You are on page 1of 3

Yang Berusaha

En. Amir Hamzah Bin Salleh


Guru Besar SK Ampang Tinggi

Pn.ainnah binti md sodari
Penolong Kanan pentadbiran
SK Ampang Tinggi,

Pn. Zabedah binti Mohamad hassan,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

En.Mazafar Bin Masor,
Penolong Kanan Ko-kurikulum,

Rakan-rakan guru,
dan para hadirin yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum.
dan salam sejahtera

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan!
Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa, kerana
dalam kita meniti bulan ramadhan yang penuh keberkatan ini, dapat kita dipertemukan dalam Ifthor
Jamaie, SK Ampang Tinggi, Kuala Pilah tahun 2014 Masihi bersamaan 1435 hijrah.
Ramadhan merupakan bulan yang dikurniakan ribuan kali ganda pahala ibadah yang tidak terdapat
pada bulan-bulan yang lain. Bulan ini juga bulan doa hambanya diterima, bulan diterima keampunan
dan taubat, bulan penuh keredhaan Allah.

Untuk memberkati lagi majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya, menjemput
_____________________________________
untuk memimpin bacaan doa.

Majlis dengan ini mempersilakan

Terima kasih diucapkan kepada ____________________________________
di atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian

Majlis diteruskan lagi dengan mempersila Yang Berusaha, En. Amir Hamzah Bin Salleh selaku Guru
Besar SK Ampang Tinggi untuk menyampaikan ucapannya.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih majlis ucapkan kepada Yang Berusaha En. Amir Hamzah Bin Salleh atas ucapan yang
disampaikan sebentar tadi.

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan mempersila Yang Dihormati, _____________________________untuk
menyampaikan tazkirah ramadhan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan
atas tazkirah yang disampaikan sebentar tadi semoga dapat menambah ilmu pengetahuan dan
menjadi pedoman buat kita semua.
Hadirin Sekalian
Hadist riwayat Ibn Majah dan al-Hakim, daripada Ibn Umar,
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika berbuka
mempunyai doa mustajab yang tidak ditolak.

Dengan ini dijemput..
Untuk memimpin bacaan doa berbuka puasa

Saya mewakili Majlis pada hari ini, ingin mengucapkan ucapan rasa syukur dan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan Majlis kita pada hari ini samada secara langsung
mahupun tidak. Moga kita semua akan beroleh keberkatan daripada-Nya.
Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang
mengacarakan Majlis ini.
Selamat menjamu selera dan semoga kita bertemu lagi pada Ramadhan yang akan datang ..

You might also like