You are on page 1of 2

SEJARAH AWAL PERTUBUHAN PNDOK PAKTEH

M ADRASAH AD-DINIAH AL-LATIFFIAH atau dikenali dengan nama


pondok pakteh merupakan salah satu pusat pendidikan agama
berasaskan pondok tinggal dinegeri perak darul ridzuan. Pondok
pakteh diambil nama semperna dengan nama tuan guru abdul latif. Pondok
pakteh ditubuhkan 1967 iaitu oleh tuan guru sendiri. Tuan guru merupakan
anak yatim kampung, berhampiran kg.kuak hulu. Toriq atau sistem
pengajian masih dikekalkan cara menadah kitab umum (pelajar duduk
behadapan dengan tuan guru) kitab-kitab yang digunakan adalah kitab-kitab
turas atau dipanggil kitab kuning yang mashyur hasil karangan ulama' –
ulama' terkemuka. Pengajian disini meliputi ilmu tauhid, tassawuf, feqah,
hadis , tafsir dan segala ilmu cabang agama. Diawal tubuhan pondok tuan
guru menerima 17 orang pelajar sahaja. Tempat awal pengajian diadakan
disebuah balai kecil yabg dibina diperkarangan rumah tuan guru. Kadang
kala pengajian di adakan mengikut kesesuaian cuaca. Pondok tempat
penginapan pelajar pula dibina sendiri disuatu tempat yang lapang. Para
pelajar akan masuk sendiri dan belajar "ihtiar" hidup.

Kini balai kecil tersebut telah ditambah menjadi sebuah surau yang boleh
memuatkan 300 jemaah pada satu-satu masa. Tempat-tempat pengajian itu
juga yang dibuat disurau utama tersebut. Dilengkapi dengan bekalan
elektrik, lampu, kipas, dan juga sistem pembesar suara, para pelajar
diwajibkan solat berjemaah lima waktu sehari semalam disurau tersebut,
kawasan pondok penginapan telah berkembang dan dibahagikan kepada 3
buah kampung.
Setiap kampung mempunyai surau pengajian , kolah mandi , dan ketuanya
masing-masing.para pelajar pula diberi makan sehari sekali sebuah tempat
masak. Selebihnya, para pelajar perlu masak sendiri dan meneruskan budaya
belajar Ihtiar hidup.

Mengimbas kembali sejarah pengajian tuan guru, yang juga


merupakan ahli Majlis fatwa negeri perak, beliau telah menuntut 20 orang
guru didua negeri iaitu kedah dan kelantan, kedah tuan guru telah menuntut
dipondok dipokok sama dan kelantan iaitu dipondok pasir tumbuh. Sebelum
itu tuan guru terpaksa berulang – alik kepondok kampung cegera bersama
beberapa rakan untuk pengajian kitab fathul muin, antara guru yang pernah
mengajar beliau adalah tuan guru haji abdul aziz dan tuan guru *****,
sepanjang pengajian, beliau terpaksa menempuh pelbagai kesusahan
termasuk berpisah dengan ahli keluarga, pulang ke kampung 3 tahun sekali
dan menahan lapar serta dahaga.

Selepas tamat pengajian dikelantan, tuan guru masih aktif mengajar


disekitar perak seperti di kaula kangsar, lengggong,taiping,grik, selepas 42
tahun ditubuhkan, pondok pakteh menerima bilangan pelajar mencecah 350
orang, pelajar – pelajar ini dating dari segenap semenanjung
Malaysia,Sabah,Sarawak dan selatan, ****, mereka terdiri daripada pelajar
lelaki dan perempuan yang berusia lingkungan 10 tahun hingga 80 tahun.
Pengajian disini sebanyak 7 kali sehari dan melibatkan lebih kurang 30buah
kitab dalam sehari.

 maklumat2 ini dapat pada kertas bertulis (dalam pejabat)


 Maklumat nin di salin kembali daripada maklumat kertas bertulis.
 Sekiranya banyak ejaan/perkataan yang silap harap maaf.
 (****) dalam jawi atau tidak dapat baca daripada maklumat kertas
bertulis
 Sekiranya ada perbetulan sila hantar ke -
addiniahallatifiah@yahoo.com.

You might also like