You are on page 1of 19

Nama: STEFFENS ANDY ANAK SAIT.

PENGAJIAN MATEMATIK
PPG SEM 3, KOHORT 2, FEB 2012 EDU3106
1

Pengenalan
Perbezaan dan kepelbagaian sosio-budaya sukar untuk dinafikan dalam sebuah
Negara seperti Malaysia yang lahir dari kelompok masyarakat yang berbilang etnik iaitu
Melayu, Cina, dan India yang menjadi majoriti terbesar serta kaum pribumi Sabah dan
Sarawak serta orang asli dan kaum kaum lain menjadi kaum minoriti. Setiap etnik
membawa sosio-budaya yang berbeza yang diwarisi dari nenek - moyang yang
terdahulu. Merujuk kepada perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan
Malaysia bagi Suku Ketiga 2009, Malaysia terdiri daripada 17.64 juta orang kaum
bumiputera dimana 14.50 juta orang adalah kaum melayu manakala 3.15 juta orang
adalah kaum bumiputera bukan melayu seperti kadazan, dayak,iban, dusun dan lain-
lain lagi. Kaum Cina pula seramai 6.45 juta orang diikuti dengan kaum india seramai
1.95 juta orang dan lain-lain kaum seramai 342 ribu orang.
Kepelbagaian budaya ini telah mempamerkan keunikan negara kita berbanding
negara lain. Menurut Edward Burnett Tylor, budaya atau kebudayaan merupakan
keseluruhan yang kompleks, yang di dalamnya terkandung pengetahuan, kepercayaan,
kesenian, moral, hukum, adat istiadat, dan kemampuan-kemampuan lain yang
diperoleh oleh seseorang sebagai anggota masyarakat.
Bagi mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan negara yang mempunyai
pelbagai kaum ini, pemerintah negara perlu bijak untuk menangani karenah serta
permintaan semua kaum bagi kepentingan kaum mereka. Perpaduan merupakan
elemen terpenting dalam usaha mengekalkan keharmonian negara, maka wujudlah
Rukun Negara. Rukun Negara adalah salah satu usaha kerajaan untuk mengekalkan
perpaduan pelbagai kaum di Malaysia setelah berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei
1963 yang mampu mengugat kemerdekaan negara pada masa itu. Pada era yang
makin mencabar ini, perpaduan turut menjadi isu yang hangat setelah pemimpin-
pemimpin kaum mula membangkitkan isu-isu sensitif dan mencabar hak keistimewaan
Kaum Bumiputera yang sedia termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia. Oleh hal
Nama: STEFFENS ANDY ANAK SAIT. PENGAJIAN MATEMATIK
PPG SEM 3, KOHORT 2, FEB 2012 EDU3106
2

demikian, satu pendekatan perlu di ambil bagi mengelakkan perpecahan kaum dan
peristiwa berdarah berulang kembali.
Definisi sosio-budaya
Kewujudan pelbagai kaum di Malaysia secara langsung telah mewujudkan
kepelbagaian sosio-budaya dalam masyarakat kita. Menurut Kamus Dewan Edisi
Ketiga, kepelbagaian membawa erti berbagai-bagai jenis manakala sosio-budaya pula
ditakrifkan sebagai hubungan masyarakat dengan budaya yang merangkumi cara
hidup, adat istiadat dan sebagainya. Oleh yang demikian, kepelbagaian sosio-budaya
boleh didefinisikan sebagai hubungan masyarakat yang mempunyai perbezaan budaya
dalam wilayah yang sama dan hidup bersama.
Dalam konteks pendidikan, kepelbagaian sosio budaya individu itu bukan sahaja
dilihat dari ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja. Malah ia juga merangkumi skop
yang lebih besar. Menurut Papalia (2001) individu manusia itu berbeza dari segi jantina,
saiz badan, kesihatan, tahap tenaga, personaliti dan emosi. Manakala Slavin (1997)
pula mengaitkan perbezaan individu dengan konteks pengajaran dan pembelajaran.
Beliau mengatakan kepelbagaian pelajar terdapat dalam tahap prestasi, kadar belajar,
gaya kognitif, etnik, budaya, kelas sosial, bahasa, jantina, bakat dan minat.
Kepelbagaian sosio-budaya di antara murid memberi implikasi secara langsung
terhadap guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Huraikan dan bincangkan bagaimana seorang guru dapat memastikan murid
daripada pelbagai etnik dapat menerima perbezaan sosio-budaya antara satu
sama lain.
1) Peka dengan kepelbagaian sosio-budaya murid muridnya.
Seseorang guru haruslah peka dengan kepelbagaian sosio-budaya murid
muridnya. Pendekatan yang bijak harus digunakan dengan tidak membezakan kelas
sosial murid. Murid hendaklah dilayan sama rata tanpa mengira samada mereka dari
Nama: STEFFENS ANDY ANAK SAIT. PENGAJIAN MATEMATIK
PPG SEM 3, KOHORT 2, FEB 2012 EDU3106
3

kelas atasan atau bawahan. Guru juga harus bijak mencetuskan situasi pembelajaran
yang mesra rakan. Aktiviti yang melibatkan interaksi di kalangan murid haruslah
sentiasa dijalankan agar murid dapat menjalinkan hubungan yang lebih mesra sesama
mereka tanpa mengira latar belakang sosial dan kecerdasan individu.
2) Tidak mengamalkan perbezaan kelas sosial dan kaum.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, perbezaan kelas sosial dan kaum ini
perlu diketepikan dan semua murid perlu di layan dengan sama rata tanpa mengambil
kira kelas sosial dan kaum mereka. Guru juga perlu peka terhadap pembentukan
kumpulan agar tidak berlaku kumpulan yang berasaskan kelas sosial dan kaum. Ini
kerana kumpulan yang mempunyai murid yang berlainan kelas sosial dan kaum akan
menggalakan interaksi serta pergaulan yang sihat. Latar belakang serta budaya hidup
mereka yang berbeza akan mempengaruhi pemikiran serta pandangan mereka. Maka,
hasil daripada perbincangan dalam kumpulan akan menghasilkan sesuatu pandangan
yang lebih unik dan kreatif kerana percampuran pengaruh budaya dan fahaman murid-
murid.
3) Elakkan menimbulkan isu sensitif berkaitan dengan agama dan kaum.
Lahir daripada latar belakang dan pengaruh persekitaran yang berbeza, pastinya
mempengaruhi pemikiran serta fahaman murid pada sesuatu perkara. Sebagai contoh,
murid yang beragama islam dan murid beragama budha pastinya mempunyai
pandangan tersendiri terhadap agama dan budaya mereka. Oleh hal demikian, guru
perlu peka dengan perbezaan pemikiran itu dan mendengar segala pandangan atau
idea yang murid sampaikan. Isu sensitif berkaitan dengan agama dan kaum hendaklah
dielakkan sama sekali. Setiap kepercayaan dan nilai haruslah diterima seadanya oleh
setiap guru. Aktiviti pembelajaran yang dirancang hendaklah menjurus kepada
penglibatan semua murid tanpa mengira kaum, adat budaya dan pegangan agama
mereka. Proses sosialisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah
dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan.
Nama: STEFFENS ANDY ANAK SAIT. PENGAJIAN MATEMATIK
PPG SEM 3, KOHORT 2, FEB 2012 EDU3106
4

4) Memastikan murid dapat belajar dalam keadaan ceria dan menyeronokkan.
Bahasa pengantar juga perlu diberi penekanan serius oleh guru. Murid yang terdiri
daripada pelbagai kaum dan latar belakang ini menyebabkan berlaku pertembungan
dialek yang memberi impak kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Guru
haruslah menggunakan dan menekankan penggunaan bahasa standard yang mampu
difahami oleh semua agar penglibatan murid di dalam aktiviti pembelajaran dapat
dioptimumkan dan lebih berkesan. Ini akan memberi peluang sama rata kepasa semua
murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran.
5) Mengurus tingkahlaku murid berdasarkan matlamat untuk menghapus atau
merapatkan jurang kepelbagaian sosio-budaya.
Berlandaskan Perlembagaan Malaysia, seharusnya guru mengurus tingkahlaku
murid berdasarkan matlamat untuk menghapus atau merapatkan jurang kepelbagaian
sosio-budaya di kalangan murid agar prinsip keadilan kesaksamaan dapat dipraktikkan.
Antara perkara yang boleh dijadikan panduan dalam mengurus tingkahlaku murid ialah
menyenaraikan maklumat yang perlu murid ketahui tentang peraturan yang wajib
mereka patuhi sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran. Murid harus bersosial
dalam melakukan aktiviti pembelajaran. Murid harus berinteraksi tanpa mengira kelas
sosial dan perlu membuang sikap prajudis terhadap bangsa lain.
6) Mendisiplinkan murid.

Dalam pengurusan bilik darjah, setiap murid haruslah diberikan peranan dan
tanggungjawab tertentu untuk menanam semangat kerjasama dan cintakan kelas
mereka. Ahli Jawatan Kuasa keceriaan kelas perlu diwujudkan disamping jawatan ketua
kelas dan penolong ketua kelas. Dengan ini setiap murid dapat merasakan diri mereka
tidak dipinggirkan di dalam kelas mereka. Secara tidak langsung, bilik darjah yang
mesra budaya mampu menjadikan seseorang murid lebih berdisiplin, amanah serta
bertanggungjawab terhadap tugas yang dipegangnya.
Nama: STEFFENS ANDY ANAK SAIT. PENGAJIAN MATEMATIK
PPG SEM 3, KOHORT 2, FEB 2012 EDU3106
5


7) Menggalakkan interaksi antara murid secara meluas di dalam bilik darjah.

Interaksi dalam bilik darjah merupakan satu aspek penting yang perlu dititikberatkan
oleh guru untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Melalui
interaksi, murid-murid dapat bergaul antara satu sama lain tidak kira berbeza agama,
bangsa, budaya, mahupun jantina. Interaksi adalah salah satu medium perantaraan
bagi setiap individu untuk bergaul mesra. Murid-murid tidak semestinya hanya
berinteraksi untuk tujuan pembelajaran, malah mereka perlu berinteraksi untuk
keperluan sosialisasi mereka sendiri. Secara tidak langsung, interaksi antara murid
akan berlaku secara meluas di dalam sesebuah kelas. Justeru, interaksi antara murid
ini memainkan peranan penting ke arah pembentukan budaya penyayang dalam
kalangan murid

8) Penerapan nilai menerusi pengajaran afektif.

Penerapan nilai menerusi pengajaran afektif sangat penting dalam memastikan
perubahan sikap murid yang negatif kepada positif. Dalam penyampaian isi pelajaran,
nilai-nilai murni hendaklah diserapkan secara tidak langsung. Ini boleh dilakukan di
mana-mana bahagian dalam proses pengajaran. Guru perlu menanamkan asas
sosialisasi yang positif agar wujudnya semangat setiakawan, penerimaan, menghormati
orang lain, mematuhi arahan dan peraturan, serta menggunakan bahasa yang baik
dalam pertuturan mereka. Menerusi penerapan nilai dalam pengajaran afektif, usaha
untuk membentuk perubahan sikap, watak, perilaku, adab sopan dan akhlak dalam
kalangan murid yang tidak digubal dalam kurikulum nyata dapat dijayakan secara
berkesan oleh seseorang guru. Hal ini sudah pasti dapat menggalakkan interaksi sosial
sekali gus menyatupadukan semua murid yang terdiri daripada berbilang kaum.

Nama: STEFFENS ANDY ANAK SAIT. PENGAJIAN MATEMATIK
PPG SEM 3, KOHORT 2, FEB 2012 EDU3106
6

Nyatakan dan bincangkan usaha yang telah dilaksanakan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia dalam merapatkan jurang pendidikan antara kawasan bandar
dan luar bandar.
Pembangunan pendidikan di Malaysia pada peringkat awal tertumpu kepada
pembinaan sekolah di bandar dan kawasan pertumbuhan ekonomi utama negara.
Sekolah-sekolah di bandar dibekalkan dengan kemudahan bangunan dan peralatan
yang baik dan lengkap, guru terlatih dan sumber mencukupi. Sebaliknya, peluang
menikmati pendidikan bagi penduduk di luar bandar dan pedalaman amat terhad. Malah
sekolah luar bandar mengalami pelbagai kekurangan daripada segi infrastruktur dan
peralatan, kemudahan asas, guru serta sokongan ibu bapa dan masyarakat.
Ketidaksamarataan dan jurang pendidikan ini wujud disebabkan keutamaan pada masa
itu tertumpu kepada usaha memastikan lebih ramai pelajar mendapat pendidikan
berbanding dengan kualiti pendidikan yang disediakan.

Selain lokasi, jurang pendidikan juga wujud antara jenis sekolah, kaum, jantina, taraf
sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Jurang ini menyebabkan perbezaan
prestasi dan pencapaian pelajar, penyediaan kemudahan fizikal dan bukan fizikal serta
keciciran pelajar. Impak jurang pendidikan telah menyumbang kepada keadaan tidak
seimbang yang ketara daripada segi sosioekonomi antara penduduk luar bandar dan
bandar. Usaha menangani jurang ini terus mendapat perhatian Kerajaan sejak
Rancangan Malaysia Ketiga (RMKe-3):
merapatkan jurang perbezaan dalam peluang-peluang pendidikan antara yang
kaya dengan yang miskin serta antara wilayah dan antara kaum melalui
pembahagian sumber-sumber dan kemudahan-kemudahan negara dengan lebih
saksama (RMKe-3, 1976-1980)

Dasar KPM adalah untuk merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, tahap
sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Matlamat KPM adalah untuk memastikan
semua sekolah dan pelajar mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk
Nama: STEFFENS ANDY ANAK SAIT. PENGAJIAN MATEMATIK
PPG SEM 3, KOHORT 2, FEB 2012 EDU3106
7

cemerlang termasuklah daripada SK dan SJK. KPM telah mengenal pasti jurang
pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan,
iaitu: jurang bandar dan luar bandar, jurang digital, jurang antara tahap
pencapaian pelajar, jurang antara pelajar normal dan pelajar berkeperluan khas,
dan jurang sosioekonomi.
Jurang antara bandar dan luar bandar merujuk kepada ketidaksamarataan daripada
segi penyediaan infrastruktur dan penempatan guru terutama di Sekolah Kurang Murid
(SKM), sekolah Orang Asli dan sekolah di pedalaman. Jurang digital merupakan
perbezaan daripada segi akses kepada kemudahan ICT antara lokasi dan penguasaan
kemahiran ICT di kalangan pelajar dan guru. Jurang antara tahap pencapaian pelajar
merujuk kepada kesulitan menguasai 3M, kegagalan mencapai standard minimum dan
pelajar berisiko tinggi untuk cicir daripada sistem pendidikan. Jurang antara pelajar
normal dan pelajar berkeperluan khas merujuk kepada perbezaan penyediaan pelbagai
kemudahan yang sesuai untuk menyokong proses p&p pelajar berkeperluan khas
termasuklah yang kurang upaya, pintar cerdas dan berbakat. Jurang sosioekonomi
merujuk kepada perbezaan daripada segi tahap kesihatan, disiplin, kebajikan pelajar
dan kemiskinan termasuklah kemiskinan dalam bandar.

KPM telah merapatkan jurang pendidikan dengan memberi fokus kepada
membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan di kawasan luar bandar
terutamanya di Sabah dan Sarawak, meningkatkan kadar penyertaan pelajar dan
mengurangkan risiko keciciran, meningkatkan bilangan guru terlatih dan mengikut
opsyen di kawasan pedalaman, menambah baik sistem pengagihan bantuan kepada
pelajar miskin, berkeperluan, khas dan kumpulan minoriti; dan membaikpulih dan
meningkatkan infrastruktur SKM termasuk SK dan SJK yang terpilih.

KPM menghadapi kesukaran menempatkan guru-guru terlatih dan berpengalaman,
terutamanya bagi mata pelajaran kritikal di kawasan luar bandar dan pedalaman. Bagi
menyelesaikan masalah ini, KPM melaksanakan program Latihan Perguruan
Nama: STEFFENS ANDY ANAK SAIT. PENGAJIAN MATEMATIK
PPG SEM 3, KOHORT 2, FEB 2012 EDU3106
8

Berasaskan Sekolah (LPBS) dan pengambilan GSTT. Cabaran KPM adalah untuk
memastikan guru terlatih mengikut opsyen ditempatkan di semua sekolah di kawasan
luar bandar dan pedalaman bagi memastikan p&p berjalan dengan lancar dan
berkesan.

Perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menuntut KPM
mengurangkan jurang digital yang wujud di kalangan murid dan guru terutamanya di
sekolah luar bandar dan pedalaman. Dalam RMKe- 8, KPM telah menyediakan
infrastruktur seperti makmal atau bilik komputer; perkakasan seperti komputer,
komputer riba, projektor LCD dan pelayan (server), membangunkan perisian khusus
dan program TV Pendidikan bagi membantu p&p, melatih guru bagi meningkatkan
kompetensi mengintegrasikan ICT dalam p&p, dan melatih pentadbir sekolah
menggunakan ICT dalam pengurusan.

Bagi memastikan pembudayaan ICT juga berlaku di luar bandar, KPM telah
menghubungkan sekolah dengan akses jalur lebar melalui kerjasama Kementerian
Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK) serta merangkaikan infrastruktur dan perkakasan
ICT melalui rangkaian setempat atau teknologi tanpa wayar.

Cabaran KPM adalah untuk memastikan agar infrastruktur, perkakasan, perisian
dan latihan yang mencukupi diberi kepada sekolah-sekolah di kawasan luar bandar
yang kurang terdedah dengan ICT berbanding kawasan bandar. Dalam program
pembestarian sekolah, semua sekolah luar bandar akan dilengkapkan dengan makmal
komputer, bilik komputer dan perkakasan yang mencukupi. Sekolah-sekolah juga telah
dirangkaikan dengan akses jalur lebar SchoolNet dan bagi sebahagian sekolah di luar
bandar dan pedalaman, pusat akses telah dibina. Pada waktu yang sama, KPM telah
menambah baik kaedah penyampaian program TV Pendidikan dan merintis
penggunaan video teleconferencing sebagai kaedah untuk menyampaikan ilmu
pengetahuan dan bahan-bahan p&p kepada pelajar dan guru di kawasan pedalaman.
Nama: STEFFENS ANDY ANAK SAIT. PENGAJIAN MATEMATIK
PPG SEM 3, KOHORT 2, FEB 2012 EDU3106
9

Kegagalan menguasai 3M dikenal pasti menyebabkan defisit akademik kumulatif
dan perbezaan tahap pencapaian di kalangan pelajar. Walaupun murid Tahap I yang
mengalami defisit akademik telah berkurangan daripada 9.1 peratus pada tahun 2003
kepada 7.7 peratus pada tahun 2004, ia masih berada di atas paras normal iaitu 5
peratus bagi sesuatu sistem pendidikan. Bagi mengatasi masalah ini, KPM telah
melaksanakan program rintis Kelas Bermasalah Pembelajaran Ringan KBSR di 71
buah sekolah pada tahun 2004. Pada tahun 2006, program ini diganti dengan Kelas
Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) bagi murid Tahun 1. Murid yang tidak
melepasi standard yang ditetapkan akan mengikuti Kelas Pemulihan Khas. Cabaran
KPM adalah untuk meminimumkan defisit akademik terutama di negeri dan lokasi yang
masih tinggi kadarnya. Penguasaan 3M akan terus dipertingkatkan melalui peluasan
dan peningkatan Program Pemulihan dengan menyediakan Guru Pemulihan Khas
Terlatih, Bilik Pemulihan Khas dan peruntukan yang mencukupi.

Dalam tempoh PIPP ini, KPM telah merapatkan jurang pendidikan dengan memberi
tumpuan kepada fokus dan strategi pelaksanaan seperti pada Jadual 1:









Nama: STEFFENS ANDY ANAK SAIT. PENGAJIAN MATEMATIK
PPG SEM 3, KOHORT 2, FEB 2012 EDU3106
10

Jadual 1 Strategi Pelaksanaan bagi Merapatkan Jurang Pendidikan.


Nama: STEFFENS ANDY ANAK SAIT. PENGAJIAN MATEMATIK
PPG SEM 3, KOHORT 2, FEB 2012 EDU3106
11



Nama: STEFFENS ANDY ANAK SAIT. PENGAJIAN MATEMATIK
PPG SEM 3, KOHORT 2, FEB 2012 EDU3106
12



Nama: STEFFENS ANDY ANAK SAIT. PENGAJIAN MATEMATIK
PPG SEM 3, KOHORT 2, FEB 2012 EDU3106
13




Penutup
Kepelbagaian sosio-budaya yang terdapat dalam kalangan murid harus diberikan
perhatian oleh guru. Guru seharusnya mengajar tanpa membezakan kedudukan kelas
sosial serta kumpulan etnik yang terdapat dalam bilik darjah. Perbezaan sosio-budaya
ini perlu ditangani sebaik mungkin supaya tidak ada murid yang berasa mereka
dipinggirkan oleh guru dalam aktiviti pembelajaran-pengajaran. Guru mesti peka
dengan kepelbagaian sosio-budaya murid muridnya, elakkan menimbulkan isu sensitif
berkaitan dengan agama dan kaum, dan mengelakkan diskriminasi kaum. Selain itu,
guru juga memastikan murid dapat belajar dalam keadaan ceria dan menyeronokkan,
mengurus tingkahlaku murid berdasarkan matlamat untuk menghapus atau merapatkan
jurang kepelbagaian sosio-budaya, mendisiplinkan murid dan menggalakkan interaksi
antara murid secara meluas di dalam bilik darjah.
Jurang pendidikan terutamanya antara bandar dan luar bandar merupakan tinggalan
sejarah pembangunan pendidikan yang tidak setara antara lokasi. Fenomena ini amat
Nama: STEFFENS ANDY ANAK SAIT. PENGAJIAN MATEMATIK
PPG SEM 3, KOHORT 2, FEB 2012 EDU3106
14

merugikan pelajar berkaitan serta boleh menjejaskan perpaduan, pembangunan tenaga
manusia, keharmonian dan kemajuan negara. Oleh itu, KPM sentiasa memberi
penekanan bagi merapatkan jurang tersebut dengan melaksanakan pelbagai usaha
secara serentak dan berterusan. Strategi pelaksanaan fokus itu (PIPP) (2006 2010)
membabitkan empat pelan tindakan yang merangkumi usaha menambah baik program
pembangunan pendidikan luar bandar Sabah dan Sarawak, menambah baik sekolah
kurang murid (SKM), merapatkan jurang pencapaian akademik dan jurang digital.
Melalui pelaksanaan program pembangunan pendidikan luar bandar Sabah dan
Sarawak, lebih banyak infrastruktur dan kemudahan asas telah disediakan termasuk
bekalan elektrik dan air ke sekolah terbabit. Selain itu, pelaksanaan sekolah pusat yang
bertujuan memperluas dan mewujudkan norma baru untuk guru adalah antara tiga
pelan tindakan bagi menambah baik SKM. Fokus seterusnya meningkatkan kadar
penyertaan dan mengurangkan risiko keciciran dengan empat strategi pelaksanaan
iaitu penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M), pengurangan kadar
keciciran, pemantapan program pendidikan untuk pelajar kurang upaya, dan
penyediaan pendidikan bagi pelajar mengikut keperluan.
Melalui strategi penguasaan 3M, kerajaan telah memperluaskan program Kelas
Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) untuk murid Tahun Satu, menambah
baik Program Pemulihan Khas Tahap Satu dan Program Gerak Gempur. Di bawah
fokus sama, kadar keciciran pelajar telah dikurangkan melalui pelan tindakan
penguatkuasaan pendidikan wajib dan peluasan mata pelajaran vokasional (MPV) di
sekolah menengah harian.
Selain itu, usaha membuka kelas khas bagi murid bermasalah pembelajaran seperti
autisme dan cacat adalah antara pelan tindakan bagi melaksanakan strategi
pemantapan program pendidikan pelajar kurang upaya. Seterusnya, strategi
penyediaan pendidikan kepada pelajar mengikut keperluan pula telah dilaksanakan
dengan mewujudkan Sekolah Seni, selain merintis program khusus untuk pelajar pintar
dan berbakat.
Dalam usaha merapatkan jurang pendidikan, PIPP telah meningkatkan bilangan
guru terlatih dan mengikut opsyen di kawasan pedalaman. Sehubungan itu,
Nama: STEFFENS ANDY ANAK SAIT. PENGAJIAN MATEMATIK
PPG SEM 3, KOHORT 2, FEB 2012 EDU3106
15

kementerian mewajibkan guru baru berkhidmat di kawasan pedalaman, selain
menambah baik insentif khusus kepada guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman,
menyediakan asurans kepada guru yang berkhidmat di luar bandar serta rumah guru
dan kemudahan asas sempurna. Fokus terakhir ialah menambah baik sistem
pengagihan bantuan kepada pelajar miskin, berkeperluan khas dan kumpulan minoriti.
Bagi tujuan itu, kementerian telah memantapkan Sistem Maklumat Murid, memantau
pelaksanaan program bantuan, menilai impak program secara berkala, mewujudkan
Majlis Tindakan Pendidikan Daerah (MTPD) dan mengukuhkan kerjasama sektor awam
dan swasta.

RUJUKAN:

http://iltizamskg.blogspot.com/2010/02/implikasi-kepelbagaian-budaya-edu3106.html
http://mhdamin2011.blogspot.com/2012/09/edu-3106-implikasi-kepelbagaian-sosio.html
http://rtkasensei90.blogspot.com/2012/05/kurikulum-tersirat-ciri-ciri-dan.html
http://bkree66.blogspot.com/2011/07/implikasi-kepelbagaian-sosio-budaya.html
http://www.moe.gov.my/jpnsarawak/index.php?option=com_content&view=article&id=11
8&Itemid=164&lang=bm
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/385-info-
ringkas/6090-pelan-induk-pembangunan-pendidikan.html
http://microsite.infodesa.gov.my/web/guest/perubahan-dan-cabaran-pembangunan-luar-
bandar-serta-dasar-kerajaan
http://www.kmns.matrik.edu.my/pipp/2007ppp_bab7.pdf

Nama: STEFFENS ANDY ANAK SAIT. PENGAJIAN MATEMATIK
PPG SEM 3, KOHORT 2, FEB 2012 EDU3106
16

REFLEKSI

Syukur kepada Tuhan yang telah memberi kesempatan ruang, peluang serta ilham
yang melimpah ruah untuk menyiapkan kerja kursus EDU3106 Budaya dan
Pembelajaran telah berjaya disempurnakan jua. Jutaan terima kasih kepada pensyarah
yang terlibat, En. Wan Mohd Madehi Wan Ali atas tunjuk ajar serta bimbingan yang
diberikan dalam mata pelajaran ini serta tidak lupa juga kepada semua yang terlibat
secara langsung mahupun tidak. Tugasan perlu dilaksanakan ialah; a) menghurai dan
membincangkan bagaimana seorang guru dapat memastikan murid daripada pelbagai
etnik dapat menerima perbezaan sosio-budaya antara satu sama lain. b) nyatakan dan
bincangkan usaha yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam
merapatkan jurang pendidikan antara kawasan bandar dan luar bandar. Pengalaman
mengajar selama dua tahun 6 bulan di Johor Bahru sedikit sebanyak membantu saya
untuk mendalami dan memahami kehendak soalan dengan baik. Saya masih ingat lagi,
soalan pertama yang diajukan kepada saya semasa kali pertama masuk ke kelas tahun
4. Ada seorang budak perempuan bertanya kepada saya, Cikgu, orang Sarawak masih
lagi pakai cawat ke? Namun saya tidak emosi pada ketika itu, malah tersenyum
dengan soalan yang diajukan. Kemudian saya pun menjawab, Itulah...yang dalam
buku teks tu animasi sahaja...lepas ni ajaklah mak abah pergi Sarawak...negeri terbesar
di Malaysia dan kaya dengan hasil buminya... Zaman saya semasa di sekolah rendah
dan menengah, isu masalah perbezaan kelas sosial dan etnik langsung tidak timbul
antara sahabat Melayu, Melanau, dan Cina cuma saya tiada pengalaman langsung
untuk berkawan dengan kaum India hinggalah saya mengajar di Semenanjung. Di
sekolah lama saya dahulu, sering kali murid-murid kaum India diejek dengan panggilan
keling namun hingga sekarang pun saya tidak faham apa maknanya, namun yang
pasti mereka tidak suka dengan panggilan itu. Dan semasa menunggu bas, saya
perhatikan ada murid-murid yang berpuak, yang pasti kaum India juga yang dipulaukan.
Namun kalaulah anak kaum India itu, bapanya doktor, bekerja di Singapura atau anak
pensyarah, sebaliknya yang berlaku. Yang pasti saya amat bertuah menjadi anak
Nama: STEFFENS ANDY ANAK SAIT. PENGAJIAN MATEMATIK
PPG SEM 3, KOHORT 2, FEB 2012 EDU3106
17

Sarawak kerana kita sudah lama mengamalkan konsep 1Malaysia. Sebelum
memulakan tugasan ini, saya merujuk pada modul dan melayari internet untuk mencari
seberapa banyak bahan-bahan yang berkaitan dengan tugasan tersebut. Dengan
keadaan cuaca yang selalu mendung, sejuk dan hujan telah menyukarkan dan
melambatkan pencarian bahan di internet. Deman dan selsema akibat cuaca yang tidak
menentu juga sedikit sebanyak ada menjejaskan saya untuk menyiapkan kerja kursus
pendek ini. Secara peribadi, saya berpendapat bahawa tugasan ini memberi manfaat
kepada saya. Kepelbagaian sosio-budaya yang terdapat dalam kalangan murid harus
diberikan perhatian oleh guru. Guru seharusnya mengajar tanpa membezakan
kedudukan kelas sosial serta kumpulan etnik yang terdapat dalam bilik darjah.
Perbezaan sosio-budaya ini perlu ditangani sebaik mungkin supaya tidak ada murid
yang berasa mereka dipinggirkan oleh guru dalam aktiviti pembelajaran-pengajaran.
Guru mesti peka dengan kepelbagaian sosio-budaya murid muridnya, elakkan
menimbulkan isu sensitif berkaitan dengan agama dan kaum, dan mengelakkan
diskriminasi kaum. Selain itu, guru juga memastikan murid dapat belajar dalam keadaan
ceria dan menyeronokkan, mengurus tingkahlaku murid berdasarkan matlamat untuk
menghapus atau merapatkan jurang kepelbagaian sosio-budaya, mendisiplinkan murid
dan menggalakkan interaksi antara murid secara meluas di dalam bilik darjah.








Nama: STEFFENS ANDY ANAK SAIT. PENGAJIAN MATEMATIK
PPG SEM 3, KOHORT 2, FEB 2012 EDU3106
18

BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS

NAMA PELAJAR : STEFFENS ANDY ANAK SAIT
NO. MATRIK : PPG/1422
KUMPULAN : MATEMATIK SEMESTER : 3
MATA PELAJARAN : EDU3106
PENSYARAH PEMBIMBING : EN. PANTING BELUBAU
TARIKH PERKARA YANG DIBINCANGKAN CATATAN
NAMA &
T/TANGAN

12.01.2013












Agihan tugasan
Huraikan dan bincangkan
bagaimana seorang guru dapat
memastikan murid daripada
pelbagai etnik dapat menerima
perbezaan sosio-budaya antara satu
sama lain.
Nyatakan dan bincangkan usaha
yang telah dilaksanakan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia
dalam merapatkan jurang
pendidikan antara kawasan bandar
dan luar bandar.




Tugasan perlu dihantar pada
tutorial ke-3 (9.3.2013)

Steffens Andy
Robin Ak. Doh
Timothy Anak Kunchui Uli








Nama: STEFFENS ANDY ANAK SAIT. PENGAJIAN MATEMATIK
PPG SEM 3, KOHORT 2, FEB 2012 EDU3106
19


09.02.2013





16.02.2013





18.02.2013

Pengumpulan bahan rujukan
Bahan yang relevan perlu dicatatkan
sumbernya
Bahan dalam bahasa Inggeris juga
boleh diguna
Berbincang dengan rakan bagi
pemilihan bahan yang sesuai

Penulisan refleksi
Rujuk rakan bagi mengenalpasti
punca masalah
Minta pandangan rakan bagi
menyelesaikan masalah
Penulisan bibliografi
Draf bibliografi

Kemaskini terakhir tugasan :
Semak keseluruhan Tugasan
Binding tugasan
Refleksi akhir
Rujukan yang dicari
hendaklah
munasabah
Modul digunakan
juga sebagai bahan
utama


Menggunakan format APA
Rujukan : www.apa.org





Muka depan
Isi kandungan
Bibliografi
Borang Kolaborasi

You might also like