You are on page 1of 2

Prinsip Perakaunan Ting 5(Salina Abdullah Thani)

REKOD TAK LENGKAP



1. Merujuk kepada amalan simpan kira yang tidak mengikut sistem catatan bergu.
2. Dikenali sebagai sistem catatan tunggal urus niaga dicatat sekali sahaja.
3. Disebabkan oleh rekod-rekod akaun yang musnah akibat;
i. banjir,
ii. kebakaran,
iii. kecurian,
iv. catatan urus niaga yang tidak dibuat langsung.
v. dokumen sumber tidak disimpan.
vi. sistem catatan bergu tidak diamalkan.
4. Terdapat beberapa kelemahan ;
a. Imbangan Duga tidak dapat disediakan bagi menguji ketepatan catatan yang dibuat.
b. Kesilapan sukar dikesan dan penipuan mudah berlaku.
c. Untung atau rugi sukar ditafsir dengan tepat.
d. Kedudukan kewangan sukar ditentukan aset dan liabiliti tidak lengkap.
e. Perbandingan prestasi perniagaan dengan tahun sebelumnya tidak dapat dibuat.
PENENTUAN PENDAPATAN
Ditentukan dengan dua cara;
1. Kaedah Perbandingan
2. Kaedah Analisis
1. KAEDAH PERBANDINGAN
- Pendekatan Kunci Kira-Kira
ASET = LIABILITI + EKUITI PEMILIK
MODAL = ASET - LIABILITI
Untung bersih = modal akhir modal awal
Untung bersih = modal akhir + ambilan modal tambahan modal awal

Menyediakan penyata untung rugi
Menyediakan penyata mengira modal (modal awal dan modal akhir)

Prinsip Perakaunan Ting 5(Salina Abdullah Thani)


2. KAEDAH ANALISIS
- Penganalisisan semua urus niaga dalam tempoh masa yang berkenaan untuk mendapatkan butir yang
tertinggal yang diperlukan dalam penyediaan Akaun Penamat. (Akaun Perdagangan, Akaun Untung
Rugi dan Kunci kira-kira)
a. MENGHITUNG JUALAN DAN BELIAN
JUALAN
i. Jualan = Jualan tunai + Jualan kredit
ii. Jualan tunai dt Buku Tunai / penerimaan tunai
iii. Jualan kredit Penyediaan Akaun Kawalan Penghutang; atau
BELIAN
i. Belian = Belian tunai + Belian kredit
ii. Belian tunai kt Buku Tunai / pembayaran tunai
iii. Belian kredit Penyediaan Akaun Kawalan Pemiutang; atau

b. ANALISIS BELANJA DAN HASIL
Untuk mendapatkan maklumat ;
i. Pendapatan hasil
ii. Perbelanjaan hasil
iii. Perbelanjaan terakru dan terdahulu
iv. Perndapatan terakru dan terdahulu
v. Peruntukan susut nilai dan hutang ragu
Penyediaan Akaun Perdagangan untung kasar / rugi kasar
Penyediaan Akaun Untung Rugi untung bersih / rugi bersih
KUNCI KIRA-KIRA
Disediakan dengan menyenaraikan aset dan liabiliti perniagaan.
Disediakan dalam bentuk T atau penyata.
Sekiranya baki akhir aset bukan semasa lebih rendah nilainya berbanding baki awal, dengan andaian
tiada aset bukan semasa yang dijual dalam tempoh perakaunan, perbezaan nilai tersebut merupakan
susut nilai aset bukan semasa berkenaan.

You might also like