajaran.

4. Memastikan semua maklumat yang hendak disampaikan dimasukkan dalam
persediaan mengajar.

5. Memastikan pengajar sentiasa dapat mengikuti jadual yang telah ditetapkan.

6. Memastikan langkah disusun mengikut urutan.

7. Sebagai rekod untuk mengetahui perkara yang telah dan belum diajar.

Walaupun terdapat pelbagai format persediaan mengajar, terdapat persamaan dari segi
komponen yang terdapat dalam satu persediaan mengajar. Komponen persediaan
mengajar boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu persediaan, penyampaian dan
penutup.

Zailani. Komponen Persediaan Mengajar ,[Web log post]. Dilayari Ogos 16 ,2013 ,dari
http://cikguzailani.blogspot.com/2013/05/persediaan-pengajaran-penting-dalam.html

komponen-komponen dalam satu persediaan mengajar
1. Maklumat Am
Maklumat am terdiri daripada butir-butir tentang tarikh, masa, tingkatan,
bilangan pelajar, mata pelajaran dan tajuk pengajaran.
Maklumat ini perlu untuk guru mengetahui siapa pelajar mereka, perkara
yang akan disampaikan supaya guru dapat merancang strategi dan media
pengajaran yang akan digunakan.

2. Pengetahuan Sedia Ada
Pengetahuan sedia ada ialah pengetahuan yang telah dipelajari oleh pelajar
berkaitan dengan tajuk yang akan dipelajari.
Pengetahuan ini mungkin diperoleh melalui pembelajaran sebelum,
pengalaman terus, pemerhatian atau pembacaan pelajar.
Guru perlu mengetahui pengetahuan yang sedia ada pada pelajar supaya
dapat menentukan peringkat permulaan sesuatu pengajaran dan dapat
menyediakan media pengajaran dan kaedah pengajaran yang sesuai dengan
pelajar.

3. Objektif pengajaran ialah satu pernyataan yang menentukan apa yang pelajar
akan pelajari, dan bagaimana guru yang mengajar boleh mengetahui sama ada
objektif sudah tercapai atau tidak. Objektif yang ditulis adalah objektif umum dan
objektif khusus. Kepentingan objektif ialah:
untuk menentukan tujuan pengajaran
sebagai panduan untuk penilaian pengajaran
sebagai garis panduan bagaimana hendak mengajar
untuk menentukan skop pengajaran

4. Isi pelajaran
Zailani. Komponen Persediaan Mengajar ,[Web log post]. Dilayari Ogos 16 ,2013 ,dari
http://cikguzailani.blogspot.com/2013/05/persediaan-pengajaran-penting-dalam.html
merujuk sama ada kepada konsep, prinsip, teori atau kemahiran yang akan
disampaikan kepada pelajar.
Isi pelajaran diperoleh daripada sukatan pelajaran.
Seperti yang telah diterangkan di atas, sukatan pelajaran dianalisis untuk
menyediakan rancangan pelajaran.
Rancangan pelajaran pula dibahagikan mengikut minggu dalam setahun.
Oleh itu, guru perlu melihat minggu yang berkenaan dan memilih tajuk
pengajaran untuk hari yang mereka akan mengajar.
Kemudian, guru perlu menganalisis tajuk pengajaran bersama-sama dengan
huraian sukatan, buku teks dan sumber pengajaran untuk menyusun langkah
pengajaran mengikut susunan yang logik dan boleh difahami pelajar.
Guru juga perlu memikirkan semua faktor, iaitu masa, pengetahuan sedia ada
pelajar, aktiviti, kaedah dan media pengajaran yang akan digunakan.

5. Nilai Murni
Bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Negara, KBSM digubal untuk
melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Untuk mencapai hasrat ini, 16 nilai murni disenaraikan dalam KBSM untuk
diterapkan melalui pengajaran dan pembelajaran.
Nilai-nilai tersebut ialah baik hati, berdikari, hemah tinggi, hormat
menghormati, kasih sayang, keadilan, kebebasan, keberanian, kejujuran,
kebersihan, rasional, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, kesyukuran dan
semangat bermasyarakat.
Semasa menulis persediaan mengajar, guru boleh memilih nilai yang hendak
ditekankan dalam pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan isi
pelajaran.

6. Sumber Pembelajaran
Sumber pembelajaran merujuk kepada media pengajaran dan bahan rujukan
yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkenaan.
Zailani. Komponen Persediaan Mengajar ,[Web log post]. Dilayari Ogos 16 ,2013 ,dari
http://cikguzailani.blogspot.com/2013/05/persediaan-pengajaran-penting-dalam.html
Contoh media pengajaran ialah papan gulung, carta, peta, model, slaid
projektor, overhead projektor, Liquid Crystal Display (LCD), talian terus,
televisyen dan radio.
Sumber rujukan pula terdiri daripada buku teks, buku rujukan, risalah dan
buletin.
Sumber rujukan perlu untuk memastikan maklumat yang diajar sentiasa
kemas kini dan seterusnya membantu meluaskan pengetahuan dan
kemahiran guru dalam tajuk yang diajar

You might also like