You are on page 1of 3

LAPORAN REFLEKSI

BINA INSAN GURU SEMESTER 6 2013



Pada 8 Julai yang lepas, kelas kami telah berjaya menyempurnakan program
Bina Insan Guru (BIG) kali ke-6 di Sekolah Kebangsaan Banggol, Setiu,
Terengganu. Alhamdulillah, segala yang dirancang berjalan seperti sedia kala.
Program Bina Insan Guru untuk kali ini adalah lawatan penanda aras bagi guru
cemerlang (GC). Kami telah memilih sekolah ini kerana telah bersepakat untuk
bertemu dengan Guru Cemerlang Pendidikan Islam iaitu Puan Hamisah Binti Abdul
Wahab.
Setibanya di sana, kami di sambut dengan meriah oleh guru sekolah di sana.
Barisan pentadbir yang paling atas juga menyambut baik kedatangan kami ke
sekolah tersebut. Kami di bawa ke bilik mesyuarat untuk sesi pengenalan terlebih
dahulu. Usai sesi taaruf, kami diberi taklimat ringkas serba sedikit mengenai latar
belakang sekolah serta pencapaian sekolah tersebut. Sekolah ini nyata berlaku
peningkatan setiap tahun melalui pencapaian dalam UPSR. Selain tu juga, banyak
maklumat yang kami dapat terutamanya dalam bidang pengajian kami iaitu
pengajian Islam. Kami banyak bersoal jawab tentang PAFA, j-QAF, pencapaian
murid dalam membaca al-Quran dan sebagainya. Ternyata sekolah ini bukan sahaja
dari segi bidang akademik, bahkan dalam hal agama seperti membaca al-Quran dan
bidang pendidikan Islam.Selesai taklimat ringkas serta ucapan dari pihak pentadbir,
kami diberi rehat sebelum sesi seterusnya.
Tibalah sesi seterusnya yang dinantikan oleh kami, iaitu sesi dialog bersama
Guru Cemerlang, Ustazah Hamisah. Beliau memberi taaruf terlebih dahulu
mengenai diri beliau. Kemudian, kami bersoal jawab dengan sesi interaksi dua hala
di mana kami banyak menumpukan pada sumbangan beliau pada sekolah yang
menjadikan beliau terpilih menjadi seorang Guru cemerlang. Sepanjang interaksi
tersebut, saya melihat beliau ialah seorang yang bersifat merendah diri, ringan
tulang dan tidak lokek dalam berkongsi. Sifat tersebut juga meyakinkan lagi kami
bahawa beliau memang layak untuk menyandang Guru Cemerlang tersebut.
Selain daripada itu, beliau juga pernah menggariskan kata-kata kepada kami
iaitu buat sesuatu itu biar kerana Allah Taala. Kata-kata yang keluar dari mulut
beliau itu membuatkan saya lebih yakin bahawa beliau sememngnya seorang guru
yang bagus baik dari segi kerjanya mahupun akhlaknya. Jika tidak, beliau tidak
mampu untuk menyandang Guru Cemerlang itu. Ustazah Hamisah juga aktif dalam
segenap hal Kokurikulum di sekolah. Tambahan pula, satu kredit buat beliau kerana
beliau juga aktif dalam kegiatan luar yang terbabit dengan NGO iaiatu Badan Bukan
Kerajaan. Di akhir proses perbincangan di bilik mesyuarat, kami sudahinya dengan
pembahagian cenderamata oleh kedua-dua pihak iaitu pihak kami dan juga pihak
sekolah.
Selesai majlis tersebut, kami dijemput oleh pihak sekolah untuk menjamu
selera di kantin. Jutaan terima kasih kepada pihak sekolah kerana layanan yang
sangat baik dan mesra oleh pihak mereka. Berikut adalah gam,bar-gambar yang
sempat dirakamkan sepanjang keberadaan kami di program tersebut.











Disediakan oleh,

___________________
(MUHAMMAD ZULFADHLI AKMAL BIN MUZZAFAR)
GURU PELATIH PENGAJIAN ISLAM 1,
IPG KAMPUS SULTAN MIZAN,
BESUT, TERENGGANU.

You might also like