You are on page 1of 2

20 Ogos 2010

PEKELILING PEJABAT PENDAFTAR (11/2010)




Semua Bakal Graduan Open University Malaysia (OUM)


KONVOKESYEN KESEMBILAN (20 23 NOVEMBER 2010)

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa Konvokesyen Kesembilan OUM akan diadakan pada 20-
23 November 2010 bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

2. Para pelajar yang ingin mendapat pengesahan tentang status pengijazahan boleh
berbuat demikian pada tarikh seperti berikut:

Kategori Pelajar Tarikh Semakan
i) Bagi pelajar yang telah
menyempurnakan pengajian pada
Semester Januari 2010
30 Ogos 2010
ii) Bagi pelajar yang telah
menyempurnakan pengajian pada
Semester Mei 2010
20 Oktober 2010

3. Maklumat lebih lanjut boleh diperolehi di saluran rasmi penyebaran maklumat
konvokesyen:http://www.oum.edu.my/oum/index.php?c=convo&v=art_view&do
mid=12&parent_id=&cat_id=275&art_id=665&lang=eng. Pautan laman web
Konvokesyen Kesembilan (MK9) tersebut akan diaktifkan mulai 25 Ogos 2010
(Selasa). Para pelajar juga dinasihatkan merujuk kepada myAcademic Progress di
portal myVLE untuk menentukan status pengajian masing-masing.

4. Para pelajar yang telah menyempurnakan semua keperluan kursus kecuali laporan
projek/kajian, laporan latihan amali, kajian berasaskan sekolah dan sebagainya,
hendaklah memastikan bahawa laporan berkenaan telah diserahkan pada atau
sebelum tarikh yang ditetapkan kepada pemeriksa atau Fakuti berkenaan untuk
pemarkahan. Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan nama pelajar tidak
akan diproses untuk pengijazahan.

5. Kadar yuran konvokesyen adalah RM 300.00 untuk semua peringkat pengajian iaitu
meliputi Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah.

6. Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh
semua bakal graduan, seperti berikut:

a) Graduan dinasihati supaya sentiasa merujuk kepada laman web MK9 dan
memuatturun maklumat berkenaan dan mengambil tindakan yang perlu bagi
mengelakkan sebarang masalah dan kesulitan;

b) Graduan hanya diberi peluang untuk menyertai Majlis Konvokesyen yang mana
nama graduan telah tersenarai bagi Majlis Konvokesyen yang berkenaan. Ini
bermakna penangguhan tidak dibenarkan; dan

c) Hanya bakal graduan yang telah melunaskan yuran pengajian serta lain-lain
yuran, termasuk yuran konvokesyen akan dibenarkan menyertai Majlis
Konvokesyen;

Akhir kata pihak Universiti ingin mengucapkan syabas serta ribuan terima kasih di atas
kerjasama yang diberikan.

Sekian.



Yang benar,




KAMARIAH MOHD NOOR
Pendaftar



s.k. Presiden/ Naib Canselor
Jawatankuasa Pengurusan Kumpulan
Dekan-dekan Fakulti
Pengarah/ Ketua Pusat
Timbalan Pengurus Besar (Penilaian dan Peperiksaan)
Pengarah/ Pengurus/ Pentadbir PP
Pengurus-pengurus Kanan
Ketua Pusat Pengurusan Pelajar

You might also like