You are on page 1of 8

KOLEJ VOKASIONAL IPOH

PERSIARAN BRASH
31400 IPOH
PERAK

KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )
KOD DAN NAMA
PROGRAM /
PROGRAMS CODE &
NAME

BPB BANKING

TAHAP / LEVEL

LEVEL 1

NO. DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE

NO. DAN PENYATAAN


AKTIVITI KERJA / WORK
ACTIVITIES NO. AND
STATEMENT

NO. KOD / CODE NUM.

BPB 101 PENGENALAN KEPADA PERBANKAN /


INTRODUCTION TO BANKING

M101K1

ASAL USUL DAN EVOLUSI


PERBANKAN / ORIGIN AND
EVOLUTION OF BANK

M101K2

JENIS DAN SISTEM PERBANKAN


MODEN / MODERN BANKING SYSTEMS
AND TYPES

M101K3

KONSEP BANK PERDAGANGAN /


CONCEPT OF COMMERCIAL BANK

M101K4

AKAUN BANK / BANK ACCOUNTS

M101K5

BANK PUSAT/ CENTRAL BANK

M101K6

PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM


TRANSAKSI PERBANKAN / THE USE OF
TECHNOLOGY IN BANKING
TRANSACTIONS

BPB101 /M101K1/P(1/6)

Muka : 1

Drp : 8

TAJUK/TITLE :
ASAL USUL DAN EVOLUSI PERBANKAN / ORIGIN AND EVOLUTION OF BANK
TUJUAN/PURPOSE :
Kertas Penerangan ini bertujuan untuk menjelaskan tentang: / This Information Sheet is
intended to describe on:
1.Definisi Perbankan
2. Sejarah Perbankan

NO. KOD / CODE NUM.

BPB101/M101K1/P(1/6)

Muka / Page
Drpd/of

:2
:8

PENERANGAN/INFORMATION :
1.1

Takrif Bank
Istilah perbankan adalah kata terbitan daripada perkataan bank.
Perkataan bank berasal daripada perkataan Itali iaitu banco yang bererti kepingan
papan tempat meletak buku atau sejenis meja iaitu bench.

1.1.1 Definisi bank


Intitusi kewangan yang menawarkan perkhidmatan kewangan seperti
menerima deposit, membayar faedah, menjelaskan cek, pemberian pinjaman,
bertindak sebagai perantara dalam urus niaga kewangan, dan menyediakan
perkhidmatan kewangan yang lain kepada para pelanggannya.
1.1.2 Definisi bank dari pelbagai sudut
1.1.2.1 Konvensional
Sebuah

institusi

kewangan

yang

menyediakan

kemudahan

dan

perkhidmatan bank secara konvensional iaitu berlandaskan prinsip komersial iaitu


keuntungan dan kecekapan.
1.1.2.2 Islam
Sebuah institusi yang diwujudkan untuk menyediakan kemudahan dan
perkhidmatan bank iaitu penyimpanan, urusan pinjaman serta transaksi bank yang
lain seperti urusan kiriman wang, surat jaminan, surat kredit, tukaran wang asing dan
sebagainya khususnya kepada umat Islam yang berlandaskan hukum islam dan
Syariah untuk merealisasikan keadilan,kerjasama dalam pengagihan kekayaan dan
pendapatan tanpa amalan riba atau faedah.

NO. KOD / CODE NUM.

BPB101/M101K1/P(1/6)

Muka / Page
Drpd/of

:3
:8

1.1.2.2.1 Perbezaan antara Sistem Perbankan Konvensional dan Sistem


Perbankan Islam.
SPK
Mengandungi unsur riba Tertakluk kepada peraturan BNM -

SPI
Mengharamkan unsur riba Tertakluk kepada peraturan BNM dan hukum syarak

Bebas melabur dalam semua sektor termasuk perjudian

Melabur hanya di tempat halal /tidak meragukan

Penasihat terdiri daripada pakar perbankan konvensional sahaja

Penasihat terdiri daripada ulama,ahli akademik dan pakar perbankan Islam

1.1.3 Definisi bank mengikut Ordinan Bank


A bank is a Company which carries on banking business with a valid banking license.
Ordinan Bank Negara Tanah Melayu 1958 (OBNM) telah diluluskan pada 23 Oktober
1958 dan seterusnya Bank Negara Malaysia telah ditubuhkan pada 24 Januari 1959.
OBNM telah dikemaskinikan pada tahun 1994 dan kini dikenali sebagai Akta Bank Negara
Malaysia (Akta BNM ). Bank Negara Malaysia memberi tumpuan kepada tiga tunggak
peranan bank pusat iaitu kestabilan monetari, kestabilan kewangan dan sistem
pembayaran.
1.1.3.1 BAFIA 1989
Mengikut BAFIA 1989, sebuah bank ditakrif sebagai seseorang yang
menjalankan perniagaan perbankan. Akta itu seterusnya mentakrifkan perniagaan
perbankan sebagai:
1.

Perniagaan

a)

menerima deposit dalam akaun semasa, akaun deposit, akaun simpanan dan
akaun-akaun lain yang serupa

b)

membayar atau memungut cek yang dikeluarkan atau yang dimasukkan oleh
pelanggan

c)

menyediakan pembiayaan

2.

Apa-apa perniagaan lain yang ditentukan oleh Bank Negara Malaysia


(selepas mendapat kelulusan Menteri Kewangan)

a) pemberian pinjaman
b) perniagaan pajakan
c) perniagaan pemfaktoran

NO. KOD / CODE NUM.

BPB101/M101K1/P(1/6)

Muka / Page
Drpd/of

:4
:8

d) pembelian bil pertukaran, nota janji, sijil, deposit, debentur atau instrumen boleh
niaga yang lain
e) penerimaan atau jaminan apa-apa liabiliti,tanggungan atau tanggungjawab seseorang.
1.2 Evolusi dan Sejarah Sistem Perbankan
1.2.1 Evolusi perbankan sebelum perbankan era moden
Kewujudan bank adalah kerana penggunaan mata wang yang meluas disebabkan
oleh perkembangan aktiviti perdagangan dan perindustrian
Bank ini memenuhi keperluan perdagangan dan perindustrian bagi negara-negara
maju dan membangun yang mana penggunaan mata wang yang meluas memerlukan
tempat penyimpanan yang selamat
Dahulu, bank merujuk kepada rumah-rumah lama atau pun kuil yang mana dijadikan
sebagai bank oleh peniaga-peniaga dan orang-orang kenamaan untuk menyimpan
wang mereka.
Namun, seiring dengan perubahan dan peperangan yang berlaku, rumah-rumah lama
dan kuil ini tidak lagi selamat untuk dijadikan tempat menyimpan wang kerana sentiasa
menjadi sasaran dan digeledah dalam peperangan
Oleh itu, kerajaan Rom yang mempunyai kepakaran dalam bidang pembinaan telah
membina bangunan yang menggantikan fungsi kuil dan rumah-rumah lama yang
dikenali sebagai bank.
Sistem perbankan ini dikatakan berasal dari Jerman dan Itali yang mana perkataan
bank diambil dari perkataan Banque dan Banca.
Sistem perbankan moden menjadi lebih kukuh dalam empayar British apabila bank
berjaya menghadkan bidang kuasa kerajaan negeri dalam hal ehwal pemberian
pinjaman.
1.2.2 Evolusi perbankan di negara-negara luar
Mesir
Diamalkan sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w dan sahabat-sahabat baginda
Menjalankan tiga fungsi utama iaitu menerima simpanan wang, meminjamkan wang
dan pengiriman wang
Dalam bidang ekonomi, pembiayaan diberikan atau dilakukan dengan akad yang
sesuai dengan syariah
Penggunaan cek secara meluas apabila berlaku peningkatan dalam perdagangan
antara negeri Syam dan Yaman

NO. KOD / CODE NUM.

BPB101/M101K1/P(1/6)

Muka / Page
Drpd/of

:5
:8

Pada zaman Bani Abbasiyah dan Bani Umayyah, perkhidmatan perbankan


diperluaskan lagi dengan menerima deposit, menyalur dana dan memindahkan dana
dengan akad yang sesuai
Sistem perbankan berkembang pesat selepas penciptaan pelbagai jenis mata wang
kerana setiap mata wang mempunyai nilai yang berbeza
Bank syariah yang paling aktif atau berjaya pada tahun 1963 ialah Mit Ghamr Local
Saving Bank.
Kekacauan yang berlaku pada tahun 1967 menyebabkan operasi bank diambil alih
oleh National Bank of Egypt (Bank Pusat Mesir).
Evolusi Perbankan di Mesir
1. Individu (nabi dan sahabat melakukan satu fungsi perbankan)
2. Jihbiz (1 individu melakukan 3 fungsi perbankan)
3. Bank ( institusi yang melakukan 3 fungsi perbankan)
4. Bank Syariah Moden ( institusi yang menjalankan 3 fungsi
perbankan berlandaskan syariah Islam)
China :
Sebelum 1990-an

Bank Sentral atau PBOC (Peoples Bank of China) ditubuhkan pada tahun 1948
melalui penggabungan Bank Huabei, Bank Beihai dan Bank Xibei

Reformasi pada tahun 1978 menyebabkan peluasan sistem perbankan dengan


kewujudan pelbagi jenis bank komersil seperti Bank of China (1912), China
Construction Bank (1974), Agricultural Bank of china (1979) dan Industry and
Commercial Bank of China (1984).

Memberikan perkhidmatan simpanan dan pinjaman kepada semua sektor


ekonomi

Tahun 1990-an

Penubuhan Chian Minsheng Banking Corporation (1996) yang merupakan


bank swasta terbesar di China

Akhir 1999, 90 buah bank beroperasi di China

NO. KOD / CODE NUM.

BPB101/M101K1/P(1/6)

Muka / Page
Drpd/of

:6
:8

Pada tahun 1979, bank asing telah dibenarkan untuk mmebuka cawangan
syarikat perwakilan dan beroperasi di Zon Ekonomi Istimewa (Special
Economic Zones). Contohnya Hong Kong Bank yang beroperasi di Shenzen.

Bank asing pertama yang melakukan aktiviti simpanan dan pinjaman


menggunakan mata wang tempatan iaitu Yuan adalah di Zona Baru Pudong
Shanghai(1996).

1.2.3 Sejarah perbankan di Malaysia.


Industri perbankan di Malaysia bermula sejak awal 1900 an (abad ke-19) apabila
pembangunan ekonomi yang pesat, akibat daripada keuntungan yang baik daripada
ladang getah dan industri biji timah.
Pada masa itu, dapat menyaksikan pembukaan cawangan-cawangan bank asing.
British sebagai perintis dalam industri perbankan telah membuka cawangan di Pulau
Pinang pada tahun 1859 yang dikenali sebagai The Chartered Merchantile Bank of
India, London and China ( kemudian dikenali sebagai Merchantile Bank).
Kemudian disusuli dengan penubuhan cawangan Bank Chartered pada tahun 1875
juga di Pulau Pinang.
Kesan daripada itu, dominasi sistem kewangan asing telah dipecahkan dengan
kewujudan bank domestic Malaysia yang pertama iaitu Kwong Yik (Selangor)
Banking Corporation (kini Malayan Banking Berhad) pada tahun 1913.
Peningkatan sektor perbankan di Malaysia juga telah mewujudkan penubuhan
United Malayan Banking Corporation pada tahun 1960 dan penubuhan bank milikan
rakyat tempatan iaitu Bank Bumiputera Malaysia Berhad dan Public Bank Berhad.
Keadaan ini telah mendorong kepada penubuhan Bank Negara Malaysia (bank
Pusat) , satu badan berkanun yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan
pada tahun 1959 dimana perlembagaan, fungsi dan kuasa BNM adalah ditetapkan di
bawah Akta Bank Pusat 1958.
1.2.4 Permulaan perbankan era moden.
1.3 Penubuhan Sesebuah Bank
1.3.1 Jenis- jenis bank dan tujuan penubuhannya.
a.
Bank Pusat
b.
Bank Perdagangan
c.
Bank Saudagar
d.
Bank Badan Berkanun
e.
Bank koperasi
i. Bank Pusat

: mengawasi dan mengawal pelaksanaan dasar dan peraturan


perbankan dan kewangan yang telah ditetapkan oleh

NO. KOD / CODE NUM.

BPB101/M101K1/P(1/6)

Muka / Page
Drpd/of

:7
:8

sesebuah negara berkenan


ii. Bank Perdagangan

: institusi kewangan yang diuruskan dan dimiliki oleh pihak


swasta yang menawarkan perkhidmatan menerima simpanan,
kemudahan pembayaran dan memberi pembiayaan.

iii. Bank Koperasi :bank yang ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1948 untuk
melindungi kepentingan, kebajikan dan faedah anggotanya.
iv. Bank Badan Berkanun : ditubuhkan oleh kerajaan untuk menyediakan
Perkhidmatan dalam sektor pertanian, perikanan,
pembangunan dan penternakan negara.
v. Bank Saudagar

: menyediakan perkhidmatan perbankan kepada saudagar,


firma yang besar dan badan berkanun

1.3.2 Piagam bank, undang-undang dan pendaftaran bank


Perundangan :

Berdaftar :

Piagam Bank :

NO. KOD / CODE NUM.

BPB101/M101K1/P(1/6)

Muka / Page
Drpd/of

:8
:8

1.3.3 Langkah dan prosedur dalam penubuhan sesebuah bank


1.

Mendapat lesen yang sah daripada Menteri Kewangan berdasarkan

sokongan daripada Bank Negara Malaysia sebelum memulakan urusan


perniagaan
2.

Mempunyai modal berbayar dan rizab minimum yang diperlukan

sekurang-kurangnya RM 10 juta bagi bank dalam negeri dan modal minimum


sebanyak RM 25 juta dan dimestikan menyimpan sekurang-kurangnya RM 10 juta
di Malaysia.
3.

Bank mendapatkan modal kewangan daripada pemegang sahamnya

yang terdiri daripada kerajaan, institusi, badan berkanun atau individu


4.

Setelah pormohonan lesen diluluskan, bank boleh memulakan operasi

dengan mengumpulkan wang deposit daripada pelanggan dalam bentuk akaun


simpanan, akaun simpanan semasa dan akaun simpanan tetap.
1.4 Sistem Perbankan Yang Efektif
1.4.1

Ciri-ciri sistem perbankan yang efektif.


a. Kecairan :
b. Keuntungan :
c. Keselamatan :

You might also like