You are on page 1of 7

Bku plembagaan, pnulis che Thalib binti md, ismail, harlida Bt Abdul Wahab, fariza Bt

Romli, Rohizan Bt Halim


http://e-kiosk.ikim.gov.my/downloadarticle.asp?id=203
http://www.agc.gov.my/pdf/speech/UCAPAN%20PERASMIAN%20AG.pdf
http://rozalsurveyor.blogspot.com/2011/03/sejarah-perundangan-malaysia.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Malayan_Union
http://sejarah4ppudms.blogspot.com/2011/10/negeri-negeri-melayu-bersekutu-1896.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Negeri-negeri_Melayu_Tidak_Bersekutu
http://ms.wikipedia.org/wiki/Negeri-negeri_Melayu_Bersekutu
http://ms.wikipedia.org/wiki/Campur_tangan_British_di_Tanah_Melayu
Pada awalnya, Syarikat India Timur (British East India Company) enggan campur tangan
dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu. Ini kerana Syarikat India Timur adalah sebuah
badan perniagaan yang hanya meletakkan penekanan kepada mengaut keuntungan melalui
perdagangan secara aman damai. Dengan cara ini, Syarikat India Timur berpendapat
kemakmuran dapat dikecapi bersama oleh syarikat dan negeri-negeri Melayu. Campur tangan
syarikat dalam hal ehwal politik dan pentadbiran negeri-negeri Melayu boleh membawa
kepada penglibatan dalam operasi ketenteraan ataupun peperangan, dan akan melibatkan
perbelanjaan besar kepada Syarikat. Syarikat melihat India dan China sebagai kawasan
perdagangan yang jauh lebih lumayan, dengan jumlah penduduk yang lebih besar dan tahap
nilai perdagangan yang jauh lebih tinggi berbanding dengan negeri-negeri Melayu.
Campur tangan British dalam hal ehwal negeri-negeri Melayu telah membawa kepada
pemindahan kuasa pentadbiran daripada raja-raja Melayu kepada pegawai-pegawai yang
dilantik oleh pihak British untuk mentadbir dan menguruskan semua aspek pentadbiran
negeri-negeri Melayu kecuali pengurusan agama Islam dan juga adat resam orang-
orang Melayu. Campur tangan ini kemudiannya membawa kepada penjajahan sepenuhnya
negeri-negeri Melayu di bawah penguasaan British. Penyerahan kuasa ini dibuat secara rela
oleh raja-raja Melayu dengan hanya mendapat janji-janji palsu dan pemberian pencen kecil
yang diberikan oleh kerajaan British. Perlembagaan Persekutuan terhasil semasa Tanah
Melayu masih dibawah jajahan Inggeris. Perkembangan ini dapat dilihat berkembang dalam
lima peringkat masa iaitu semasa penguasaan Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu
Bersekutu(Perjanjian Pangkor 1895), Negeri-negeri Tidak Bersekutu (Perjanjian Pangkor
1909), Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu
Negeri-negeri Selat seperti Pulau pinang, Melaka dan Singapura adalah negeri pertama yang
diperolehi oleh British melalui Perjanjiian Inggeris-Belanda. Pada masa penjajahan ini,
sedikit demi sedikit system pentadbiran Inggeris diperkenalkan menggantikan undang-
undang yang sedia ada seperti Hukum Kanun Melaka. Kes-kes Mahkamah mula wujud dan
dilaporkan secara bertulis contohnya di dalam Laporan Undang-undang Kyshe. Dalam
tahun 1867, Negeri-Negeri Selat dipindahkan daripada penguasaan Syarikat India
Timur kepada penguasaan Pejabat Kolonial diLondon. Dengan ini, Gabenor dan pegawai-
pegawai British di Negeri-Negeri Selat bukan lagi menjaga kepentingan Syarikat India
Timur diCalcutta tetapi menjaga kepentingan kerajaan British, khususnya Pejabat
Kolonial di London. Sir Andrew Clarke dihantar ke Singapura dalam
bulan November 1873 oleh Setiausaha di Pejabat Kolonial, Lord Kimberley (John
Wodehouse) untuk menjadi Gabenor Negeri-Negeri Selat. Sir Andrew diarahkan oleh Lord
Kimberley untuk mengkaji kemungkinan melantik penasihat-penasihat British di negeri-
negeri Melayu dan mengikhtiarkan supaya keamanan dan kemakmuran dapat dikembalikan
ke negeri-negeri Melayu.


.Piagam Keadilan 1807 (Piagam Pertama) telah menubuhkan undang-undang Inggeris yang
dikenali sebagai Lex Loci (law of the land) di Pulau Pinang dan Piagam Keadilan 1826
(Piagam Kedua) pula telah menubuhkan undang-undang Inggeris yang dikenali sebagai Lex
Loci (law of the land) di Singapura dan Melaka walaupun undang-undang tersebut bukanlah
menggantikan undang-undang adat. Bagi Negeri-negeri Selat Undang-undang Islam terhapus
melalui penguatkuasaan undang-undang Inggeris secara total melalui Piagam Keadilan
Pertama, Kedua dan Ketiga. Piagam-piagam ini menisytiharkan secara jelas penerimaan
undang-undang Inggeris secara menyeluruh di negeri yang dikuasai British itu. Akibatnya
penguatkuasaan undang-undang Islam yang sedia terpakai terutamanya di Melaka telah
terhapus dan diganti dengan undang-undang Inggeris Hasilnya, kes undang-undang dan adat-
adat tempatan ini dipinda kepada undang-undang Inggeris.Pada tahun 1786, Pulau Pinang
jatuh ke tangan Inggeris melalui Perjanjian Pangkor. Bagaimanapun ketika ini, undang-
undang Inggeris tidak terus berkuatkuasa secara formal di Pulau Pinang. Ini dibuktikan dalam
kes pembunuhan oleh James Sudds yang dituduh membunuh tetapi telah dibebaskan oleh
Mahkamah Agung Calcutta atas alasan Pulau Pinang tidak berada dalam bidang kuasanya.
Manakala untuk pentadbiran keadilan penduduk bumiputera, undang-undang adat yang
dipengaruhi Islam tetap diteruskan tetapi ditambah/ubah atas pengaruh pemerintah Inggeris.

Pembentukan Piagam Keadilan Diraja Pertama (Royal Charter of Justice) pada tahun 1807
memberikan Syarikat Hindia Timur Inggeris hak daripada Kerajaan Diraja Britishuntuk
mengadakan mahkamah yang dikenali sebagai Mahkamah Keadilan Pulau Pinang (Court of
Judicature of the Prince of Wales Island) dan ianya menjadi peristiwa penting kerana menjadi
penanda bermulanya undang2 bertulis Inggeris yang pertama. Diputuskan dalam kes Kamoo
lwn Thomas Turner Bassett bahawa Piagam 1807 ini telah melanjutkan bukan sahaja undang-
undang jenayah Inggeris ke Pulau Pinang tetapi termasuk juga undang-undang sivil Inggeris.
Piagam ini diikuti oleh pembentukan Piagam Kedua dan Piagam Ketiga yang mana bidang
kuasanya meliputi Negeri-Negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka dan Singapura).

Walau bagaimanapun hakim-hakim Inggeris yang bertugas di Tanah Melayu ketika itu tidak
menafikan kedudukan undang-undang asal yang dilaksanakan. Contohnya dalam satu kes
iaitu kes Rahmah v. Laton yang diputuskan pada tahun 1927. Kes ini melibatkan pertikaian
antara dua orang isteri terhadap harta sepencarian yang ditinggalkan oleh suaminya selepas
suami meninggal. Dalam penghakimannya, mahkamah telah memutuskan bahawa Undang-
undang Islam bukanlah undang-undang asing tetapi ia merupakan undang-undang asal yang
wujud dan diterima pakai serta dilaksanakan di Tanah Melayu.

Undang-undang Inggeris ini seterusnya diperkenalkan ke Negeri Melayu Bersekutu melalui
Enakmen Undang-undang Sivil 1937, Sabah melalui Ordinan Undang-undang Sivil 1938 dan
Negeri Melayu Tidak Bersekutu melalui Enakmen Undang2 Sivil 1951 dan akhirnya
keseluruhan Persekutuan Tanah Melayu melalui Akta Undang2 Sivil 1956.

Negeri-negeri Melayu Bersekutu merupakan gabunagan empat buah negeri di Tanah Melayu
iaitu Perak, negeri Sembilan, Selangor dan Pahang yang telah disatukan dalam satu
pentadbiran berpusat. Pentadbiran ini juga dikenali sebagai Persekutuan 1896. Idea awal
penubuhan persekutuan ini telah dikemukakan oleh Sir Fredrick Weld. walaupun idea ini
ditolak namun terus diusulkan sehinggalah Frank Swettenham berjaya mendapat persetujuan
daripada keempat-empat sultan untuk menerima pembentukan persekutuan ini. Hasil
kerjasama erat dan hubungan baik Frank Swettenham dan sultan-sultan Melayu, akhirnya
pada 1 Julai 1896, persekutuan dilaksanakan secara rasmi. Negeri-negeri ini telah menerima
seorang Residen British sebagai penasihat apabila British campurtangan dalam sistem
kerajaan mereka. Di bawah Sistem Residen, Residen menjadi terlalu berkuasa di negeri-
negeri masing-masing. Sultan hanya simbol semata-mata dan bertindak sebagai pemerintah
boneka. Kesukaran sistem perhubungan menjadikan Residen semakin berani menguatkan
kuasa mereka. Kuasa Residen yang keterlaluan boleh menimbulkan rasa tidak puas hati
dalam kalangan pembesar-pembesar Melayu. Di bawah pemerintahan Sistem Residen,
pentadbiran kempat-empat buah negeri diasingkan dan ditadbirkan oleh empat orang resdien
yang berlainan. Hasilnya wujud ketidakseragaman pentadbiran di Negeri-negeri di Tanah
Melayu. Residen menumpukan perhatian di negeri-negeri masing-masing. Frank Swettenham
mencadangkan penyatuan Negeri-negeri Melayu bagi mengatasi ketidakseragaman
pentadbiran. Melalui pembentukan persekutuan, Inggeris dapat menambahkan kecekapan
pentadbiran serta dapat memajukan pembangunan sosioekonomi secara menyeluruh dan
bersepadu di keempat-empat buah negeri. Pembentukan persekutuan ini juga diharapkan
mewujudkan keseragaman pentadbiran, kerjasama antara negeri untuk memajukan sistem
pengangkutan yang pastinya menguntungkan Inggeris kerana memudahkan usaha membawa
hasil ekonomi ke pelabuhan untuk dieksport. Justeru, Frank swettenham mengesyorkan
supaya jawatan Residen Jeneral diwujudkan bagi menyelaraskan tugas keempat-empat buah
negeri Melayu di bawah Sistem Residen.
Akta khas yang memperkenalkan undang-undang Inggeris antaranya Akta
Kontrak 1950, Kanun Keseksaan dan Kanun Acara Jenayah. Hakikatnya akta itu adalah
pengkanunan prinsip Common Law Inggeris, sekali gus bererti kes yang
diputuskan mahkamah Inggeris akan dibawa masuk dalam sistem perundangan
negara. Keadaan itu menguatkan lagi status undang-undang Inggeris berbanding
undang-undang tempatan. Prinsip undang-undang kontrak Inggeris pula mula terpakai di
Malaysia apabila negeri Melayu Bersekutu iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan
Pahang menerima Akta Kontrak 1872 (akta ini kemudian dikemaskinikan menjadi Ordinan
Kontrak 1950) yang dibawa masuk dari India, pada 1899. Pada ketika itu negeri Melayu
Tidak Bersekutu seperti Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu masih lagi
mengamalkan undang-undang tempatan mengenai perdagangan. Prinsip itu bagaimanapun
diketepikan apabila mereka mula menerima pakai undang-undang Inggeris mengenai
kontrak. Contohnya, Johor menerima Akta Kontrak dengan rasminya pada 1914, sebaik saja
dipaksa menandatangani perjanjian yang meletakkannya di bawah naungan Inggeris.

Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu ialah sekumpulan lima buah Negeri-Negeri Melayu
seperti Johor, Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis. Mereka disebut sebagai sebagai
Negeri-negeri Tidak Bersekutu kerana agak lambat menerima kedatangan British. British
meeperolehi negeri-negeri in melalui Perjanjian Bangkok 1909. Dibawah Perjanjian
Bangkok 1909, Siam (kini Thailand) memindahkan hak-hak mereka
terhadap Kelantan, Terengganu, Kedah, dan Perliskepada pihak British. Pihak British
kemudiannya memaksa negeri-negeri Melayu berkenaan menandatangani perjanjian seperti
perjanjian denganNegeri-negeri Melayu Bersekutu. Kumpulan ini tidak menggambarkan
negeri-negeri berikut sebagai satu entiti tetapi hanyalah sebagai satu terma untuk
menerangkan tentang negeri-negeri Melayu berkenaan. Johor menandatangani Perjanjian
perlindungan pada tahun 1885 dan akhirnya tunduk kepada tekanan untuk menerima
Penasihat British pada tahun 1904. Pada tahun 1956, Enakmen 1937 tersebut telah digantikan
dengan Ordinan Undang-Undang Sivil 1956 dan ia telah dipakai bagi seluruh Malaysia
Barat. Ordinan ini kemudiannya telah diperluaskan ke Negeri Sabah dan Sarawak pada tahun
1972, setelah kedua-dua
Negeri itu menyertai Malaysia pada tahun 1963. Menurut seksyen 3 Ordinan 1956 itu, jika
tidak ada undang-undang bertulis mengenai sesuatu perkara, maka mahkamah hendaklah
memakai common law England dan kaedah-kaedah ekuiti seperti yang ditadbirkan di
England pada 7 April 1956 bagi Negeri-Negeri di Malaysia Barat, pada 1 Disember 1951
bagi Negeri Sabah dan 12 Disember 1949 bagi Negeri Sarawak. Sungguhpun begitu,
pemakaian common law oleh mahkamah di negara ini adalah tertakluk kepada syarat yang
dinyatakan dalam subseksyen 3(1), iaitu dengan syarat bahawa common law, kaedah-
kaedah ekuiti dan statut pemakaian am tersebut akan dipakai sejauh yang diizinkan oleh
keadaan-keadaan di Negeri-Negeri dalam Malaysia dan penduduknya dan tertakluk kepada
penyesuaian seperti yang dianggap perlu oleh keadaan-keadaan Tempatan. Negeri Melayu
Tidak Bersekutu yang lain pula menerima pakai undang-undang kontrak Inggeris secara
tidak langsung apabila pertikaian mengenai kontrak diselesaikan melalui pemakaian prinsip
undang-undang kontrak Inggeris. Alasan yang diberikan adalah langkah itu mampu
menyeragamkan undang-undang antara negeri di seluruh Semenanjung Tanah Melayu.
Negeri dalam Persekutuan yang lain iaitu Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak
bagaimanapun hanya menerima Ordinan Kontrak, yang dikemaskinimenjadi Akta Kontrak
1950, pada 1974. Namun sebenarnya undang-undang kontrak Inggeris sudah mula dipakai di
situ sejak adanya Ordinan Undang-undang Sivil 1878 lagi.

Malayan Union yang ditubuhkan pada 1 April 1946 di King's House (Carcosa Seri Negara)
selepas Perang Dunia II merupakan sebuah gabungan Negeri-Negeri Melayu dengan Negeri-
Negeri Selat (tanpa Singapura) untuk menjadi pengganti British Malaya. Ketika Tanah
Melayu diperintah Jepun pada tahun 1943, Pejabat Tanah Jajahan British dan Pejabat India
British telah merangka sebuah kerajaan baru untuk Tanah Melayu dan telah dipersetujui oleh
kerajaan British di London. British begitu yakin akan berjaya menawan Tanah Melayu
semula daripada Jepun berikutan kejayaan Tentera Berikat di Eropah menawan semula
beberapa negara daripada Jerman. Bentuk pemerintahan baru ini telah dirangka tanpa
perwakilan dan pengetahuan orang Melayu kerana British menganggap kedaulatan Tanah
Melayu tidak lagi wujud setelah kalah dalam peperangan. Kerajaan baru ini dikenali sebagai
Malayan Union. British menganggap hak mutlaknya untuk menentukan bentuk pemerintahan
dan kerajaan Tanah Melayu apabila berjaya mengusir Jepun.
Di dalam perlembagaan Malayan Union, kesemua 9 buah negeri Melayu, Melaka dan Pulau
Pinang disatukan sebagai sebuah tanah jajahan Inggeris yang diketuai oleh seorang Gabenor
British. Singapura tidak dimasukkan kerana British menganggap Singapura telah menjadi
milik mutlak Inggeris yang diperoleh melalui perjanjian dengan Sultan Hussin. Semua bidang
kuasa raja-raja Melayu dalam kerajaan Malayan Union termasuk hak menentukan dasar luar
negeri diambil alih oleh Gabenor . Raja-raja Melayu walaupun diberi hak terhadap agama dan
adat resam Melayu tetapi tidak mempunyai kuasa ke atasnya kerana baginda hanya bertaraf
ahli biasa dalam Majlis Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Gabenor Malayan Union.
Perlembagaan Malayan Union juga mengiktiraf taraf kerakyatan pendatang asing melalui
lunas Jus Soli mengikut kelahiran dan juga kelonggaran diberi kepada kaum pendatang
yang memohon menjadi rakyat Malayan Union. Bertentangan dengan jangkaan British,
penduduk Melayu, yang biasanya bersikap lemah lembut dan sering boleh di arah untuk
melakukan itu dan ini telah bangun bersama-sama untuk membantah skim yang baru itu.
Komuniti Cina dan India juga tidak ghairah dan telah mengkritik sesetengah peruntukan yang
terdapat di dalam kertas putih Malayan Union. Akibat tentangan yang hebat ini , pada tahun
1948 Malayan Union telah dimansuhkan dan digantikan dengan pelembagaan baru yang
dinamakan Persekutuan Tanah melayu.
Persekutuan Tanah Melayu merupakan sebuah persekutuan 11 negeri di Tanah Melayu. Ia
dibentuk pada 31 Januari 1948 oleh sembilan Negeri-Negeri Melayu dan
dua penempatan British iaitu Pulau Pinang dan Melaka. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu
ini diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British yang mempunyai kuasa-kuasa eksekutif dengan
dibantu dan dinasihati oleh Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan Tanah Melayu dan Majlis
Mesyuarat Undangan Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu 1948 dilihat
sebagai proses dekolonisasi di mana kerajaan British mula menyerahkan kuasa pemerintahan
secara beransur-ansur kepada orang Melayu. Perjanjian Persekutuan menetapkan kuasa-kuasa
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Hal ehwal kewangan mestilah dikendalikan oleh
negeri masing-masing. Sultan diberikan kuasa penuh ke atas hal-hal agama dan adat istiadat
Melayu. Masalah luar negeri dan pertahanan pula masih dipegang oleh Kerajaan British.

You might also like