You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT

JAWATANKUASA PANITIA BAHASA MALAYSIA


SEKOLAH KEBANGSAAN SK.PIDA TIGA
Bil. 1/2014

Tarikh : 18 Februari 2014
Masa : 1.00 2.30 petang
Tempat : Pusat Sumber Sekolah


Hadir :

1. EN RUSLI BIN SUID (PEN. KANAN PENTADBIRAN)
2. TN HJ AHMAD SABRI BIN SALLEH
3. PN MARYAM BT HAMZAH
4. PN HABSAH BT ABDUL RAHMAN
5. PN MAZATUL AKMAL BT MUHAMMAD
6. PN NOR AZLINA BT SUDIN
7. PN RAZIA HUWAINA BT MAN
8. PN CHE LIAN BT CHE ABDULLAH
9. CIK ROSDALIZA BT AHMAD RUSLI
10. PN ZALEHA BT MAT DESA
11. PN NORHAZURA BT HASSHIM



AGENDA 1 : UCAPAN PENGERUSI

1.1. Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih atas kehadiran semua guru dan
memulakan bacaan ummul kitab Al-Fatihah.
1.2. Puan Nor Azlina mengalu-alukan kedatangan En.Rosli selaku Penolong Kanan 1 dalam
mesyuarat panitia Bahasa Melayu kali pertama bagi tahun 2014 ini.
1.3. Pengerusi menjelaskan bahawa mesyuarat diadakan adalah untuk membincangkan hal-
hal yang berkaitan dengan panitia Bahasa Melayu bagi tahun 2014.
1.3. Mengumumkan keputusan UPSR 2013 untuk matapelajaran Bahasa Melayu
Pemahaman dan Bahasa Melayu Penulisan.
1.4. Beliau berharap agar pada tahun ini akan berlaku peningkatan dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu.
1.7. Memaklumkan tentang saranan jabatan berdasarkan pekeliling-pekeliling yang
diedarkan.
Makluman : Semua guru






AGENDA 2 : MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT PANITIA YANG
LALU

2.1. Pn. Norhazura Binti Hasshim selaku Setiausaha membentangkan minit mesyuarat yang
lalu.
2.2 Pn.Zaleha Binti Mat Desa mencadangkan minit mesyuarat yang lalu disahkan. Sokongan
oleh Pn.Habsah Binti Abdul Rahman.

Tindakan : Setiausaha


AGENDA 3: PERKARA BERBANGKIT

Tiada


AGENDA 4 : MAKLUMAT PENTADBIR

4.1. En.Rosli mengucapkan tahniah di atas perlantikan AJK Panitia Bahasa Melayu bagi tahun
2014 dan beliau mengucapkan terima kasih kepada AJK panitia tahun 2013 kerana telah
menjalankan tugas dengan jayanya.
4.2 Beliau memaklumkan tentang dasar-dasar kurikulum yang sedia ada seperti PROTIM,
LINUS (Literasi), PKJR dan sebagainya perlu diambil perhatian sewajarnya.

Tindakan : Semua guru

AGENDA 5 : RANCANGAN PELAJARAN

5.1. Pengerusi menjelaskan tentang penyediaan rancangan pelajaran tahunan (RPT),
rancangan pelajaran harian (RPH) dan huraian sukatan pelajaran (HSP) hendaklah disediakan
dengan lengkap dan mengikut format yang sedia ada. Bagi tahun 1, 2, 3 dan 4, format KSSR
perlu digunakan manakala tahun 5 dan 6 menggunakan format KBSR.
5.2. Pengerusi juga mengingatkan bahawa semua dokumen perlu disediakan secepat
mungkin untuk persediaan sekiranya ada pemantauan.

Tindakan : Semua guru

AGENDA 6 : BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR

6.1. Pengerusi menjelaskan bahawa Buku Persediaan Mengajar (BPM) pada tahun ini perlu
disediakan mengikut format KSSR untuk tahun 1, 2, 3 dan 4 manakala tahun 5 dan 6 mengikut
format KBSR.
6.2. Pengerusi berharap semua guru menyediakan BPM sehari sebelum pengajaran dan
pembelajaran berlangsung.

Tindakan : Semua guru




AGENDA 7 : PERANCANGAN TAHUNAN PANITIA

7.1. Pengerusi mencadangkan agar program panitia Bahasa Melayu bagi tahun 2013 dapat
dibuat penambaikkan untuk tahun 2014. Antara program yang dicadangkan ialah Program
Motivasi, Bengkel Teknik Menjawab Bahasa Melayu, Program Mentor Mentee, Kelas
Tambahan selepas waktu persekolahan mengikut giliran dengan panitia yang lain.
7.2. Perancangan secara terperinci akan diwarwarkan kemudian dalam bentuk hard-copy.

Tindakan : Guru-guru Bahasa Melayu



AGENDA 8 : TAKWIM UJIAN DAN PEPERIKSAAN PEMANTAUAN 2014

8.1. Takwim ujian dan peperiksaan pemantauan bagi tahun 2014 akan diedarkan kepada
guru-guru Bahasa Melayu untuk simpanan individu dan sesalinan akan dimasukkan dalam fail
pengurusan panitia.

Makluman : Semua guru


AGENDA 9 : PENCERAPAN HASIL KERJA MURID

9.1. Pengerusi meminta semua guru mengadakan pencerapan kerja murid setiap minggu.
9.2. Pengerusi juga meminta semua guru memberi latihan yang lebih terutama kepada
murid-murid tahun 6.

Tindakan : Semua guru


AGENDA 10 : KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

10.1. Pengerusi meminta semua guru merancang kaedah pengajaran dan pembelajaran
(P&P) mengikut tahap murid.
10.2. Pengerusi menjelaskan bahawa penggunaan buku teks dan buku aktiviti perlu
digunakan semaksimum mungkin. Walaubagaimanapun, buku kerja tambahan boleh
disediakan untuk tujuan P&P sekiranya perlu.
10.3. Pengerusi juga menjelaskan penggunaan ICT dalam P&P digalakkan bagi menarik
minat murid.


AGENDA 11 : PENGISIAN MARKAH UJIAN DAN PEPERIKSAAN

11.1. Pn.Azlina memaklumkan tentang pengisian markah ujian dan peperiksaan bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu adalah seperti berikut:




11.1.1 Murid KSSR (Tahun 1,2,3 dan 4) diisi dalam SAPS secara offline
11.1.2 Murid KBSR (Tahun 5 dan 6) diisi dalam Haed Count secara online

11.2. Guru-guru perlu simpan salinan markah dalam fail sendiri untuk rujukan dari semasa ke
semasa bagi mengenal pasti murid-murid yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu. Murid yang dikenalpasti lemah dalam Bahasa Melayu perlu dibimbing atau
diberi latihan mengikut tahap kemampuan mereka agar menimbulkan minat mereka
untuk berjaya.

Tindakan : Guru-guru Tahap 1 dan Tahap 2

AGENDA 12 : PROSEDUR PEMBELIAN DAN PENGURUSAN STOK

12.1. Pengerusi menjelaskan kepada semua guru tentang prosedur pembelian dan
pengurusan stok panitia.
12.2. Pengerusi memberitahu guru-guru yang ingin membeli bahan bantuan mengajar
hendaklah mengisi Nota Minta dan berbincang dengannya untuk persetujuan.

Tindakan : Semua guru

AGENDA 13 : HAL-HAL LAIN

13.1. Semakan buku tulis murid-murid perlu diteruskan.
Tindakan : Semua guru

AGENDA 14 : UCAPAN PENANGGUHAN

14.1. Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru kerana menyumbang
idea untuk meningkatkan prestasi dan menggerakkan panitia Bahasa Melayu.
14.2. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.



Disediakan oleh, Disemak oleh,


NORHAZURA BINTI HASSHIM NOR AZLINA BT SUDIN
Setiausaha Bahasa Melayu Ketua Panitia Bahasa Melayu


Disahkan oleh,


EN BURHANURDIN BIN HASAN
Guru Besar

You might also like