You are on page 1of 11

Pemanasan global merupakan satu fenomena pemerangkapan

gas yang dikenali sebagai gas rumah hijau yang mana


kumpulan gas ini menghalang dan memerangkap haba bumi
daripada terbebas keluar ke angkasa. Sifat kumpulan gas ini
ialah membenarkan bahangan matahari menembusinya tetapi
menghalang pembebasan semula bahangan bumi ke atmosfera.
Contoh gas rumah hijau ialah karbon dioksida, karbon
monoksida, kloroflorokarbon (CFC), metana, nitrogen oksida
dan lain-lain. Kebiasaannya, fenomena pemanasan global dapat
dirasai dengan lebih jelas di kawasan kutub utara dan selatan,
kawasan pembangunan perindustrian, kawasan perbandaran
dan banyak lagi tempat dunia.
PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA PEMANASAN GLOBAL

1. PERINDUSTRIAN


Aktiviti perindustrian merupakan punca utama kepada fenomena pemanasan
global. Pembakaran bahan api fosil seperti gas dan arang batu bagi menggerakkan
mesin dan jentera telah mengeluarkan banyak gas rumah hijau terutamanya gas
karbon dioksida.

Semakin banyak gas karbon dioksida dihasilkan, semakin banyak haba yang dan
terperangkap oleh lapisan gas lalu meningkatkan suhu udara secara global.





2. PENGANGKUTAN


Kenderaan bermotor kini merupakan pengangkutan utama bagi manusia
memudahkan pergerakan mereka di bumi ini.

Penggunaan kenderaan yang menggunakan minyak sebagai bahan bakar utama
bagi menggerakkan enjin kenderaan khususnya minyak tanpa plumbum telah
banyak membebaskan gas karbon dioksida dan gas karbon monoksida

3. PEMBAKARAN HUTAN


Kegiatan pembakaran hutan secara besar-besaran dan berleluasa untuk
membersihkan kawasan hutan bagi menjalankan aktiviti pertanian, petempatan
atau sebagainya telah menyumbang kepada pemanasan global

Pembakaran hutan telah menyebabkan imbangan kandungan oksigen dengan
karbon dioksida tidak seimbang. Lebihan karbon dioksida terjadi dan berlakulah
pemanasan global
Asap yang terbebas ke angkasa daripada pembakaran hutan juga mengandungi
banyak gas karbon dioksida.



4. PERTANIAN DAN PENTERNAKAN


Aktiviti pertanian yang menggunakan racun-racun serangga dan baja kimia secara
berlebihan.

Penggunaan racun-racun serangga dan baja kimia yang secara berlebihan ini telah
mengeluarkan banyak gas rumah hijau terutamanya gas metana.
Kegiatan perternakan juga menyebabkan berlakunya pemanasan global. Hasil
buangan najis haiwan ternakan seperti kambing dan lembu telah menghasilkan dan
membebaskan banyak gas metana ke angkasa.


LETUSAN GUNUNG BERAPI


Selain punca pemanasan global yang disebabkan oleh aktiviti
manusia terdapat juga disebabkan oleh faktor semulajadi iaitu
letusan gunung berapi.

Letupan gunung berapi yang banyak mengeluarkan asap dan
debu yang mengandungi banyak gas rumah hijau contohnya
karbon dioksida, gas karbon monoksida, gas sulfur dioksida
dan sebagainya telah menyumbang kepada berlakunya
pemanasan global.

Contoh gunung berapi yang pernah meletus ialah Gunung
Tambore di Sumbawa dan Gunung Krakatoa di Selat Sunda.

KESAN-KESAN AKIBAT PEMANASAN GLOBAL

Peningkatan suhu secara global sudah
tentu akan mencairkan litupan salji dan glasier di kawasan-
kawasan pergunungan dan kedua-dua kutub. Kenaikan air laut
akibat pencairan ais berupaya memberi dampak yang dahsyat
seperti kejadian banjir besar terhadap negara-negara
kepulauan contohnya Fiji dan Maldives serta negara-negara
pada ketinggian yang rendah contohnya Belanda dan
Bangladesh. Akibat pencairan ais yang menyebabkan kejadian
banjir besar ini akan mengakibatkan kemusnahan bukan sahaja
nyawa manusia dan harta benda akan musnah tetapi bekalan
makanan seperti tanah-tanah pertanian yang subur akan turut
termusnah.

Suhu bumi yang tinggi menyebabkan tanah-tanah yang subur
menjadi tandus dan tidak sesuai bagi aktiviti pertanian. Pokok-
pokok tanaman juga tidak dapat hidup dengan subur
seterusnya mengurangkan hasil pertanian. Walaupun hanya
berlaku perubahan kecil pada suhu, taburan hujan dan sinaran
matahari,ia boleh menyebabkan hasil pertanian terjejas teruk,
sekaligus mengancam bekalan makanan dunia.



Kekeringan sumber air permukaan bumi/ kemarau
menyebabkan proses sejatan tidak mempunyai wap-wap air
untuk membentuk awan yang tebal bagi menurunkan hujan.
Kadar hujan berkurangan, udara menjadi kering dan
persekitaran menjadi panas. Dalam keadaan udara kering
memudahkan terbentuknya jerebu/ partikulat-partikulat
terampai.
Pemanasan global mengakibatkan peningkatan suhu di Lautan
Pasifik. Hal ini mengubah pola tiupan angin lazim dari darat ke
laut akibat perbezaan tekanan yang hebat. Kesannya angin
kencang bertiup ke barat Pasifik menyebabkan cuaca panas
dan angin lembab pula bertiup ke timur Pasifik menyebabkan
kejadian ribut, banjir dan taufan.














Tangani fenomena pemanasan global
Oleh Mohd. Subhi Marsan
BARU-BARU ini, Parlimen telah berbahas mengenai isu pemanasan global yang
memberi kesan kepada keadaan iklim dan cuaca negara ini. Timbalan Menteri Sumber
Asli dan Alam Sekitar, Datuk S. Sothinathan dalam sesi perbahasan berkata tiada jaminan
kejadian seperti banjir di Johor awal tahun lalu tidak berulang dan menerima taburan
hujan yang tinggi daripada paras normal.
Pemanasan global ialah keadaan alam sekitar yang mengalami peningkatan suhu yang
tinggi berbanding suhu normal.
Pemanasan berlaku di seluruh dunia yang diakibatkan oleh aktiviti manusia seperti
penebangan hutan, kegiatan perkilangan dan industri, permotoran, penerokaan hutan,
pembangunan hutan batu dan pengautan khazanah-khazanah alam sama ada di atas atau
di dalam perut bumi.
Kesan saintifik pemanasan global ialah tahap pencairan salji di Kutub Utara semakin
tinggi, paras air laut meningkat dan keluasan saiz daratan semakin mengecil. Kesan
material ialah kejadian bencana alam seperti kemarau, banjir dan kebakaran manakala
kesan kemanusiaan termasuklah kehilangan nyawa dan kecederaan.
Sebelum ini, kita pernah menyalahkan negara jiran kononnya menjadi punca keadaan
jerebu dan pemanasan kawasan hampir seluruh negara yang diakibatkan aktiviti
pembakaran hutan di negara tersebut.
Namun demikian, jika kita kaji dan teliti sebenarnya tidak banyak berlaku perubahan
pemanasan alam sekitar sama ada semasa jerebu ataupun tidak. Mengapa keadaan ini
berlaku? Faktor kebakaran hutan hanyalah sebagai sebahagian penyumbang kepada
pemanasan global. Banyak faktor lain yang mempengaruhi pemanasan alam sekitar ini.
Ahli-ahli sains dan geografi sependapat mengatakan punca utama pemanasan global ialah
nipisnya lapisan ozon yang diakibatkan oleh pelepasan gas khususnya klorofluorokarbon
(CFC).
Jika kita prihatin dan sedar, tahun 2005 adalah musim berlakunya ribut taufan yang
sangat aktif. Difahamkan sebanyak 26 kejadian ribut dan 14 kejadian puting beliung telah
berlaku. Buat pertama kali, taufan ganas iaitu Katrina, Rita dan Wilma terjadi dalam satu
musim. Kejadian ribut taufan ini bukan sahaja melanda Benua Amerika, malahan
menyerang juga negara China, Korea, dan pantai sekitar Laut China Utara.
Pada tahun lepas pula dikhabarkan penduduk di beberapa negara di Afrika yang lazimnya
terkenal sebagai negara panas kerana mempunyai kawasan gurun yang sangat luas telah
menyaksikan salji dalam tempoh 25 tahun.
Di Eropah pula, diberitakan bahawa banyak kematian berlaku yang berpunca daripada
kepanasan melampau pada bulan Julai lalu dan di Paris sahaja, seramai 29 orang telah
maut. Walaupun kejadian ini tidak tidak seburuk kepanasan yang berlaku pada tahun
2003 yang menyebabkan kira-kira 15,000 maut di Perancis dan 20,000 telah maut di Itali.
Sebuah jurnal terkenal melaporkan bahawa keadaan kemarau panjang serta panas dan
kering telah menyebabkan kebakaran hutan yang memusnahkan lebih daripada 8.5 juta
ekar kawasan dunia dan menghapuskan lebih 1 juta spesies hidupan di darat dalam
jangka masa 50 tahun. Kejadian ini ada kaitannya dengan pemanasan global.
Sebenarnya, isu peningkatan suhu atau pemanasan terjadi disebabkan pelbagai faktor.
Selain daripada penipisan ozon, kejadian kemarau dan jerebu, kejadian pulau haba dan
kesan rumah hijau juga memberi galakan kepada isu pemanasan global.
Kesan rumah hijau terjadi kerana berlakunya peningkatan pelepasan gas seperti karbon
dioksida, nitrogen monoksida dan metana ke atmosfera seumpama pembebasan CFC.
Pulau haba pula berlaku apabila pelepasan haba di kawasan membangun khususnya di
bandar-bandar terlalu banyak dan tersekat oleh bangunan-bangunan tinggi pencakar
langit. Haba yang tidak dapat dilepaskan ke atmosfera itu akan membahangi kawasan
sekitar.
Kesan dan bahang pemanasan global juga telah mengganggu sistem cuaca dan iklim di
negara kita secara tidak langsung. Iklim Khatulistiwa dengan panas dan lembap
sepanjang tahun telah tidak berada pada paras yang normal.
Kejadian banjir besar di Johor pada awal tahun lalu itu adalah antara kejadian yang
membuka mata banyak pihak di negara kita.
Amaran
Peristiwa banjir besar yang menenggelamkan sebahagian petempatan di Lembah Klang
seperti di Batu Tiga dan Taman Tun Dr. Ismail juga memberi kesan mendalam dan
seolah-olah mahu memberikan amaran kepada negara kita bahawa peristiwa besar itu
tidak akan berhenti malah akan terjadi pada bila-bila masa.
Umpama peribahasa, sediakan payung sebelum hujan dan mencegah lebih baik
daripada mengubati, langkah-langkah awal pencegahan atau meminimumkan kesannya
adalah perlu supaya kejadian seperti itu tidak memburukkan imej pengurusan alam
sekitar dan pembangunan negara.
Negara tidak boleh berkompromi dengan tanggungjawab sosial menjaga dan memelihara
alam sekitar. Pendidikan alam sekitar kepada generasi muda perlu dimulakan sejak di
rumah atau di bangku sekolah lagi.
Pendidikan kepada generasi tua juga penting dilakukan kerana ada golongan yang kaya,
mewah dan berpelajaran tetapi tidak mengambil berat soal alam sekitar.
Pusat pengajian tinggi atau jabatan-jabatan tertentu mesti melakukan kajian agar kejadian
yang disebabkan oleh fenomena alam termasuk pemanasan dunia dapat boleh
diminimumkan kesannya.
Langkah-langkah lain boleh juga dilakukan seperti penanaman hutan semula, kitar
semula, kempen kesedaran dan penggunaan sumber tenaga yang mesra alam. Kejayaan
melaksanakan tugasan ini akan memberi keselesaan dan keselamatan kepada penduduk.
Langkah-langkah negara lain seperti sistem Green Dot di Jerman, cukai bahan buangan di
Denmark dan mengharamkan pengedaran beg plastik dan alas meja pakai buang di
Taiwan patut menjadi teladan dan dorongan ke arah mesra alam sekitar di negara ini.
Green Dot di Jerman ialah sistem kitar semula bahan-bahan pembungkus. Bahan-bahan
pembungkus yang mempunyai green dot ini akan dikutip, diasingkan dan dikitar semula.
Cukai bahan buangan di Denmark yang dihantar ke pusat pelupusan dan insinerator akan
dikenakan tetapi tidak kepada bahan buangan yang akan dikitar semula. Pembuangan,
dan pembakaran beg plastik pula memberi kesan buruk kepada persekitaran kerana
menjadi punca sampah dan kekotoran.
Isu pemanasan global adalah isu dunia dan bukan sahaja negara kita yang terlibat.
Sumbangan negara kita ke atas pemanasan global mungkin tidak seberapa namun,
sebagai satu sumbangan global, negara kita juga perlu melaksanakan ikhtiar agar tidak
menyumbang untuk memanaskan alam sekitar.
Punca Kepanasan Global
Pemanasan global ialah keadaan alam sekitar yang mengalami peningkatan suhu yang
tinggi berbanding dengan suhu normal. Hal ini menyebabkan kita terasa panas walau pun
pada waktu malam.

Keadaan ini berlaku disebabkan oleh aktiviti yang dilakukan oleh manusia seperti
penebangan hutan, aktiviti perindustrian, pembakaran terbuka, pelepasan asap kenderaan,
penerokaan hutan untuk aktiviti pembangunan dan lain-lain.

Kesilapan manusia terhadap alam sekitar menyebabkan banyak kesan negatif yang telah
berlaku. Antara yang paling ketara ialah tahap pencairan salji di Kutub Utara semakin
tinggi, paras air laut meningkat dan keluasan saiz daratan semakin mengecil. Selain itu,
berlakunya kejadian bencana alam seperti kemarau, banjir dan kebakaran manakala kesan
kemanusiaan termasuklah kehilangan nyawa dan kecederaan.

Ahli-ahli sains dan geografi sependapat mengatakan punca utama pemanasan global ialah
penipisan lapisan ozon akibat pelepasan gas khususnya klorofluorokarbon (CFC).

Sebenarnya, isu peningkatan suhu atau pemanasan terjadi disebabkan pelbagai faktor.
Selain daripada penipisan ozon, kejadian kemarau dan jerebu, kejadian pulau haba, hujan
asid dan kesan rumah hijau juga memberi galakan kepada isu pemanasan global.

Mari kita mengenal bagaimana setiap proses ini berlaku sehingga menyebabkan
berlakunya pemanasan global ini.
Jerebu boleh mengurangkan jarak penglihatan

Jerebu boleh mengurangkan jarak penglihatan

1) JEREBU

Jerebu berlaku disebabkan terdapat banyak debu, asap, habuk dan bahan-bahan pencemar
lain yang terapung-apung di udara akibat aktiviti manusia dan secara semulajadi.
Fenomena jerebu ini boleh mengurangkan jarak penglihatan. Selain itu, jerebu juga boleh
menjejaskan kesihatan manusia, misalnya kesukaran untuk bernafas.
penipisan lapisan ozon membawa kebimbangan kepada dunia

Penipisan lapisan ozon membawa kebimbangan kepada dunia

2) PENIPISAN LAPISAN OZON

Klorofluorokarbon (CFC) merupakan penyumbang utama kepada penipisan lapisan ozon.
Gas CFC terkandung dalam alat-alat seperti penyaman udara, aerosol dan peti sejuk.
Semasa CFC dibebaskan di atmosfera, klorin akan bertindak dengan ozon dan
membebaskan oksigen. Akibatnya, lapisan ozon semakin nipis.Penipisan lapisan ini akan
menyebabkan sinaran ultraungu sampai terus ke permukaan bumi dan boleh memberi
kesan negatif kepada manusia seperti penyakit kanser kulit dan katarak mata.
Suhu bumi akan meningkat

Suhu bumi akan meningkat

3) KESAN RUMAH HIJAU

Kesan rumah hijau adalah fenomena pemanasan bumi akibat banyak haba terperangkap
dalam lapisan atmosfera dan menghalang pembalikan semula bahang dari bumi ke
atmosfera. Haba dipantulkan semula ke bumi, atmosfera menyimpan lebih banyak haba
dan bumi menjadi semakin panas. Kesan rumah hijau terjadi kerana berlakunya
peningkatan pelepasan gas seperti karbon dioksida, nitrogen monoksida dan metana ke
atmosfera.
Kawasan bandar menjadi panas berbanding sekitarnya.

Kawasan bandar menjadi panas berbanding sekitarnya.

4) PULAU HABA BANDAR

Pulau haba bandar merupakan fenomena atmosfera yang berkaitan dengan peningkatan
suhu yang tinggi di dalam kawasan bandar berbanding kawasan sekitarnya. Ia berlaku
apabila pelepasan haba di kawasan membangun khususnya di bandar-bandar terlalu
banyak dan tersekat oleh bangunan-bangunan tinggi pencakar langit. Haba yang tidak
dapat dilepaskan ke atmosfera itu akan membahangi kawasan sekitar. Akibatnya kita
boleh mendapat sakit kepala.
Hujan asid merbahaya kepada kesihatan manusia.

Hujan asid merbahaya kepada kesihatan manusia.

5) HUJAN ASID

Di kawasan perindustrian seperti Petaling Jaya, kilang membebaskan asap yang
mengandungi gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida. Tindak balas gas ini dengan wap
air dalam udara membentuk asid nitrik dan asid sulfurik lemah. Apabila hujan, ia dikenali
sebagai hujan asid. Hujan asid boleh memusnahkan tumbuh tumbuhan, merosakkan
binaan, mencemarkan air dan mengancam hidupan air. Kesihatan manusia terjejas akibat
kesan secara langsung hujan asid.
Kemarau menyebabkan tanah menjadi tandus dan gersang

Kemarau menyebabkan tanah menjadi tandus dan gersang

6) KEMARAU

Kegiatan manusia menebang hutan secara berleluasa akan mengurangkan kawasan
tumbuh-tumbuhan. Kesannya, semakin kurang kelembapan dilepaskan oleh tumbuh-
tumbuhan ke udara. Udara yang kurang lembap tidak akan membawa hujan dan kemarau
pun berlaku.

Apabila berlakunya faktor-faktor di atas secara tidak langsung telah menyebabkan
berlakunya peningkatan suhu kepada bumi. Cuba lihat graf di bawah ini yang
menunjukkan suhu bumi yang semakin meingkat dengan cepat dari tahun ke tahun.
Trend kenaikan suhu membimbangkan kita terhadap isu pemanasan global

Trend kenaikan suhu membimbangkan kita terhadap isu pemanasan global

Kesan dan bahang pemanasan global juga telah mengganggu sistem cuaca dan iklim di
negara kita secara tidak langsung. Iklim Khatulistiwa dengan panas dan lembap
sepanjang tahun telah tidak berada pada paras yang normal lagi akibat berlakunya
peningkatan suhu ini.

Marilah kita sama-sama menginsafi diri kerana hanya bumi ini sajalah tempat tinggal kita.
Tiada lagi planet lain yang boleh kita jadikan ganti selain bumi.. Hargailah pemberian
Allah yang paling bermakna ini. Janganlah kita cemarinya lagi. Jangan sampai anak cucu
kita menyalahkan kita disebabkan kesilapan dan kesalahan yang telah kita lakukan
sebelum ini.

You might also like