You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT

JAWATANKUASA PANITIA BAHASA MALAYSIA


SEKOLAH KEBANGSAAN SK.PIDA TIGA
Bil. 1/2013

Tarikh : 13 Januari 2013
Masa : 11.00 12.00 tengah hari
Tempat : Pusat Sumber Sekolah



Hadir :

1. EN BURHANURDIN BIN HASAN (GURU BESAR)
2. EN RUSLI BIN SUID (PEN. KANAN PENTADBIRAN)
3. EN MOHD ZAIYADI BIN ABU HASSAN (PEN. KANAN HAL EHWAL MURID)
4. PN ROHANA BT HASHIM (PEN KANAN KOKURIKULUM)
5. TN HJ AHMAD SABRI BIN SALLEH
6. PN MARYAM BT HAMZAH
7. PN HABSAH BT ABDUL RAHMAN
8. PN MAZATUL AKMAL BT MUHAMMAD
9. PN NOR AZLINA BT SUDIN
10. PN RAZIA HUWAINA BT MAN
11. PN CHE LIAN BT CHE ABDULLAH
12. CIK ROSDALIZA BT AHMAD RUSLI
13. PN ZALEHA BT MAT DESA
14. PN NORHAZURA BT HASSHIM



AGENDA 1 : UCAPAN PENGERUSI

1.1. Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih atas kehadiran semua guru dan
memulakan bacaan ummul kitab Al-Fatihah.
1.2. Pengerusi menjelaskan bahawa mesyuarat diadakan adalah untuk membincangkan hal-
hal yang berkaitan dengan panitia Bahasa Melayu.
1.3 Mengumumkan keputusan UPSR 2012 untuk matapelajaran Bahasa Melayu
Pemahaman dan Bahasa Melayu Penulisan.
1.4. Berharap pada tahun ini akan berlaku peningkatan dalam mata pelajaran ini.
1.5. Berharap mesyuarat dijalankan dengan lancar dan mendapat kata putus yang
sewajarnya.
1.6 Menerangkan tentang dasar dan polisi Kementerian Pelajaran iaitu Program NKRA iaitu
Program LINUS dan MBMMBI.
1.7 Memaklumkan tentang saranan jabatan berdasarkan pekeliling-pekeliling yang
diedarkan.



1.8 Menekankan tentang visi dan misi sekolah pada 2013 serta usaha yang diperlukan oleh
semua guru untuk menjayakannya.
Tindakan : Semua guru


AGENDA 2 : MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT PANITIA YANG
LALU

2.1. Pn. Norhazura Binti Hasshim selaku Setiausaha membentangkan minit mesyuarat yang
lalu.
2.2 Pn. Che Lian Binti Che Abdullah mencadangkan minit mesyuarat yang lalu disahkan.
Sokongan oleh Pn.Mazatul Akmal Binti Muhammad.

Tindakan : Setiausaha


AGENDA 3: PERKARA BERBANGKIT

Tiada



AGENDA 4 : DASAR KURIKULUM

4.1. Pengerusi mengingatkan tentang Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah
diperkenalkan. Pengerusi meminta guru-guru yang terlibat supaya bersiap sedia untuk
pemantauan. Semua dokumen KSSR boleh dimuat naik melalui laman web
www.moe.gov.my/bpk. atau kssronline.com
4.2. Pengerusi juga menjelaskan dasar-dasar kurikulum yang sedia ada seperti PROTIM,
LINUS (Literasi), PKJR dan sebagainya diambil perhatian sewajarnya.

Tindakan : Semua guru

AGENDA 5 : RANCANGAN PELAJARAN

5.1. Pengerusi menjelaskan tentang penyediaan rancangan pelajaran tahunan (RPT),
rancangan pelajaran harian (RPH) dan huraian sukatan pelajaran (HSP) hendaklah
disediakan dengan lengkap dan mengikut format yang sedia ada. Bagi tahun 1, 2 dan 3,
format KSSR perlu digunakan manakala tahun 4, 5 dan 6 menggunakan format KBSR.
5.2. Pengerusi memberitahu bahawa HSP boleh dimuat naik melalui laman web
www.moe.gov/bpk.
5.3. Pengerusi juga mengingatkan bahawa semua dokumen perlu disediakan secepat
mungkin untuk persediaan sekiranya ada pemantauan.

Tindakan : Semua guru




AGENDA 6 : BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR

6.1. Pengerusi menjelaskan bahawa Buku Persediaan Mengajar (BPM) pada tahun ini perlu
disediakan mengikut format KSSR untuk tahun 1, 2 dan 3 manakala tahun 4, 5 dan 6
mengikut format KBSR.
6.2. Pengerusi berharap semua guru menyediakan BPM sehari sebelum pengajaran dan
pembelajaran berlangsung.

Tindakan : Semua guru


AGENDA 7 : PROSEDUR PEMBELIAN DAN PENGURUSAN STOK

7.1. Pengerusi menjelaskan kepada semua guru tentang prosedur pembelian dan
pengurusan stok panitia.
7.2. Pengerusi memberitahu guru-guru yang ingin membeli bahan bantuan mengajar
hendaklah mengisi Nota Minta dan berbincang dengannya untuk persetujuan.

Tindakan : Semua guru


AGENDA 8 : PENCERAPAN HASIL KERJA MURID

8.1. Pengerusi meminta semua guru mengadakan pencerapan kerja murid setiap minggu.
8.2. Pengerusi juga meminta semua guru memberi latihan yang lebih terutama kepada
murid-murid tahun 6.

Tindakan : Semua guru


AGENDA 9 : KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

9.1. Pengerusi meminta semua guru merancang kaedah pengajaran dan pembelajaran
(P&P) mengikut tahap murid.
9.2. Pengerusi menjelaskan bahawa penggunaan buku teks dan buku aktiviti perlu
digunakan semaksimum mungkin. Walaubagaimanapun, buku kerja tambahan boleh
disediakan untuk tujuan P&P sekiranya perlu.
9.3. Pengerusi juga menjelaskan penggunaan ICT dalam P&P digalakkan bagi menarik
minat murid.

Tindakan : Semua guru

AGENDA 10 : HAL-HAL LAIN

10.1. Semakan buku tulis murid-murid perlu diteruskan.
Tindakan : Semua guru




AGENDA 11 : UCAPAN PENANGGUHAN

11.1. Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru kerana menyumbang
idea untuk meningkatkan prestasi dan menggerakkan panitia Bahasa Melayu.
11.2. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari.



Disediakan oleh, Disemak oleh,

.
NORHAZURA BINTI HASSHIM NOR AZLINA BT SUDIN
Setiausaha Bahasa Melayu Ketua Panitia Bahasa Melayu




Disahkan oleh,



EN BURHANURDIN BIN HASAN
Guru Besar

You might also like