You are on page 1of 1

PERUBAHAN DAN PENAMBAHBAIKAN BERTERUSAN MENJANA KECEMERLANGAN PENDIDIKAN

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami :
Tarikh : 23 Mei 2013

JKKK KAMPUNG SUNGAI NIPAH BAROH,
KAMPUNG SUNGAI NIPAH BAROH,
36100 BAGAN DATOH,
PERAK DARUL RIDZUAN.

TUAN,

KEBENARAN MENGGUNAKAN PADANG SEKOLAH.

Merujuk perkara di atas.

2. Adalahdengan ini saya memohon agar pihak tuan dapat membuat surat bagi memohon
kebenaran menggunakan padang Sekolah Kebangsaan Sungai Nipah. Di samping itu letakkan
nama seseorang yang akan bertanggungjawab terhadap padang sekolah dan juga kawasan
sekolah.

3. Hal ini kerana pihak kami dapati tanaman sawit di tepi padang sekolah telah dikhianati
oleh seseorang yang tidak bertanggungjawab. Pihak kami berharap hal seperti ini tidak berulang
lagi. Perkara sebegini perlu diambil perhatian agar tidak berlaku perkara-perkara yang lebih
buruk terhadap harta benda sekolah.

4 Untuk makluman juga pihak sekolah akan menggantikan tanaman sawit tersebut dengan
pokok kelapa. Amatlah diharapkan agar tanaman tersebut tidak dikhianati dan tiada kerosakkan
di padang sekolah.

Kerjasama daripada pihak tuan saya ucapkan terima kasih.

Sekian.Terimakasih.

Yang benar,



Pn. Rosnah Bt. Mat.Zain
Guru Besar
SK Sungai Nipah.

You might also like