You are on page 1of 9

LAPORAN BIG SEMESTER 3

PROGRAM BENGKEL ETIKET SOSIAL DAN PROTOKOL


BINA INSAN GURU (BIG) FASA 3
TAHUN 2014

NAMA OPSYEN: 3 PISMP TESL 1
AMBILAN: JAN 2013
SEMESTER: 3
TARIKH: 18 FEBRUARI 2014
TEMPAT: DEWAN DATO KHAIRUDDIN ASHAARI, IPG KAMPUS TEMENGGONG
IBRAHIM, JOHOR BAHRU

(A)LAPORAN AKTIVITI / PERISTIWA
Pada hari Selasa, 18 Februari 2014, kesemua semester 3 PISMP telah
menjalani program di Dewan Dato Khairuddin Ashaari, IPG Kampus Temenggong
Ibrahim, Johor Bahru. Program tersebut adalah program Bengkel Etiket Sosial dan
Protokol.
Pada pukul 2.00 sehingga 2.30 petang, kaunter pendaftaran telah dibuka.
Kami telah memasuki dewan pada pukul 2.30 petang dan sejurus selepas itu,
bengkel telah dimulakan. Pengacara majlis adalah saudari Akma binti Haleeda dari
opsyen Pendidikan Jasmani. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara
Muhammad Anas Bin Abdul Rahman.
Bengkel pertama dimulakan oleh Encik Nordin Bin Mohd Yusof. Beliau
menerangkan tentang cara-cara untuk menjalankan pengucapan awam dengan
betul. Beliau menerangkan tentang cara pemakaian, penggunaan perkataan dan
protokol. Slot beliau bermula dari pukul 2.30 petang sehingga 3.45 petang. Setelah
slot beliau tamat kami teruskan dengan pemberian cenderamata kepada beliau.
Setelah itu, para pelajar telah diberikan masa untuk berehat dari pukul 3.45 petang
sehingga pukul 4.00 petang.
Slot yang terakhir merupakan slot oleh Puan Wan Faridah Akmal binti Wan
Ismail. Tajuk slot beliau adalah kemahiran mendengar secara efektif. Beliau
menerangkan tentang adab-adab mendengar serta langkah-langkah untuk
mendengar dengan berkesan. Slot beliau bermula pada pukul 4.00 petang sehingga
5.15 petang. Setelah slot beliau tamat ,kami teruskan dengan pemberian
cenderamata kepada beliau. Pelajar mula bersurai pada pukul 5.30 petang.














































ENCIK NORDIN SEDANG MENYAMPAIKAN MAKLUMAT KEPADA PELAJAR
SESI PENYAMPAIAN CENDERAMATA UNTUK ENCIK NORDIN



























SESI PENYAMPAIAN MAKLUMAT OLEH PUAN WAN
SESI PENYAMPAIAN CENDERAMATA UNTUK PUAN WAN



























PELAJAR BERGAMBAR SEBELUM BERSURAI

ISU / MASALAH
(A) ANALISIS SWOT
i. KEKUATAN
Program Bina Insan Guru kali ini berjaya memberi pendedahan
kepada pelatih guru mengenai teknik untuk menjadi pendengar
yang baik dan cara untuk menguruskan pengucapan awam
dengan betul .
Pelatih guru juga menunjukkan nilai disiplin yang bagus semasa
slot berjalan.
Pelatih guru juga dapat mempelajari protokol sesuatu majlis
sebelum dijalankan.

ii. KELEMAHAN
Pelatih guru kebanyakan berada dalam keadaan keletihan
kerana masa yang dipilih untuk bengkel ini berjalan adalah
pada waktu petang.
Ada segelintir pelatih guru yang berbual ketika slot sedang
berjalan.
Pelatih guru terpaksa ditegur oleh pensyarah dulu sebelum slot
bermula.

iii. PELUANG
Pelatih guru perlu berusaha untuk mendisiplinkan diri sendiri.
Setiap pelatih guru perlu lebih sabar dan professional ketika
menjalani bengkel walaupun keletihan.


iv. ANCAMAN
Pelatih guru menghadapi masalah untuk kekal fokus ketika slot
berjalan.
Pelatih guru sukar untuk mencatat maklumat yang disampaikan.

1) REFLEKSI
i. MANFAAT PROGRAM
1. Mendapat pendedahan mengenai cara-cara mendengar dengan
efektif.
2. Dapat mempelajari bahasa tubuh ketika mendengar.
3. Mendapat banyak ilmu pengetahuan yang baru.
4. Mendapat kesedaran tentang kepentingan protokol dalam sesuatu
majlis yang memerlukan pengucapan awam.

ii. PENAMBAHBAIKAN
1. Waktu yang dipilih untuk bengkel seharusnya bersesuaian dengan
keadaan pelajar.
2. Pelatih guru perlu mengambil tahu mengenai majlis yang akan
dijalankan sebelum menggariskan protokol yang sesuai bagi majlis
tersebut.
3. Pelatih guru perlu bersiap sedia mempelajari cara-cara untuk
memberi pengucapan awam yang betul.



TANDATANGAN PELAPOR:


(NAMA: NUR NASYITAH NADIA BINTI RUSLI)
PESERTA
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
BINA INSAN GURU (BIG) FASA 3/2014
3 PISMP BI/LA/PSV 1

REFLEKSI
Banyak pengalaman berharga yang saya dapati sepanjang terlibat dalam
Bengkel Etiket Sosial Dan Protokol bagi Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3 bagi
semester ini. Pada program BIG kali ini saya bertindak sebagai peserta bagi bengkel
ini. Antaranya adalah saya belajar kepentingan sesuatu majlis itu untuk dijalankan
mengikut protokol terutama bagi pengacara majlis sama ada dalam perhimpunan
biasa atau perhimpunan khas. Ini merupakan kali pertama bagi saya mendapat
pendedahan tentang panduan dalam menguruskan sesuatu majlis dan bagaimana
cara pemakaian mempengaruhi majlis tersebut. Seterusnya adalah slot dari Puan
Faridah. Saya didedahkan bahawa sesuatu gerak tubuh, mimik muka dan lontaran
suara itu memainkan peranan dalam menyampaikan mesej selain dari mendengar
sahaja. Beliau turut mengajar cara-cara untuk menjadi seorang pendengar yang baik
di samping, waktu yang bersesuaian untuk kita menyampaikan sesuatu kepada
seseorang itu agar dia dapat mendengar dengan baik. Saya agak kecewa terhadap
diri sendiri kerana tidak dapat fokus dengan sepenuhnya dalam mendapatkan
maklumat yang disampaikan atas dasar keletihan dengan kelas pada waktu pagi.
Walau bagaimanapun, saya berpuas hati dengan aktiviti yang dijalankan ini dan
saya akan cuba untuk mengatasi kelemahan saya di masa akan datang.










REFLEKSI
Banyak pengalaman berharga yang saya dapati sepanjang terlibat dalam
Program Khidmat Masyarakat bagi Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3 bagi semester ini.
Pada program BIG kali ini saya bertindak sebagai fasilitator bagi pelajar istimewa.
Antara perkara yang saya belajar adalah bagaimana untuk menggunakan bahasa
isyarat untuk berkomunikasi dengan pelajar istimewa ini. Ini merupakan kali pertama
bagi saya dalam mengawal dan berinteraksi dengan pelajar istimewa ini. Saya
menggunakan segala jenis kemahiran yang saya ada seperti bahasa tubuh, mimik
muka dan tulisan dalam menyampaikan mesej kepada pelajar ini. Selain dari
berinteraksi dengan mereka, saya dapat belajar dari guru tentang cara-cara untuk
mendekati pelajar istimewa ini dan bagaimana untuk mendisiplinkan mereka. Saya
dapat belajar untuk menanamkan sifat sabar dalam berinteraksi dengan mereka
disamping itu turut menginsafkan saya tentang kekuasaan Tuhan itu sendiri. Saya
berasa sangat bersyukur terhadap segala yang telah diberikan oleh-Nya. Selain itu,
segala infrastruktur dan kemudahan yang disediakan di dalam sekolah pelajar
istimewa ini adalah serba lengkap dan sempurna. Ini dapat membantu guru,
khususnya guru yang baru ditempatkan di sekolah khas ini. Sebagai seorang bakal
guru, saya sangat menghormati dan mengagumi guru-guru di skolah istimewa ini.
Saya amat berpuas hati dengan aktiviti yang dijalankan ini dan saya akan cuba
untuk belajar bahasa isyarat supaya dapat mempersiapkan diri saya untuk masa
akan datang sekiranya saya ditempatkan di sekolah seperti ini.

You might also like