You are on page 1of 5

TARIKH :13 JULAI 2014- 24 JULAI 2014

TEMPAT : SJK (C) CHUNG HWA


OPYSEN : PISMP AMB JAN 2011 BC/PJ/PSK (A)

KERTAS KERJA PROJEK
INTERNSHIP INDIVIDU
PROJEK KITAR SEMULA DI
KELAS
KERTAS KERJA
1.0 PENGENALAN
Kitar semula bermaksud mengumpulkan dan memproses semula
barang-barang terpakai dan terbuang untuk dijadikan barangan baru yang
berguna. Program Kitar Semula dianjurkan untuk meningkatkan kesedaran
murid-murid tentang kepentingan mengekalkan keindahan alam sekitar
sejak bangku sekolah lagi.

Masalah pembuangan sampah semakin meningkat dari setahun ke
setahun mengikut penambahan penghuni di Malaysia. Hal ini menyebabkan
kapasiti tapak pelupusan sampah menjadi semakin terhad. Lebih
membimbingkan lagi masalah ini telah menjurus kepada berlakunya
pencemaran berkaitan dengan isu-isu kesihatan dan keselamatan. Oleh itu,
saya berhasrat untuk menjalankan program kitar semula di kelas.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Memberi pengetahuan kepada murid-murid tentang kitar semula.
2.2 Memberi kesedaran tentang kepentingan kitar semula.
2.3 Memupuk semangat kerjasama murid-murid dalam bilik
Darjah.
2.4 Memupuk sikap tanggungjawab kepada bumi dan alam
Sekitar.
2.5 Menyenaraikan jenis-jenis bahan kitar semula.
2.6 Memberi peluang dan kesempatan kepada murid-murid
Untuk menjalankan aktiviti kitar semula.

3.0 MATLAMAT
3.1 Melahirkan generasi masa hadapan yang cintakan alam sekitar
dengan mempraktikkan amalan kitar semula untuk
mengurangkan pencemaran, menjimatkan kos, tenaga dan
sumber kita.

4.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT
4.1 Tarikh :14 Julai 2014- 23 Julai 2014
4.2 Masa : 9.30am-9.50am
4.3 Tempat : Kelas 2Z dan 2Y

5.0 KUMPULAN SASARAN
Murid Tahun 2

6.0 PERANCANGAN AKTIVITI
Bil. Aktiviti Masa
1 Perbincangan mengenai program kitar semula. 10 Julai 2013
2 Pembinaan kertas kerja 12Julai 2014
2
Perbincangan dan pemilihan bersama pihak
sekolah untuk khidmat nasihat bagi mendapat
kelulusan daripada Guru Besar.
15 Julai 2014
3
Mengadakan taklimat ringkas berkaitan
dengan kitar semula kepada murid tahun 2Z
dan 2Y pada waktu pertama kelas
15 Julai 2014
4
Memaparkan maklumat tentang pencemaran
alam sekitar dan risalah-risalah tentang
kepentingan kitar semula di setiap kelas.
16 Julai 2014
5
Menyediakan beg plastik hitam dengan label
kepada setiap kelas agar mereka dapat
mengkategorikan jenis-jenis bahan kitar
semula mengikut kumpulan yang betul
misalnya kertas, plastik dan tin-tin aluminium.
17 Julai 2014- 23 Julai 2014
6
Menghubungi agensi-agensi berkaitan untuk
mengumpul semua bahan kitar semula yang
berjaya dikumpul oleh murid-murid di setiap
kelas.
24 Julai 2014


7.0 ANGGARAN KOS
Bil. Perkara Kuantiti Jumlah
1. Kertas warna
Kertas warna biru
Kertas warna jingga
Kertas warna coklat

1 helai = RM 0.80
4
4
4

RM 9.60
2. Kotak besar 1 buah= RM 0.50
6


RM3.00
3 Kertas warna 10 RM 1.00
Jumlah RM 13.60


8.0 PENUTUP
Kejayaan pelaksanaan Program Kitar Semula ini bergantung
kepada kerjasama dan komitmen yang tinggi daripada seluruh warga
SJK (C) Chung Hwa murid Tahun 2. Melalui program ini, diharapkan
perasaan cintakan alam sekitar dapat disemai di dalam diri setiap
warga sekolah.
Semoga usaha murni ini mendapat kerjasama dan sokongan
padu daripada semua pihak untuk memastikan kejayaan program ini.


Disediakan oleh:

.......................................
(CHIA CHONG LIN)
Guru pelatih IPG Kampus Perlis

Disemak oleh:

........................................
(PN. NG SIEW CHOON)
Guru Mentor,
SJK (C) Chung Hwa,
Langkawi.

Disahkan oleh:

.........................................
(EN. ONG BAK KHIM)
Guru Besar,
SJK (C) Chung Hwa,
Langkawi.

You might also like