You are on page 1of 21

NOTA 2

NOTA TEMUDUGA SPP 2014



1. RUKUN NEGARA (1970)
1) Kepercayaan Kepada Tuhan (pentingnya pegangan agama)
2) Kesetiaan Kepada Raja & Negara (Ketua Negara: Seri Paduka Baginda, Raja-Raja
dan Yang Di-Pertuan Negeri adalah merupakan lambang perpaduan - rakyat hendaklah
menumpukan sepenuh taat setia)
3) Keluhuran Perlembagaan (Memuliakan perundangan yang tertinggi - menghargai
serta memahami maksud & latar belakang penggubalannya)
4) Kedaulatan Undang-Undang (Menjunjung Perlembagaan: perlindungan kepada setiap
rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara)
5) Kesopanan dan Kesusilaan (berdisiplin serta bermoral/beradab tinggi menjamin
keamanan)

2. SPP: SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN (1/1/1974)

Pengenalan
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) ditubuhkan pada 1 Januari 1974. SEJARAH
Penubuhan SPP adalah hasil daripada syor yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Diraja
mengenai perkhidmatan perguruan yang ditubuhkan bagi mengkaji perkhidmatan guru-guru,
gaji-gaji dan syarat-syarat perkhidmatan mereka serta lain-lain kakitangan sekolah (lebih
dikenali dengan nama Suruhanjaya Diraja Aziz) yang telah mengemukakan perakuan supaya
sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan berasingan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
(SPA), ditubuhkan bagi Perkhidmatan Pelajaran. SPP di Putrajaya sejak 1999.

Visi SPP
Menjadi Suruhanjaya Perkhidmatan Yang Terbaik

Misi SPP
Memberi Perkhidmatan Yang Berkualiti Dalam Urusan Pengambilan Dan Perkhidmatan
Bagi Anggota Perkhidmatan Pelajaran .

Objektif SPP
Melaksanakan kuasa-kuasa di bawah Perkara 144 (1) Perlembagaan Persekutuan dari segi
pelantikan, urusan perkhidmatan dan kawalan tatatertib dan naik pangkat Anggota
Perkhidmatan Pelajaran dengan cekap dan berkualiti bagi memenuhi keperluan sektor
pendidikan.

Tugas SPP
1. Melantik lantik calon ke jawatan tetap
2. Mengesahkan sahkan perkhidmatan
3. Memasukkan ke jawatan tetap/berpencen
4. Menaikkan pangkat
5. Menukarkan
6. Menjalankan kawalan tatatertib

PENGERUSI SPP YBHG. DATUK DR. HAILI BIN DOLHAN

KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA - YBhg. Datuk Dr. Khair bin Mohamad
Yusof telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan
Malaysia berkuatkuasa mulai 8 Disember 2013.


3. FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA (1987)

1) Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
2) untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi,
rohani, intelek (JERI) berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
3) Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
4) memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.


4. TEMA HARI GURU (16 MEI)

2012 Guru Inovatif Melonjakkan Tranformasi Pendidikan Negara
2013 - Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda
2014 Belum ada lagi.

Tujuan sambut :
1) Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan
integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
2) Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru
dalam masyarakat Malaysia.
3) Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
4) Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.

Kenapa 16 Mei? :
Sebenarnya, tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama dalam
tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council)
telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education
Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai
Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.



5. TEORI PEMBELAJARAN

1) T. Behaviouristic (Skinner 1953)
Rangsangan + Gerak balas = Perubahan dalam tingkahlaku.
*Aplikasi: Memberi ganjaran apabila murid melakukan perkara yang positif agar
mereka terus bersikap sedemikian.

2) T. Kognitif (Piaget 1967)
Pengajaran mengikut tahap pemikiran. Aras berbeza.

3) T. Sosialist
Belajar dari alam, orang lain. Contoh : Mentor-Mentee

4) T. Konstruktivisme
Menurut Brooks (1998), manusia membentuk pemikiran dan membina pemahaman
berdasarkan peristiwa yang mereka alami sebelum ini. Ini merujuk kepada teori
konstruktivisme yang menekankan pembinaan konsep melalui pengetahuan lalu.
Model @ kaedah

1) Diskusi
(bincang antara kumpulan)

2) Implisit/terus
(kaedah konservatif, berpusatkan guru sahaja.)

3) Koperatif
(bina kumpulan dan bincang dalam kumpulan)

*** Setiap program berbeza.

Teknik pengajaran

1) Bercerita
2) Lakonan
3) Pidato
4) Permainan
5) Sumbangsaran
6) Main peranan
7) Lawatan
8) Simulasi

**Pastikan dapat beza antara TEORI, KAEDAH/MODEL atau TEKNIK
PENGAJARAN.


6. ISU PENDIDIKAN PERNAH GEMPARKAN NEGARA

1) Novel Interlok (Ting. 5) karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain.
- Masyarakat India sensitif dengan sistem kasta dan perkataan 'paria' yang digunakan.
- Kementerian mengekalkan novel Interlok sebagai teks KOMSAS, tetapi dengan
pindaan pada bhg sensitif (106 pindaan:lebih 40 halaman)

2) Pelajar didenda makan rumput kerana tidak siap kerja sekolah.

3) Lembu disembelih di sekolah yang menjadi ketidakpuasan hati seorang bapa
pelajar India.

4) Pelajar makan di tempat yang dikatakan tandas.


7. DASAR-DASAR PENDIDIKAN

*Penyata Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1960) menjadi asas kepada
pembentukan sistem dan Dasar Pelajaran Kebangsaan seperti termaktub dalam Akta
Pelajaran 1961.

A) Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957
Pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan
Pengakuan matlamat akhir Bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar utama
Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua
Objektif:
i. perpaduan antara kaum dalam kalangan pelajar
ii. insan cemerlang dan seimbang
iii. sukatan yang sama di semua peringkat sekolah
iv.Membantu pelajaar ke arah pembelajaran berasakan ict

Pembaharuan Dalam Pendidikan:
1) Membudayakan ICT dalam kalangan pelajar
2) Sekolah sukan
3) Pendidikan teknikal dan vokasional
4) Program pendidikan khas

B) PBS: PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

Guru mentaksir dan memberikan skor kepada pelajar.
*Sistem peperiksaan sebelum ini tidak merekod dan tidak ambil kira Pentaksiran Berasaskan
Sekolah dalam markah keseluruhan.

UPSR (2016): 60% Peperiksaan, 40% PBS -- mula pentaksiran Tahun 1, 2011.
PMR (2014): 100% PBS -- mula pentaksiran Tingkatan 1, 2012.

Komponen:
1) Peperiksaan pusat (bagi UPSR)
2) Pentaksiran Sekolah
3) Pentaksiran Aktiviti Jasmani
4) Sukan dan Kokurikulum
5) Pentaksiran Psikometrik (Personaliti)

Konsep PBS
PBS merupakan pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif
(emosi dan rohani), dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS diguna pakai untuk mentaksir bidang
akademik dan bukan akademik.

Konsep PBS bukanlah sesuatu yang baru, kerana pentaksiran inilah yang selama ini
dilaksanakan oleh guru di sekolah (kerja rumah, projek, kuiz, soal-jawab dan lain-lain).
PBS yang dicadangkan ini merupakan penambahbaikan kepada PBS yang telah sedia
dilaksana dengan memperkenalkan pentaksiran merujuk standard dan aplikasi Sistem
Pengurusan PBS (SPPBS) untuk membantu guru merekod pencapaian murid secara
berterusan.

Band 6 paling baik, band 1 paling lemah.

Kelebihan:
1) Guru lebih dihormati oleh pelajar (guru pegang markah).
2) Dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan (mengurus, sumber manusia, beban guru dalam
urus peperiksaan).
3) Peluang tumpuan kepada kemahiran insaniah, inovasi dan kreativiti.
4) Ibu bapa tidak perlu menghabiskan duit untuk kelas tuisyen.

Kelemahan: (sekadar pengetahuan)
1) Akses dalam talian yang lemah.
2) Pelajar yang terlalu ramai menyebabkan PBS gagal dilaksanakan dengan baik.
3) Tahap pelajar yang berbeza2 walaupun dalam satu kelas yang sama.

Bilakah penambahbaikan PBS mula dilaksanakan?
Penambaikan PBS dilaksanakan mulai Tahun 1 pada tahun 2011 dan Tingkatan 1 pada tahun
2012. Penambahbaikan UPSR pada 2016 dan penambahbaikan PMR pada 2014.

C) PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa
Inggeris)

Mengapa Dimansuhkan?
1) UNESCO: pelajar mudah belajar dalam bahasa Ibunda.
2) Penurunan pencapaian gred ABC bagi kohot pertama sepenuh PPSMI sek rendah.
3) Jurang melebar sekolah bandar dan luar bandar.
4) Peningkatan penguasaan BI semasa perlaksanaannya terlalu sikit, tidak lebih dari 3%

D) MBMMBI (Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris)

i. Meletakkan Bahasa Malaysia pada tempat yang sepatutnya (bahasa kebangsaan:
Perkara 152, Perlembagaan Malaysia DAN bahasa pengantar utama pendidikan: Akta
Pendidikan 1996).
ii. Memperkukuh penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang wajib dipelajari
(bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat antarabangsa).
iii. Mengembalikan peranan bahasa Malaysia sebagai bahasa p&p sains dan matematik,
meningkatkan penguasaan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris melalui pelaksanaan
tambahan waktu p&p, transformasi kurikulum, peningkatan kapasiti guru dan sumber
manusia, penyediaan bahan dan peralatan serta mengintegrasi Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) dalam p&p.

*PERANAN KEMENTERIAN: Penyediaan buku teks, menggubal kurikulum, latihan kepada
guru, mengenal pasti buku rujukan yang sesuai dan menyediakan perkakasan seperti makmal
Bahasa Inggeris (BI) yang mencukupi.

E) PIPP (2006-2010): Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

1) Membina negara bangsa (1Malaysia, bahasa kebangsaan, aktiviti kebudayaan)
2) Membangunkan modal insan (saintiif, progressif, berilmu, berkemahiran ICT)
3) Memperkasakan sekolah kebangsaan (Infrastruktur lengkap, kuasai 3M)
4) Merapatkan jurang pendidikan (TV Pendidikan, SchoolNet, makmal computer, 3M)
5) Memartarbatkan profesion keguruan (upgrade the intake system and improve the
environment, kenaikan gred DG)
6) Melonjakkan kecemerlangan profesion keguruan.

F) PPPM - Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)

11 anjakan :

1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf
antarabangsa.

Kementerian akan melancarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang disemak semula pada tahun 2017.
Selain itu Kementerian akan mengkaji kemungkinan melaksanakan laluan pembelajaran
pintas selain pendidikan arus perdana, termasuklah membenarkan murid berpencapaian
tinggi menamatkan pengajian sekolah menengah dalam masa empat tahun berbanding
lima tahun sekarang dan menamatkan sekolah rendah dalam masa lima tahun, berbanding
enam tahun. Peperiksaan UPSR pada 2016 akan mengandungi 80% soalan berbentuk
pemikiran aras tinggi.

2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.

3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
Bagi memupuk semangat patriotisme di kalangan murid dalam usaha membina satu
identiti nasional yang kukuh dan jitu, Kementerian akan memperkukuhkan Pendidikan
Islam, Pendidikan Moral dan elemen Sivik menjelang 2017. Pedagogi untuk Pendidikan
Islam dan Pendidikan Moral juga disemak semula untuk melibatkan lebih banyak aktiviti
main peranan (role-play), simulasi, perbincangan dan tugasan dalam kumpulan kecil.
Bagi murid bukan Islam, Pendidikan Moral akan mengandungi pemahaman tentang nilai
teras semua agama utama di Malaysia. Kementerian juga akan mengkaji membolehkan
murid bukan Islam berkongsi kelas yang sama apabila nilai-nilai sejagat diajar.

4. Meningkatkan kualiti guru dan profesion keguruan sebagai profesion pilihan.
Kementerian akan mengetatkan syarat kemasukan ke latihan perguruan dengan
mensasarkan hanya 30 peratus teratas dari kelompok pelajar cemerlang menyertai
profesion perguruan. Guru berprestasi tinggi berpeluang menikmati kenaikan pangkat
bermula daripada Gred DG14 sehingga DG54 dalam tempoh yang lebih singkat, iaitu
kurang daripada 25 tahun.

5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
Kementerian juga akan menempatkan pengetua atau guru besar cemerlang di sekolah-
sekolah luar bandar dan di kawasan-kawasan miskin bandar.

6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus
berasaskan keperluan.

7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
Kementerian akan meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya
melalui perlaksanaan 1BestariNet bagi semua 10,000 buah sekolah yang dijangka selesai
sepenuhnya pada penghujung 2013. Dalam masa terdekat, semua murid akan mempunyai
akses kepada rangkaian 4G di sekolah yang akan menyediakan landasan untuk
perlaksanaan pembelajaran secara interaktif.

8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
Struktur organisasi Kementerian akan disusun semula agar fungsi bahagian tidak
bertindih dan lebih ramai tenaga kerja akan ditempatkan di PPD yang akan terlibat secara
langsung dalam memantau dan mengurus prestasi sekolah.

9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.

10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
Setiap program yang dibuat mestilah memberi input yang berkesan kepada pelajar supaya
setiap ringgit yang dibelanjakan tidak menjadi satu pembaziran yang sia-sia.

11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.
Semua pihak berkaitan seperti kementerian, PPD, guru dan lain menjalankan tugas
dengan telus dan berkesan.

3 Objektif PPPM

1) Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia dengan
memberi tumpuan terhadapakses kepada pendidikan, meningkatkan standard
(kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), mengukuhkan perpaduan
dalam kalangan murid, serta mengoptimumkan kecekapan sistem;

2) Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistempendidikan dan setiap
murid bagi 13 tahun akan datang;dan

3) Menggariskan program transformasi sistempendidikan, yang merangkumi
perubahan penting dalam Kementerian bagi memenuhi permintaan baharu dan
harapan masyarakat yang meningkat, menyemarakserta menyokong keseluruhan
transformasi perkhidmatan.


8. WAWASAN 2020 (1991)

Diperkenalkan Tun Mahathir pada 28 Februari 1991, pembentukannya bertujuan meletakkan
Malaysia sebagai sebuah negara maju dengan acuan sendiri pada tahun 2020.

9 Cabaran :
1) Negara Malaysia bersatu berkongsi matlamat.
2) Masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju.
3) Masyarakat demokratik yang mengamalkan satu bentuk persefahaman matang.
4) Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika.
5) Mewujudkan masyarakt majmuk liberal dan bertolak ansur.
6) Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, penyumbang kepada tamadun saintifik
dan teknologi.
7) Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi.
8) Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi.
9) Mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.


9. MODAL INSAN (RMK-9, 2006-2010)

Pembangunan sahsiah ke atas insan (amanah, jujur, berakhlak mulia, progresif, cergas
dan bertamadun).

8 teras :
1) Penambaikan sistem pendidikan dan latihan.
2) Memperkasa sekolah kebangsaan untuk menjadi sekolah pilihan.
3) Merapatkan jurang prestasi di antara sekolah luar bandar dan Bandar (ganti guru, baiki
infrastruktur).
4) Mewujudkan universiti bertaraf antarabangsa dan memastikan kursus yang diikuti
memenuhi keperluan majikan.
5) Menyediakan lebih banyak peluang pembelajaran sepanjang hayat.
6) Membina masyarakat yang inovatif (peroleh dan guna ilmu).
7) Menyemai perpaduan nasional dan budaya berprestasi tinggi.
8) Memperluas dan memperkemas forum perbincangan kerajaan, swasta, ibu bapa dan
masyarakat.


10. Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10, 2011-2015)

5 teras strategik ke arah negara maju 2020:
1) Meningkatkan nilai tambah dalam ekonomi negara
2) Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi serta memupuk minda kelas
pertama
3) Menangani ketidaksamaan sosioekonomi yang berterusan
4) Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup
5) Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan negara


11 NKRA dan NKEA

11.1 NKRA: Bidang Keberhasilan Utama Negara (National Key Result Area, 27 Julai
2009)

Pada 27 Julai 2009, Perdana Menteri, YAB Dato' Sri Najib Tun Razak telah mengumumkan
Indeks Prestasi Utama (KPI) enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) sebagai
usaha untuk menyediakan dan meningkatkan tahap kesejahteraan kepada rakyat.

6 Bidang Utama NKRA

1) Mengurangkan kadar jenayah: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Dalam
Negeri)
2) Memerangi rasuah, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (Menteri di Jabatan Perdana
Menteri).
3) Akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan: Tan Sri Muhyiddin Yassin
(Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pelajaran)
4) Tingkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
(Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)
5) Memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman: Datuk Seri Shafie Apdal (Menteri
Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah)
6) Menambah baik pengangkutan awam: Datuk Seri Ong Tee Keat (Menteri
Pengangkutan)

***Dalam kurungan tu menteri yang dulu masa NKRA ni buat.

Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan
Dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan, kerajaan akan memberi
tumpuan kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan
berkemampuan.

Sub-NKRA 1: Prasekolah
7 teras untuk meluaskan akses kepada pendidikan prasekolah yang berkualiti dan
berkemampuan:
1. Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Prasekolah Kebangsaan dan Bahagian
Prasekolah dan PERMATA Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
2. Perlaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
3. Menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah kerajaan
4. Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru
5. Menambah bilangan kelas prasekolah di kawasan miskin Bandar, luar Bandar
dan pedalaman
6. Meningkatkan Perkongsian Pintar Kerajaan-Swasta dalam pendidikan
Prasekolah.
7. Mewujudkan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan

Sub-NKRA 2: Literasi dan Numerasi
NKRA Peluasan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan
Setiap kanak-kanak menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas 3
tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012
Kanak-kanak berkeperluan khas didefinisikan sebagai murid bermasalah
pembelajaran, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah penglihatan,
terencat akal, mempunyai pelbagai kecacatan, dan kurang upaya secara fizikal.
Kurikulum khas literasi dan numerasi dibentuk untuk kanak-kanak berkeperluan
khas.

Sub-NKRA 3: Sekolah Berprestasi Tinggi
Mengangkat kualiti sekolah-sekolah yang terbaik
Meningkatkan kualiti pencapaian institusi pendidikan melalui peningkatan tahap
autonomi dan akauntabiliti, membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dalam
pengurusan masing-masing (pemusatan dalam aspek kurikulum dan anggota
perkhidmatan)
Menghasilkan pelajar yang cemerlang
Sebagai tempat untuk melatihkan pelajar cemerlang bertaraf antarabangsa dan
yang menjadi personaliti unggul dalam semua bidang
Merapatkan jurang antara sekolah-sekolah di dalam sistem
Sebagai inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan
kecemerlangan tahap yang lebih tinggi melalui bimbingan dan jaringan antara
sekolah tersebut

Sub-NKRA 4: Tawaran Baru kepada Pemimpin Sekolah
Meningkatkan kualiti keberhasilan murid menerusi peningkatan prestasi pemimpin
sekolah di Malaysia

11.2 NKEA (Bidang Ekonomi Utama )

Untuk menjadikan Malaysia Negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020, Kerajaan
pada bulan Oktober 2010 telah melancarkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) bagi
meningkatkan pendapatan per kapita daripada AS$6,700 (RM23,700) pada tahun 2009
kepada AS$15,000 (RM48,000) pada tahun 2020. Peningkatan ini akan dicapai melalui
pertumbuhan pendapatan negara kasar (GNI) sebanyak 6% setahun sehingga 2020.

ETP memberi fokus kepada 12 Bidang Ekonomi Utara Negara (NKEA) iaitu:

1. Minyak, Gas dan Tenaga
2. Perkhidmatan Kewangan
3. Perkhidmatan Perniagaan
4. Borong dan Runcit
5. Kesihatan
6. Pertanian
7. Minyak Sawit
8. Pelancongan
9. Elektronik dan Elektrikal
10. Pendidikan
11. Teknologi Maklumat dan Komunikasi
12. Greater Kuala Lumpur

12. GAGASAN 1MALAYSIA (16/09/2010, Najib Tun Razak)

1) Mengharmonikan rakyat tanpa mengubah/melenyapkan identiti kaum-kaum yang terdapat
di Malaysia.
2) Menekankan soal integrasi dan toleransi (kesamarataan dengan mengambil kira sejarah dan
Perlembagaan, hak keistimewaan Bumiputera)
3) Meraikan kepelbagaian budaya, bahasa sebagai satu aset atau kelebihan.
4) Menghormati kepercayaan dan keunikan kaum lain.

3 Teras (perpaduan nasional):
1) PRINSIP PENERIMAAN (terbuka dan berbesar hati)
2) PRINSIP KENEGARAAN (bersatupadu, nasionalisme)
3) PRINSIP KEADILAN SOSIAL (adil kebajikan dan aspek sosial)

8 Nilai:
1. Penerimaan (terima sepenuh hati)
2. Ketabahan (tekun, kerja keras, dedikasi,juang tinggi)
3. Budaya Kecemerlangan (menepati masa, ukuran, kualiti)
4. Kesetiaan (kepada Raja, pemimpin)
5. Rendah hati (tidak berbangga-bangga, bongkak)
6. Meritokrasi (penilaian melalui prestasi)
7. Integriti (jujur, bersikap amanah)
8. Pendidikan (kurikulum bercorak patriotik.

13. KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah) - 2011
- tahun 1-4 (penguasaan 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul) + kemahiran
ICT, fizikal, kognitif, sikap dan nilai
- tahun 4-6 (pengukuhan dan aplikasi 4M)

14. KBSR
- Membaca, menulis dan mengira.


15. Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)

Pengenalan
Mulai 2014 Kementerian Pelajaran akan memperkenalkan Kurikulum Standard Sekolah
Menengah (KSSM) yang mula diguna pakai pelajar Tingkatan Satu, sementara Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) membabitkan murid Tahun Satu. Pelaksanaan KSSR
bermula dengan murid Tahun 1 pada 2011. Maka terdapat keperluan untuk melihat semula
KBSM sedia ada supaya wujud kesinambungan kurikulum sekolah rendah dan menengah.
KBSM telah melalui satu kitaran lengkap dalam sistem persekolahan semenjak
pelaksanaannya melalui SPI Bil.2/2000 bertarikh 14 Januari 2002: Pelaksanaan Sukatan
Pelajaran yang Disemak Semula Bagi KBSR dan KBSM.

Konsep Transformasi KSSM
Konsep transformasi KSSM adalah berdasarkan kepada prinsip KBSM sedia ada iaitu:-
Kesinambungan pendidikan rendah dengan pendidikan menengah
Pendidikan umum untuk semua murid,
Penggunaan disiplin ilmu yang ada
Kesepaduan antara unsur JERI
Penekanan nilai-nilai murni
Peluasan dan peningkatan penggunaan Bahasa Malaysia
Pendidikan sepanjang hayat

Namun demikian, dasar KSSM yang baru terdapat beberapa transformasi dari segi:-
Reka bentuk kurikulum
Organisasi kurikulum
Kandungan kurikulum
Penekanan kepada kemahiran abad ke-21

16. LINUS

- Penguasaan Literasi dan Numerasi (celik nombor dan celik huruf)
- tahun 1,2,3 dan semua SK, SJK
- guru BM, MAT dan guru pemulihan


17. KABINET @ MENTERI2 YANG PENTING JE

Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Kementerian Kewangan
Menteri I : Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri II: Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Maslan

Kementerian Pelajaran
Menteri I: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri II : Datuk Seri Idris Jusoh
Timbalan Menteri I: Datuk Mary Yap
Timbalan Menteri II: P.Kamalanathan

Kementerian Dalam Negeri
Menteri: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Menteri: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri: Datuk Jailani Johari

Kementerian Pengangkutan
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (pangku)

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
Menteri: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Menteri: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Kementerian Pertahanan
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Kementerian Kesihatan
Menteri: Datuk Seri Dr S.Subramaniam

Kementerian Belia dan Sukan
Menteri: Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Timbalan Menteri: Datuk M Saravanan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Menteri: Datuk Hasan Malek
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (akan dilantik senator)

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Menteri: Datuk Rohani Abdul Karim
Timbalan Menteri: Datuk Azizah Mohd Dun

Kementerian Luar Negeri
Menteri: Datuk Seri Anifah Aman

18. ISLAM HADHARI
Islam Hadhari (Arab: ) atau "Islam yang bertamadun" merupakan teori
kerajaan Malaysia pimpinan Abdullah Ahmad Badawi berasaskan Islam dari al-Quran. Ia
bukanlah agama baru, bukan ajaran baru dan bukan mazhab baru. Ia adalah usaha untuk
mengembalikan umat Islam kepada asas fundamental menurut yang terkandung dalam
al-Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan Tamadun Islam.

Visi
Menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh.

Prinsip
(1) Keimanan dan Ketakwaan Kepada Allah s.w.t.
(2) Kerajaan Adil dan Beramanah.
(3) Rakyat Berjiwa Merdeka.
(4) Penguasaan Ilmu Pengetahuan.
(5) Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif.
(6) Kehidupan Berkualiti.


19. Sekolah Kluster

Sekolah Kluster ialah sekolah yang bertaraf tinggi antara sekolah-sekolah lain di Malaysia.
Sehingga kini, beberapa buah sekolah telahpun diisytiharkan sebagai sekolah kluster
sejak 30 Mac 2007.


20. KURIKULUM DAN KOKURIKULUM

Kurikulum - Satu rancangan pendidikan yang dibentuk untuk suatu kumpulan pelajar bagi
mencapai matlamat yang telah ditentukan.

Kokurikulum - Apa-apa kegiatan yang dirancang daripada proses pengajaran dan
pembelajaran di luar bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah,
mengukuh dan mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di bilik darjah.


21. STANDARD GURU MALAYSIA

Komponen SGM

Standard merangkumi tiga aspek berikut:-

Standard 1: Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan
Standard ini memperincikan kompetensi amalan nilai profesionalisme keguruan
berdasarkan domain diri, profesion dan sosial, yang patut ada pada seseorang guru.

Standard 2: Pengetahuan dan Kefahaman
Standard ini memperincikan kompetensi ilmu pengetahuan dan kefahaman tentang
subjek pengkhususan, ilmu pendidikan, kurikulum dan kokurikulum yang patut ada
pada
seseorang guru.

Standard 3: Kemahiran Pembelajaran dan Pembelajaran
Standard ini memperincikan kompetensi kemahiran pengajaran dan pembelajaran
yang
patut dikuasai oleh seseorang guru.


22. HUKUMAN/TATATERTIB

1. Amaran (Warning)
2. Denda (Fine)
Denda yang dikenakan adalah berasaskan emolumen pegawai. Denda maksimum
ialah
tidak melebihi 7 hari emolumen. Pegawai tidak layak dinaikkan pangkat dalam
tempoh 12 bulan atau satu urusan mana terdahulu.

3. Lucut Hak Emolumen (Forfeiture of Emoluments)
Lazimnya dikenakan bagi kes tidak hadir bertugas. Pegawai tidak layak dinaikkan
pangkat dalam tempoh 18 bulan atau satu urusan mana terdahulu.

4.Tangguh Pergerakan Gaji (Deferment of Salary Movement)
Dikenakan bagi tempoh 3, 6, 9 atau 12 bulan dan dilaksanakan pada tarikh ulang
tahun
pergerakan gaji pegawai. Pegawai tidak layak dinaikkan pangkat dalam tempoh 30
bulan
atau satu urusan mana terkemudian.

5.Turun Gaji (Reduction of Salary)
Gaji diturunkan secara mendatar dalam peringkat gaji yang sama dan penurunan
gaji itu
tidak melebihi tiga pergerakan gaji.

6.Turun pangkat (Reduction in Rank)
Gred pegawai diturunkan ke gred yang lebih rendah dalam skim perkhidmatan yang
sama.

7.Buang Kerja (Dismissal)
Tarikh hukuman ialah pada tarikh Lembaga Tatatertib menjatuhkan hukuman.
Pegawai
tidak berhak menerima apa-apa kemudahan dalam perkhidmatan awam.


23. PROTIM ( PROGRAM PEMULIHAN 3M)

PROTIM adalah satu program pembangunan yang dilaksanakan ke atas murid tahun 4, 5 dan
6 di setiap sekolah di mana murid-muridnya menghadapi masalah penguasaan asas membaca,
menulis dan mengira atau lebih dikenali dengan masalah 3M. Sebelum PROTIM
diperkenalkan, Guru Pemulihan bertanggungjawab sepenuhnya mengajar murid yang
bermasalah ini.


24. Tonggak 12 (ada 12, tahu 6 cukuplah)

- bantu kerajaan capai wawasan 2020

1. Hargai masa
2. Ketekunan membawa kejayaan
3. Keseronokkan bekerja
4. Kemuliaan kesederhanaan
5. Ketinggian peribadi
6. Pengaruh teladan


25. SISTEM PEMERINTAHAN
Dalam sistem pemerintahan Malaysia, terdapat tiga buah bdan utama iaitu:-

Badan Perundangan.
Badan ini hanya membuat undang-undang dan tidak boleh menyerahkan kuasa ini kepada
mana-mana pihak dan tidak boleh mempunyai kuasa lain;

Badan Pemerintah.
Badan ini hanya menjalankan kuasa eksekutif dan tidak boleh membuat undang-undang dan
penghakiman;

Mengikut Perkara 39, Perlembagaan Persekutuan, kuasa memerintah Persekutuan Malaysia
adalah terletak pada Yang di-Pertuan Agong dan tertakluk kepada peruntukan mana-mana
undang-undang persekutuan dan peruntukan Jadual Kedua, kuasa ini boleh dijalankan oleh
Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri. Tetapi
Parlimen boleh dengan undang-undang memberi tugas-tugas pemerintah kepada orang lain.
Timbalan Yang di-Pertuan Agong adalah Timbalan Ketua Utama Negara. Apabila berlaku
kekosongan disebabkan Yang di-Pertuan Agong tidak berupaya menjalankan tugas kerana
sakit, tidak berada dalam Persekutuan Malaysia lebih daripada 15 hari atau kerana sebab-sebab
lain maka Timbalan Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas Yang
di-Pertuan Agong.

Badan Kehakiman
Badan ini hanya menjalankan penghakiman dan tidak boleh membuat undang-undang atau
menjalankan kuasa eksekutif. Ketiga-tiga badan ini mempunyai kuasa, bidang tugas dan
peranan masing-masing. Namun begitu, Badan Perundangan dan Badan Pemerintah berkait
antara satu sama lain kerana Malaysia mengamalkan sistem kerajaan di mana ahli-ahli Badan
Perundangan adalah juga Badan Pemerintah. Contohnya, Jemaah Menteri bertanggungjawab
kepada Badan Perundangan (Parlimen Malaysia). Badan Kehakiman sahaja merupakan sebuah
badan berasingan dan bebas daripada politik, bagi menjamin keadilan di negara ini.

Amalan pengasingan kuasa antara tiga badan utama iaitu badan perundangan [legislative],
pentadbiran [executive] dan kehakiman [judiaciary] yang dipraktikkan baik di peringkat pusat
atau kerajaan negeri yang diamalkan selama ini berasaskan Perlembagaan seseungguhnya telah
mengukuh dan melicinkan lagi urusan pemerintahan-pentadbiran negara semenjak merdeka.


26. DEWAN NEGARA DAN DEWAN RAKYAT

Dewan Negara
Dewan Negara adalah Majlis Tertinggi yang berperanan membahaskan sesuatu rang undang-
undang dengan lebih terperinci. Ia juga bertanggungjawab membincangkan perkara-perkara
yang menjadi kepentingan umum. Mengikut Perkara 68, Perlembagaan Persekutuan, Dewan
Negara tidak mempunyai kuasa menolak sesuatu rang undang-undang yang diluluskan oleh
Dewan Rakyat sebelum dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan.
Walau bagaimanapun, Dewan Negara boleh menangguhkan pelaksanaan sesuatu rang undang-
undang itu.

Dewan Negara mempunyai 70 orang ahli yang mana 44 orang dilantik oleh Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong daripada warganegara yang pada pendapat baginda telah
berbakti dengan cemerlangnya atau telah mencapai taraf gemilang dalam perkhidmatan awam,
perdagangan, perusahaan, pertanian, kegiatan kebudayaan, perkhidmatan masyarakat atau
wakil-wakil kaum yang terkecil bilangannya atau yang boleh mewakili kepentingan Orang
Asli. Wilayah Persekutuan dianggotai oleh empat orang ahli iaitu dua orang ahli mewakili
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, seorang ahli mewakili Wilayah Persekutuan Labuan dan
seorang ahli mewakili Wilayah Persekutuan Putrajaya juga dilantik oleh Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong. Sebanyak 26 orang lagi dipilih oleh Dewan Undangan Negeri dari 13
buah negeri di Malaysia, iaitu tiap-tiap sebuah negeri mengemukakan dua orang Senator.

Seorang Yang di-Pertua Dewan dan Timbalannya dipilih terlebih dahulu bagi mengendalikan
Persidangan Dewan dari kalangan ahli-ahli sendiri. Keanggotaan Dewan ini dihadkan kepada
warganegara yang berumur 30 tahun ke atas. Tempoh jawatan seseorang Ahli Dewan Negara
ialah tiga tahun dan Ahli Dewan Negara boleh dilantik untuk kali kedua dan memegang
jawatan Senator bagi tempoh tiga tahun lagi. Hanya dua penggal sahaja dibenarkan bagi setiap
Senator memegang jawatannya. Tempoh memegang jawatan sebagai Ahli Dewan Negara ini
tidaklah terjejas dengan pembubaran Parlimen. Parlimen diberi kuasa oleh Perlembagaan
untuk mengubah keahliah Dewan Negara, seperti menambah bilangan ahli-ahli dewan yang
dipilih oleh Dewan Undangan Negeri menjadi tiga orang, memperuntukkan supaya ahli-ahli
Dewan Negara itu dipilih oleh pengundi-pengundi, atau mengurangkan jumlah ahli-ahli Dewan
Negara yang dilantik.

Dewan Rakyat
Dewan Rakyat merupakan majlis khas untuk rakyat menyuarakan hasrat dan pendapat serta
mendapatkan pembelaan menerusi wakil-wakil mereka. Ahli-ahli Dewan Rakyat dipilih secara
langsung oleh rakyat keseluruhannya dalam pilihan raya umum. Yang di-Pertua dan
Timbalannya dipilih oleh Dewan Rakyat. Namun demikian, terdapat pula satu syarat dalam
perlembagaan yang membolehkan Yang di-Pertua dipilih dari luar Dewan Rakyat. Orang yang
dipilih seperti ini dianggap sebagai ahli tambahan Dewan dan satu tambahan kepada ahli yang
dipilih. Keanggotaan Dewan Rakyat dihadkan kepada warganegara yang berumur 21 tahun ke
atas dan tidak boleh menjadi ahli Dewan Negara.Tempoh Dewan ini ialah lima tahun. Walau
bagaimanapun, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkuasa, menurut
kebijaksanaannya, untuk membubarkan Parlimen sebelum tempoh tersebut iaitu setelah
memperoleh nasihat dari Perdana Menteri.

Ahli Dewan Rakyat pada masa ini ialah 222 orang yang mewakili kawasan pilihan raya di
seluruh Malaysia. Pecahan kerusi Dewan Rakyat adalah 153 kerusi untuk negeri-negeri di
Semenanjung, 25 kerusi untuk Sabah dan 31 kerusi untuk Sarawak, sementara Wilayah
Persekutuan pula 13 kerusi iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (11 kerusi), Wilayah
Persekutuan Labuan (1 kerusi) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (1 kerusi).







27. LOGO KEMENTERIAN PENDIDIKAN


Rekabentuk oleh :
Prof. Dato Dr Ahmad Zainuddin & Mohd Faizal Ahmad
(Majlis Rekabentuk Malaysia)
Rasional :
Logo ini direka mengunakan huruf Alif sebagai konsep teras. Pendekatan mengunakan huruf
atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya,
berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf Alif itu. Alif jugamembawa pengertian
ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu
dengan beberapa darjat. Ilmu juga di klasifikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian yang
merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu juga di takrifkan sebagai
pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran
dan keyakinan.
Logo ini menggunakan dua P dan dua Alif melambangkan dua peringkat
pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian Tinggi. Hurup P yang bertingkat
kearah Alif melambangkan tahap-tahap kecemerlangan pendidikan Malaysia. Bentuk
Bulatmelambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang bersifat global. Dari segi
warna, Biru bermaksud profesionalisma dalam sistem pendidikan negara. Kuning
keemasan melambangkan kecemerlangan. Putih melambangkan sistem pendidikan yang
bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan berilmu mulia.

28. GST (Goods and Services Tax)

Pengenalan :
Dalam ucapan Bajet 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan
akan melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bermula 1 April 2015. 160 sudah
melaksanakan GST.

Kerajaan berkata kadar ini adalah yang paling rendah di kalangan negara-negara ASEAN :
10% di Indonesia , Vietnam, Kemboja, Filipina , Laos dan 7% di Singapura dan Thailand.
Kadar GST dicadangkan ditetapkan pada 6%.

Kebaikan :
1. Dulu ada dua cukai iaitu cukai jualan dan cukai perkhidmatan. Sekarang satu cukai saja.
2. Beberapa jenis barangan akan menjadi lebih murah bergantung kepada kategori dan jenis
barangan itu.
3. Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan sebanyak 1-3 % untuk semua pembayar
cukai.

Keburukan :
1. pelaksanaan GST jika tidak diawasi dengan ketat akan diperalat dan dimanipulasikan oleh
pengeluar, pengedar dan peruncit untuk menipu
2. GST juga dilihat boleh mengakibatkan kenaikan inflasi yang mendadak bila harga barangan
akan naik akibat kos perniagaan bertambah.
3. Terus 6%. Sepatutnya kadar rendah lagi..


29. TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD

PM ke 4 pada umur 55 tahun.
22 tahun dari 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003.
Bapa Pemodenan Malaysia
4 orang TPM bawah dia iaitu Tun Musa Hitam, Tun Ghafar Baba, Dato; Seri Anwar
Ibrahim dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Sumbangan Putrajaya, KLIA, Litar Sepang, KLCC dan banyak lagi.


30. YB Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak

PM ke 6 sehingga kini lepas Pak Lah
PM sejak 3 April 2009 hingga kini.
Ahli Parlimen Pekan
Gagasan 1 Malaysia


31. UPSI

Pengenalan :

Secara kronologi, perkembangan UPSI melalui tiga era, iaitu era SITC (29 November 1922 -
1957), era MPSI (1957 - 1987) dan era IPSI (21 Februari 1987 - April 1997). Tiga era ini juga
memperlihatkan wadah generasi pendidik yang dilahirkan oleh institusi ini dalam tempoh 75
tahun. Tanggal 1 Mei 1997 bermulalah lembaran barunya sebagai sebuah universiti, apabila
universiti ini diperbadankan di bawah Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perbadanan)
1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997 menerusi Warta Kerajaan
P.U (A) 132 & 133 yang bertarikh 24 Februari 1997.


Visi
Menjadi Universiti yang bitara, cemerlang dalam kepimpinan pendidikan berlandaskan
kegemilangan sejarah serta menerajui perubahan global.
Misi
Menjana dan menatar ilmu menerusi pengajaran, penyelidikan, penerbitan, perundingan dan
khidmat masyarakat, dalam konteks pembangunan insan untuk mencapai wawasan negara.
Moto
"Komited Membawa Perubahan Dalam Pendidikan".
IBU KANDUNG SULUH BUDIMAN
Ibu Kandung Suluh Budiman
Obor Di malam Gelap
Bina Budi Penyebar Tekad
Pancaran Semangat Waja

Ibu Kandung Suluh Budiman
Ibu Pujaan Kami
Yang Berjasa Pada Masyarakat
Hidup Gagah Berani

Ibu Kandung Suluh Budiman
Dengarlah Sumpah
Sumbangsih Nan Suci
Selagi Hayat Dikandung Badan
Kami Tetap Berbakti
Cancelor - Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara
Salim
Naib Cancelor UPSI - Prof Dr Zakaria Kasa
YDP sekarang Muhammad Idris Mahmud
***Saya cuma cari untuk UPSI, jika anda u lain, anda kena cari sendiri ye..

You might also like