You are on page 1of 2

Refleksi

Alhamdulillah tugasan individu bagi Pendidikan Moral ini telah dapat diselesaikan
dengan jayanya walaupun banyak kekangan dari segi masa dan juga tugasan lain.
Dalam menjalankan tugasan individu ini,perkara pertama yang menjadi masalah bagi saya
untuk memulakan tugasan ini ialah pemahaman kepada kehendak soalan.
Tugasan pertama iaitu untuk menyiapkan T.Tajuk yang saya perlu bentang ialah berkaitan
nilai agama dalam islam.Berdasarkan tajuk yang saya dapat,saya berasa lega pada
mulanya kerana tajuk ini berkenaan dengan agama yang saya anuti,jadi sedikit sebanyak
saya akan mengeluarkan maklumat berdasarkan pengalaman saya.
Dalam proses penghasilan Folio dan juga proses penghasilan Logo ini merupakan
pengalaman baru bagi saya kerana ia menggunakan perisian yang saya jarang gunakan
iaitu perisian Adobe Photoshop.Perisian ini digunakan untuk menghasilkan logo.Pada
mulanya saya berasa risau kerana tidak tahu menggunakannya.walaubagaimanapun
setelah mendapat tunjuk ajar dan bimbingan daripada pensyarah saya berasa lega kerana
sedikit sebanyak dapat mengetahui sedikit sebanyak bagaimana untuk menghasilkan
logo.
Dalam proses penghasilan folio logo,banyak maklumat baru yang saya perolehi
antaranya ialah bentuk-bentuk logo yang dihasilkan.Selain itu juga proses penghasilan folio
ini memerlukan masa untuk menghasilkannya jadi saya terpaksa membahagikan tugas
saya di sekolah rumah dan juga menyiapkan tugasan ini.
Dalam pengimplimentasikan logo pada produk pula,pada mulanya saya tidak tahu
apakah produk yang sesuai untuk digunakan dan dijadikan sebagai produk saya.Saya
telah membuat pemantauan di kedai-kedai cenderamata dan juga kedai kedai alat
tulis.Daripada situ saya mendapat idea untuk menghasilkan 3 produk iaitu,jam,magnet peti
ais dan juga bekas barang kemas.Saya membuat keputusan untuk menghasilkan sendiri
produk tersebut dan akhirnya saya Berjaya menghasilakannya.Diharapkan agar tugasan ini
memenuhi kehendak soalan dan juga pensyarah.



Refleksi

Alhamdulillah tugasan individu bagi Pendidikan Moral ini telah dapat diselesaikan
dengan jayanya walaupun banyak kekangan dari segi masa dan juga tugasan lain.
Dalam menjalankan tugasan individu ini,perkara pertama yang menjadi masalah bagi saya
untuk memulakan tugasan ini ialah pemahaman kepada kehendak soalan.
Tugasan pertama iaitu untuk menyiapkan tugasan individu iaitu membuat pentaksiran
dalam Pendidikan Seni Visual.tugasan yang diberi ini memerlukan saya mencari maklumat
yang berkaitan tentang penilaian Portfolio dimana memerlukan hasil kerja murid untuk
dinilai.
Bagi menyiapkan tugasan ini kekangan masa dengan tugasan di sekolah juga satu faaktor
yang menyebabkan saya rasa tugasan ini ada cabarannya.
Bagi memastikan tugasan ini dapat disiapkan,maka saya perlu menyusun masa yang
sebaiknya untuk membuat dan mengurus masa terlebuh dahulu.Perkara pertama menjadi
masalah bagi saya ialah waktu untuk membuat tugasan bersama dengan murid.Ini kerana
saya tiada diperuntukkan waktu Pendidikan Seni Visual bagi kelas yang saya ajar.Pleh
yang demikian saya perlu membuat perbincangan bersama guru matapelajaran seni visual
untuk bersama-sama dengannya menghasilkan tugasan bersama dengan murid.saya
gembira kerana guru tersebut Pn.Mahani amat memahami dan sanggup memberikan
kerjasama yang baik sepanjang saya menjalankan tugasan ini.
Tugasan yang seterusnya ialah memungut data untuk dinilai hasil kerja murid.Ini juga satu
cabaran bagi saya untuk menentukan criteria dalam penilaian secara individu ini.Ini kerana
ia perlu dibuat dengan terperinci bersama-sama dengan data bagi setiap murid dalam
kelas tersebut.Saya memerlukan masa untuk memahami bagaimana untuk membuat
penilaian berkaitan dengan hasil kerja ini.Melalui pembacaan dan rujukan di internet,maka
sedikit sebanyak saya dapat mengetahui cara bagaimana untuk membuat penilaian dan
pentaksiran tersebut.Seterusnya ialah tugasan secara berkumpulan yang memerlukan
saya dan rakan setugas untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan
PKBS.Tugasan ini memerlukan saya mendapatkan maklumat yang terperinci berkaitan
dengan PKBS.segala maklumat saya dapatkan daripada Setiausaha peperiksaan dan juga
PPD.

You might also like